shalehudin |
- Tengku Muhammad Faris Petra
- Hati jantan gua pun tersentuh beb...
- Laaa... si Ezam ni ada lagi rupanya... kahkahkah...
- Boleh ka Rosmah guna Jet kerajaan...
- Umno oiii, kelaku hampa ni buat malu kat cina DAP jaa...
- Ni la cara UMNO cari makan...
- Ekellee... RM83.88 juta ja punnn...
- Guan Eng buat fitnah baru...
- Terang terang depa ni tak sokong BN (Barang Naik) Hahaha...
- Awat yang ramai dok senyum nih... haha...
- Nik Aziz bagitau cara betoi nak berdoa...
Posted: 13 Oct 2011 09:10 AM PDT |
Hati jantan gua pun tersentuh beb... Posted: 13 Oct 2011 04:18 AM PDT Saja aku teringat ngan video raya Petronas tahun 2006 nih, begitu menyentuh perasaan.... Memang payah jaga orang tua nih, tapi payah tu la indah... |
Laaa... si Ezam ni ada lagi rupanya... kahkahkah... Posted: 13 Oct 2011 02:00 AM PDT Agenda terancang burukkan institusi raja – Mohamed Ezam KUALA LUMPUR 11 Okt. – Tindakan portal berita propembangkang, Malaysiakini menyiarkan artikel mempersoalkan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dilihat sebagai satu agenda untuk memburuk-burukkan institusi raja. Ahli Dewan Negara, Senator Mohamed Ezam Mohd. Noor berkata, jika diteliti dari awal penubuhan portal berita tersebut, jelas dilihat Malaysiakini sering menyiarkan laporan yang menghilangkan rasa hormat masyarakat terhadap kerajaan, jabatan-jabatan kerajaan dan kini, institusi raja pula. "Tindak-tanduk mereka jelas untuk menimbulkan rasa kurang senang terhadap institusi asas negara kita. "Tindakan membenarkan pembacanya meninggalkan komen juga dilihat menambahkan lagi perbalahan berhubung isu tersebut,'' katanya ketika dihubungi hari ini. Menurutnya, perkara itu harus diambil serius oleh pihak kerajaan dengan melakukan siasatan menyeluruh terhadap portal berkenaan. Sultan Sharafuddin semalam melahirkan rasa amat tersinggung dengan usaha pihak tertentu yang cuba melemahkan kepercayaan dan akidah orang Islam di negeri itu. Baginda yang merujuk siasatan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas majlis Thanksgiving Dinner di Dewan 3, Kompleks Dream Centre di Seksyen 13, Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu bertitah, terdapat keterangan ada cubaan untuk memesongkan kepercayaan dan akidah umat Islam tetapi ia tidak mencukupi untuk tindakan undang-undang diambil. Ekoran itu Malaysiakini melaporkan berita seorang paderi yang mempersoalkan titah Sultan Selangor berhubung isu berkenaan. Paderi tersebut dipetik berkata: "Ampun Tuanku, bagaimana mungkin untuk mengatakan bahawa terdapat cubaan untuk memesongkan akidah umat Islam pada majlis makan malam di DUMC itu tetapi tidak ada bukti yang mencukupi bagi membuat pendakwaan." Malah Malaysiakini juga menyiarkan pembaca portalnya memberi komen terhadap laporan berita tersebut. Ezam menambah, jika dahulu, perbezaan ideologi politik tidak menghalang rakyat untuk sama-sama menghormati institusi raja, tetapi kini perkara tersebut telah semakin terhakis. "Tindakan portal berita itu juga dilihat sebagai mencabar kerajaan Barisan Nasional (BN)," tegasnya.- Utusan Meloya |
Boleh ka Rosmah guna Jet kerajaan... Posted: 13 Oct 2011 12:30 AM PDT |
Umno oiii, kelaku hampa ni buat malu kat cina DAP jaa... Posted: 12 Oct 2011 11:00 PM PDT |
Posted: 12 Oct 2011 09:00 PM PDT TERKINI : TEGANG, Cubaan Umno HALAU Lim Guan Eng Di SEGAMAT SMS dari Ketua Penerangan Pemuda UMNO Sekijang: "As Salam.. hari ini (Rabu) di bawah nama Anak Johor Tolak Penderhaka, provokasi bantahan di pdg sekolah Li Chi depan Upwell pukul 6 ptg. Saudara2 ketua pemuda dipelawa membawa seberapa ramai pemuda cwgn masing2 utk bersama2 brhimpun demi maruah negeri Johor yg di perlekehkan oleh Lim Guan Eng ini. Jgn kita biarkan Cina bangsat ini brcakap sesuka hati dan jgn biarkan dia sewenang2nya memijak bumi sgmt johor ini.." Dan petang tadi berlaku suasana tegang di Segamat provokasi-provokasi dari ahli-ahli Umno yang mengganggu program DAP di sana. Kekecohan mula tercetus antara para wakil-wakil Umno dan juga unit Amal PAS yang turut dibantu AMK dan juga ahli DAP Segamat dan Muar apabila pendemo mula memasuki perkarangan lokasi ceramah. Pemuda-pemuda Umno membuat provokasi bantahan di padang sekolah Li Chi petang tadi. Suasana kecoh petang tadi di hadapan dihadapan Restoran Siang Kee Kg Abdullah Segamat bagi membantah kedatangan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guang Eng yang dijangka akan mengadakan ceramah malam ini. Pihak Polis dan FRU masih mengawal keadaan dan sehingga ke jam ini keadaan masih lagi terkawal walaupun terdapat beberapa insiden membaling batu diantara kedua dua pihak. Dan malam ini juga ada satu lagi program Pakatan Rakyat di Labis bersama Bob Lokman dan Che'guBard. Ketika entri ini ditulis, teman aktivis Penyelaras SAMM Johor Sdr Ahmad Anwar Asyraf sedang menantikan kehadiran Che'guBard di exit Tol Pagoh untuk bergerak ke Labis secara konvoi. Berdasarkan maklumat yang diterima, dipercayai program ceramah di Labis juga akan menjadi sasaran mat rempit-mat rempit upahan selepas provokasi mereka digagalkan ketika program ceramah di Kg Tahang Rimau, Segamat pada Isnini lalu. Pulakdah.blogspot.com |
Ekellee... RM83.88 juta ja punnn... Posted: 12 Oct 2011 08:00 PM PDT RM83.88 juta dibazirkan untuk naik imej Umno BN Abdul Aziz Mustafa KUALA LUMPUR, 12 Okt: RM83.88 juta yang dibazirkan untuk mempromosikan imej kerajaan Umno boleh digunakan untuk memajukan lebih 600 pelajar terpilih Melayu dalam masa lima tahun, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. "Untuk naikkan imej kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) di luar negara, wang rakyat lebih RM80 juta dibayar kepada syarikat perunding FBC Media. "Ini satu lagi bukti pembohongan Umno kononnya berkhidmat untuk orang Melayu kerana RM80 juta itu boleh digunakan untuk membina sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang boleh dimanfaatkan oleh anak-anak Melayu yang masih ketinggalan dari segi pencapaian dalam bidang pelajaran," katanya. Menurut Mohamad, dengan anggaran paling konservatif sekalipun, jika sebuah MRSM mengambil 100 hingga 125 orang pelajar setiap tahun, dalam masa lima tahun ia boleh menampung antara 500 hingga 625 pelajar Melayu yang terpilih. "Kecuali sejumlah kecil, pelajar-pelajar terpilih rata-ratanya mampu melanjutkan pelajaran sehingga ke institusi pengajian tinggi. "Ia dengan sendirinya bermakna dengan belanja RM80 juta untuk membina sebuah MRSM sahaja, setiap tahun sehingga beratus-ratus orang mencapai tahap kelas menengah Melayu yang dengan sendiri mengubah nasib bangsa," kata beliau. Mohamad berkata, apabila sejumlah wang yang mampu membina institusi yang boleh mengubah nasib rakyat itu diboroskan kononnya untuk menaikkan imej kerajaan Umno BN, ia hakikatnya adalah pengkhianatan terhadap para pelajar yang memerlukan peruntukan itu untuk kepentingan pelajaran mereka. "Saya ambil MRSM sebagai contoh sebab setiap hari Umno terpekik-pekik membohongi semua orang kononnya ia membela Melayu. "Lebih dari itu, selama ini, peluang pelajaranlah yang banyak mengubah nasib orang-orang Melayu," kata beliau. Beliau juga mempertikaikan apa perlunya wang yang begitu besar dibelanjakan jika kerajaan Umno BN mempunyai imej yang dihormati, baik dan bersih. "Kalau benar kerajaan Umno BN cerdik, baik, bersih dan adil, tak perlu bayar duit pun ia pasti akan menjadi sebutan media-media seluruh dunia, ia pasti akan disebut-sebut di mana-mana pun sebagai contoh kerajaan yang mempunyai sifat-sifat sedemikian. "Pelabur tertarik, pelancong tertarik, semua pihak tertarik kalau benar kerajaan Umno BN cerdik, baik, bersih dan adil," kata Mohamad. Isnin lalu, Dewan Rakyat diberitahu bahawa kerajaan telah membayar sejumlah 19.6 juta Euro (RM83.88 juta) kepada syarikat perunding, FBC Media yang kini disiasat oleh pengawal media Britain atas dakwaan melanggar etika media. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu, kontrak itu adalah untuk FBC Media menyediakan khidmat rundingan, nasihat serta pengurusan kempen komunikasi kepada kerajaan. "Kontrak selama setahun itu telah disambung sebanyak dua kali dan ditamatkan pada tahun 2010. Nilai kontrak untuk tiga tahun itu ialah Euro 19.6 juta," kata Najib. |
Posted: 12 Oct 2011 07:00 PM PDT Pakatan beri wang daripada lebihan bajet Oleh Lim Guan Eng Tidak seperti kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang memberikan dana bantuan kepada golongan miskin melalui lebihan bajet, bajet pilihan raya BN untuk 2012 bergantung kepada defisit perbelanjaan dan pinjaman kewangan yang akhirnya perlu dibayar oleh rakyat. Walaupun bantuan wang tunai kepada golongan miskin dan rakyat Malaysia dialu- alukan, timbulnya persoalan di manakah Kerajaan Persekutuan akan mencari wang apabila Petronas dijangka hanya akan menyumbang dividen sebanyak RM28 bilion pada tahun ini ataupun RM2 bilion kurang berbanding tahun 2011? Jelas bahawa unjuran Kerajaan Persekutuan bahawa pendapatan akan meningkat daripada RM183 bilion tahun ini kepada RM186 bilion tahun depan adalah tidak munasabah memandangkan dividen daripada Petronas dijangka berkurang. Tidak seperti Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat yang memberikan bantuan tunai kepada golongan miskin daripada lebihan bajet, bajet pilihan raya BN 2012 pula hanya bergantung kepada perbelanjaan defisit untuk meraih undi. Ramai pakar ekonomi telah memberi amaran bahawa risiko bajet 2012 membawa negara kepada perbelanjaan yang tidak mampan kerana dibelanjakan ketika ekonomi dunia mengalami kemelesetan. Dr Marie-Aimee Tourres, seorang felo penyelidik kanan di fakulti ekonomi dan pentadbiran Universiti Malaya, berkata bahawa bajet "buah tangan" ini tidak dikaitkan dengan mana-mana komitmen produktiviti. Jelas Bajet Pilihanraya ini direka untuk meraih pengundi. Pada masa yang sama, DAP tidak dapat nampak sebarang usaha untuk memerangi rasuah atau ketirisan dalam pengurusan sumber negara. Atas sebab itulah, sasaran Kerajaan Persekutan untuk mengurangkan defisit bajet dari RM45.5 bilion tahun ini kepada RM43 bilion menjelang tahun 2012 atau 5.4% kepada 4.7% daripada KDNK mungkin tidak dapat dicapai. Pungutan hasil adalah terlalu optimistik dan boleh menyebabkan peningkatan hutang Kerajaan Persekutuan untuk membiayai perbelanjaan defisit ini. Nisbah hutang Kerajaan Persekutan kepada KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) telah meningkat setiap tahun daripada 53.1% pada tahun 2010, 53.8% pada tahun 2011 dan 54.8% pada tahun 2012. Hutang Kerajaan Persekutuan pula telah meningkat sebanyak 12% pada tahun 2011 kepada RM456 bilion daripada RM407 bilion pada tahun 2010. Bagi memastikan kemampanan hutang, KerajaanPersekutuan telah menetapkan nisbah 55% kepada KDNK. Justeru, nisbah 54.8% kepada KDNK menjelang tahun 2012 ini sangat berbahaya kerana sudah menghampiri 55% kepada KDNK. Lebih membimbangkan, Laporan Tahunan Bank Negara 2010 mendedahkan bahawa hutang isi rumah Malaysia pada akhir tahun 2010 adalah sebanyak RM581 bilion atau 76% daripada GDP. Malaysia mempunyai tahap hutang isi rumah yang kedua tertinggi selepas Korea Selatan. Nisbah bayaran hutang isi rumah rakyat Malaysia adalah 47.8% pada tahun 2010, yang bermakna bahawa hampir separuh daripada pendapatan isi rumah digunakan untuk bayaran hutang. Secara umum, nisbah bayaran hutang yang melebihi 33% dianggap tidak sihat. Bank juga mempunyai syarat tidak akan memberi pinjaman jika lebih daripada satu pertiga daripada pendapatan mereka digunakan untuk bayaran hutang. Jelas rakyat Malaysia telah membentuk negara yang banyak berhutang, terutamanya apabila Kerajaan Malaysia memberikan wang yang diperolehi daripada pinjaman. Ini adalah satu perbezaan antara BN dan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat tidak akan memberikan wang kepada rakyat daripada wang yang dipinjam di mana pada akhirnya, rakyat masih perlu membayar wang tersebut. Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat memberi wang daripada lebihan bajet di mana rakyat atau anak-anak mereka tidak perlu membayar balik wang pada masa akan datang. *Kenyataan media oleh Lim Guan Eng (gambar kanan) selaku Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Bagan. |
Terang terang depa ni tak sokong BN (Barang Naik) Hahaha... Posted: 12 Oct 2011 06:00 PM PDT |
Awat yang ramai dok senyum nih... haha... Posted: 12 Oct 2011 05:00 PM PDT Ramai tersenyum, Najib masih tertekan Apabila Datuk seri Mohd Najib Razak berkata, kita tidak meniru cadangan mana mana pihak. Tiada siapa pun menpengaruhi atau mendesak kerajaan ramai yang senyum dan Najib tetap tertekan. Mereka senyum kerana Najib kata kerajaan tak pernah didesak memansuhkan ISA, sedangkan kebanyakan rakyat di Negara ini menentang bulat bulat akan akta zalim itu. Memang betul dia tidak tiru cadangan mana mana pihak dan tiada sesiapapun mempengaruhinya. Tapi seingat saya kerajaan BN telah didesak memansuhkan ISA. Bukan satakat itu saja malahan ada kumpulan rakyat di Negara ini mengadakan demosntrasi besar besaran mendesak kerajaan memansuhkan ISA. PAS selama lamanya mendesak kerajaan BN menghapuskan ISA, kerana akta itu zalim dan mencabuli hak asasi kemanusiaan. Inilah yang membuat ramai rakyat Malaysia tersenyum, kerana Najib sudah lupa dengan desakan 48 peratus rakyat supaya di mansuhkan. Sepatutnya Najib boleh tersenyum lebar dengan tindakan memansuhkan akta yang zalim dianggap sudah tidak relevan itu. Tapi malangnya dia masih tetap tertekan, kerana orang MCA dan Gerakan tak pernah buat tuntutan supaya ISA dihapuskan. Bukan itu yang dikehendaki MCA dan Gerakan. Pembangkang sudah barang tentu tak berpatah balik miskipun ISA sudah dihapuskan. Yang dikehendaki MCA dan Gerakan sepertimana yang dinyatakan pada Resolusi perhimpunan MCA minggu lepas iaitu terus mendesak kerajaan mengarusperdanakan pendidikan vernakular setanding dengan pendidikan kebangsaan. Antara desakan mereka adalah, kerajaan mesti membantu pembangunan lebih 78 peratus sekolah Cina sedia ada melalui peruntukan khas. Tiap-tiap tahun inilah desakan yang kedengaran ketika perhimpunan tahunan mereka. Jika ini dilaksanakan kerajaan yang diterajui Mohd Najib Razak barulah undi orang china kekal kepada BN. Kalau tidak jarang diharap orang china akan mengundi BN dalam pilihanraya umum ke 13 nanti. Yang penting bagi mereka, anak Cina mesti pandai dalam bahasa Cina. Sekolah Cina mesti mendapat bantuan lebih dari sebelumnya, penguasaan bahasa Cina mesti diutamakan. Untuk menambat hati orang china perdana menteri bertindak minta betis beri peha dan beri peha habis segalanya demi undid an menang dalam pilihanraya umum nanti. Pendek kata telah bersetuju seratus peratus menyalurkan kutipan cukai arak dan judi kepada sekolah Cina. Mengecualikan cukai terhadap mereka yang memberi sumbangan kepada tabung pembangunan sekolah Cina dan banyak lagi. Sekolah Cina hari ini mendapat perhatian yang begitu tinggi daripada pelbagai pihak. Kerajaan terpaksa tunduk demi mendapatkan undi. Undi pun belum ditentu diberikan kerana undi adalah rahsia. Di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat, usahlah dicerita. Apa yang diminta semuanya dapat sehingga sekolah kebangsaan terus terpinggir. Yang pelingnya perdana menteri tak sedar yang tindakan itu menjadi duri dalam daging yang tidak berkesudahan. Mungkin inilah yang dikatakan oleh ramai penganalisis politik sebagai punca BN tak boleh menang dalam piliharaya umum ke 13 nanti jika diadakan dalam masa terdekat .Najib jadi takut lantas membentang bajet 2012 tanda prihatin disamping membentuk pengaruhi yang tak mempersonakan. |
Nik Aziz bagitau cara betoi nak berdoa... Posted: 12 Oct 2011 03:30 PM PDT Berdoalah pada waktu yang sesuai lagi afdal agar diterima Allah Oleh TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT OLEH kerana berdoa mohon sesuatu daripada Allah SWT itu adalah ibadat, maka ia mempunyai adab tertentu bagi menunjukkan kesopanan akhlak yang mulia kepada Tuhan Yang Maha Mulia. Adab tatasusila berdoa itu sepuluh perkara, pertamanya; meskipun boleh berdoa setiap waktu sepanjang hari, namun sayugia tidak abai mencari saat yang mulia menurut pandangan Islam. Sebagaimana kegiatan harian seperti makan minum, tidur baring ada waktunya yang baik dan sesuai. Apatah lagi berdoa kepada Allah SWT ada beberapa ketika yang Tuhan anjurkan sebagai detik yang baik, untuk mendapat kemustajaban dan keberkatan-Nya. Misalnya sekali dalam setahun ialah 'Hari Arafah' pada sembilan Zulhijah, di hari para hujjaj berhimpun di padang Arafah melengkapkan haji. Sama ada para hujjaj atau orang yang tidak terlibat dengan ibadah haji sekalipun, digalakkan seboleh bolehnya berdoa kepada Allah SWT pada hari kemuncak ibadah haji itu. Sebagai orang mukminin berwaspada menunggu detik yang mulia itu. Semuga Allah SWT akan kurniakan saat mustajab, jika bersua dengan Hari Arafah yang mulia itu. Mudah mudahan boleh beramal lebih baik di Hari Arafah yang telah lalu. Hidup sebagai orang Islam diajar supaya semakin meningkat usia kian bertambah baik amal ibadahnya. Saat yang paling baik pada Hari Arafah itu ialah ketika matahari tegak di atas kepala sebelum menjelang Zohor. Seolah olah kepala kita setentang dengan pintu langit, mengharapkan rahmat Allah SWT. Apabila sebut langit tidak bererti Tuhan itu bertempat, sebaliknya langit itu adalah tempat yang tinggi, sekadar menggambarkan kemuliaan Tuhan Yang Maha Tinggi. Untuk bulanan pula ialah sepanjang bulan Ramadhan bulan diwajibkan ibadat puasa, bagi mingguan pula ialah pada hari Jumat. Bagi harian pula ialah di hujung malam ketika waktu sahur sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan di akhir akhir malam mereka mohon ampun (kepada Allah)." (surah Az-Zariat ayat 18). Pada penghujung malam mereka bangun berdoa, sama ada berdoa degan doa semata atau mendirikan solat yang bererti doa juga. Satu di antara makna solat ialah doa, kerana dalam solat itu cukup lengkap. Ada takbir, tahlil, tahmid, taqdis, tasbih dan semua perkara yang tergolong ibadat terhimpun dalam solat. Bagi mereka yang bangun hendak sahur di bulan Ramadan atau sahur puasa sunat, saugiya dia berwudhuk dan mendirikan solat tahjud juga witir dan sebagainya. Yang kedua termasuk dalam adab berdoa ialah rebut peluang pada ketika yang mulia, seperti ketika pasukkan tentera Islam bergerak menuju medan perang menentang musuh. Sebelum berlaku peperangan mereka telah berusaha sedaya upaya agar peperangan dapat dielakkan. Apabila terpaksa hadapi peperangan tentera Islam tidak hanya bergantung dengan kecanggihan senjata, kerana senjata bagi Islam ada dua jenis, satu senjata lahir yang dimilikkinya dan kedua ialah senjata doa. Bagi tentera Islam apabila berada di medan perang tidak seorang pun yang lupa pada Allah SWT, ketika mereka ingat pada Tuhan maka ketika itu masa yang paling baik dan afdhal. Untuk mereka mendapat perhatian dari Allah SWT, rebutlah peluang untuk berdoa bagi mendapat bantuan atau keredhaan-Nya. Peperangan di zaman mutakhir ini ada perang menggunakan senjata, tetapi ada pula peperangan bentuk politik. Kedua jenis peperangan itu mempunyai tujuan yang sama dari segi mencapai kemenangan. Saat manusia berduyun ke medan pertempuran berdasarkan keunggulan aqidah, ke medan perang untuk membawa kembali semula suasana dan kerajaan Islam ke dalam negara. Ketika berada di medan hendaklah tidak lupa menggunakan senjata doa kepada Allah SWT, supaya kemenangan dan keselamatan akan dianugerahi Tuhan. Seterusnya dikira saat yang baik juga iaitu ketika hujan turun, menurut Islam ketika itu rahmat Allah SWT turun bersama turunnya hujan dari langit. Nabi s.a.w. ketika melihat mendung bergerak segera berdoa, di antara doanya ialah doa yang bermaksud: "Wahai Tuhan, aku mohon kebaikkan yang ada di dalam awan mendung itu, aku menghendaki hanya yang baik terkandung di dalamnya. Bukan perkara buruk di sebaliknya seperti ribut tofan puting beliung yang memusnahkan." "Aku mohon air untuk menyuburkan bumi supaya tumbuhan jadi subur mendatangkan rezeki, bukannya air membawa banjir yang menjadi bencana kepada harta benda dan jiwa." Bukan sekadar doa yang bersangkut dengan hujan sahaja, tetapi termasuk doa lainnya seperti mohom diampun dosa dan pahala bertambah, kesihatan diri dan keluarga. Juga mohon dikurniakan anak yang soleh serta apa saja yang baik. Berdoalah dengan bersungguh sungguh agar dimustajabkan oleh Allah SWT. Termasuk juga waktu yang baik untuk sesaorang berdoa ialah ketika muazzin melaungkan iqamah, ia boleh menambahkan khusyuk dalam solat. Sejak iqamah lagi ingatannya sudah tertumpu kepada Allah SWT, ingatan itu akan terbawa kedalam solat yang boleh menghindar dari kelalaian. Jika semasa muazzin iqamah dia masih lalai tidak berdoa, bererti apabila mendirikan solat dia tidak mempunyai persiapan untuk khusyuk. Apatah lagi jika dia baru tiba dari tempat umum seperti pasar dan sebagainya, segala kekalutan dan hiruk pikuk tempat awam itu masih terbawa dalam fikirannya. |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan