Khamis, 20 Oktober 2011

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


ANWAR TAK MAHU KES BERPANJANGAN LAGI

Posted: 20 Oct 2011 07:00 AM PDT

Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu rayuannya bagi menolak sepina yang membenarkan permohonan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor mengketepikan sepina yang meminta mereka hadir di Mahkamah Tinggi didengar terlebih dahulu sebelum hujahan akhir daripada pihak pembelaan dan pendakwaan dilakukan.

"Kami telah membuat rayuan terhadap keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Datuk Mohamad) Zabidin (Mohd Diah) untuk membatalkan sepina yang diberikan kepada Najib dan Rosmah.

"Saya juga tidak mahu kes ditangguhkan lagi... tetapi Mahkamah Rayuan perlu mendengar rayuan saya terlebih dahulu. Dalam kes-kes lain, rayuan diputuskan dengan cepat," kata Anwar.

Ketua pembangkang itu juga mempersoalkan kredibiliti badan kehakiman dan mendakwa kelewatan dalam mendengar rayuan beliau hanya mencerminkan pendakwaan  yang tidak adil terhadap dirinya

MEREKA YANG MENGAJAR KITA BAHAWA SULTAN ITU BINATANG BUKAN?

Posted: 20 Oct 2011 05:30 AM PDT

Para pemimpin Umno ditemplek pada persidangan Dewan Rakyat hari ini kerana pernah mengatakan 'binatang' kepada Sultan Terengganu, Tuanku Mizan Zainal Abidin pada satu kejadian di Kuala Terengganu beberapa tahun lalu.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut (kanan) berkata, kejadian itu tidak dapat dilupakan oleh beliau apabila bercakap mengenai keperluan setiap rakyat negara ini mempertahankan dan menghormati sultan atau raja-raja Melayu.

Menurut beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu, namun apabila menyebut atau menyentuh tentang raja-raja, di Terengganu, pemimpin Umno sanggup kata "menatang" (binatang) kepada Tuanku Sultan.

"Inikah yang dikatakan menghormati atau mempertahankan raja-raja?" kata beliau ketika mencelah sewaktu Ahli Parlimen Maran (BN), Datuk Ismail Abdul Mutalib berucap pada persidangan Dewan Rakyat di bangunan Parlimen, di sini, hari ini.

Perkataan "Natang" atau "Menatang" yang bermaksud "binatang" itu diucapkan oleh pemimpin Umno yang ditujukan kepada Tuanku Mizan, ketika kumpulan pemimpin parti itu yang menyokong Datuk Idris Jusoh menentang perlantikan Datuk Seri Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru.

Ucapan yang amat keterlaluan itu dipaparkan oleh mereka menerusi sepanduk yang dibawa ke sekitar kawasan istana, pada satu tunjuk perasaan bagi menggambarkan protes mereka terhadap tindakan Tuanku Mizan yang mahu melantik Ahmad sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru untuk menggantikan Idris.

Perbuatan keterlaluan para pemimpin dan penyokong-penyokong Umno itu juga bukan sekadar tidak dapat dilupakan oleh rakyat Terengganu, malah seluruh rakyat negara ini.

Persoalan tersebut ditimbulkan oleh Abdul Wahid sebagai ingatan kepada para pemimpin Umno agar mengingatkan mereka dan penyokong parti itu sendiri terlebih dahulu supaya sentiasa menghormati dan mempertahankan sultan atau raja-raja Melayu sebelum mengingatkan orang lain.

Menjawab perkara yang dibangkitkan itu, Ismail yang ketika itu sedang berucap melibatkan keperluan setiap rakyat negara ini tanpa mengira bangsa dan agama menghormati raja-raja Melayu berkata, ingatan beliau itu sememangnya ditujukan kepada semua pihak.

Beliau kemudiannya menyalahkan pula kepada Abdul Wahid kerana membangkitkan perkara itu yang seolah-olah sengaja mahu mengenakan pemimpin Umno tanpa kononnya melihat kesalahan sendiri.

Sikap beliau yang seperti enggan menerima realiti itu menyebabkan beberapa orang ahli Parlimen lain dari Pakatan Rakyat turut menempleknya dengan ketawa sinis.

KETERLALUAN: BUDAK BUDAKPUN DIBAWA KEKANCAH POLITIK TERLAMPAU

Posted: 20 Oct 2011 02:00 AM PDT

Kanak-kanak tidak seharusnya diheret ke kancah politik, tanpa mengira sama ada ia membabitkan parti pembangkang mahupun kerajaan, kata Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

tenang by election nomination day 220110 shahrizat abdul jalil"Prinsip saya adalah bahawa kita tidak boleh mengheret kanak-kanak ke kancam politik. Bukan sahaja untuk pembangkang, tetapi sesiapa sekalipun," katanya ketika ditemui pemberita pada satu seminar di Kuala Lumpur hari ini.

Shahrizat berkata demikian ketika mengulas dakwaan yang dibuat oleh blogger pro-Umno 'Papagomo', yang menuduh ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng cuba menyembunyikan dakwaan salah laku anaknya.

NONEBlog itu mendakwa anak pemimpin DAP itu yang berusia 16 tahun meramas buah dada rakan sekelasnya dan Lim telah membayar sejumlah wang yang besar bagi memastikan perkara itu ditutp dan telah memindahkan anaknya ke sekolah lain.

Lim, Selasa lalu membidas penulis blog pro-Umno itu kerana cuba menamatkan kerjaya politiknya dengan mengheret kehidupan anak remajanya dengan segala pembohongan yang "keji serta tidak bertamadun".

Jelasnya, anaknya itu berpindah sekolah bukan kerana masalah disiplin seperti yang didakwa oleh blog pro-Umno tetapi kerana mahu menyimpan rambut yang lebih panjang.

Di sekolah asalnya, SMJK Heng Ee, pelajar lelaki diwajibkan menggunting pendek rambut mereka.

NONE"Anak saya telah ditukarkan ke Sekolah St Xavier di Pulau Pinang dari Sekolah Menengah Kebangsaan Cina Heng Yee kerana saya telah berjanji kepadanya bahawa dia boleh berpindah sekolah mengikut pilihannya jika mendapat memperoleh keputusan sekurang-kurangnya 6A dalam PMR.

"Apabila dia berjaya mendapat keputusan itu, dia telah dipindahkan pada awal penggal persekolahan tahun ini iaitu pada bulan Januari 2011," katanya.

Mengulas perkembangan itu, hari ini, Shahrizat berkata, sama ada remaja itu adalah anak seorang pemimpin pembangkang adalah tidak relevan. Ini kerana remaja bawah umur tidak harus dijadikan sasaran untuk kepentingan politik mana-mana pihak.

Sehubungan itu, beliau menggesa penyokong kedua-dua pembangkang dan kerajaan untuk tidak membabitkan kanak-kanak dengan politik.

Bagaimanapun, kata Shahrizat, penulis blog tidak harus dilabel sebagai partisan kepada mana-mana pihak.

azlan"Walaupun saya Ketua Wanita (Umno), saya tidak tahu mana penulis blog yang pro-Umno."

Diminta mengulas komen Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang dianggap menghina berhubung dakwaan itu, Sharizat menjawab: "Itu, awak pergi tanya Khairy".

Khairy telah menulis di tweeter "Mungkin dia roboh Kampung Buah Pala sebab nak ganti dengan Kampung Buah Dada"

NAJIB TIBA DI LOMBOK

Posted: 20 Oct 2011 01:03 AM PDT

MATARAM (LOMBOK): Datuk Seri Najib Razak tiba di sini hari ini untuk acara perundingan tahunan dengan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dalam rangka pertemuan bagi membincangkan usaha meningkatkan kerjasama dan hubungan dua hala dalam pelbagai bidang.

Pertemuan yang dihoskan secara bergilir-gilir itu juga menjadi forum penting bagi kedua-dua negara mencari penyelesaian kepada isu-isu bilateral.
Selain penandatangan memorandum persefahaman tentang Pengelakan Cukai Berganda pada akhir pertemuan hari ini, perundingan tahunan kali ini juga dijangka membincangkan isu-isu termasuk soal penarikan balik moratorium penghantaran pembantu rumah Indonesia ke Malaysia dan isu sempadan daratan dan sempadan maritim yang menjadi pertikaian kedua-dua negara.
Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor diberikan sambutan mesra oleh Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dan Ibu Negara Ibu Ani Yudhoyono sejurus tiba di pusat peranginan Novotel Resort, Lombok, yang menjadi venue pertemuan itu.

Terdahulu di Lapangan Terbang Antarabangsa Lombok, Perdana Menteri dan isteri disambut Menteri Luar Negeri Indonesia Marty Natalegawa dan isteri Sranya Natalegawa.

Turut berada di lapangan terbang bagi menyambut mereka ialah Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Anifah Aman, Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Syed Munshe Afdzaruddin Syed Hassan dan para pegawai kanan kerajaan Malaysia.

Dalam acara pertemuan hari ini Perdana Menteri mengetuai delegasi enam menteri kabinet dan seorang timbalan menteri.
Mereka terdiri daripada Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim, Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Tan Sri Bernard Dompok, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir. - BERNAMA

Polis digesa lindungi anak Lim yang dalam trauma

Posted: 20 Oct 2011 12:25 AM PDT

Pengerusi DAP Karpal Singh menggesa pihak polis bertindak terhadap penulis blog yang mendakwa anak ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang berusia 16 tahun mencabul kehormatan rakan sekelas.

karpal singh did not boycott pas do 021011 karpal singh"Trauma yang dialami oleh anak ketua menteri adalah di luar imaginasi, dengan mengambil kira dakwaan yang dibuat terhadapnya," kata Karpal dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Justeru, kata Karpal, ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar perlu mengarahkan anggota dan pegawainya untuk membuka siasatan jenayah fitnah terhadap penulis blog itu.

"Perkara yang perlu ditumpukan ialah tindakan segera polis untuk menanagani dakwaan liar terhadap remaja berusia 16 tahun itu yang dibuat tanpa mengambil kira nilai-nilai kemanusiaan."

Karpal juga menuntut penulis blog yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan bagi  memastikan perkara itu tidak berulang.

Peguam kanan dan ahli parlimen Bukit Gelugor itu juga menggesa perdana menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak untuk campurtangan dalam perkara itu.

"Sebagai bapa, perdana menteri, tidak sangsi lagi, boleh membayangkan penderitaan yang dialami oleh ketua menteri Pulau Pinang. Dalam perkembangan yang sebegitu serius ini, tidak harus difikirkan mengenai pertimbangan fahaman politik."

NONEBlog pro-Umno blog telah memuat-naikkan artikel mendakwa anak remaja Lim meramas buah dada rakan sekelasnya dan Lim telah membayar sejumlah wang yang besar bagi memastikan perkara itu ditutp dan telah memindahkan anaknya ke sekolah lain.

Lim, Selasa lalu membidas penulis blog pro-Umno itu kerana cuba menamatkan kerjaya politiknya dengan mengheret kehidupan anak remajanya dengan segala pembohongan yang "keji serta tidak bertamadun".

Jelasnya, anaknya itu berpindah sekolah bukan kerana masalah disiplin seperti yang didakwa oleh blog pro-Umno tetapi kerana mahu menyimpan rambut yang lebih panjang.

Di sekolah asalnya, SMJK Heng Ee, pelajar lelaki diwajibkan menggunting pendek rambut mereka.

MENTAL UIA MENTAL CAP RAMBUTAN?

Posted: 19 Oct 2011 10:26 PM PDT

Bukan sahaja diberi surat tunjuk sebab, Universiti Islam Antarabangsa (UIA) juga menggantung tugas pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari sebagai pensyarah undang-undang universiti itu.

Malaysiakini difahamkan, perkara itu turut terkandung dalam notis yang dikeluarkan padanya daripada unit undang-undang UIA.

Pensyarah paling kanan di fakulti undang-undang itu digantung bergaji sehingga notis selanjutnya dikeluarkan.

NONESelain itu, difahamkan Aziz juga tidak dibenarkan memasuki pejabatnya di kampus Gombak ekoran kad aksesnya harus dipulangkan kepada pentadbiran universiti.

Difahamkan penggantungannya itu akan menjejaskan lebih 100 pelajarnya daripada daripada peringkat sarjana muda hingga ke doktor falsafah (PhD).

Aziz berkhidmat dengan UIA sejak 22 tahun lalu.

Sementara itu, dalam surat tunjuk sebab yang diserahkan tangan kepada Aziz, beliau dituduh "memberikan kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan universiti".

Aziz diberi masa sehingga 25 Oktober depan untuk menjawabnya.

Usaha Malaysiakini mendapat reaksi daripada bahagian pentadbiran dan pengurusan UIA setakat ini masih belum berhasil.

Bagaimanapun, Berita Harian hari ini melaporkan sumber dari pejabat rektor UIA, Datuk Prof Zaleha Kamaruddin mengesahkan surat itu dikeluarkan pihaknya semalam.

NONEAziz dalam masa yang sama disiasat polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berhubung reaksinya kepada titah Sultan Selangor berhubung pemeriksaan sebuah gereja di Petaling Jaya.

Dalam kenyataannya yang disiarkan Malaysiakini, beliau berkata baginda sebagai ketua agama negeri mempunyai hak campurtangan tetapi ia perlu selaras dengan ajaran Islam.

Selepas dikritik pelbagai pihak, Aziz kemudian menjelaskan Akta Hasutan 1948 memperuntukan tidak menjadi kesalahan mengkritik Raja-Raja Melayu selagi tidak menuntut pemansuhan institusi itu.
Sebelum ini, SKMM dan pihak polis juga telah menyoal beberapa kakitangan Malaysiakini, termasuk wartawan dan editornya berhubung isu yang sama

HIMPUN:LAYAKKAH CARA KITA INI?

Posted: 19 Oct 2011 07:15 PM PDT

Pada 22 Oktober, seluruh umat Islam diseru untuk menghadirkan diri ke Stadium Shah Alam untuk menyuarakan bantahan terhadap peningkatan kes-kes murtad yang dilaporkan di Malaysia.
Keengganan PAS untuk tidak menyatakan sokongan dilihat sedikit sebanyak menempangkan gerak langkah gabungan NGO ini. Walaupun masih lagi dinaungi oleh NGO-NGO yang lain, namun kegagalan menarik PAS turut sama terlibat dalam Himpun ini dilihat bakal memberikan impak yang bukan kecil.
Mengapa Himpun? Agaknya, apa perasaan kita, selaku orang Islam, tatkala penganut Buddha beramai-ramai berkumpul menyatakan kebimbangan mereka apabila 'murtad'nya penganut Buddha dengan kembali kepada Islam?
Apa jeritan hati kecil kita, tatkala para pendokong Hindu, menyuarakan bantahan dengan berkumpul beramai-ramai, mencela penganutnya yang menganut Islam? Soalnya, mana sensitiviti kita terhadap konsep keharmonian agama yang selama ini kita junjung bersama?
Harus diingat, kita sepatutnya gusar, seandainya golongan yang hadir ke Himpun hanyalah mereka yang sudah sebati dengan Islam sekaligus meninggalkan puak-puak yang masih hanyut, jauh di belakang. Target mad'u yang dilihat terlalu terbuka seperti ini dilihat menyukarkan perkembangan dakwah yang sepatutnya menjadi titik permulaan bagi membasmi gejala murtad yang kian membarah di bumi ini.
Sasaran utama kita haruslah mereka yang masih tidak sedar gejala murtad yang merebak dalam diam, namun, akan datangkah golongan sebegitu dalam perhimpunan seumpama ini?
Usah menuding jari kepada agama lain. Lihat sendiri, apa yang orang Islam laksanakan untuk menyuburi hati-hati orang Islam. Sebenarnya, di mana kita dalam menangani isu murtad?
Berapa banyak bajet dalam belanjawan diperuntukkan untuk menangani gejala sosial dalam kalangan anak muda? Berapa program realiti yang menjarakkan manusia dengan nilai-nilai Islami dihentikan? Berapa konsert hiburan-hiburan yang berjaya dibatalkan?
Sejauh mana dakwah Islam benar-benar konsisten menyirami hati-hati gersang warga Islam di Malaysia? Berapa banyak gerakan dakwah dijana pada peringkat kerajaan? Cukupkah dengan sekadar penganjur Musabaqah Al-Quran saban tahun?
Dan, benarkah kita percaya, dengan Himpun, barah murtad bakal sembuh? Berapa ramai non-muslim akan kembali pada fitrah mereka, yakni Islam? Berapa ramai pula orang Islam yang sudah murtad akan insaf, dan bertaubat dengan pulang ke pangkuan Islam?
Saya berpendapat idea Himpun, adalah cukup baik. Namun, saya bimbang seandainya dengan Himpun, persepsi non-muslim terhadap muslim akan lebih buruk. Mungkin jurang antara agama akan wujud dengan lebih besar selepas ini. Dan secara langsung akan memberi kesan kepada usaha dakwah di bumi Malaysia.
Pandangan saya, Himpun hanya satu cara, dan kita masih punya beraneka alternatif lain bagi menangani gejala murtad seperti ini. Jangan semakin bezakan kita dengan mereka, jika tidak bagaimana mereka akan menuruti kita? Jadi, saya mohon tampil berbeza.

LOBSTER DI BALIK HIMPUN:KAH KAH KAH

Posted: 19 Oct 2011 07:12 PM PDT

Ahli parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa berpendapat ada sesuatu yang tidak kena pada Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) di Shah Alam pada Sabtu ini.

Katanya, walaupun tujuan murni perhimpunan yang bertemakan memelihara aqidah umat Islam itu adalah sesuatu yang wajar namun, beliau berhak untuk berasa bimbang perhimpunan akan lari dari hasrat murni penganjur.

NONE"Saya berasa ada sesuatu yang tidak kena pada perhimpunan ini bukan kerana usaha mengumpulkan sejuta umat tetapi persolannya ialah sifatnya yang mungkin mengancam usaha-usaha keharmonian hubungan antara agama di negara ini," katanya yang juga Pengerusi Dialog Antara Agama Rantau Asia Tenggara dipetik oleh Harakahdaily.

Dr Mujahid (kanan) menggariskan lima alasan berhubung kekhuatirannya dalam konteks hubungan antara agama di negara ini.

Katanya, perhimpunan itu diadakan dalam suasana hubungan antara agama di negara ini dalam keadaan rapuh dan apa sahaja suasana permusuhan tidak akan membantu usaha usaha mewujudkan keharmonian hubungan antara agama di negara ini.

Di samping itu, katanya, perhimpunan itu dibimbangi akan dieksploitasikan oleh pihak tertentu yang sememangnya mahu mencetuskan keadaan tegang dalam hubungan antara agama.

NONE"Lebih buruk ia dikhuatiri satu perancangan jahat yang menjadi agenda parti yang terdesak untuk terus berkuasa dengan cara mencetuskan ketegangan," katanya.

Selain itu, tambahnya nama baik Islam mungkin tercemar dan sekaligus membawa imej Islam sebagai agama permusuhan dan menggalakkan benci membenci antara satu sama lain.

Baginya, tema memelihara aqidah tidak salah tetapi mempersoalkan apakah dengan sekadar perhimpunan akan menyelesaikan masalah.

"Bukankah, dialog antara agama adalah lebih berkesan untuk menegaskan sikap Islam kepada pemurtadan dan isu-isu sensitif yang lain.

"Dan akhirnya saya merakamkan rasa kesal saya terhadap pihak polis yang double standard memberikan permit dalam perhimpunan ini dan melarang BERSIH (2.0) untuk berhimpun dalam bilangan peserta yang lebih kecil.

NONE"Jelas ia satu sikap yang di bawah telunjuk pihak tertentu," katanya.

Himpunan Sejuta Umat pada Sabtu ini selama empat jam dijadualkan bermula pada jam 2 petang dengan tujuan "menyelamatkan akidah umat".

Lebih daripada 29 NGO telah mengesahkan penyertaan dalam perhimpunan itu. Antara mereka Gabungan Penasyid Malaysia, Jawatankuasa Penyelaras Bersekutu NGO Islam, dan Persatuan Ulama Malaysia.

Bagaimanapun PAS dan PKR telah mengumumkan keputusan masing-masing untuk tidak menyertainya.

anwar and hadi awang 081104"PAS dimaklumkan bahawa majlis ini tidak melibatkan parti-parti politik, maka PAS mengambil pendirian untuk tidak terlibat dalam himpunan tersebut sebagai menghormati kehendak penganjur program," kata Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula berkata "PKR bimbang penyertaannya dalam HIMPUN kelak akan dipergunakan dan diperalatkan oleh pihak-pihak tertentu terutamanya daripada beberapa parti politik arus perdana.

HIMPUN: Jangan cabar larangan sebar agama lain

Posted: 19 Oct 2011 07:09 PM PDT

Perhimpunan Sejuta Umat atau HIMPUN menegaskan agar larangan untuk menyebar dan mengembangkan agama selain Islam kepada umat Islam hendaklah dihormati dan tidak dicabar.

protest israel penang 020109 teras president azmi abdul hamidJusteru, pengerusi bersama HIMPUN, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata usaha pihak yang sengaja mahu mengelirukan kefahaman umat Islam atau cubaan memurtadkan mereka perlu sentiasa diwaspadai.

"Kami akur bahawa sememangnya cara mendidik dan memberi kefahaman yang mendalam adalah cara terbaik dalam memperkukuhkan akidah umat Islam, namun usaha pihak yang sengaja mahu mengelirukan kefahaman umat Islam tetap perlu diwaspadai," katanya dalam satu kenyataan akhbar.

Sehubungan itu, Mohd Azmi  mengundang semua kepimpinan Islam dari semua parti politik untuk turut hadir pada perhimpunan Sabtu ini dalam "semangat ukhuwwah sejati untuk menjunjung amanah Allah dan mengembalikan izzah ummah".

Katanya, dengan kehadiran semua pemimpin Islam dari pelbagai parti politik pada perhimpunan itu, diharapkan semua ahli beragama Islam dari mana-mana parti politik akan memahami bahawa isu akidah umat Islam merentas dan mengatasi mana-mana kepentingan yang lain.

"Ia juga adalah kesempatan baik semua kepimpinan Muslim di negara ini menunjukkan bahawa mereka komited kepada usaha mengekalkan keamanan dan kehidupan harmonis antara agama di negara ini berdasarkan kedudukan Islam yang istimewa dalam Perlembagaan Persekutuan.

NONE"Sekaligus ini juga peluang kepada semua pihak dari semua kelompok dan lapisan masyarakat Islam untuk menyatakan komitmen sebagai keluarga besar ummah menghargai betapa negara ini perlu dilindungi dari sebarang konflik antara agama," katanya.

Mohd Azmi merujuk keputusan PAS dan PKR yang mengumumkan keputusan masing-masing untuk tidak menyertainya secara rasmi tetapi tidak menghalang ahli mereka daripada menghadirkan diri.
Hubungan harmonis

Menurut beliau, tindakan itu menjelaskan keadaaan bahawa tidak ada pengaruh parti politik atau mana-mana agensi yang berkait dengan instrumen parti politk dalam penganjuran perhimpunan yang digerakkan oleh NGO Islam.

Sebaliknya, kata Mohd Azmi, persetujuan agensi-agensi kerajaan dan separuh kerajaan serta NGO untuk hadir dan memberi sokongan adalah atas jemputan sekretariat HIMPUN.

NONE"HIMPUN beriltizam untuk memastikan bahawa penyatuan ummah dapat diperkukuhkan dalam ikatan akidah sebagai satu-satunya prinsip yang tidak mungkin umat Islam mahu berkompromi atau berpecah.

"Oleh kerana itu kami terus membuka undangan kepada semua kepimpinan Islam dari semua parti politik agar bersama dalam perhimpunan tersebut supaya mendidik umat Islam bahawa akidah umat Islam mesti dipelihara dan betapa perlunya hidup berakidah di kalangan umat Islam  diperkukuhkan dalam sebuah negara berbilang agama," katanya.

Menurut beliau, perhimpunan itu juga adalah kesempatan baik semua kepimpinan Islam di negara ini membuktikan bahawa mereka komited kepada usaha mengekalkan keamanan dan kehidupan harmonis antara agama di negara.

Ia juga sekaligus memberi peluang kepada semua pihak dari semua kelompok dan lapisan masyarakat Islam untuk menyatakan komitmen sebagai keluarga besar ummah menghargai betapa negara ini perlu dilindungi dari sebarang konflik antara agama.

azlan"HIMPUN bertujuan untuk mendidik umat Islam supaya meningkatkan keiltizaman terhadap hidup berakidah Tauhid dan memastikan penghayatan Islam benar-benar diamalkan secara menyeluruh.

"Semangat untuk mengujudkan perhubungan yang harmonis antara semua penganut agama di negara ini tetap akan dipertahankan berdasarkan hak dan kebebasan beragama seperti yang terjamin dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya lagi.

Himpunan Sejuta Umat pada Sabtu ini selama empat jam dijadualkan bermula pada jam 2 petang.

Setakat ini, puluhan NGO Islam telah mengesahkan penyertaan dalam perhimpunan itu.
Antara mereka Gabungan Penasyid Malaysia, Jawatankuasa Penyelaras Bersekutu NGO Islam, Persatuan Ulama Malaysia, Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA), Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).

rm 500DALAM BERGUNI GUNI?

Posted: 19 Oct 2011 05:00 PM PDT

PAS bimbang pengagihan bantuan RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan kurang RM3,000 seperti diumum Perdana Menteri dalam Bajet 2012, bersifat 'kronisme dan akan berlaku ketirisan'.
Bercakap sewaktu membahaskan Bajet 2012 di Dewan Rakyat hari ini, Dr Siti Mariah Mahmud (PAS-Kota Raja) berkata, sesuatu yang amat sukar bagi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk memastikan mereka yang benar-benar layak menerimanya.
Ia kerana LHDN tidak mempunyai rekod pendapatan isi rumah untuk rakyat yang tidak layak membayar cukai, dan pada masa yang sama sangat ramai yang layak menerima bayaran tersebut.
"Kalau 40 peratus dari rakyat Malaysia mempunyai pendapatan isi rumah di bawah RM1,500 sebulan, tentulah yang layak menerima bayaran RM500 ini seperti disebut dalam ucapan Perdana Menteri, adalah 53 peratus dari rakyat Malaysia, ini jumlah sangat besar.
"Jelas, pengagihan oleh LHDN ini akan menjadi satu mimpi ngeri kepada pegawai dan kakitangan LHDN," katanya yang juga Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat.
Datuk Seri Najib Razak dalam Bajet 2012 mengumumkan kerajaan akan memberikan bantuan RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan kurang RM3,000 sebulan.
Pembayaran itu akan dibuat bermula Januari 2012 yang akan dilaksanakan oleh LHDN sebagai agensi utama.
Agensi lain turut terlibat adalah Bank Simpanan Nasional (BSN), Bank Negara serta POS Malaysia.
LHDN juga difahamkan turut mengguna pakai sistem pangkalan data e-Kasih Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi mendapatkan maklumat rakyat yang benar-benar layak menerima bantuan terbabit.
Mengulas lanjut, Siti Mariah berkata, Pakatan Rakyat akan memerhati mekanisma penyampaian bayaran tersebut dan akan memberitahu kepada rakyat jika ia mirip kepada kronisme dan berlaku penyelewengan.
"Yang Dipertua, lebih mudah untuk mengagihkan wang ini sekiranya ahli parlimen BN diberi wang cash, dibawa dalam guni dan pergi setiap kampung.
"Untuk setiap dua orang, seorang layak kerana 50 peratus rakyat layak dapat. Baru kita dapat namakan bajet Santa Claus," sindirnya.

HIMPUN ATAUKAH DEMO?

Posted: 19 Oct 2011 10:00 AM PDT

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengenepikan kekhuatiran PAS bahawa Perhimpunan Sejuta Umat (HIMPUN) akan mengundang polemik antara agama.
Katanya, penganjur itu sendiri telah diberikan kebenaran untuk mengadakan HIMPUN di Stadium Shah Alam, menunjukkan bahawa perhimpunan itu akan terkawal.

NONE"Saya tengok penganjur pun dah beri akujanji untuk jaga ketertiban itu. Ini berbeza dengan semangat yang tak boleh dikawal.

"Bila ada permit dia mesti ada peraturan yang perlu dipatuhi. Bila berhimpun dalam stadium, dia kurangkan masalah.

"Pihak yang benarkan perhimpunan akan tentukan perjalanan itu (berlangsung dengan baik)," katanya lagi ketika ditemui di bangunan parlimen hari ini.

Beliau yang bertanggungjawab mengenai hal ehwal agama Islam turut mempertahankan tujuan perhimpunan itu diadakan - "untuk pertahankan Islam demi penyatuan umat."

"Jadi itu berbeza daripada tunjuk perasaan yang bersifat marah dan sebagainya," katanya lagi ketika ditanya.

Mesyuarat PAS lewat malam tadi memutuskan untuk tidak menyertai perhimpunan tersebut demi menghormati keinginan penganjur untuk tidak melibatkan parti politik.

NONEPAS khuatir terdapat pihak tertentu yang akan cuba mengambil kesempatan dengan menggunakan perhimpunan tersebut untuk kepentingan politik dan pilihan raya.

Walau PAS tidak menghadiri HIMPUN, presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagaimanapun tetap berharap supaya pihak yang terlibat bertindak mengikut undang-undang demi menjamin keharmonian antara kaum dan agama.

"Sebarang usaha untuk menimbulkan polemik perkauman dan agama akan membawa negara kepada satu suasana yang tidak menguntungkan mana-mana pihak," katanya.

Tiada ulasan: