Khamis, 13 Oktober 2011

Addin

Addin


Bila Mamat Munafik Ni Bersuara..

Posted: 13 Oct 2011 06:29 AM PDT

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru, Datuk Zulkifli Noordin pada Rabu mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pakar perlembagaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari yang mempertikaikan titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Damansara Utama Ogos lalu.Menurut beliau, kenyataan Dr Abdul Aziz itu seolah-olah memberi bayangan bahawa Sultan Selangor mengambil sikap berpihak dalam memutuskan perkara tersebut. "Raja-raja Melayu tidak pernah ambil sikap memihak.

Jika kita ingat kembali sikap Almarhum Sultan Salahuddin, baginda akan tegur sesiapa saja yang memerintah Selangor pada waktu itu. "Raja-raja Melayu bertanggungjawab untuk menjaga kepentingan rakyat dibawah naungan baginda. Jadi dakwaan mengatakan baginda mengambil sikap berpihak adalah satu putar belit dan kebiadapan melampau," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, Rabu.

Jelas beliau, seperti yang terkandung dalam Undang-undang Tubuh Negeri Selangor, hal ehwal agama Islam Selangor terletak di bawah bidang kuasa Tuanku Sultan Selangor. "Oleh itu, Menteri Besar, ahli exco dan kerajaan negeri tiada kuasa dalam isu ini. Hal Ehwal Islam di peringkat negeri terletak di bawah kuasa Raja-raja Melayu. Sudah menjadi kewajiban Sultan untuk pertahankan dan mendaulatkan agama Islam," ujarnya.
Zulkifli berkata, dalam isu serbuan ke atas gereja itu, kes tersebut tidak dibawa ke mahkamah kerana saksi tidak mahu memberikan kerjasama.

"Buat apa kalau pihak pendakwa raya bawa kes ini ke mahkamah jika tahu saksi enggan bekerjasama. Tidakkah ia akan memalukan agama Islam? Kita tidak mahu perkara ini berlaku…oleh itu, baginda keluarkan kenyataan untuk pertahankan umat Islam," katanya. Sementara itu, beliau turut mencabar Dr Abdul Aziz supaya meletak jawatan selaku pensyarah dan bertanding dalam pilihan raya akan datang jika mahu berpolitik.

"Kalau hebat sangat berpolitik, letak jawatan dan bertanding dalam pilihan raya. Cara dia bertindak tidak menggambarkan dirinya sebagai pakar perlembagaan dan juga ahli akademik," katanya. Kenyataan Dr Abdul Aziz itu turut menerima kritikan pelbagai pihak kerana memburuk-burukkan institusi raja.

"Buat apa kalau pihak pendakwa raya bawa kes ini ke mahkamah jika tahu saksi enggan bekerjasama. Tidakkah ia akan memalukan agama Islam? Kita tidak mahu perkara ini berlaku…oleh itu, baginda keluarkan kenyataan untuk pertahankan umat Islam," katanya. Sementara itu, beliau turut mencabar Dr Abdul Aziz supaya meletak jawatan selaku pensyarah dan bertanding dalam pilihan raya akan datang jika mahu berpolitik.

"Kalau hebat sangat berpolitik, letak jawatan dan bertanding dalam pilihan raya. Cara dia bertindak tidak menggambarkan dirinya sebagai pakar perlembagaan dan juga ahli akademik," katanya. Kenyataan Dr Abdul Aziz itu turut menerima kritikan pelbagai pihak kerana memburuk-burukkan institusi raja.

Addin :

PAS reject hang.. PKR reject hang.. Umnoporno reject hang.. lepas PRU ni hang merempat ler..

Pendedahan Bagaimana BN Menang P'raya Melalui Pengundi Hantu Dan IC Palsu

Posted: 12 Oct 2011 07:43 PM PDT

Radio Free Sarawak (RFS) telah mengadakan wawancara secara langsung dengan C.E.O merangkap Ketua Editor Sabahkini.net, Mutalib M.D berhubung isu kerakyatan songsang dan IC Projek pada 10 Oktober dan rakaman wawancara boleh dimuat turun melalui podcast RadioFreeSarawak mulai 11 Oktober 2012. Berikut transkripsi penuh wawancara berkenaan yang disediakan khas buat pembaca Sabahkini.net yang tidak dapat mendengar wawancara berkenaan kerana masalah bandwith atau talian internet.
RFS : Boleh saudara nyatakan pandangan berhubung isu kerakyatan songsang dan IC Projek yang melanda Sabah dan kini menjadi ancaman Negara?

MUTALIB : Bermula dari tahun 1970-an, hello!, iaitu ketika zaman Tun Mustapha, ini bukan isu yang baru. Selepas merdeka, Jabatan Pendaftaran Negara telah mula merekrut melalui sindiket-sindiket tertentu. Itu semua telah saya sebutkan dalam empat

buah buku iaitu buku pertama IC Palsu Merampas Hak Anak Sabah; yang kedua Pengundi Untuk Disewa; yang ketiga IC Projek Agenda Tersembunyi Mahathir dan yang keempat 007-Lelaki Malaysia Terakhir.

Isu IC ini, sewajarnya kerajaan, sepatutnya mengakui dan tidak perlu berdolak dalih kerana pada 1995 Kerajaan Persekutuan telah menangkap 15 Pegawai Pendaftaran dan 25 orang awam di bawah Seksyen 8, Akta Keselamatan Dalam Negeri. Ini bermakna mereka mengakui sindiket ini berlaku.

Tetapi sayangnya mereka tidak menarik kembali IC yang telah dikeluarkan iaitu lebih kurang 322,903 kepada warga asing, sama ada Indonesia, Filipina, India atau Pakistan. Tetapi selepas itu, pada, kalau saya tidak silap pada 1996, kerajaan telah mengeluarkan satu surat daripada Jabatan Pendaftaran Negara telah menarik balik seramai 16,693 kad pengenalan iaitu yang bermula H0492001 sehinggalah H0553999 yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendataran Negara yang ditandatangani oleh Wan Md Arif Wan Ismail.

Jadi persoalan sekarang ialah kerajaan mengakui wujudnya benda ini, tetapi oleh kerana faktor politik, perkara ini didiamkan begitu saja. Jadi kalau untuk mengetahui lebih lanjut saya ada satu blog tentang IC Palsu.

Ada dua keadaan iaitu http://mutalibmd.blogspot.com/2008/12/integriti-malaysia-di-parlimen.htmlkita boleh layari dari sana, pasal saya telah dipanggil oleh Jawatankuasa Select Comittee untuk membentangkan isu ini di Parlimen iaitu pada 26 Februari tahun 2007 yang dipengerusikan oleh Tan Sri Bernard Gilok Dompok pada ketika itu dan turut hadir ialah Ketua Pembangkang Lim Kit Siang sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa berkenaan.

Jadi sekarang saya telah dedahkan begitu juga dengan saudara saya Datuk Wilfred Mojilip Bumburing telah menghantar satu memorandum kepada Kementerian Dalam Negeri dan beberapa orang lain yang turut serta termasuk Datuk Jeffrey Kitingan, Datuk Patrick Sindu dan saya sendiri telah menghantar memorandum dan buku keseluruhannya kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong sekarang dan bekas Perdana Menteri yang lalu. Jadi sekarang ini bukanlah satu rahsia lagi.

RFS : Dan adakah seperti soalan ini masalah IC ini di Sabah, adakah ia berlaku di Sabah saja dan mungkin juga ianya berlaku di kawasan-kawasan lain seperti di Sarawak dan Semenanjung?

MUTALIB :Yang saya boleh katakan ialah Sabah menjadi Kilang ataupun 'Factory' melalui sindiket berkenaan untuk memproses kad pengenalan tersebut kerana beberapa cara iaitu sama ada melalui sindiket yang menggunakan borang Persatuan Kebangsaan Bugis Bersatu (PKBS) iaitu untuk mendaftar sesiapa saja dengan bayaran RM10 setem duti. Segala-galanya ada saya nyatakan di dalam buku saya yang terakhir iaitu 007-Lelaki Malaysia Terakhir. Oleh kerana benda ini telah direkrut di Sabah dan kebanyakan Pengundi telah bertebaran, terutama orang Pakistan telah bertebar sehingga ke Semenanjung dan Sarawak.

RFS : Dan kenapa ini maksudnya sekarang ini masih ramai lagi di mana masalah yang ditanggungi oleh kita terutamanya dalam hal mengundi ini, kerana yang melibatkan Pendatang Asing seperti yang paling dekat dengan Sabah iaitu Filipina sendiri sekarang ini saya rasa makin ramai sudah punyai IC palsu ini, demi untuk mengaut undi sebenarnya bagi mendapatkan kemenangan besar-besaran menentang pembangkang. Ya, adakah ini dipersetujui oleh Saudara Mutalib?

MUTALIB : Isunya begini, bukan IC Palsu tapi IC Projek. Benda ini ada dalam rekod Pendaftaran, bagaimana ia ada kena tanya Jabatan Pendaftaran Negara sendiri kerana Tan Sri Bernard Dompok telah memanggil Jabatan Pendaftaran Negara dan Suruhanjaya Pilihanraya, mereka tidak datang ke Select Comittee sehingga menyebabkan saya rasa menjadi satu punca kenapa Tan Sri Bernard Dompok meletak jawatan. Ini perkara X-Files, orang putih kata X-Files.

Jadi persoalannya warganegara asing ini, Kerajaan tidak merekrut tapi melalui satu agensi lain yang merekrut mereka. Sebagai contoh yang menjadi isu masalah terbesar di Malaysia sekarang ini ialah masalah agama. Iaitu kira-kira seribu orang berada di Shah Alam, orang dari Filipina, beragama Kristian tapi telah dikeluarkan Kad Pengenalan beragama Islam. Itu jam mereka ditangkap di kawasan berkenaan kerana didakwa oleh penduduk kampung bahawa mereka memanggang babi.

Oleh kerana mereka beragama Islam dalam kad pengenalan maka JAIS, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Selangor menghadapi masalah kerana mereka tidak mengaku sebagai beragama Islam...

RFS : Oh itu satu perkara yang mengejutkan kerana mereka mempunyai IC yang beragama Islam dan tetapi sebaliknya memanggang babi dan itu suatu yang...

MUTALIB :Oleh kerana mereka bukan beragama Islam dan mereka bangsa Visaya dari Filipina dan tinggal di Shah Alam.

RFS : Dan adakah hal ini patut kita tujukan dan put the blame on Barisan Nasional kerana yang tampuk pimpinan sebenarnya bermulanya dari seorang yang berdiri di parti Barisan Nasional?

MUTALIB : Tidak boleh salahkan Kerajaan kerana perkara ini berlaku sindiket. Sekarang Kerajaan telah mengambil tindakan tegas iaitu menangkap kesemua mereka ini, tetapi oleh kerana tiada 'political will' untuk memberkas kesemua kad pengenalan iaitu pada ketika itu 300 ribu lebih kad pengenalan dikeluarkan.

Jadi Kerajaan telah menunjukkan prihatin dengan merampas kembali 16 ribu lebih kad pengenalan. Tetapi selepas itu Pemimpin politik yang ada, tidak berani untuk melakukan, orang kata satu 'suicide dive', maknanya dia kena mengakui bahawa memang ada kad pengenalan dikeluarkan di zaman Megat Junid Megat Ayob iaitu sama ada dengan pengetahuan Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim, kita tidak tahu.

Tetapi persoalan kenapa boleh berlaku di Malaysia dan inilah isu yang paling hangat sekarang kenapa warga Filipina beragama Kristian boleh mendapatkan kad pengenalan. Jadi usaha mereka untuk menukarkan kepada agama Kristian tidak dibenarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara, kerana perlu melalui JAIS dan sebagainya.

Jadi inilah isu paling besar sama ada mereka ini mendaftar sebagai pengundi atau tidak itu masalah Jabatan masalah Suruhanjaya Pilihanraya kerana saya telah menulis buku yang bertajuk 'Pengundi Untuk Disewa' dan buku ini telah menyatakan keseluruhan apa yang berlaku sama ada mereka menggunakan duplicate IC, sama ada mereka menggunakan polis dan tentera dan sebagainya. Ini bukan lagi rahsia, kerana ini telah menjadi pengetahuan umum.

Begitu juga dengan kebanyakan buku saya diambil oleh Dr Chong Eng Leong dalam 'Lest We Forget' dan beberapa buku lain. Tetapi kebanyakannya boleh dilihat dalam blog saya lah.

RFS : Dan satu lagi soalan yang ingin ditanyakan according to the news report di Selangor di mana seramai 186 ribu orang asing yang kononnya telah pun mendapatkan IC ini dan untuk mendapatkan satu sebabnya ialah bagi mendapatkan undi bagi pilihanraya yang akan datang ini dan apakah pendapat anda tentang pesan undi ini untuk memancing undi ini bagi rakyat asing ini?

MUTALIB :Sindiket ini sebenarnya sudah lama berlaku, bukan perkara yang baru. Jadi soalnya mereka baru buat atau tidak, adalah melalui sindiket, sama ada dipersetujui oleh kerajaan atau tidak, pasal perkara ini ada di dalam rekod Jabatan Pendaftaran Negara. Inilah yang kita harap kerajaan Sabah harap supaya kerajaan Malaysia atau Persekutuan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk mengenalpasti segala masalah ini, kerana apapun tindakan yang telah kita telah ambil, telah sampai kepada peringkat kata Datuk Patrick, "Jika ada pejabat tuhan dia akan pergi." Sudah begitu desperate orang Sabah. Jadi persoalan sekarang ini, mereka gunakan pengundi adalah perkara yang sudah lumrah. Sekarang di Sabah sendiri, TANPA PENGUNDI HANTU SAYA RASA TIDAK ADA KERAJAAN NEGERI.

RFS : Dan saya sudah pun begitu terang untuk kita bincangkan bersama dengan saudara Mutalib dan kita amat berbesar hati daripada kami Radio Free Sarawak mendapatkan bahan berita ini daripada saudara dan kita akan bersama lagi di masa akan datang dan sekali lagi kami ingin mengucapkan terima kasih kepada saudara Mutalib.

MUTALIB : OK. Sama-sama. - sabahkini

Sila baca di sini.

Tiada ulasan: