shalehudin |
- Gerun betoi... haha...
- Ibrahim Ali melompat lagi?
- Kes ni pun aku rasa gempaq jaa... haha....
- Kisah orang hanyut bernama Zaid... kahkahkah...
- Ibrahim Ali melompat lagi?
- Dalam BN banyak tikuih.... kahkahkah...
- Najib kaki boros - Anwar
- Depa dah hilang arah dahh... haha...
- Kes ni pun aku rasa gempaq jaa... haha...
- Kisah orang hanyut bernama Zaid... kahkahkah...
- Kasihannya... Budak 3 Tahun Cedera Diserang Beruk
- Dalam BN banyak tikuih... haha...
- Kejam!!! buang bayi dalam longkang
- Panas!! Buah peram carbide tak selamat dimakan
- La ni bukan macam zaman tok nadoq...
Posted: 05 Oct 2011 10:30 AM PDT |
Posted: 05 Oct 2011 09:30 AM PDT Ibrahim Ali calon 'Mesra BN' di Pasir Mas? M Faqih & Husin MHI PASIR MAS, 4 Okt: Kini geger diperkatakan Datuk Ibrahim Ali yang pernah bertanding menggunakan lambang PAS pada pilihan raya umum lalu mahu beralih angin kepada Barisan Nasional (BN) pula. Ramai mendakwa bekas pemimpin Semangat 46 dan Berjasa itu difahamkan bakal bertanding menggunakan lambang BN pula. (Ibrahim Ali semasa menjadi calon PRU 2008 dengan menggunakan lambang PAS. Dalam PRU akan datang, beliau dikatakan akan gunakan lambang dacing pula) Sekiranya andaian itu menjadi kenyataan, tercatatlah sejarah seorang pemimpin yang paling kerap beralih parti, dengan kata lain tidak ada prinsip perjuangan. Bagi pengundi PAS yang pernah memangkah Ibrahim kerana lambang Bulan pada pilihan raya lalu, ramai tidak menghalalkan perbuatan anggota parlimen terbabit. Kata mereka Ibrahim kena bertanggungjawab di hadapan Allah Taala bermula di lubang kubur nanti. Biar pun Ibrahim mulai dianggap sebagai calon mesra BN, namun kehadirannya ternyata membuatkan barisan kepimpinan Umno yang ada sekarang tergugat. "Bagi membolehkan Ibrahim bertanding menggunakan tiket BN di kerusi parlimen Pasir Mas, Ketua Bahagian, Datuk Hanafi Mamat perlu dipindahkan ke Dun Tendong. "Sedangkan pada pilihan raya umum lalu Hanafi bertanding di kerusi Dun Pengkalan Pasir. Ketika itu Ahmad Rosdi Mahamad menjadi calon BN berdepan dengan Ibrahim di kerusi parlimen," kata satu sumber di sini. Menurutnya Timbalan Ketua Bahagian, Che Johan Che Pa pula mengintai peluang di Dun Chetok. Namun, kerusi itu juga sudah diintai Ketua Pemuda, Najib Rusdan Abdul Rahman. Medan perebutan di Chetok sedang hangat diperkatakan sekarang apabila Che Johan dan Najib Rusdan dikatakan tidak mahu mengalah. Malah, pertelingkahan kedua-dua pemimpin Umno terbabit difahamkan tidak mampu diselesaikan lagi apabila seorang daripada mereka dikait dengan kes bakar kenderaan di Pasir Mas pertengahan September lalu. Manakala Dun Pengkalan Pasir pula lebih terbuka kepada Naib Ketua Bahagian, Abdul Aziz Muhamad. "Mengapa Hanafi yang pernah menang seketika di Pengkalan Pasir memilih Dun Tendong. Ini kerana baginya BN boleh menang di situ dengan lebih mudah memandangkan ada sisa-sisa pengaruh Ibrahim. "Jadi laluan diberi Hanafi untuk membolehkan Ibrahim bertanding menggunakan tiket BN di kerusi parlimen," kata seorang pemerhati politik dari Tendong. Kelibat Ibrahim untuk terus mempertahankan kerusi parlimen jelas kelihatan pada Ramadan lalu apabila cuba memancing orang ramai dengan sumbangan raya. Ramai melihat Ibrahim mahu mengulangi taktik 2008 meraih simpati PAS, kini mempamerkan sikap mesra BN, selepas keahlian Umnonya dilucut kerana bertanding tiket Bebas pada pilihan raya kecil Pengkalan Pasir 2005. Hujah mereka, Ibrahim yang juga Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), NGO fanatik Melayu hanya mengharapkan umpan wang ringgit bagi menarik simpati rakyat. "Rakyat di Pasir Mas sudah lama kenal siapa Ibrahim, cuma beliau bernasib baik pada pilihan raya umum lalu kerana bertanding di atas lambang Bulan, kalau parti lain usah harap untuk bergelar wakil rakyat," kata Azmin Md Yusof, 45 dari Kubang Bemban. Pilihan raya umum ke-13 akan menjawab siapa Ibrahim selepas ini. Porak peranda rumah tangga Umno juga sudah merebak ke tempat-tempat lain termasuk Gua Musang, Kuala Krai, Tanah Merah, Pasir Puteh dan Rantau Panjang. Di Gua Musang Ketua Bahagian Umno Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah semakin tergugat apabila kumpulan Umno Baru diketuai Datuk Bazlan Baharuddin difahamkan mulai berkerat rotan dengan bekas Presiden Semangat 46 itu. Beliau kini dikatakan berganding erat dengan bekas Adun Galas, Mohd Saupi Deraman dan Ketua Wanita, Senator Senator Wan Hazani Wan Mohd Nor. Krisis kepimpinan Umno Gua Musang sekarang memperlihatkan semula pertembungan pemimpin bekas Semangat 46 dan Umno Baru. Kemenangan Bazlan sebagai Ketua Pemuda Umno Gua Musang pada pemilihan lalu juga dikatakan tidak diiktiraf Ku Li. |
Kes ni pun aku rasa gempaq jaa... haha.... Posted: 05 Oct 2011 08:46 AM PDT Najib mungkin disepina ke mahkamah Perancis Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mungkin boleh disepina untuk hadir di mahkamah Paris berhubung kontroversi pembelian kapal selam Scorpene yang didakwa melibatkan jutaan ringgit dalam bentuk komisen kepada pemimpin negara dan pegawai tentera. Najib adalah menteri pertahanan semasa urus niaga RM7.3 bilionbagi membeli dua buah kapal selam itu dijalankan. Perjanjian pembelian senjata itu, yang juga termasuk jualan yang serupa kepada Pakistan dan Taiwan, telah memalukan Perancis di mana pegawai-pegawainya didakwa telah menerima 'komisen' jutaan dolar dari firma pembuat kapal selam Perancis, DCN. Jika Najib disepina, dia terpaksa pergi ke Paris dalam tempoh satu atau dua bulan apabila kes ini didengar di mahkamah terbuka. Perkara ini pasti tidak akan menyenangkan perdana menteri. Bagaimanapun ditanya jika Najib boleh diseret ke mahkamah, Joseph Breham (kiri), peguam yang mewakili NGO hak asasi manusia - Suaram - yang memfailkan kes terhadap pembuat kapal selam Perancis itu pada tahun 2009, berkata idea itu mungkin "sukar dilaksanakan". "Najib boleh disepina, tetapi ia hanya satu kemungkinan pada masa ini," katanya kepada Malaysiakini dalam satu temu bual e-mel dari Paris. "Sebaik sahaja 'hakim arahan' dicalonkan, kita boleh mempertimbangkan ini," kata peguam itu yang pernah melawat Kuala Lumpur pada tahun lalu untuk mengumpul keterangan dan bukti berhubung kes berkenaan. Di bawah undang-undang Perancis, 'hakim arahan' adalah majistret yang bertanggungjawab untuk mengendalikan siasatan untuk menentukan sama ada sesuatu kes itu diteruskan menjalani perbicaraan jenayah. Kes berkenaan dibuang jika hakim mendapati bukti yang tidak mencukupi. |
Kisah orang hanyut bernama Zaid... kahkahkah... Posted: 05 Oct 2011 07:08 AM PDT Zaid Terus Hanyut Dalam Keegoaannya Saya ingin bercakap sedikit perihal orang bernama Zaid Ibrahim. Zaid Ibrahim ini semacam ada persamaan dengan Inchek Ibrahim Ali. Apakah mereka ini kembar tidak seiras atau kembar siam yang berkongsi perangai politik? Kedua mereka asal dari negeri saya, Kelantan. Keduanya kebetulan pernah saya kenal dan pernah mendampingi mereka. Kecuali Zaid, Inchek Ibrahim pernah masuk ke dalam rumah saya dan duduk bersela dan sempat merasi tea "O" kurang manis di rumah saya. Zaid hanya sampai diluar saja, ketika dia menjemput dan menghantar saya selepas pergi.. nun jauh berceramah di utara dan juga selatan sewaktu proses beliau hendak menyertai PKR. Begitu juga dengan Inchek Ibrahim, selalu mengambil dan menghantar saya untuk pergi berceramah di serata tempat di negara ini sebelum beliau menjadi ahli Parlimen Pasir Mas menerusi tikit Pas. Dari Perlis sampai ke Sabah dan Sarawak. Jadi kedua mereka saya cukup kenal dan arif. Cukup tahu makanan dan minuman apa yang menjadi kesukaan mereka! Kebetulan juga saya ikut sama membantu atau lebih tepat memantau pilihan raya yang mereka sertai. Inchek Ibrahim semasa pilihan raya kecil Pengkalan Pasir, Pasir Mas dan juga pilihan raya umum ke-12 lalu. Zaid pula semasa pilihan raya kecil di Hulu Selangor. Saya memantau atau memberi semangat kepada mereka berdua kerana saya lihat mereka ada minat untuk berubah, membaiki moral politik mereka dan juga belajar menjadi politician yang mampan, bersih dan dihormati orang. Kedua mereka dalam kaca mata saya ada kelebihan dan keistimewaan tersendiri. Zaid seorang yang tegas dan berani. Demikian juga Inchek Ibrahim berani tetapi kurang tegas. Dari segi hati Inchek Ibrahim lembut dan keras, Zaid lebih keras dari Inchek Ibrahim Ali yang sangat lembut hatinya. Ibrahim hanya keras di mulut saja, tetapi hati baik. Dia pernah menangis di depan saya. Zaid keras dimulut dan egonya terlalu tinggi seorang yang tidak mudah untuk mendengar kata. Dua tiga hari lepas saya berjumpa dengan tiga orang kanan Zaid Ibrahim yang memanggil saya khusus untuk bercerita tentang apa yang berlaku dalam parti Kesejahteraan Insan Malaysia (Kita) yang kini semuanya menjadi parti dia. Kalau salah sebut parti Kita harap maaflah sebab saya kurang hafal kerana kurang mencatat mengenai aktiviti parti berkenaan. Sudah lama saya tidak ketemu mereka ini, khasnya salah seorang dari mereka menjadi yang pegawal peribadi kepada Zaid semasa pilihan raya kecil Hulu Selangor. Dalam pertemuan itu mereka menceritakan perihal Zaid dan situasi parti Kita muasir ini yang sudah bercelaru celara. Mereka bertiga telah keluar atau dipecat dari parti Kita. Banyaklah cerita dan ceriti pada pertemuan itu. Daripada kisah bagaimana ego dan sombongnya seorang Zaid kepada perihal pengubahsuaian minit mesyuarat. Cerita Zaid seorang yang sombong dan bongkak. Katanya Zaid suka memperkuda dan melembukan orang lain untuk kepentingannya. "Saya tidak sangka dengan Zaid, dia bilang mahu mewujudkan demokrasi tulen dalam negara ini tetapi cara dia uruskan parti lebih kurang diktator saja," begitu tutur salah seorang dari mereka. "You tahu semua keputusan parti dia yang buat. Apa yang kita bincangkan tidak dipakai, dia buat ikut sedap dia sahaja, ini minit mesyuarat pun dipinda dan buat sendiri," tambah yang lain. "Dia fikir bila dia kaya raya dia boleh perintah semua orang, semua orang hendak dijadikan hamba abadinya... mana boleh...," sambung yang lain. Ketiga-tiga mereka tidak puas hati dengan Zaid dan sedang memikirkan untuk mengambil tindakan ke atas Kita menerusi Pejabat Pendaftaran Pertubuhan (RoS) kerana tindakan memecat mereka dibuat tanpa mengikut undang-undang. Saya hanya mendengar dan menahan telinga saja. Sebenarnya apa yang dituturkan mereka mengenai Zaid itu saya sudah sedia maklum. Saya sudah melihat dan mengalami sendiri bagaimana cara Zaid berpolitik. Sikap diktator atau ego Zaid itu bukan hari ini sebenarnya tetapi sejak dia dalam Umno lagi. Punca kenapa beliau digantung atau dipecat dari Umno ialah kerana keegoannya, merasakan dirinya saja yang betul orang lain salah. Zaid beranggapan kekayaan dan profesionalisme dia sebagai lawyer boleh menudukkan semua orang. Ternyata andaian itu meleset. Bukan semua orang akan 'bersujud sawi' kepada kuasa wang, dan bukan semua orang miskin menghormati orang kaya! Kekayaan seseorang itu tidak semestinya menjadi faktor orang hormat. Orang hormat kepada seseorang kerana ketinggian budi pekerti, tutur bicara dan juga tinggi diplomasinya. Keegoan terbaru Zaid boleh dilihat kepada bagaimana dia melayan bekas pemimpin Kita yang juga merupakan pelupor dan rakannya sendiri. Misalnya bila dia tidak suka kepada Muhammad Firdaus Chirsthoper digantungnya Firdaus sebagai Jawatankuasa Eksekutif Pusat (JEP). Lebi teruk lagi apa yang berlaku ke atas Latif A Tambil yang memegang jawatan setaiusaha dipecat hanya menerusi SMS saja. Alasannya mudah kerana Latif tidak memberi passwork blog Kita. Tidak cukup itu dia merendah-rendahkan Firdaus dalam sidang akhbar dengan mengatakan Firdaus adalah perkerjanya. Ternyata Zaid yang profesional sebenarnya tidak bertindak secara profesional. Memang satu segi Firdaus adalah pekerjanya tetapi dari sisi lain - berorganisasi Firdaus adalah ahli jawatan kuasa eksekutif yang dilantik. Mungkin Zaid tidak perlu menghormati Firdaus sebagai pekerja, tetapi dia kena menghormati Firdaus ahli eksekutif parti. Pekerja dan penjawat jawatan berbeza statusnya. Cara Zaid merendahkan Firdaus di sidang akhbar menggembarkan sejauh mana tinggi atau rendahnya diplomasi Zaid sebagai seorang ketua parti. Meneliti dan mengambil kira apa yang berlaku ke atas bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini, ternyata Zaid sangat naif dalam politik. Beliau harus banyak belajar mengenal politik secara realistik bukan teori kerana politik melibatkan orang ramai dan sangat membutuhkan kefahaman dalam melayan hati budi manusia. Cara Zaid yang menggunakan kuasa wang untuk menawan orang atau kawan tidak akan berhasil dan ia bersifat sementara. Satu masa manusia memerlukan wang untuk hidup atau sebagai bayaran atas khidmat yang diberikan. Tetapi kalau wang itu dijadikan kuasa dan senjata untuk menindas akhirnya manusia itu akan bangkit dan melawan juga. Manusia rela miskin daripada diperhambakan dengan kuasa wang. Dan ada kalanya orang mengikut kita itu kerana prinsip kita yang kita pegang. Selagi prinsip kita berada atas garis benar orang akan hormati dan sanjung kita. Namun kalau prinsip itu sudah dilanggar mereka tidak akan bercakap banyak akan meninggalkan kita. Dalam hal ini saya melihat dua faktor kenapa parti Kita atau kepimpinan Zaid menjadi 'kucar bara' ialah kerana Zaid tidak menghormati orang lain dan dia beranggapan wang boleh membeli segala-galanya. Zaid juga tidak mengotakan apa yang dikatakan terutamanya untuk mempraktikan demokrasi tulen. Dari sehari ke sehari prinsip dan maruah Zaid sudah melebur dan cair seperti ais di tengah sahara. Apa yang dipertahankan dulu diroboh sendiri. Sikap atau pun keadaan ini menunjukkan rupa diri atau dalaman Zaid yang sebenarnya. Tindakan Zaid tidak ubah budak kecil yang berak kemudian meramas tahinya sendiri. Semasa dia keluar dari PKR dulu alasan kerana parti itu ditadbir secara diktator oleh Anwar Ibrahim. Tetapi anihnya hal yang sama berlaku dalam Kita, malahan ia lebih dahsyat dari Anwar. Hari ini siapa yang lebih diktator, Zaid atau Anwar? Pendirian Zaid juga tidak konsisten macam orang yang mabuk tidak dapat berjalan dengan tegak dan terhuyung hayang. Sekali dia mengkritik Najib Razak, tetapi hari ini dia bersetuju dengan Najib. Sekali dia menyatakan sokongan kepada Nik Aziz, hari ini dia menempelak Mursyidul Am itu yang mahukan hudud dilaksanakan. Tidak salah menyokong yang baik dan menentang yang jahat tetapi ia perlu dilakukan dengan penuh tektikal bukan tergesa-gesa sehingga orang nampak apa yang ada di sebalik batu. Hanya orang yang mabuk saja bercakap merapu atau pun tidak ketahuan puncanya. Sebaik Najib umumkan pemansuhan akta ISA, belum habis Najib cakap Zaid sudah sahut menyokongnya. Malahan beliau opolegetik kepada Najib. Tindakan ini menampakkan siapa dia Zaid sebanrnya, dia seorang yang sangat naif. Keadaan Zaid hari ini saya lihat macam kera sumbang saja. Dia jadi macam orang yang hidung tidak mancung tetapi pipi tersorong-sorong. Nasib Zaid juga akan jadi macam Lebai Malang, ke hulu terlepas ke hilir terbabas. Saya meramalkan keadaan parti Kita akan mati sebelum turun bertarung di gelanggang gara-gara sikap dan ulah Zaid yang kejatuhan kompas di hutan rimba. Demikianlah adanya kalau hidup kita tidak ada pancang yang kukuh dan kemas. Kita akan jadi sehelai daun di tengah sungai akan hanyut mengikut arus air yang akan membawa kita entah ke mana. Tuhan tidak akan memberi tiga buah pengkalan untuk seorang manusia. Biasa manusia diberikan satu saja kemujuran dalam hidup. Tetapi Zaid sudah dianugerahkan dua pengkalan, bernama BN dan PKR.... selepas ini tidak ada pengkalan lagi untuk Zaid dalam politik. Harapan dan impian dia untuk menceduk teori politik Inceh Ibrahim Ali untuk mendapat laluan dari Pas (Nik Aziz) juga tidak akan kesampaian lagi. Penjualan bangunan Umno Kota Bharu kepada Pas yang masih dipertikaikan itu bukan barang gadaian lagi untuk Zaid mendapat kerjasama Pas. Saya hanya menunggu masa saja untuk melihat parti Kita yang diklonkan dari parti Keadilan Insan Malaysia (Akim) itu menjadi gemulah. |
Posted: 05 Oct 2011 03:30 AM PDT Ibrahim Ali calon 'Mesra BN' di Pasir Mas? M Faqih & Husin MHI PASIR MAS, 4 Okt: Kini geger diperkatakan Datuk Ibrahim Ali yang pernah bertanding menggunakan lambang PAS pada pilihan raya umum lalu mahu beralih angin kepada Barisan Nasional (BN) pula. Ramai mendakwa bekas pemimpin Semangat 46 dan Berjasa itu difahamkan bakal bertanding menggunakan lambang BN pula. (Ibrahim Ali semasa menjadi calon PRU 2008 dengan menggunakan lambang PAS. Dalam PRU akan datang, beliau dikatakan akan gunakan lambang dacing pula) Sekiranya andaian itu menjadi kenyataan, tercatatlah sejarah seorang pemimpin yang paling kerap beralih parti, dengan kata lain tidak ada prinsip perjuangan. Bagi pengundi PAS yang pernah memangkah Ibrahim kerana lambang Bulan pada pilihan raya lalu, ramai tidak menghalalkan perbuatan anggota parlimen terbabit. Kata mereka Ibrahim kena bertanggungjawab di hadapan Allah Taala bermula di lubang kubur nanti. Biar pun Ibrahim mulai dianggap sebagai calon mesra BN, namun kehadirannya ternyata membuatkan barisan kepimpinan Umno yang ada sekarang tergugat. "Bagi membolehkan Ibrahim bertanding menggunakan tiket BN di kerusi parlimen Pasir Mas, Ketua Bahagian, Datuk Hanafi Mamat perlu dipindahkan ke Dun Tendong. "Sedangkan pada pilihan raya umum lalu Hanafi bertanding di kerusi Dun Pengkalan Pasir. Ketika itu Ahmad Rosdi Mahamad menjadi calon BN berdepan dengan Ibrahim di kerusi parlimen," kata satu sumber di sini. Menurutnya Timbalan Ketua Bahagian, Che Johan Che Pa pula mengintai peluang di Dun Chetok. Namun, kerusi itu juga sudah diintai Ketua Pemuda, Najib Rusdan Abdul Rahman. Medan perebutan di Chetok sedang hangat diperkatakan sekarang apabila Che Johan dan Najib Rusdan dikatakan tidak mahu mengalah. Malah, pertelingkahan kedua-dua pemimpin Umno terbabit difahamkan tidak mampu diselesaikan lagi apabila seorang daripada mereka dikait dengan kes bakar kenderaan di Pasir Mas pertengahan September lalu. Manakala Dun Pengkalan Pasir pula lebih terbuka kepada Naib Ketua Bahagian, Abdul Aziz Muhamad. "Mengapa Hanafi yang pernah menang seketika di Pengkalan Pasir memilih Dun Tendong. Ini kerana baginya BN boleh menang di situ dengan lebih mudah memandangkan ada sisa-sisa pengaruh Ibrahim. "Jadi laluan diberi Hanafi untuk membolehkan Ibrahim bertanding menggunakan tiket BN di kerusi parlimen," kata seorang pemerhati politik dari Tendong. Kelibat Ibrahim untuk terus mempertahankan kerusi parlimen jelas kelihatan pada Ramadan lalu apabila cuba memancing orang ramai dengan sumbangan raya. Ramai melihat Ibrahim mahu mengulangi taktik 2008 meraih simpati PAS, kini mempamerkan sikap mesra BN, selepas keahlian Umnonya dilucut kerana bertanding tiket Bebas pada pilihan raya kecil Pengkalan Pasir 2005. Hujah mereka, Ibrahim yang juga Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), NGO fanatik Melayu hanya mengharapkan umpan wang ringgit bagi menarik simpati rakyat. "Rakyat di Pasir Mas sudah lama kenal siapa Ibrahim, cuma beliau bernasib baik pada pilihan raya umum lalu kerana bertanding di atas lambang Bulan, kalau parti lain usah harap untuk bergelar wakil rakyat," kata Azmin Md Yusof, 45 dari Kubang Bemban. Pilihan raya umum ke-13 akan menjawab siapa Ibrahim selepas ini. Porak peranda rumah tangga Umno juga sudah merebak ke tempat-tempat lain termasuk Gua Musang, Kuala Krai, Tanah Merah, Pasir Puteh dan Rantau Panjang. Di Gua Musang Ketua Bahagian Umno Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah semakin tergugat apabila kumpulan Umno Baru diketuai Datuk Bazlan Baharuddin difahamkan mulai berkerat rotan dengan bekas Presiden Semangat 46 itu. Beliau kini dikatakan berganding erat dengan bekas Adun Galas, Mohd Saupi Deraman dan Ketua Wanita, Senator Senator Wan Hazani Wan Mohd Nor. Krisis kepimpinan Umno Gua Musang sekarang memperlihatkan semula pertembungan pemimpin bekas Semangat 46 dan Umno Baru. Kemenangan Bazlan sebagai Ketua Pemuda Umno Gua Musang pada pemilihan lalu juga dikatakan tidak diiktiraf Ku Li. |
Dalam BN banyak tikuih.... kahkahkah... Posted: 05 Oct 2011 02:30 AM PDT Berbalah Kerana Perangkap Tikus. Cerita ini agak pelik bunyinya. Pelik tak pelik, tetap dan telah berlaku. Haji Musa menghadapi masalah tikus yang agak kronik. Banyak pakaian rosak berlubang di sana-sini digerit tikus. Baik pakaian anak-anaknya mahupun pakaian dia dan isteri yang mahal-mahal. Apabila sudah berlubang, tidaklah boleh dipakai lagi. Dibuang begitu saja sedangkan masih elok. Pakaian anak-anak bolehlah ditampal itu pun kalau berlubangnya tak banyak. Selain itu, makanan seperti roti dan buah-buahan juga dimakan oleh tikus-tikus di rumahnya. Yang paling menakutkan sekarang ialah air kencingnya. Maklumlah sudah banyak tersebar berita orang mati kerana air kencing tikus. Haji Musa bercadang untuk memasang perangkap tikus. Dia menceritakan masalah dan rancangannya itu kepada jiran-jirannya yang turut mengalami masalah yang sama. Terkejut sakan Haji Musa apabila rancangan itu ditentang oleh jiran 1Malaysianya, Ah Tee. Alasan Ah Tee ialah rancangan Haji Musa itu zalim kepada binatang. Maka bising dan hebohlah Ah Tee membantah rancangan Haji Musa itu. Oleh sebab nak jaga hati jiran 1Malaysia, Encik Halim, jiran sebelah rumah yang satu lagi turut menyokong Ah Tee, malah lebih-lebih pulak marahnya terhadap idea Haji Musa. Haji Musa agak terkedu dengan sikap Encik Halim dan Ah Tee. Namun dalam diam-diam dia terus membeli beberapa perangkap tikus. Selang beberapa hari kemudian, dia mendapat khabar bahawa jirannya Ah Tee dimasukkan ke wad kerana terkena jangkitan kuman air kencing tikus. Haji Musa bergegas melawat Ah Tee di hospital. Tak lama kemudian, tiba pula jirannya, Encik Halim. Keadaan Ah Tee agak kritikal. Namun sempat juga mereka berbual ringkas tentang penyakit itu. Di hujung perbualan itu, Ah Tee berkata, " Haji, maafkanlah aku kerana melarang rancangan haji untuk pasang perangkap tikus. Baru aku tahu tikus amat bahaya. Kau pasanglah perangkap tikus tu. Tolong beli dan pasang juga kat rumah aku." Encik Halim yang menentang keras penggunaan perangkap itu, rasa terkilan dengan perubahan sikap Ah Tee, lalu katanya, "buat apa kita perangkap tikus. Baik kita bagi dia cukup makan, tidaklah tikus-tikus itu mengganggu kita." Menggeleng kepala Haji Musa dan Ah Tee mendengar cadangan Encik Halim itu. Alhamdulillah. Setelah melawat, pulanglah Haji Musa ke rumah PAS dan Encik Halim ke rumah UMNO. Tiga hari kemudian Ah Tee yang berjaya diselamatkan, kembali ke rumahnya DAP. Sebulan kemudian, gempar berita dalam media, Encik Halim, Ketua UMNO Cawangan Batu Kerikil maut kerana jangkitan kuman air kencing tikus. Mengucap panjang Haji Musa. "Aiyaa!!! kata Ah Tee, " itulah tidak mahu guna perangkap tikus." Moralnya ialah andaikata perangkap itu ialah hukum hudud dan tikus itu ialah penjenayah, apakah umat Islam dalam UMNO dan masyarakat bukan Islam lebih rela membiarkan penjenayah mencari mangsa tanpa mengenal agama dan bangsa daripada menyelamatkan masyarakat dan negara secara keseluruhannya? Apakah rasional masyarakat bukan Islam menentang umat Islam yang ingin mengamalkan ajaran Islam dalam kalangan mereka tanpa melibatkan gangguan dan gugatan terhadap kepentingan masyarakat bukan Islam? |
Posted: 05 Oct 2011 01:30 AM PDT Bajet 2012 - Anwar dakwa Najib Bazir RM10 billion KUALA LUMPUR 4 Okt. - Penghapusan subsidi terhadap korporat merupakan salah satu usaha yang bakal dilaksanakan Pakatan jika memegang tampuk Kerajaan Persekutuan. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan Bajet Pakatan Rakyat merupakan jalan penyelesaian terhadap suasana ekonomi yang kian menghimpit masyakarat Malaysia. Beliau juga berkata usaha akan diperhebat dalam menumpukan pengurangan defisit kepada 4.4 peratus berbanding kadar 6 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun ini. Pakatan juga memperuntukkan RM220 bilion kepada sasaran berkenaan yang melibatkan penjimatan perbelanjaan sebanyak RM4 bilion dari kadar yang dibelanjakan BN. "(Namun) kita yakin melalui pengurusan wang negara yang lebih berhemah, telus, bertanggungjawab dan berkesan, jumlah RM220 bilion ini akan memberi 20 peratus nilai tambah kepada rakyat, berbanding apa yang dibelanjakan BN selama ini," katanya. Anwar turut menegaskan Pakatan turut mensasarkan untuk mengurangkan kuasa Perdana Menteri dengan memotong Bajet sebanyak RM 10 billion. Selain itu, bajet berkenaan juga menggariskan RM4.4 bilion untuk memperbaiki sistem pendidikan, termasuk elaun khas guru (RM500 sebulan) dan juga gaji minimum untuk kakitangan awam sebanyak RM1,100. Beliau mendedahkan sebahagian daripada intipati bajet bertemakan "Kesejahteraan Untuk Semua" itu kepada petugas media dan ahli parlimen pembangkang di bangunan parlimen hari ini. - KLpos |
Depa dah hilang arah dahh... haha... Posted: 05 Oct 2011 12:30 AM PDT BN hilang arah dan hilang tumpuan Aspan Alias Isu bertambah-tambah sekarang ini. Isu klip video "Undilah" sedang diperkatakan dengan hebat di mana-mana. Arahan MCMC untuk menarik balek penyiarannya di TV saluran perdana merupakan satu tindakan yang membayangkan kerajaan sedang begitu takut dengan keadaan politik sekarang. Ahli Parlimen Kota Belud memberi ulasan yang video itu mengandungi unsur anti BN dan beliau menyokong tindakan mengarahkan saluran-saluran TV untuk tidak menayangkan video itu. Apa kandungan yang dianggap sebagai anti BN tidak dapat di ketahui tetapi orang ramai berpendapat yang kata-kata Tengku Razaleigh yang menyebut negara kita ada masalah merupakan penyebab kenapa video itu di katakan anti BN. Pemimpin BN minta semua orang berkata yang BN tidak ada masalah. Bagi setengah pemimpin berpendapat BN merasa pedasnya dengan kata-kata itu kerana mereka yang paling banyak memakan cili itu. Kata-kata Tengku Razaleigh itu merupakan kata-kata yang amat ditakuti dan sekali gus ianya dianggap sebagai anti BN sedangkan Tengku Razaleigh tidak pun menyebut apakah masalah-masalah yang beliau maksudkan. Itu menunjukan yang pemimpin Umno sedar yang mereka sedang menghadapi masalah. Hakikatnya BN memang bermasalah khususnya Umno. Kalau tidak ada pun kata-kata Tengku Razaleigh itu rakyat tahu BN berada dalam masalah besar yang belum pernah dialaminya sebelum ini. Kalau tidak ada masalah masakan keadaan haru biru yang di alami negara sekarang ini wujud. Saya selalu menyebut dalam tulisan saya sebagai seorang yang telah begitu lama menyertai Umno bercakap benar itu seolah-olah menjadi cegahan dan sesiapa bercakap secara jujur dan terbuka orang itu akan menghadapi masalah dan ditekan dan diketepikan. Pemimpin BN hanya mahu pujian walaupun tidak betul. BN bermasalah dengan keyakinan rakyat terhadapnya. Krisis keyakinan ini sangat besar yang datang dari setiap sudut. BN sudah diketahui rakyat sebagai pentadbir yang melakukan "stripping" terhadap aset negara kepunyaan rakyat untuk kepentingan beberapa orang tertentu dalam kerajaan. Ramai kroni kepada pemimpin-pemimpin tertinggi negara menyelesaikan masalah hutang mereka dengan menggunakan wang dan harta rakyat dan negara secara sistematik dan akhirnya ramai pula rakyat yang menyokongnya kerana menipu mereka. Orang Melayu dan Umno akan menyokong siapa sahaja yang menipu dan membohongi mereka. "Corporate Exercise" AirAsia dan MAS adalah isu yang besar dan sudah diketahui umum sebagai satu tindakan yang amat buruk padahnya kepada kerajaan BN pimpinan Umno ini. "Share swap" di antara AA dan MAS ini merupakan penipuan terancang bagi kepentingan orang-orang dan pihak tertentu dalam persekitaran pihak berkuasa. Urusan yang sebesar ini tentunya telah mendapat persetujuan Kabinet dan kita tidak tahu kenapa kerajaan yang menjaga amanah kepada harta rakyat melalui Khazanah itu tidak bertanggungjawab terhadap isu ini. Apa yang berlaku di antara AirAsia dengan MAS merupakan satu kes pemindahan harta rakyat kepada beberapa individu yang berkepentingan serta satu "exercise" untuk menyelesaikan hutang beberapa orang kroni dengan menggunakan harta rakyat pembayar cukai. Tuntutan Bersih untuk pihak kerajaan melaksanaan 8 tuntutan dalam pengendalian pilihanraya masih lagi menghantui pimpinan sehinggakan pimpinan kita menghadapi pandangan serong oleh masyarakat antarabangsa kerana kegagalan menyelesaikan masalah tuntutan ini. Perpecahan di dalam Umno di setiap peringkat akan menjadi penghalang yang terbesar dalam usaha Umno mendapatkan keyakinan rakyat keseluruhan untuk terus memberikan sokongan terhadapnya. Telah di sebut acapkali yang Umno akan menurunkan calon-calon yang "winnable" tetapi sehingga hari ini parti itu menghadapi kesulitan untuk mencari calon yang "winnable" itu kerana "winnable" atau tidaknya seseorang calun itu merupakan elemen intrepitasi masing-masing. Saya tidak nampak Umno akan mampu melaksanakan pencarian calon-calon "winnable" itu kerana Umno itu sudah terlalu dipersoalkan oleh rakyat untuk kekal sebagai sebuah parti yang "winnable". Dalam definasi "winnable" itu ianya mesti seorang calon dari parti yang "winnable" serta calon yang akan diberikan sokongan dan dukongan oleh parti dan pimpinan setempat. Ramai yang berpendapat yang calon-calon yang dikatakan sebagai calon yang "winnable" itu sebahagiannya adalah calon "payung terjun" yang akan ditentukan oleh pucuk pimpinan. Dalam parti sedang berkecamuk di peringkat bahagian-bahagian ini untuk meletakan calon payung terjun itu akan hanya memberikan padah yang lebih buruk terhadap parti Umno itu sendiri. Dulu-dulu calon-calon payung terjun ini mudah diterima kerana semasa itu sikap perjuangan masih menebal dan rakyat tahu turunnya calon payung terjun itu adalah untuk kebaikan perjuangan parti. Tetapi perjuangan itu sudah lama hilang dan orang ramai menerimanya sebagai tindakan yang hanya memberikan kepentingan beberapa kelompok dalam pimpinan parti dan calon-calon itu adalah calon kepada kelompok di dalam Umno sahaja. Najib pastinya akan hanya menurunkan payung terjun dari mereka yang menyebelahi beliau kerana isu ini penting bagi menjaga keselesaan beliau sebagai pemimpin utama. Keadaan ini lebih lagi menjadi perhatian kerana tindakan secara senyap-senyap mereka di dalam Umno untuk menurunkan Najib dari kepimpinan itu adalah real dan nyata kepada mereka yang memerhatikan politik Umno secara detail. Di kalangan pemimpin Umno di peringkat tertinggi bukannya baik sangat sebenarnya. Masing-masing mahukan calon-calon yang di turunkan nanti adalah dari kelompok mereka dalam parti. Dalam proses pemilihan calon-calon ini lah akan timbul permasalahan yang besar di dalam Umno kerana masing-masing akan mengaku dan yakin yang setiap di antara yang bercita-cita itu merasakan yang mereka adalah calon-calon yang "winnable". Tetapi tidak kurang pemimpin-pemimpin yang adalah di dalam barisan kepimpinan bahagian-bahagian Umno sekarang ini mempunyai "apprehension" untuk menjadi calon Umno pada masa ini kerana belum pasti menang dalam pilihanraya kali ini. Ahli-ahli Umno tidak sehaluan dengan ahli-ahli dari MCA dan Gerakkan dan saya pernah menulis yang BN di Semenanjung itu adalah Umno tanpa parti-parti komponen yang lain. Jika keadaan ini berlaku BN itu Umno, Umno itu adalah BN di Semenanjung ini yang dijangkakan akan hanya mempunyai kurang dari 70 kerusi selepas pilihanraya yang akan datang. Sesungguhnya Umno telah terlalu lama terabai kerana sudah terlalu lama dikuasai oleh manusia pemimpin yang terlalu mementingkan kuasa peribadi. Ketagihan mendapat kuasa menyebabkan parti menjadi korban dan budaya perjuangan yang ada di dalam Umno sudah terlalu jauh dan menyimpang dari matlamat asal perjuangannya. Sesuatu parti politik itu selalunya ada budaya yang menyebabkan parti itu tertubuh. Tetapi apabila budaya yang selama ini telah memperkuatkan perjuangan parti itu sudah hilang, maka identiti parti itu dengan sendirinya hilang. Apabila identitinya hilang maka parti itu akan dengan sendirinya lemah dan tersasar dari matlamat asalnya. Banyak bangsa di dunia ini telah hilang dan hanya tinggal di kawasan-kawasan terpencil di banyak negara dan ketinggalan di dalam pembangunan dunia sejagat ini. Semuanya berlaku bermula dengan kehilangan identiti bangsa mereka. Umno dan pemimpin-pemimpinnya sedang menjurus ke arah itu….maruah boleh dijual beli. Yang penting mereka menjadi pemimpin. Samada mereka dihormati atau dipandang rendah oleh rakyat tidak menjadi isu. Sekarang ini Najib sedang menjelajah negara dan ber "shopping" undi. Beli sana dan beli sini. Jika menang lagi boleh cari lagi wang untuk menggantikan yang telah di belanjakan dalam masa sibuk membeli undi sebelum PRU itu. Keadaan akan menjadi seperti biasa kembali....pemimpin sibuk menyaingi rakyat untuk berniaga dengan bermodalkan kuasa yang di berikan rakyat tadi. Walaupun "Melayu tidak akan hilang di dunia ini" tetapi "Melayu akan hilang dunianya". Syabas Umno kerana Melayu sudah beransur-ansur hilang dunianya hasil dari perjuangan parti ini. — aspanaliasnet.blogspot.com |
Kes ni pun aku rasa gempaq jaa... haha... Posted: 04 Oct 2011 11:00 PM PDT Najib mungkin disepina ke mahkamah Perancis Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mungkin boleh disepina untuk hadir di mahkamah Paris berhubung kontroversi pembelian kapal selam Scorpene yang didakwa melibatkan jutaan ringgit dalam bentuk komisen kepada pemimpin negara dan pegawai tentera. Najib adalah menteri pertahanan semasa urus niaga RM7.3 bilionbagi membeli dua buah kapal selam itu dijalankan. Perjanjian pembelian senjata itu, yang juga termasuk jualan yang serupa kepada Pakistan dan Taiwan, telah memalukan Perancis di mana pegawai-pegawainya didakwa telah menerima 'komisen' jutaan dolar dari firma pembuat kapal selam Perancis, DCN. Jika Najib disepina, dia terpaksa pergi ke Paris dalam tempoh satu atau dua bulan apabila kes ini didengar di mahkamah terbuka. Perkara ini pasti tidak akan menyenangkan perdana menteri. Bagaimanapun ditanya jika Najib boleh diseret ke mahkamah, Joseph Breham (kiri), peguam yang mewakili NGO hak asasi manusia - Suaram - yang memfailkan kes terhadap pembuat kapal selam Perancis itu pada tahun 2009, berkata idea itu mungkin "sukar dilaksanakan". "Najib boleh disepina, tetapi ia hanya satu kemungkinan pada masa ini," katanya kepada Malaysiakini dalam satu temu bual e-mel dari Paris. "Sebaik sahaja 'hakim arahan' dicalonkan, kita boleh mempertimbangkan ini," kata peguam itu yang pernah melawat Kuala Lumpur pada tahun lalu untuk mengumpul keterangan dan bukti berhubung kes berkenaan. Di bawah undang-undang Perancis, 'hakim arahan' adalah majistret yang bertanggungjawab untuk mengendalikan siasatan untuk menentukan sama ada sesuatu kes itu diteruskan menjalani perbicaraan jenayah. Kes berkenaan dibuang jika hakim mendapati bukti yang tidak mencukupi. |
Kisah orang hanyut bernama Zaid... kahkahkah... Posted: 04 Oct 2011 09:30 PM PDT Zaid Terus Hanyut Dalam Keegoaannya Saya ingin bercakap sedikit perihal orang bernama Zaid Ibrahim. Zaid Ibrahim ini semacam ada persamaan dengan Inchek Ibrahim Ali. Apakah mereka ini kembar tidak seiras atau kembar siam yang berkongsi perangai politik? Kedua mereka asal dari negeri saya, Kelantan. Keduanya kebetulan pernah saya kenal dan pernah mendampingi mereka. Kecuali Zaid, Inchek Ibrahim pernah masuk ke dalam rumah saya dan duduk bersela dan sempat merasi tea "O" kurang manis di rumah saya. Zaid hanya sampai diluar saja, ketika dia menjemput dan menghantar saya selepas pergi.. nun jauh berceramah di utara dan juga selatan sewaktu proses beliau hendak menyertai PKR. Begitu juga dengan Inchek Ibrahim, selalu mengambil dan menghantar saya untuk pergi berceramah di serata tempat di negara ini sebelum beliau menjadi ahli Parlimen Pasir Mas menerusi tikit Pas. Dari Perlis sampai ke Sabah dan Sarawak. Jadi kedua mereka saya cukup kenal dan arif. Cukup tahu makanan dan minuman apa yang menjadi kesukaan mereka! Kebetulan juga saya ikut sama membantu atau lebih tepat memantau pilihan raya yang mereka sertai. Inchek Ibrahim semasa pilihan raya kecil Pengkalan Pasir, Pasir Mas dan juga pilihan raya umum ke-12 lalu. Zaid pula semasa pilihan raya kecil di Hulu Selangor. Saya memantau atau memberi semangat kepada mereka berdua kerana saya lihat mereka ada minat untuk berubah, membaiki moral politik mereka dan juga belajar menjadi politician yang mampan, bersih dan dihormati orang. Kedua mereka dalam kaca mata saya ada kelebihan dan keistimewaan tersendiri. Zaid seorang yang tegas dan berani. Demikian juga Inchek Ibrahim berani tetapi kurang tegas. Dari segi hati Inchek Ibrahim lembut dan keras, Zaid lebih keras dari Inchek Ibrahim Ali yang sangat lembut hatinya. Ibrahim hanya keras di mulut saja, tetapi hati baik. Dia pernah menangis di depan saya. Zaid keras dimulut dan egonya terlalu tinggi seorang yang tidak mudah untuk mendengar kata. Dua tiga hari lepas saya berjumpa dengan tiga orang kanan Zaid Ibrahim yang memanggil saya khusus untuk bercerita tentang apa yang berlaku dalam parti Kesejahteraan Insan Malaysia (Kita) yang kini semuanya menjadi parti dia. Kalau salah sebut parti Kita harap maaflah sebab saya kurang hafal kerana kurang mencatat mengenai aktiviti parti berkenaan. Sudah lama saya tidak ketemu mereka ini, khasnya salah seorang dari mereka menjadi yang pegawal peribadi kepada Zaid semasa pilihan raya kecil Hulu Selangor. Dalam pertemuan itu mereka menceritakan perihal Zaid dan situasi parti Kita muasir ini yang sudah bercelaru celara. Mereka bertiga telah keluar atau dipecat dari parti Kita. Banyaklah cerita dan ceriti pada pertemuan itu. Daripada kisah bagaimana ego dan sombongnya seorang Zaid kepada perihal pengubahsuaian minit mesyuarat. Cerita Zaid seorang yang sombong dan bongkak. Katanya Zaid suka memperkuda dan melembukan orang lain untuk kepentingannya. "Saya tidak sangka dengan Zaid, dia bilang mahu mewujudkan demokrasi tulen dalam negara ini tetapi cara dia uruskan parti lebih kurang diktator saja," begitu tutur salah seorang dari mereka. "You tahu semua keputusan parti dia yang buat. Apa yang kita bincangkan tidak dipakai, dia buat ikut sedap dia sahaja, ini minit mesyuarat pun dipinda dan buat sendiri," tambah yang lain. "Dia fikir bila dia kaya raya dia boleh perintah semua orang, semua orang hendak dijadikan hamba abadinya... mana boleh...," sambung yang lain. Ketiga-tiga mereka tidak puas hati dengan Zaid dan sedang memikirkan untuk mengambil tindakan ke atas Kita menerusi Pejabat Pendaftaran Pertubuhan (RoS) kerana tindakan memecat mereka dibuat tanpa mengikut undang-undang. Saya hanya mendengar dan menahan telinga saja. Sebenarnya apa yang dituturkan mereka mengenai Zaid itu saya sudah sedia maklum. Saya sudah melihat dan mengalami sendiri bagaimana cara Zaid berpolitik. Sikap diktator atau ego Zaid itu bukan hari ini sebenarnya tetapi sejak dia dalam Umno lagi. Punca kenapa beliau digantung atau dipecat dari Umno ialah kerana keegoannya, merasakan dirinya saja yang betul orang lain salah. Zaid beranggapan kekayaan dan profesionalisme dia sebagai lawyer boleh menudukkan semua orang. Ternyata andaian itu meleset. Bukan semua orang akan 'bersujud sawi' kepada kuasa wang, dan bukan semua orang miskin menghormati orang kaya! Kekayaan seseorang itu tidak semestinya menjadi faktor orang hormat. Orang hormat kepada seseorang kerana ketinggian budi pekerti, tutur bicara dan juga tinggi diplomasinya. Keegoan terbaru Zaid boleh dilihat kepada bagaimana dia melayan bekas pemimpin Kita yang juga merupakan pelupor dan rakannya sendiri. Misalnya bila dia tidak suka kepada Muhammad Firdaus Chirsthoper digantungnya Firdaus sebagai Jawatankuasa Eksekutif Pusat (JEP). Lebi teruk lagi apa yang berlaku ke atas Latif A Tambil yang memegang jawatan setaiusaha dipecat hanya menerusi SMS saja. Alasannya mudah kerana Latif tidak memberi passwork blog Kita. Tidak cukup itu dia merendah-rendahkan Firdaus dalam sidang akhbar dengan mengatakan Firdaus adalah perkerjanya. Ternyata Zaid yang profesional sebenarnya tidak bertindak secara profesional. Memang satu segi Firdaus adalah pekerjanya tetapi dari sisi lain - berorganisasi Firdaus adalah ahli jawatan kuasa eksekutif yang dilantik. Mungkin Zaid tidak perlu menghormati Firdaus sebagai pekerja, tetapi dia kena menghormati Firdaus ahli eksekutif parti. Pekerja dan penjawat jawatan berbeza statusnya. Cara Zaid merendahkan Firdaus di sidang akhbar menggembarkan sejauh mana tinggi atau rendahnya diplomasi Zaid sebagai seorang ketua parti. Meneliti dan mengambil kira apa yang berlaku ke atas bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini, ternyata Zaid sangat naif dalam politik. Beliau harus banyak belajar mengenal politik secara realistik bukan teori kerana politik melibatkan orang ramai dan sangat membutuhkan kefahaman dalam melayan hati budi manusia. Cara Zaid yang menggunakan kuasa wang untuk menawan orang atau kawan tidak akan berhasil dan ia bersifat sementara. Satu masa manusia memerlukan wang untuk hidup atau sebagai bayaran atas khidmat yang diberikan. Tetapi kalau wang itu dijadikan kuasa dan senjata untuk menindas akhirnya manusia itu akan bangkit dan melawan juga. Manusia rela miskin daripada diperhambakan dengan kuasa wang. Dan ada kalanya orang mengikut kita itu kerana prinsip kita yang kita pegang. Selagi prinsip kita berada atas garis benar orang akan hormati dan sanjung kita. Namun kalau prinsip itu sudah dilanggar mereka tidak akan bercakap banyak akan meninggalkan kita. Dalam hal ini saya melihat dua faktor kenapa parti Kita atau kepimpinan Zaid menjadi 'kucar bara' ialah kerana Zaid tidak menghormati orang lain dan dia beranggapan wang boleh membeli segala-galanya. Zaid juga tidak mengotakan apa yang dikatakan terutamanya untuk mempraktikan demokrasi tulen. Dari sehari ke sehari prinsip dan maruah Zaid sudah melebur dan cair seperti ais di tengah sahara. Apa yang dipertahankan dulu diroboh sendiri. Sikap atau pun keadaan ini menunjukkan rupa diri atau dalaman Zaid yang sebenarnya. Tindakan Zaid tidak ubah budak kecil yang berak kemudian meramas tahinya sendiri. Semasa dia keluar dari PKR dulu alasan kerana parti itu ditadbir secara diktator oleh Anwar Ibrahim. Tetapi anihnya hal yang sama berlaku dalam Kita, malahan ia lebih dahsyat dari Anwar. Hari ini siapa yang lebih diktator, Zaid atau Anwar? Pendirian Zaid juga tidak konsisten macam orang yang mabuk tidak dapat berjalan dengan tegak dan terhuyung hayang. Sekali dia mengkritik Najib Razak, tetapi hari ini dia bersetuju dengan Najib. Sekali dia menyatakan sokongan kepada Nik Aziz, hari ini dia menempelak Mursyidul Am itu yang mahukan hudud dilaksanakan. Tidak salah menyokong yang baik dan menentang yang jahat tetapi ia perlu dilakukan dengan penuh tektikal bukan tergesa-gesa sehingga orang nampak apa yang ada di sebalik batu. Hanya orang yang mabuk saja bercakap merapu atau pun tidak ketahuan puncanya. Sebaik Najib umumkan pemansuhan akta ISA, belum habis Najib cakap Zaid sudah sahut menyokongnya. Malahan beliau opolegetik kepada Najib. Tindakan ini menampakkan siapa dia Zaid sebanrnya, dia seorang yang sangat naif. Keadaan Zaid hari ini saya lihat macam kera sumbang saja. Dia jadi macam orang yang hidung tidak mancung tetapi pipi tersorong-sorong. Nasib Zaid juga akan jadi macam Lebai Malang, ke hulu terlepas ke hilir terbabas. Saya meramalkan keadaan parti Kita akan mati sebelum turun bertarung di gelanggang gara-gara sikap dan ulah Zaid yang kejatuhan kompas di hutan rimba. Demikianlah adanya kalau hidup kita tidak ada pancang yang kukuh dan kemas. Kita akan jadi sehelai daun di tengah sungai akan hanyut mengikut arus air yang akan membawa kita entah ke mana. Tuhan tidak akan memberi tiga buah pengkalan untuk seorang manusia. Biasa manusia diberikan satu saja kemujuran dalam hidup. Tetapi Zaid sudah dianugerahkan dua pengkalan, bernama BN dan PKR.... selepas ini tidak ada pengkalan lagi untuk Zaid dalam politik. Harapan dan impian dia untuk menceduk teori politik Inceh Ibrahim Ali untuk mendapat laluan dari Pas (Nik Aziz) juga tidak akan kesampaian lagi. Penjualan bangunan Umno Kota Bharu kepada Pas yang masih dipertikaikan itu bukan barang gadaian lagi untuk Zaid mendapat kerjasama Pas. Saya hanya menunggu masa saja untuk melihat parti Kita yang diklonkan dari parti Keadilan Insan Malaysia (Akim) itu menjadi gemulah. |
Kasihannya... Budak 3 Tahun Cedera Diserang Beruk Posted: 04 Oct 2011 08:00 PM PDT Lembah Beriah – Ketika sedang leka bermain, seorang kanak-kanak di sini, tiba-tiba diserang seekor beruk dipercayai milik jirannya dalam satu kejadian baru-baru ini. Kejadian itu mengakibatkan Nurul Iman Abdullah, 3, cedera parah di bahagian belakang badan setelah di serang seekor beruk di halaman rumahnya di Penempatan Penduduk Rakyat Termiskin (PPRT) Lembah Beriah, Bukit Merah, di sini. Datuknya, Rosli Adom, 45, berkata, beruk itu dikatakan berang dan mengamuk secara tiba-tiba sebelum menyerang cucunya yang leka bermain. Menurutnya, beruk yang tidak ditambat itu telah menggigit bahagian belakang badan Nurul sehingga menyebabkan luka parah. "Nurul kehilangan banyak darah dan hampir pengsan, saya segera membawanya ke Hospital Taiping untuk rawatan lanjut," katanya. Katanya, dia telah membuat laporan polis untuk siasatan lanjut berhubung kes itu supaya kejadian sama tidak berulang ke atas kanak-kanak lain. Pemilik haiwan nafi dakwaan Sementara itu, pemilik haiwan itu, Yahya Abdullah, 56, atau lebih dikenali sebagai Pakya Ular menafikan dakwaan yang mengatakan beruk yang menyerang anak jirannya itu adalah beruk peliharaannya. Beliau yang juga pemain ular terkenal di daerah Kerian berkata, dia mempunyai dua ekor beruk betina yang telah didaftar dan diluluskan lesen pemeliharaannya "Selain itu, kedua-dua beruk saya ini sentiasa di rantai di bawah pokok besar bersebelahan rumah. "Cuma beberapa hari sebelum kejadian berlaku, beruk betina ini sering didekati oleh seekor beruk jantan liar yang mencari pasangan," katanya. Amaran tak diendah Yahya berkata, sudah beberapa kali dia cuba menasihati dan memberi amaran kepada anak-anak jiran supaya jangan mengganggu beruk itu apatah lagi mendekatinya kerana khuatir beruk berkenaan akan bertindak agresif. "Sebelum kejadian, saya sudah merancang membina sebuah perangkap khas bagi menangkap beruk jantan liar yang sering menghampiri beruk betina saya kerana khuatir menimbulkan kecederaan penduduk. "Namun amaran saya tidak di endahkan kanak-kanak ini selain gemar melemparkan batu dan buah sawit ke arah beruk-beruk ini, padahnya mereka di serang," katanya. Berjaya tangkap beruk liar Tambahnya turut bersimpati kerana ketika kejadian berlaku dia masih di Hospital Taiping untuk mendapatkan rawatan termasuk mencuci luka lama akibat dipatuk ular tedung selar kira-kira tiga minggu lalu. "Selepas pulang saya dengar ada anak jiran diserang beruk jantan liar itu sehingga cedera parah dan pengsan di dalam kereta sebelum tiba di Hospital Taiping. "Saya nekad menangkap beruk jantan liar ini supaya tidak ada lagi anak jiran yang dicederakannya," katanya. Katanya, kini beruk jantan itu sudah berjaya di perangkap dan di dalam simpanannya dengan harapan tiada lagi kes serangan beruk terjadi terhadap anak-anak jirannnya selepas ini. Usaha Pakya patut dipuji Sementara itu, Ketua Kampung Bukit Merah, Mohamad Nor Hassan berkata, sebelum ini Pakya tidak pernah melepaskan beruk peliharaannya yang digunakan untuk membantu memanjat pokok kelapa. "Mengikut cerita, beruk jantan yang liar itu datang ke kawasan beruk betina peliharaan Pakya untuk mencari pasangan namun, bertindak agresif apabila mendapati kanak-kanak semakin galak membaling batu dan buah sawit ke arah pasangan beruk itu. "Kita bersimpati ke atas nasib yang menimpa adik Nurul, bagaimanapun usaha Pakya menangkap beruk jantan yang liar itu perlu diberi pujian kerana dia sendiri terpaksa berhadapan dengan risiko diserang," katanya. Siasat kejadian diserang beruk Manakala, Adun Semanggol, Ramli Tusin sempat meluangkan masa menziarahi adik Nurul yang cedera diserang beruk dalam kejadian kira-kira jam 4 petang, 26 September lalu. Ramli berkata, pihaknya berharap pihak terlibat menyiasat perkara itu dan jika perlu ambil tindakan kepada pemilik beruk berkenaan agar dapat menjadi peringatan untuk lebih berhati-hati termasuk menambat binatang peliharaan tersebut. "Perkara ini tidak sepatutnya berlaku lagi selepas ini dan berharap pemilik haiwan ini mengambil iktibar di atas apa yang telah berlaku," katanya. -SH |
Dalam BN banyak tikuih... haha... Posted: 04 Oct 2011 07:00 PM PDT Berbalah Kerana Perangkap Tikus. Cerita ini agak pelik bunyinya. Pelik tak pelik, tetap dan telah berlaku. Haji Musa menghadapi masalah tikus yang agak kronik. Banyak pakaian rosak berlubang di sana-sini digerit tikus. Baik pakaian anak-anaknya mahupun pakaian dia dan isteri yang mahal-mahal. Apabila sudah berlubang, tidaklah boleh dipakai lagi. Dibuang begitu saja sedangkan masih elok. Pakaian anak-anak bolehlah ditampal itu pun kalau berlubangnya tak banyak. Selain itu, makanan seperti roti dan buah-buahan juga dimakan oleh tikus-tikus di rumahnya. Yang paling menakutkan sekarang ialah air kencingnya. Maklumlah sudah banyak tersebar berita orang mati kerana air kencing tikus. Haji Musa bercadang untuk memasang perangkap tikus. Dia menceritakan masalah dan rancangannya itu kepada jiran-jirannya yang turut mengalami masalah yang sama. Terkejut sakan Haji Musa apabila rancangan itu ditentang oleh jiran 1Malaysianya, Ah Tee. Alasan Ah Tee ialah rancangan Haji Musa itu zalim kepada binatang. Maka bising dan hebohlah Ah Tee membantah rancangan Haji Musa itu. Oleh sebab nak jaga hati jiran 1Malaysia, Encik Halim, jiran sebelah rumah yang satu lagi turut menyokong Ah Tee, malah lebih-lebih pulak marahnya terhadap idea Haji Musa. Haji Musa agak terkedu dengan sikap Encik Halim dan Ah Tee. Namun dalam diam-diam dia terus membeli beberapa perangkap tikus. Selang beberapa hari kemudian, dia mendapat khabar bahawa jirannya Ah Tee dimasukkan ke wad kerana terkena jangkitan kuman air kencing tikus. Haji Musa bergegas melawat Ah Tee di hospital. Tak lama kemudian, tiba pula jirannya, Encik Halim. Keadaan Ah Tee agak kritikal. Namun sempat juga mereka berbual ringkas tentang penyakit itu. Di hujung perbualan itu, Ah Tee berkata, " Haji, maafkanlah aku kerana melarang rancangan haji untuk pasang perangkap tikus. Baru aku tahu tikus amat bahaya. Kau pasanglah perangkap tikus tu. Tolong beli dan pasang juga kat rumah aku." Encik Halim yang menentang keras penggunaan perangkap itu, rasa terkilan dengan perubahan sikap Ah Tee, lalu katanya, "buat apa kita perangkap tikus. Baik kita bagi dia cukup makan, tidaklah tikus-tikus itu mengganggu kita." Menggeleng kepala Haji Musa dan Ah Tee mendengar cadangan Encik Halim itu. Alhamdulillah. Setelah melawat, pulanglah Haji Musa ke rumah PAS dan Encik Halim ke rumah UMNO. Tiga hari kemudian Ah Tee yang berjaya diselamatkan, kembali ke rumahnya DAP. Sebulan kemudian, gempar berita dalam media, Encik Halim, Ketua UMNO Cawangan Batu Kerikil maut kerana jangkitan kuman air kencing tikus. Mengucap panjang Haji Musa. "Aiyaa!!! kata Ah Tee, " itulah tidak mahu guna perangkap tikus." Moralnya ialah andaikata perangkap itu ialah hukum hudud dan tikus itu ialah penjenayah, apakah umat Islam dalam UMNO dan masyarakat bukan Islam lebih rela membiarkan penjenayah mencari mangsa tanpa mengenal agama dan bangsa daripada menyelamatkan masyarakat dan negara secara keseluruhannya? Apakah rasional masyarakat bukan Islam menentang umat Islam yang ingin mengamalkan ajaran Islam dalam kalangan mereka tanpa melibatkan gangguan dan gugatan terhadap kepentingan masyarakat bukan Islam? |
Kejam!!! buang bayi dalam longkang Posted: 04 Oct 2011 06:00 PM PDT Cerita lanjut kat bawah ni haa... ********************************* TAHAN...suspek ditahan selepas mengaku membuang bayinya. KEJAM ...anggota polis mengangkat mayat bayi yang dicampak dari tingkat dua flat. GOMBAK: Kesan titisan darah ditemui di atas lantai yang dijejaki polis berjaya menemui wanita dipercayai bertanggungjawab mencampakkan bayi perempuannya yang masih bertali pusat dari tingkat dua sebuah flat di Taman Selayang Segar 2, Selayang Baru, di sini, semalam. Ini berikutan laporan penemuan bayi cukup sifat baru dilahirkan itu dalam keadaan tertiarap dalam longkang. Dalam kejadian jam 7.46 pagi itu, sepasukan anggota polis yang menerima maklumat penduduk mengenai penemuan mayat bayi itu bergegas ke tempat kejadian untuk menjalankan siasatan sebelum berjaya mengesan wanita terbabit yang sedang bersiap untuk ke tempat kerja di sebuah restoran di Bandar Baru Selayang. Pada mulanya, remaja berusia 19 tahun yang belum berkahwin itu dikatakan enggan mengaku melakukan perbuatan itu, namun polis yang curiga dengan jawapannya terus mendesak terutama selepas menemui kain baru dibasuh yang mempunyai kesan darah, namun suspek memberi alasan itu adalah darah haid. Bagaimanapun, selepas majikan dan rakan sekerja suspek ke tempat kejadian dan bertanyakan hal sebenar, akhirnya wanita itu yang gagal mengawal perasaan terus menangis sebelum mengaku bertanggungjawab mencampakkan bayi berkenaan dari tingkat dua kediaman itu ke dalam longkang.- myMetro |
Panas!! Buah peram carbide tak selamat dimakan Posted: 04 Oct 2011 05:00 PM PDT Buah diperam dengan carbide tidak selamat dimakan SM Mohamed Idris Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menasihati pengguna supaya tidak memakan buah-buahan yang diperam dengan menggunakan gas carbide kerana terdapat maklumat yang cukup mengenai bahayanya kepada kesihatan. Calcium carbide mempunyai ciri-ciri penyebab kanser dan boleh mengakibatkan gangguan saraf. Ia boleh menyebabkan bunyi berdesing dalam telinga, kebas dan penyakit saraf periferal. Jika wanita hamil memakan buah yang telah diperam bersama carbide, ada kemungkinan bayi yang akan lahir berkeadaan cacat. Adalah tidak wajar Kementerian Kesihatan mengatakan bahawa buah-buahan yang diperam dengan menggunakan carbide selamat untuk dimakan sebelum menjalankan siasatan. Sekadar menyebut bahawa amalan yang sama dilakukan di negara-negara lain bukan bermakna ianya selamat. Di India, kerajaan telah mengharamkan penggunaannya di bawah Akta Pencegahan Pencemaran Makanan, dan terdapat beberapa laporan media bahawa buah-buahan yang diperam dengan menggunakan gas carbide telah dirampas dan dimusnahkan. Dalam keadaan biasa, buah-buahan akan masak hasil tindak balas hormon ethylene yang dihasilkan secara semula jadi dalam buah. Tetapi penggunaan calcium carbide mengeluarkan gas acetylene yang mudah meruap dan meletup walaupun pada kepekatan yang rendah berbanding ethylene. Kementerian Kesihatan perlu menyedari bahawa khasiat makanan dalam buah-buahan akan berkurang apabila ia masak ranum secara tiruan. Buah-buahan yang menjadi ranum dengan menggunakan gas carbide akan mengalami tindak balas kimia yang berbeza berbanding buah-buahan yang ranum secara semula jadi. Ketika buah ranum secara semula jadi, perubahan biokimia akan berlaku misalnya penyusutan klorofil, biosintesis karotenoid (antioksidan, penambah sistem imun, bahan pencegah kanser), antosianin (antioksidan yang kuat), essential oils, dan komponen perisa serta aroma. Tetapi kesemua perubahan kimia yang menyihatkan dan menambah mutu buah-buahan ini tidak berlaku jika buah ranum secara tiruan. Dengan mengatakan penggunaan gas carbide untuk meranum buah-buahan sebagai amalan yang selamat, Kementerian Kesihatan seolah-olah menggalakkan penggunaan lebih banyak bahan kimia dalam makanan yang sebaliknya boleh memudaratkan kesihatan pengguna. |
La ni bukan macam zaman tok nadoq... Posted: 04 Oct 2011 03:30 PM PDT Mata dunia sudah terbuka... Norhapishah Brahan Kebangkitan masyarakat yang ingin menumbangkan kebatilan semakin membara terutama di tanah Arab, Syria, Libya, Tunisia dan Mesir serta London yang merupakan bukan negara Islam. Kebenaran akan tiba juga akhirnya dan kezaliman dan kebatilan akan runtuhnya akhirnya. Apa yang berlaku di Libya detik ini sungguh membuktikan bahawa kuasa rakyat boleh menumbangkan rejim yang sudah lama bertapak dengan kekuatan dan semangat yang ada pada mereka. Kerinduan untuk menikmati keadilan membuatkan mereka bertekad setelah lama tertindas dalam sistem pemerintahan yang lama. Negara yang kaya seperti di Libya, tetapi rakyat menderita miskin walaupun penduduknya tidak terlalu ramai hanya 6 juta sahaja. Pemimpin yang mengaut segala keuntungan menyebabkan rakyat terhina hidupnya, sedangkan mereka mengumpulkan harta untuk kepentingan peribadi. Kejayaan pejuang menguasai Tripoli merupakan kejayaan atasa usaha mereka selama ini. semangat untuk menjatuhkan rejim Muaamar Gadafi diraikan dengan gembira sambil membakar bendera Libya dan mengibarkan bendera mereka. Saat akhir zaman kita sudah mula menghampiri kita apabila negara Islam akan menang nanti. Pergolakan yang masih belum tamat di Gaza, Palestin dengan Yahudi terus melakukan serangan menunjukkan mereka masih belum berputus asa untuk membunuh umat Islam dan menawan Palestin yang di katakan tanah suci yang disediakan untuk mereka. Menjelang PRU-13 dalam masa terdekat ini, masyarakat di Malaysia masih lagi dijajah dengan penyekatan maklumat yang tidak tepattentang sesuatu isu. Kebebasan media sudah diragui apabila hanya sebelah pihak sahaja yang memberikan maklumat kepada masyarakat. Kemerdekaan yang sentiasa disambut pada setiap tahun hanya sekadar perayaan tanpa dihayati nilai kemerdekaan itu sendiri dalam dunia kita. Adakah sekadar mengibarkan jalur gemilang kita dikatakan sudah menghayati nilai kemerdekaan sedangkan masyarakat masih lagi mendengar lagu-lagu dari barat, berpakaian cara barat, pemikiran masih dijajah barat. Di manakah kemerdekaan kita? Diakui kita aman hidup dalam negara yang dipimpin bangsa kita, tetapi seharusnya kemerdekaan itu berlaku dalam segenap aspek dalam kehidupan kita. Kita yang patut mencorak bagaimana hidup kita sebagai rakyat yang merdeka. Jika ini berterusan berlaku, negara akan berterusan mundur dan rakyat tidak akan maju dek kerana seluruh hak dan pemikiran mereka dicorak oleh mereka yang tidak mempunyai belas ihsan. Yang kaya akan terus kaya, dan yang miskin akan terus miskin. Dunia dan kegemilangan kepimpinan negara Islam yang dipimpin junjungan Agung Nabi Muhammad SAW perlu dijadikan contoh teladan erbaik dalam mengemudi sebuah negara Islam yang dipimpim oleh orang Islam. Rasulullah adalah kekasih Agung Allah yang membawa rahmat kepada seluruh alam dengan peribadi yang di kagumi segenap bangsa dan agama. Rasulullah telah diangkat di antara pemimpin dunia yang pertama daripada 100 pemimpin yang terunggul di dunia. Baginda merupakan model yang perlu kita junjungi sunnahnya dan mengembangkan syiar dakwah yang di perjuangkan baginda. Kesan daripada keadilan, keikhlasan dan kejujuran dalam pentadbiran akan membuahkan kejayaan dan kegemilangan dan bakal melahirkan bungan bangsa yang bertamadun dan berdaya saing seiring dengan syariat dan tuntutan agama. Ayuh, mari kita renungi sejenak bagaimana corak negara kita yang bakal ditentukan pada PRU akan datang dengan menimbang tara elemen-elemen yang perlu dibawa dan diterjemahkan dalam sebuah negara Islam. |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan