Khamis, 13 Oktober 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Rafizi.. Anda Salah!! GST bukan lepas PRU.. tapi dengan segera!!

Posted: 13 Oct 2011 07:22 AM PDT



Menurut Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli, Perdana Menteri berniat mengaburi mata rakyat dengan menawarkan gula-gula belanjawan bermula Januari 2012, tetapi akan dicukai kembali melalui GST selepas Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13).


Justeru itu katanya, Biro Politik KEADILAN memutuskan untuk bersama Pakatan Rakyat membawa isu GST sebagai isu utama PRU, bagi memastikan rakyat memahami bahawa "undi kepada BN bermakna undi melaksanakan GST"- sepenuhnya sila baca di (SINI)

Rafizi.... Anda salah! GST bukan selepas Pilihan Raya Umum ke 13 tapi dengan seberapa segera kerana peruntukan kerajaan sebanyak RM232.8 bilion pada Bajet 2012 dengan bajet defisit yang rendah dilihat sukar untuk ditampung dengan dana sedia ada.

Itu menurut firma percukaian dan audit, UHY Malaysia.

Maksudnya Kerajaan Malaysia yang diterajui UMNO tidak mampu melaksanakan apa yang dijanjikan dalam Budget 2012 atau tak ada duit untuk melaksana apa yang dijanjikan..

Dan Najib sediri hanya tahu berbelanja tanpa menyedari akan kemampuan negara..

Budget pilihanraya katakan..


GST perlu segera dilaksanakan

KUALA LUMPUR 12 Okt. - Malaysia perlu segera melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bagi menampung dana yang diperuntukkan di bawah Bajet 2012, kata firma percukaian dan audit, UHY Malaysia.

Rakan kongsi kanan UHY Malaysia, Alvin Tee berkata, peruntukan kerajaan sebanyak RM232.8 bilion pada Bajet 2012 dengan bajet defisit yang rendah dilihat sukar untuk ditampung dengan dana sedia ada.

Sehubungan itu, katanya, mungkin lebih praktikal untuk Kerajaan menangguhkan beberapa cadangan dalam Bajet 2012 berikutan keperluan pembiayaannya.

''Ramai pemerhati menjangkakan pengumuman Bajet 2012 baru-baru ini melibatkan pelaksanaan GST dalam negara, tetapi ia tidak berlaku,'' kata beliau dalam kenyataannya di sini hari ini.

Pengenalan GST merupakan inisiatif yang disenaraikan dalam Kewangan Awam Pembaharuan Inisiatif Strategik (SRI) dan ia harus dijalankan dengan segera.

GST merupakan cukai penggunaan menyeluruh dan ia menjadi mekanisme kerajaan di seluruh dunia untuk mengutip hasil selain menangani masalah defisit bajet.

Agensi di belakang Program Transformasi Ekonomi (ETP), Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan Pemandu (PEMANDU), turut menganggarkan tambahan RM6 bilion pada hasil Kerajaan dalam tempoh dua tahun pelaksanaannya.

Tambah Tee, GST merupakan sistem yang saksama berbanding rejim cukai perkhidmatan dan jualan yang tidak diberi kredit input.

Katanya, bagi negara yang memperkenalkan GST, ia telah membentuk sebahagian besar hasil cukai Kerajaan.

''Bajet 2012 merupakan pemangkin inisiatif ETP Kerajaan, jadi Malaysia harus melaksanakan GST sebagai salah satu ciri ekonominya dalam usaha untuk bersaing dengan negara lain,'' ujarnya.


Lidah Rasmi UMNO

Patutlah MCA marah sangat....

Posted: 13 Oct 2011 04:14 AM PDT



Hari ini, ketua wanita MCA Pulau Pinang Tan Cheng Liang mendakwa laman web yang dikendalikan oleh organ media PKR, Suara Keadilan memaparkan gambar-gambar wanita bogel dalam kedudukan yang menghairahkan dan melabelkan dirinya sebagai "pelacur Chulia Street".


Tan, bekas ADUN Jawi membuat laporan polis di Nibong Tebal semalam, selepas dia dimaklumkan mengenai laman web yang katanya telah mencemarkan nama dan maruahnya itu.

Tan berkata beliau membuat laporan itu selepas menerima panggilan telefon daripada seorang anggota MCA Bukit Bendera Tan Khai Beng yang dimintanya melayari www.suarakeadilan.wordpress.com.

Dalam laman ini, katanya, beliau mendapati namanya dalam satu catatan blog yang menyifatkan beliau sebagai "Pelacur Jalan Chulia".

Manakala Ketua Pemuda MCA Wee Ka Siong pula mendesak Ketua Penerangan AMK, Lee Khai Loon kerana dikatakan telah mengeluarkan satu kenyataan menghina didalam Twitter dengan mengatakan 'MCA telah mempergunakan gadis-gadis itu (Awek cun dalam Mesyuarat Agong Pemuda MCA).

Wee juga mendesak agar Lee dan juga PKR meminta maaf kerana dakwanya AMK adalah dalang disebalik Blog yang dinamakan 'suarakeadilan.wordpress,' itu dan mendesak agar gambar lucah itu dikeluarkan dari Blog tersebut..

Rasanya Tien Chua dah nafikan hal ini.. baca di (SINI)

Hmmm…. Susahlah kalau semua yang ada menggunakan perkataan keadilan itu di kaitkan dengan Parti Keadilan..

Dibawah ini adalah lima screen shot website atau blog yang ada menggunakan perkataan keadilan..




Ini adalah laman web rasmi PKR.


Ini pula adalah laman web rasmi AMK .. orang kata mahal nak set up ni.. tapi sekarang hidup segan mati tak mahu.. nak update pun malas! buang duit saja!


Ini pula laman berita rasmi PKR


Blog diatas juaga menggunakan nama Suarakeadilan..


Dan yang membuatkan MCA panas hati ialah Blog dibawah ini suarakeadilanmalaysia.wordpress.com





Kalau nak tahu gambar bagaimana yang disiarkan oleh Blog diatas sila klik di (SINI) tapi pastikan disekeliling anda tiada anak-anak kecil...

Zahrin dah tak tentu hala.. Amir kata.

Posted: 13 Oct 2011 02:35 AM PDT



PULAU PINANG, 13 Oktober: Dewan Pemuda PAS dan Angkatan Muda KeAdiLan Pulau Pinang tidak bersetuju dengan cadangan Parlimen Bayan Baru, Datuk Zahrin Mohamad yang mahu mempupolarkan semula membabitan syarikat 'rokok' dan 'arak' dalam urusan bola sepak negara.


Walhal 'rokok dan arak' kata mereka telah pun ditolak dalam arena bola sepak negara apabila Malaysia tidak lagi mengambil syarikat rokok 'Dunhill' untuk dijadikan penaja sukan sepertimana dulu.

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Yusni Mat Piah membidas cadangan itu yang dianggap terkebelakang jika berfikiran bahawa hanya wang dari dua syarikat tersebut sahaja mampu meningkatkan prestasi serta sebagai punca dana oleh persatuan bola sepak negeri termasuk Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP).

"Jelas sekali Umno tidak boleh memisahkan diri mereka dengan wang hasil penjualan rokok atau arak.

Kita tahu walaupun beliau ahli Parlimen bebas namun suara itu adalah suara Umno dan Barisan Nasional (BN), "ujarnya.

Sensitiviti umat Islam

Sementara itu, Ketua AMK Pulau Pinang, Amir Ghazali pula menyifatkan Datuk Zahrin tidak ada hala tuju sehingga sanggup mengeluarkan kenyataan yang boleh menghiris perasaan umat Islam.

Bola sepak katanya, bukan sahaja diminati oleh bukan Islam di Malaysia bahkan lebih ramai peminatnya terdiri daripada orang Islam maka kenyataan itu satu kenyataan biadap.

Sepatutnya beliau sebagai Pengerusi FAP harus mencari kaedah lain yang lebih efesyen bukan ortodok walaupun untuk menanggung kos pengurusan bola sepak.

"Beliau sendiri tidak boleh bertindak baik terhadap FAP yang juga tidak lekang dari menghadapi masalah kewangan.

Patut beliau lebih bijak bukan menjadikan hasil rokok dan arak sebagai harapan, " katanya.

Semalam, Zahrain mencadangkan supaya kutipan cukai dari arak dan rokok disalurkan untuk pembangunan sukan khususnya bola sepak.

Menurutnya, walaupun rokok telah diharamkan sebagai penaja utama dalam sukan, kutipan cukai oleh kerajaan boleh disalurkan semula untuk tujuan pembangunan bola sepak negara.


Harakahdaily

10 Laporan Polis terhadap Isa Samad oleh Peneroka.

Posted: 13 Oct 2011 12:40 AM PDT



KUALA LUMPUR: Sebanyak 10 laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Polis di sini semalam oleh ahli-ahli Koperasi Permodalan Felda (KPF) dan wakil peneroka terhadap Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Samad.


Laporan tersebut dibuat bagi meminta siasatan bahawa Isa telah menyalahgunakan kuasa serta 'merampas' jawatan Pengerusi Permodalan Felda Berhad daripada pemegang jawatannya Datuk Dzulkifli Wahab, secara tidak sah semasa Dzulkifli berada di tanah suci Mekah menunaikan Umrah.

Mereka ditemani peguam Suhaimi Said yang juga Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal, Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN).

Menurut Suhaimi, semasa ketiadaan Datuk Dzulkifli Wahab yang juga Pengarah Besar Felda, Isa telah mengadakan Mesyuarat Lembaga Pengarah KPF pada 25 Ogos 2011 dan berbekalkan surat daripada Perdana Menteri, Isa telah melantik dirinya sendiri sebagai Pengerusi KPF.

"Ini bertentangan dengan Undang-Undang di bawah Akta Koperasi 1993 (Pindaan 2007) Akta 502, dan telah menyalahgunakan kuasa kerana mengangkat dirinya sendiri sebagai Pengerusi baru kepada KPF, mengambil alih jawatan yang disandang oleh Datuk Dzulkifli Wahab semasa beliau menunaikan Umrah di Mekah.

"KPF telah ditubuhkan pada 1hb Julai 1980 dibawah Ordinan Koperasi 1948 bertujuan untuk menjadikan KPF sebagai wadah simpanan dan pelaburan anggota Felda.

"Penubuhan KPF ini telah menyerlahkan hasrat murni Felda untuk memberi peluang secara adil kepada warga Felda untuk turut serta memiliki ekuiti dalam syarikat-syarikat Felda melalui KPF, juga merupakan suatu wawasan dan prihatin Felda untuk kemajuan warga Felda," tambahnya seperti dilapor Harakahdaily.

Menurut Suhaimi, Isa Samad tidak layak memegang jawatan selaku Pengerusi KPF kerana beliau tidak layak menjadi ahli kepada KPF yang membuka keahliannya hanya kepada Peneroka Felda, anak peneroka atau kakitangan tetap Felda.

Tambahnya, kedudukan Isa hanyalah bertaraf kontrak justeru pelantikan beliau sebagai Pengerusi KPF adalah bertentangan dengan undang-undang koperasi dan menyalahgunakan kuasa dengan membuat perlantikan ke atas dirinya sendiri.

"KPF merupakan salah sebuah daripada 10 koperasi cemerlang yang menjadi contoh koperasi yang berjaya memberikan dividen yang tinggi atas kadar 15% setahun dan ini membuktikan bahawa KPF telah dikelolakan dan diselenggarakan dengan baik oleh Datuk Dzulkifli dan Ahli Lembaga Pengarahnya.

"Pengambilalihan jawatan Pengerusi dengan cara yang bertentangan dengan undang-undang koperasi ini adalah pengkhianatan kepada KPF dan laporan dibuat supaya Isa disiasat kerana melanggar undang-undang dan menyalahgunakan kuasa," ujarnya.

Tambah Suhaimi, laporan yang sama telah dibuat serentak di balai-balai polis utama di negeri-negeri Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Selangor dan Perak.


http://www.keadilandaily.com/?p=21701

UMNO, dah tua pun masih macam budak-budak..

Posted: 13 Oct 2011 12:07 AM PDT

Umno masih belum dewasa dan gagal menunjukkan kematangannya bagi menangani isu-isu berkaitan masyarakat berbilang bangsa dan agama seperti Selangor.

"Sebaliknya mereka lebih suka menenggek atas isu perkauman sempit dan agama; bukan untuk mencari penyelesaian tetapi menambah rumit keadaan," kata Faekah Husin, setiausaha politik kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu kenyataannya.


Beliau berkata, tindakan Ketua Pembangkang Selangor, Dato' Satim Diman menggesa Menteri Besar memohon maaf kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung isu pemeriksaan terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) jelas menunjukkan Umno sudah tiada isu lain hendak diketengahkan.

"Ia sekali gus menunjukkan Umno gagal mencari seorang pemimpin pembangkang yang dewasa dalam membincangkan isu-isu yang membangun ummah dan negeri Selangor," ujarnya.

Faekah menjelaskan Khalid tidak pernah menyalahkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) seperti yang digembur-gemburkan pemimpin Umno. Ia hanyalah provokasi berniat jahat yang sengaja dicetuskan untuk membangkitkan keresahan umat Islam.

Malahan MB juga tidak pernah meminta maaf bagi pihak Jais kepada DUMC atau penganjur majlis makan malam amal seperti dilaporkan.

"Setelah membaca laporan awal Jais, MB hanya menyatakan rasa kesal dengan kejadian yang berlaku kerana beliau yakin amat sukar bagi Jais mempertahankan dakwaan. Ternyata, pandangan MB selari dengan pandangan Tuanku Sultan," katanya.

Ujar beliau, "saya menggesa Satim supaya berhenti bermain 'politik kekampungan' dan mulai berhujah secara dewasa kerana menggesa MB meminta maaf kepada Sultan Selangor atas perkara yang beliau sendiri tidak jelas hujung pangkal, tidak akan membawa kebaikan kepada mana-mana pihak.

"Sedangkan seluruh rakyat Selangor maklum bahawa MB sentiasa menghormati Sultan Selangor selaku ketua negeri dan ketua agama Islam di negeri Selangor.

"Justeru, walaupun diasak media dengan pelbagai soalan, beliau tetap tenang dan hanya akan mengulas selepas Sultan Selangor bertitah," terangnya.

Sungguh hina

Menurutnya, taktik Satim yang cuba mencuri populariti ini sungguh hina apatah lagi dengan cara cuba melaga-lagakan MB dan Istana dan pada masa yang sama menuduh kerajaan Pakatan Rakyat tidak membela umat Islam.

Katanya, Satim harus sedar, isu murtad ini berlaku jauh lebih awal sebelum Ogos 2011 bilamana isu DUMC ini diketahui ramai. Selama 52 tahun mentadbir, apakah yang dilakukan oleh Umno? Jika UMNO ikhlas memperjuangkan umat Islam, isu murtad ini tidak berlaku atau kalau ada pun, tidak serius seperti sekarang. Isu murtad bukan berlaku dalam tempoh empat tahun Pakatan Rakyat memerintah.

Justeru katanya, kerajaan negeri lebih melihat secara objektif dan maju ke hadapan. Kegagalan pentadbiran Barisan Nasional selama ini telah mengakibatkan kelemahan di pihak Jais dalam menentukan modus operandi yang berkesan dan profesional. Prosedur operasi standard (SOP) yang digunapakai juga tidak sesuai bagi menangani isu sebegini.

Justeru, MB menubuhkan sebuah jawatankuasa khas untuk memperkasakan SOP ini supaya Jais lebih berkesan dalam tindakan bagi memelihara akidah umat Islam.

"Apa pula sumbangan Satim Diman sebagai Ketua Pembangkang beragama Islam dalam memelihara akidah dari terus terpesong?

Sebagai ketua pembangkang dan wakil rakyat, apa sumbangan yang boleh beliau berikan kepada JAIS dan masyarakat Islam?," soalnya.

Faekah mempertikai sumbangan Satim dengan menyoal "selama menjadi ketua pembangkang, Satim tidak pernah memberikan cadangan untuk membaiki pentadbiran dan program membela nasib rakyat miskin, sedangkan itulah tanggungjawab hakiki beliau selaku ketua pembangkang."

"Malang sekali walau telah memerintah lebih 52 tahun, Umno gagal melahirkan kepemimpinan yang matang dan sebaliknya mereka lebih suka menenggek atas isu perkauman sempit dan agama," katanya.


Free Malaysia Today

298 Ahli PAS masuk UMNO, Sokongan terhadap UMNO semakin pulih - Mustapa

Posted: 12 Oct 2011 09:28 PM PDT



"Saya terima penyerahan borang keahlian UMNO dari Abg Din dan Zahari. Seramai 298 ahli Pas masuk UMNO.Malam sungguh bersejarah,paling ramai masuk UMNO." Kata Tok Pa.


Hmm.. aku dah dengar cerita atau berita Ahli-Ahli PAS keluar PAS masuk UMNO di Kelantan ni lama dah.. tapi sampai ke hari ini PAS masih tidak tumbang di Kelantan..

Lebih teruk lagi ialah PKR.. bila dekat saja dengan pilihanraya beribu-ribu Ahli PKR keluar PKR masuk UMNO, kalau ditolak semua ahli PKR yang keluar tu dari jumlah keahlian PKR mungkin tinggal Wan Azizah dengan Anwar saja…

Betulkah Ahli PAS/PKR/DAP keluar PAS/PKR/DAP masuk UMNO/BN tu.. atau Ahli UMNO/BN masuk UMNO/BN??

Cari propaganda lainlah UMNO.. dah tak laku dah propaganda macam ni..




Sokongan terhadap UMNO semakin pulih - Mustapa


TANAH MERAH 12 Okt. - Kegagalan kerajaan Pas Kelantan menunaikan janji mereka untuk membantu rakyat dan membangunkan negeri ini menyebabkan semakin ramai penyokong tegar parti itu kini beralih kepada UMNO.

Terbaru, seramai 300 penyokong setia Pas di Ulu Kusial, dekat sini bertekad menyertai UMNO kerana merasa tertipu oleh Pas lebih-lebih lagi pemimpin tempatannya yang dianggap tidak cakna rakyat.

Penyerahan borang keahlian mereka diserahkan sendiri kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed pada Majlis Selamat Tinggal Pas di Taman Perumahan Ulu Kusial, dekat sini malam tadi.

Turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz.





Bekas Ketua Pas Cawangan Kampung Kusial Baharu, Zahari Mamat, 46, berkata, perjuangannya dalam Pas selama ini tidak berguna ekoran pemimpin parti itu yang tidak peka kepada masalah rakyat.

"Saya sudah menjadi ahli Pas ketika berumur 18 tahun dan memegang banyak jawatan dalam cawangan ini dan selama itulah setiap tahun saya akan kecewa dengan Pas.

"Apabila saya fikirkan semula, pemimpin UMNO lebih banyak buat kerja membantu rakyat di kawasan saya. Malah mereka lebih dikenali di sini berbanding pemimpin Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini," tegasnya.

Rakannya, Kamaruddin Abd. Halim, 48, mengingatkan rakan-rakannya yang taksub kepada Pas agar sedar dan meninggalkan parti itu demi kepentingan keluarga masing-masing.

"Sejak boleh mengundi pada umur 21 tahun, saya menjadi penyokong kuat Pas pada bila-bila sahaja pilihan raya dan kami akan lakukan apa sahaja untuk tewaskan UMNO.

"Tetapi untuk pilihan raya akan datang, kami akan berjuang memberi kemenangan kepada UMNO untuk memerintah negeri ini dan membawa kemajuan di Ulu Kusial," katanya.

Sementara itu, Mustapa ketika berucap pada majlis itu menyatakan kesyukuran dengan kesedaran ramai ahli Pas yang kini mula terbuka hati mereka untuk menyertai UMNO.

"Saya sangat gembira dengan keadaan ini, jika dahulu mereka menjauhi UMNO tetapi sekarang tidak lagi, mereka begitu berminat menyertai program yang kita anjurkan.

"Ribuan penyokong Pas pula menyertai UMNO yang membuktikan sokongan kepada UMNO semakin pulih dan kita akan pastikan nasib mereka terbela," katanya.







Berita dari Lidah Rasmi UMNO
Gambar pula dari FB Tok Pa sendiri

Parang sudah diasah untuk menghambat Guan Eng?

Posted: 12 Oct 2011 06:49 PM PDT



Kisah UMNO Johor vs Lim Guan Eng masih belum selesai, jika mengikut kehendak NGO UMNO.

Naib Pengerusi Gerakan Aktivis Pengguna Johor (Penaja), Mohd Kassim Yusoff, berkata permohonan maaf Guan Eng tidak mencukupi.


Menurutnya, Ketua Menteri Pulau Pinang itu harus mengambil tanggungjawab terhadap tindakannya dan tidak menyalahkan pihak lain termasuklah pihak media kerana memutarbelitkan kenyataannya, di mana Guan Eng didakwa berkata Johor tidak 'selamat'.

"Guan Eng ada meminta maaf melaui sebuah portal. Kami berharap beliau akan memohon maaf secara terbuka termasuklah mengadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar untuk membuktikan keikhlasannya," lapor Utusan tentang kenyataan Mohd Kassim.

"Sikap berdiam diri Ketua Menteri Pulau Pinang itu menjadi ukuran untuk rakyat menilai kebolehannya memimpin dan menjadi contoh untuk semua."

Sementara itu, NGO UMNO yang lain memberi amaran bahawa pemandu-pemandu teksi Johor sudah merasa impak akibat kata-kata Guan Eng. Raja Mohn Nor Mohamed, pengerusi Gabungan Persatuan Teksi Berdafta (Gapet) berkata pemandu-pemandu sering dihujani pertanyaan daripada pelancong luar negara, dan ada yang mengakui mereka takut untuk memasuki negeri itu.

"Saya amat berdukacita dengan kenyataan tersebut kerana pekerjaan pemandu teksi terjejas," kata Raja Mohd Nor.

Minta maaf tidak cukup, jangan masuk Johor

Guan Eng didakwa memberi kenyataan buruk mengenai Johor pada sesi makan tengah hari bersama Correspondents Club di Singapura bulan lalu. Transkrip kenyataannya, disiarkan di internet, memetik beliau berkata: "Kamu tidak perlu risau tentang keselamatan jika kamu datang ke Pulau Pinang. Di Johor, kalau kamu orang Singapura, kamu mungkin akan diculik."

Beliau langsung dituduh untuk mengalih perhatian pelabur dari Johor ke Pulau Pinang, dan Sultan Johor juga berkata baginda terasa "sedih". Guan Eng terus meminta maaf kepada Sultan Johor dan rakyatnya.

"Sebagai menghormati Sultan Johor, saya ingin meminta maaf kepada Sultan Johor dan rakyatnya, penduduk Johor. Saya tidak berniat untuk merendahkan Johor daripada negeri-negeri lain," kata Lim pada sidang media penghujung bulan lalu.

Pakatan dijangka menang lebih banyak kerusi di Johor pada PRU-13

Walau bagaimanapun, itu tidak menghalang golongan-golongan yang berkepentingan politik untuk memainkan isu ini. Bukan sahaja NGO UMNO memberi amaran kepada Guan Eng untuk tidak masuk ke dalam negeri itu, komponen BN yang lain seperti MCA dan Gerakan juga turut serta.

Johor adalah kubu kuat BN dan tempat lahirnya UMNO, yang telah meimpin negara sejak merdeka pada tahun 1957.

Kempen-kempen terkini oleh Pakatan, yang diketuai oleh Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim, telah menarik sokongan rakyat. Walaupun BN dijangka masih akan menang di Johor, tetapi banyak kawasan akan diambil oleh Pakatan terutamanya di kawasan-kawasan Cina dan campuran.


- Malaysia Chronicle

Beratus bantah Guan Eng di Segamat tapi Beratus-ratus sambut Guan Eng dalam Dewan..

Posted: 12 Oct 2011 10:39 AM PDT



Beratus penduduk Segamat (Pencacai UMNO kot..) yang berkumpul sejak petang tadi melakukan demo aman dihadapan Restoran Siang Kee Kg Abdullah Segamat bagi membantah kedatangan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guang Eng ke Segamat, Johor.













Bagimanapun beratus penduduk Segamat itu hanya berani menyalak diluar saja.. kerana ada beratus-ratus lagi rakyat Johor yang menantikan kehadiran Guan Eng didalam Dewan tersebut dan Guan Eng berjaya memasuki dewan dengan selamatnya..






Sumber gambar : KL Pos, Pulakdah dan Kami Benci Saiful Bukhari

Tiada ulasan: