Rabu, 5 Oktober 2011

Muslimeen United

Muslimeen United


Akhirnya..Kehebatan Pentadbiran Kelantan Diakui..

Posted: 05 Oct 2011 05:50 AM PDT

Pentadbiran Kerajaan Kelantan yang ditadbir oleh PAS semakin ampuh, malah ianya turut mendapat pengakuan dari Jabatan Audit Negara sendiri khususnya berhubung sumber kewangan kerajaan negeri.

Bukan itu sahaja, empat agensi kerajaan negeri termasuk jabatan pula diiktiraf sebagai pengurusan kewangan negeri paling baik 2010, iaitu Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK), Majlis Daerah Gua Musang, Perbadanan Stadium dan PKINK.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa berkata, Jabatan Audit Negara menyifatkan kedudukan kewangan KNK 2010 begitu baik dan memuaskan.

Beliau berkata demikian, kepada media selepas mesyuarat exco di sini tengah hari tadi.

Menurutnya, pengakuan itu diperolehi berikutan beberapa kategori telah dicapai antaranya kumpulan wang yang disatukan meningkat sebanyak RM51.07 juta atau 52 peratus iaitu RM148.3 juta berbanding tahun 2009 sebanyak RM97.23juta.

"Manakala baki wang tunai pada tahun lalu pula meningkat 52.37 peratus, iaitu RM131.97 juta berbanding RM79.60 juta tahun 2009.

"Manakala 15 jabatan atau agensi kerajaan negeri yang lain pula dalam kategori baik, selain empat agensi yang disebutkan tadi," ujarnya.

Selain itu, menurutnya serahan Penyata Akaun 2011 juga dikategori memuaskan sehingga 31 Mei lalu di mana 18 penyata dari 22 yang telah diserahkan.

Husam seterusnya menambah, defisit belanjawan juga turut menurun berbanding tahun 2009 sebanyak RM19.46 juta berbanding 2010 sebanyak RM3.46 juta sahaja dengan peningkatan prestasi 2.2 peratus.

BERS✔H Lancarkan Kempen "Tunaikan 8 Tuntutan, Barulah PRU13"

Posted: 05 Oct 2011 05:48 AM PDT

Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah mengesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar tidak membubarkan parlimen dalam tempoh terdekat sehingga Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (JPKP) selesai menjalankan tugas.

Sehubungan itu, BERSIH 2.0 melancarkan kempen terbaru mereka iaitu "Tunaikan 8 Tuntutan, Barulah PRU-13".

"8 tuntutan demi pilihanraya bersih dan adil harus dilaksanakan dengan serta-merta sebelum Pilihanraya Umum ke-13 (PRU-13). Kempen tersebut diadakan sebagai peringatan kepada kerajaan, terutamanya Suruhanjaya Pilihanraya (SPR)."

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di Parlimen hari ini. Turut hadir Ahli Jawatankuasa Pepanduan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil, Arul Prakkash, Dr Wong Chin Huat.

Kerajaan menubuhkan JPKP untuk memperbaharui sistem pilihanraya negara selepas perhimpunan besar-besaran Bersih 2.0 di Kuala Lumpur yang disertai kira-kira 30,000 orang.

Chin berkata laporan pertama JPKP harus berdasarkan isu-isu reformasi pilihanraya jangka pendek seperti yang dibangkitkan dalam 8 tuntutan BERSIH 2.0.

Laporan kedua JPKP patut merangkumi isu-isu reformasi pilihanraya jangka panjang dan laporan tersebut seharusnya dikeluarkan sebelum akhir tahun 2012.

Cadangan-cadangan laporan tersebut harus dilaksanakan oleh SPR dan agensi-agensi dan kementerian-kementerian kerajaan yang berkaitan.

Maria menjelaskan, kejayaan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) pada 9 Julai merupakan petanda dari rakyat Malaysia bahawa reformasi sistem pilihanraya amat penting.

"Kami mengesa agar pihak SPR melaksanakan cadangan-cadangan laporan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (JPKP) tersebut tanpa berlengah-lengah."

Kempen ini juga akan diadakan di negeri-negeri lain untuk menyampaikan pesanan keramat ini kepada semua rakyat Malaysia.

MElihat kepada keperluan ini, Maria mengesa kepada semua rakyat Malaysia untuk memberi tekanan kepada mereka untuk memastikan pilihanraya tidak diadakan sehingga 8 tuntutan tersebut dilaksanakan.

"Adalah penting semua rakyat Malaysia mengambil tanggungjawab untuk menuntut reformasi pilihanraya dengan menyampaikan tuntutan-tuntutan pilihanraya bersih dan adil kepada pejabat-pejabat SPR negeri, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan ahli-ahli Parlimen."

MB Kelantan

Posted: 05 Oct 2011 02:25 AM PDT

"Ambil wudhuk tidak perlu banyak, tetapi biar sempurna. Ini kerana basuhan dengan air itu hanyalah simbolik. Yang hendak dibasuh bukanlah najis yang ada di wajah dan anggota kita, tetapi kotoran dosa yang dibawa oleh mata, mulut, telinga, tangan dan kaki..."

Tazkirah ringkas di pejabat Menteri Besar pada 10 Jun 2010.

Ops Lalang: Dewan Rakyat kecoh

Posted: 05 Oct 2011 02:15 AM PDT

KUALA LUMPUR, 5 Okt: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mencabar kerajaan khususnya ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman mendakwanya di mahkamah jika mendapati beliau mengeluarkan kenyataan menghasut.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga enggan menarik balik kenyataannya di Dewan Rakyat bahawa Pemuda Umno menghasut orang Melayu menyertai himpunan sejuta umat Melayu pada tahun 1987.

Mahfuz membangkitkan perkara tersebut sewaktu membahaskan Rang Undang-undang Kediaman Terhad (Pemansuhan) 2011 dan menimbulkan kemarahan Tajuddin yang memintanya menarik balik dakwaan tersebut.

Beliau mendakwa Pemuda Umno ketika itu menghasut Orang Melayu menyertai himpunan tersebut dengan membawa senjata tajam untuk membasahkan darah Orang Cina dan membawa mancis untuk membakar rumah mereka.

Menurut Mahfuz, kejadian tersebut menyebabkan Ketua Polis Negara ketika itu terpaksa menghalang himpunan tersebut dengan melakukan operasi lalang yang menyebabkan beliau dan beberapa yang lain ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

"Operasi Lalang tahun 1987 yang menyebabkan ramai yang menjadi mangsa ISA termasuk saya sendiri dan beberapa orang yang ada dalam Parlimen hari ini, ekoran ketegangan kaum yang berpunca daripada kenyataan Najib mewakili Pemuda Umno dan Lim Kim Sai mewakili MCA.

"Berlaku cabar mencabar hingga kepada peringkat nak mengadakan perhimpunan sejuta umat melayu, dibuat road show dengan membuat kenyataan hasut Orang Melayu hadir perhimpunan dan bawa senjata tajam untuk basahkan darah Orang Cina dan bawa mancis api untuk bakar rumah orang cina," katanya.

Tajuddin terus bangun meminta beliau menarik balik kenyataan tersebut namun ditegur oleh Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan menyuruhnya duduk.

Ekoran itu juga Tajudin yang kecewa dengan tindakan Speaker, keluar meninggalkan dewan.

Bercakap pada sidang media di lobi Parlimen selepas itu, Mahfuz sekali lagi menegaskan beliau tidak akan menarik balik kenyataannya itu kerana mempunyai bukti.

"Saya tidak menarik balik kenyataan saya dalam dewan tadi, sebaliknya kalau itu dianggap kenyataan menghasut boleh heret dan dakwa saya di mahkamah.

"Saya hanya menyebut sejarah bagaimana isu salah guna kuasa apabila Menteri Dalam Negeri diberi kuasa dan menyalahgunakan kuasanya," katanya yang pernah menjadi Ketua Pemuda PAS sebelum ini. -Hrkh

Pemuda PR Berhimpun Di Rembau Esok Hadapi Gangster UMNO Yang Menyamar Perkasa

Posted: 05 Oct 2011 02:14 AM PDT



Dua minggu lepas Majlis Mesra Aidilfitri anjuran PAS Cawangan Ampangan, dekat Seremban telah di serang ala 'gangster' oleh Pemuda Umno yang menyamar sebagai ahli Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).

Ketua PKR Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin berkata, jelas tindakan mereka berhimpun secara haram dan melakukan gaduh gempar tempat awam serta mengganggu program yang mendapat permit polis adalah salah.

"Ternyata polis gagal melindungi orang awam apabila ada anggota polis yang dari awal berada ditempat kejadian gagal bertindak," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, sekurang-kurangnya dua orang awam yang hadir majlis tersebut cedera dan berdarah. Satu laporan polis telah dibuat dua hari selepas kejadian.

Badrul Hisham @ CheguBard memberitahu identiti pihak yang terlibat telah pun didedahkan namun sehingga kini seperti tidak ada sebarang tindakan.

"Malah timbul pula persoalan adakah senyapnya pasukan polis ini ada kaitan juga dengan Majlis Jamuan Aidilfitri tajaan Umno yang diadakan dalam premis PDRM (Polis DiRaja Malaysia) yang ditaja oleh Umno Seremban, selepas kejadian tersebut.

Beliau berharap polis bertindak profesional dan yakin polis juga tidak suka dengan tindakan samseng Umno yang jelas tidak menghormati pasukan keselamatan dan undang-undang negara tetapi mereka tersepit dengan tekanan daripada pihak 'atasan'
.

"Kita minta polis bertindak secara profesional khususnya kepimpinan polis di Negeri Sembilan serta beliau amat kesal dengan tindakan menekan dan menghina polis negeri ini oleh mereka yang berkuasa.

"Kita juga memohon orang ramai untuk bersama-sama memberi sokongan kepada polis bagi bertindak profesional dan tidak tunduk dengan tekanan atasan semata-mata.

Ujar CheguBard, "Pemuda Umno berkelakuan sombong dan bongkak serta merasakan polis boleh diperkudakan memandangkan Perkasa Negeri Sembilan secara terbuka memberi amaran kepada Mohamad @ Mat Sabu supaya jangan masuk ke negeri itu.

Menurut beliau, Pakatan Rakyat Rembau akan mengadakan satu majlis Ceramah Perdana bersama Mat Sabu esok, 6 Oktober jam 9 malam di Kg. Pulau Bintongan, Rembau. -FMT



SAH!!! UMNO berlindung dibalik PERKASAM serang ceramah Mat Sabu

Belanjawan Pakatan ke arah timbang tara berkesan

Posted: 04 Oct 2011 08:10 PM PDT

KUALA LUMPUR, 5 Okt: Belanjawan alternatif yang dikemukakan oleh Pakatan Rakyat merupakan langkah cemerlang ke arah sistem timbang tara yang matang dan berkesan.

Sehubungan itu, ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad mengucapkan tahniah di atas pembentangan belanjawan itu oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam.

Beliau yang juga AJK PAS Pusat berkata, persoalan gaji minimum di dalam Belanjawan 2012 Pakatan Rakyat sebanyak RM1,100 bukannya RM1,500 akan dijelaskan malam ini.

Penjelasan itu akan dibuat pada Forum Belanjawan Kesejahteraan Pakatan Rakyat 2012, di Quality Hotel, Shah Alam bermula jam 8.00 malam.

Selain beliau, turut menjadi ahli panel ialah Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong dan Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, Rafizi Ramli.
Belanjawan Pakatan Rakyat yang dibentangkan Anwar Ibrahim semalam juga meletakkan persoalan gaji yang diterima oleh rakyat.

Persoalan gaji yang mahu dipadamkan oleh pemerintah sedia ada dibangkitkan agar ia lebih bermaruah dan bertepatan dengan keperuan kewangan menampung hidup mengikut kos semasa.

Anwar menjelaskan rakyat bukannya menuntut keistimewaan mahupun kemewahan tetapi ia adalah merupakan satu konsep hak asasi menusia yang diterima pakai di seluruh dunia.
"Setiap manusia wajar menerima upah yang membolehkan dia menampung kos asas kehidupan seperti kediaman, makanan, pendidikan dan perubatan.

"Oleh yang demikian, kemelut tuntutan gaji minima yang berpanjangan dan tidak berkesudahan melambangkan persepsi pemerintah yang memandang rendah kepada rakyat seolah-olah rakyat menagih dan meminta sedekah.

"Memenuhi kehendak rakyat gaji minima akan diperkenalkan dan dikuatkuasakan, PR akan menggunapakai mekanisme penetapan gaji yang terbukti berkesan di negara-negara lain dengan meminda semua akta sedia ada dan gaji minima sebanyak RM1,100 akan disyorkan untuk diangkat dan dikuatkuasakan," jelasnya.
Anwar memberitahu pengenalan gaji minima ini dapat dimanafaatkan oleh tiga ratus ribu orang kakitangan awam yang berada di bawah RM1,100 sebulan.

Dalam pada itu tangga gaji kakitangan awam akan diselaraskan berikutan pengenalan gaji minima dan melibatkan kenaikan gaji kakitangan awam yang lain mengikut tangga gaji masing-masing.

"Selain gaji minima, PR juga akan melaksanakan pembayaran elaun pendidikan sebanyak lima ratus ringgit sebulan bagi setiap orang guru seperti yang dijanjikan di dalam Buku Jingga.
"Sebanyak RM5.9 bilion diperuntukan bagi melaksanakan penyelarasan gaji kakitangan awam berikutan gaji minima dan juga janji Buku Jingga," katanya lagi.

Jelas Anwar lagi, PR akan menghentikan serta-merta kecenderungan dan amalan menggunapakai tenaga perunding dalam proses keputusan kerajaan seperti amalan sekarang dan mengembalikan pengaruh serta kedudukan awam dalam proses kerajaan.

Peruntukan tambahan RM1.3 bilion diberikan untuk menambahbaik skim latihan vokasional dan teknik di semua peringkat termasuk naiktaraf kursus ijazah sedia ada supaya berorientasikan pendidikan universiti teknikal.

"Peruntukan tambahan RM1 bilion untuk perumahan awam yang akan dipacu melalui perkongsian pintar bersama-sama dengan kerajaan-kerajaan negeri.

"PR juga akan melaksanakan skim 'Bina dan Jual' secara berperingkat bermula dengan skim perumahan awam untuk memastikan tiada rakyat Malaysia yang teraniaya akibat projek perumahan terbengkalai," jelas beliau lagi.

Tambahnya, untuk mengembalikan martabat rakyat dan menghentikan pendekatan yang meremeh temehkan rakyat seperti yang diamalkan pemerintahan yang sedia ada bajet PR juga akan menganugerahkan lesen-lesen secara terus kepada rakyat dan pemohon.

"PR akan membatalkan sistem payung dan konsesi yang digunapakai bermula dengan pemberian lesen teksi secara terus kepada pemandu-pemandu teksi," tambahnya. -Hrkh

‘Gangster’ Umno menyamar ahli Perkasa

Posted: 04 Oct 2011 08:07 PM PDT

Jelas tindakan mereka berhimpun secara haram dan melakukan gaduh gempar tempat awam serta mengganggu program yang mendapat permit polis adalah salah.

PETALING JAYA: Dua minggu lepas Majlis Mesra Aidilfitri anjuran PAS Cawangan Ampangan, dekat Seremban telah di serang ala 'gangster' oleh Pemuda Umno yang menyamar sebagai ahli Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).
Ketua PKR Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin berkata, jelas tindakan mereka berhimpun secara haram dan melakukan gaduh gempar tempat awam serta mengganggu program yang mendapat permit polis adalah salah.

"Ternyata polis gagal melindungi orang awam apabila ada anggota polis yang dari awal berada ditempat kejadian gagal bertindak," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, sekurang-kurangnya dua orang awam yang hadir majlis tersebut cedera dan berdarah. Satu laporan polis telah dibuat dua hari selepas kejadian.
Badrul Hisham @ CheguBard memberitahu identiti pihak yang terlibat telah pun didedahkan namun sehingga kini seperti tidak ada sebarang tindakan.

"Malah timbul pula persoalan adakah senyapnya pasukan polis ini ada kaitan juga dengan Majlis Jamuan Aidilfitri tajaan Umno yang diadakan dalam premis PDRM (Polis DiRaja Malaysia) yang ditaja oleh Umno Seremban, selepas kejadian tersebut.

Beliau berharap polis bertindak profesional dan yakin polis juga tidak suka dengan tindakan samseng Umno yang jelas tidak menghormati pasukan keselamatan dan undang-undang negara tetapi mereka tersepit dengan tekanan daripada pihak 'atasan'.

"Kita minta polis bertindak secara profesional khususnya kepimpinan polis di Negeri Sembilan serta beliau amat kesal dengan tindakan menekan dan menghina polis negeri ini oleh mereka yang berkuasa.
"Kita juga memohon orang ramai untuk bersama-sama memberi sokongan kepada polis bagi bertindak profesional dan tidak tunduk dengan tekanan atasan semata-mata.

Ujar CheguBard, "Pemuda Umno berkelakuan sombong dan bongkak serta merasakan polis boleh diperkudakan memandangkan Perkasa Negeri Sembilan secara terbuka memberi amaran kepada Mohamad @ Mat Sabu supaya jangan masuk ke negeri itu.

Menurut beliau, Pakatan Rakyat Rembau akan mengadakan satu majlis Ceramah Perdana bersama Mat Sabu esok, 6 Oktober jam 9 malam di Kg. Pulau Bintongan, Rembau.

Dr. Abd. Rani bikin Umno Selangor gempar

Posted: 04 Oct 2011 08:06 PM PDT

BUKAN sahaja Umno Selangor, malah seluruh pemimpin Umno yang berhimpun bersempena dengan program pemukiman Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Umno di Selangor pening dengan kelibat Pesuruhjaya PAS negeri, Dr Abdul Rani Osman.


Rancangan Umno hendak menggula-gulakan rakyat Selangor terbantut, apabila majlis yang dianjurkan khusus untuk Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dihadiri Abdul Rani yang juga Adun Meru dan berpuluh-puluh orang pemimpin Pakatan Rakyat.


Malah, Pakatan Rakyat Selangor bertindak bijak dengan menaikkan poster dan pemidang bagi mengalu-alukan kedatangan Muhyiddin selaku Timbalan Perdana Menteri, walaupun umum mengetahui harta awam akan digunakan untuk kepentingan Umno.

Ini terbukti pada 23 September lepas apabila seluruh Adun Umno berhimpun di Sekolah Menengah Kebangsaan Meru untuk meraikan program 1Malaysia bersama TPM, yang seperti biasa seolah-olah menjadi 'Santa Claus' yang menjanjikan pelbagai dana untuk rakyat.

"Semasa saya tiba di sekolah tersebut, tiada rakyat Meru pun, semua orang luar. Yang ada cuma guru-guru dan murid-murid. Guru-guru pun terpaksa menunggu kerana dijanjikan pelbagai bantuan kerajaan (Umno)," ujar Rani.

Turut memasuki sama ruang sekolah tersebut dari kalangan pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat.

Melihat kemasukan Abdul Rani beserta penyokong beliau di perkarangan sekolah, pemimpin-pemimpin Umno-BN terpinga-pingga sehingga ada yang bertanya sesama sendiri, adakah Pesuruhjaya PAS itu dijemput hadir ke majlis bersama Muhyiddin.

Akibat malu alah dengan keterbukaan Abdul Rani, pemimpin Umno Selangor 'terpaksa' menjemput beliau untuk berdiri bersama-sama TPM pada majlis mengibarkan bendera Malaysia sambil menyanyikan lagu 1Malaysia.

50 keluar, 161 masuk Pas

Posted: 04 Oct 2011 08:01 PM PDT

KUALA NERANG - Jika sebelum ini 50 penduduk, belia di Kampung Tandop Besar mendakwa penyokong Pas menyertai Umno kerana kecewa dengan kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohammad Sabu (Mat Sabu) yang didakwa menyokong komunis, namun 161 belia dari lapan kampung menyertai Pas kerana kagum dengan semangat pemimpin itu.

Simbolik penyerahan di Markas Pas Kampung Tandop Besar diadakan sempena penjelasan isu-isu semasa di sekitar Parlimen Padang Terap oleh Ketua Pemuda Pas Kawasan Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria sebelum ia diserahkan kepada Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah, Mohamad Sanusi Md Noor.

Difahamkan belia terbabit berasal dari Kampung Tandop Besar, Kampung Pong Utara, Kampung Pong Manis, Kampung Kubang Kenyeng, Kampung Kubang Bemban, Kampung Lubok Perong, Kampung Masjid dan Kampung Padang Kerasak.

Ahli baru Pas, Mohd Azham Yahya, 25, yang sebelum ini mendakwa sebagai pengundi atas pagar mengambil keputusan menyertai Pas selepas kagum dengan pendirian pemimpin parti itu yang terus kukuh pendirian walaupun terus dikecam.

Menurutnya, momokan media massa arus perdana membuatkan mereka membandingkan setiap kenyataan yang dikeluarkan pemimpin setiap hari.

"Rakyat pada hari ini terutamanya generasi belia sudah mempunyai pelbagai cabang media alternatif termasuk blog dan kami tahu untuk menilai isu-isu semasa," katanya.

Bagi Megat Mohd Zuraimi Zakaria, 28, pula, isu yang mendakwa Mat Sabu menjadi dalang sebagai punca kepada penyokong Pas di Kampung Tandop Besar berpatah arang dengan Pas telah memperkenalkan individu itu kepadanya.

Menurutnya, dia mula mengagumi kredibiliti Mat Sabu dan pendirian yang dibawa olehnya.

"Mengenai isu 50 yang didakwa sebagai penyokong Pas baru-baru ini yang menyerahkan borang keahlian Umno baru-baru ini, saya tidak tahu bagaimana ia boleh tercetus, sedangkan saya pun berada di situ sewaktu kejadian," dakwanya.

Mohd Hafizzullah Mad Lim, 26 pula mendakwa, golongan belia mahu bangkit dan membuktikan bahawa mereka turut mengambil tahu mengenai perkembangan isu semasa yang berlaku di seluruh negara.[SinarHarian]

Majlis Perjumpaan Rakan Maya Menteri Besar Kedah

Posted: 04 Oct 2011 05:22 PM PDT

ALOR SETAR – Jadikan medan alam siber sebagai alat menyebarkan maklumat membina, bernas, berkongsi-kongsi pandangan dan bukannya sebagai alat untuk mempromosikan perpecahan.

Demikian antara ucapan Menteri Besar, YAB Dato'Seri Ustaz Azizan Abdul Razak sempena Majlis Perjumpaan Rakan Maya Menteri Besar di Dewan Seri Mentaloon di sini.

"Media baru seperti Face Book, twitter dan blog-blog ini merupakan satu medan alternatif yang digunakan oleh rakyat untuk mengetahui atau menyampaikan sesuatu maklumat yang setengahnya tidak disebarkan oleh media arus perdana.

"Kerajaan negeri sendiri memerlukan medan alternatif seperti ini dan bantuan dari rakan-rakan maya untuk bersama-sama menyampaikan maklumat terutama mengenai perkembangan negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat," jelasnya.

Kata beliau lagi, peranan rakan-rakan maya ini sangat penting dan bermakna terutama melahirkan kesedaran rakyat kepada kezaliman yang dilakukan oleh pemerintah sekarang. Mereka bekerja tanpa diberi upah dan menjadi agen menangkis fitnah atau serangan-serangan liar yang tidak berasas serta mengambil peranan memberi maklumat yang betul.

"Bagi saya, apa sahaja fitnah yang dilemparkan kepada kerajaan negeri ianya tidak memberi kesan apa-apa kepada saya kerana saya yakin rakyat boleh menilai dan melihat sendiri serta mampu membezakan pentadbiran dulu dengan sekarang.

Di samping itu, beliau turut menasihati agar setiap komen yang diutarakan mestilah beretika, menggunakan bahasa yang baik, tidak menggunakan kata-kata kesat dan sebagainya.

"Orang akan menilai setiap apa yang kita utarakan. Kalau kita menulis dengan cara berakhlak, orang lain boleh menilai diri kita. Jangan kita samakan diri kita dengan orang yang tidak matang terutama di media massa milik kerajaan pusat, beritanya berat sebelah dan tidak demokrasi," terangnya.

Beliau juga mengingatkan agar budaya 'syok sendiri' dikikis. Setiap pandangan yang diutarakan mestilah mengambil kira kesan untuk jangka masa pendek dan panjang.

"Kita rasa puas bila tulis bagi orang lain sakit hati tapi kita lupa ianya secara tidak langsung mendatangkan kesan terhadap kita balik. Seharusnya kita perlu ada kelainan agar setiap komen kita bermutu dan bernilai.

"Guna konsep advertisement (pengiklanan), cerita yang baik sahaja sebab rakyat sekarang tidak suka kepada kerajaan serta pemimpin yang tidak bermutu dan tiada nilai," tambahnya beliau lagi.

Beliau mengharapkan kejayaan kerajaan negeri disebarkan memandangnya berita-berita seumpama itu tidak disebarkan di media massa milik kerajaan pusat. Antara kejayaan kerajaan negeri seperti di bidang pertanian dan pendidikan perlu disebarkan agar rakyat tahu apa peranan kerajaan negeri dalam membantu rakyat.

"Sebarkan fakta bukan fitnah. Tidak perlu puji saya. Bila saya dilantik menjadi Menteri Besar, saya milik semua rakyat Kedah dan saya akan berusaha menjadi pemimpin yang benar-benar boleh melindungi rakyat negerinya," tegasnya.

Dikesempatan itu, beliau memaklumkan masih ramai lagi rakan maya yang belum mendapat pengesahan dari beliau, ini kerana beliau masih baru di bidang tersebut.

"Cuma saya rasa hairan bila mendapat tahu ada sms nakal dari orang yang tidak bertanggungjawab, yang kononnya saya sekarang 'stroke'. Walhalnya saya sihat. Bukan sekadar boleh berdiri dan berucap di hadapan ini malah kalau hendak ajak saya bermain sepak raga pun saya boleh," katanya berseloroh sambil disambut dengan tepukan oleh hadirin.

Majlis yang berlangsung selama hampir 3 jam itu dihadiri kira-kira 300 rakan-rakan maya beliau. [wartakedah]

KATAK YANG AKAN `MATI KATAK' DI PASIR MAS

Posted: 04 Oct 2011 03:45 PM PDT

SERONOK rasanya bila mendengar khabar bahawa kemungkinan besar Berahim Al-kataki akan bertanding di Pasir Mas di dalam Pilihanraya Umum akan datang. Dengar ceritanya bos PERKOSA ini akan menggunakan lambang `dacing Baghdad' di dalam pilihanraya itu nanti.

Aku tidak peduli samada dia guna lambang apa sekali pun asalkan bukan lambang mata, bulan atau roket. Dia mahu guna lambang katak puru pun tiada masalah, asalkan dia ada `telor' untuk bertanding di situ. Dan, calon paling menarik dan syok untuk kita lihat memijak `raja katak' ini sehingga `mati katak' tidak lain tidak bukan, Mat Sabu Perwira yang memperjuangkan pencen untuk waris-waris polis yang bekerja dengan British di Bukit Kepong puluhan tahun yang lalu. Tiada masalah, jika Komunis yang `bersara' pun boleh dapat tanah, takkan Polis yang bekerja dengan penjajah tidak layak dapat pencen. Tahniah, Mat Sabu.

Berbalik semula kepada kisah katak Pasir Mas ini. Dia pernah cakap, jika dia menjadi Menteri Dalam Negeri, dia akan cabut bulu-bulu Mat Sabu dari kepala sampai hujung kaki. Wah, bukan main hebat si puru PERKOSA ini. Memang beliau hebat, bukankah sewaktu Perhimpunan BERSIH baru-baru ini beliau berada di hadapan sekali? Aku nampak dia bersilat sambil menghunus keris telanjang tanpa sarung seperti logo parti Umporno itu.

Aku harap Umporno kasi peluang pada katak puru Pasir Mas ini bertanding. Kita mahu saksikan bagaimana seksanya katak untuk `mati katak'. /wfauzdin.blogspot.com

Siapa Menteri Yang Patut Kena Tahan Polis??

Posted: 04 Oct 2011 03:44 PM PDT


Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Yatim dibidas kerana mendakwa hanya bahasa Cina dan Inggeris digunakan di sebuah majlis rasmi yang dihadirinya.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata kenyataan palsu yang dibuat Rais itu cukup berbahaya.

Katanya, Rais seharusnya tidak berbohong seperti media milik Umno dan BN; sebaliknya beliau harus membuktikan mana satu program rasmi anjuran kerajaan negeri Pulau Pinang yang meminggirkan bahasa Melayu.

"Saya mengesyaki bahawa program rasmi yang dirujuk oleh Rais adalah satu program di Kolej Han Chiang, Pulau Pinang di mana beliau menjadi tetamu kehormat mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 29 September lalu.

"Saya ingin mengingatkan Rais bahawa Kolej Han Chiang merupakan kolej swasta dan program tersebut dianjurkan oleh Han Chiang dan bukannya Kerajaan Negeri," katanya dalam satu kenyataan media.

Semalam, Bernama memetik Rais sebagai berkata beliau kesal kerana bahasa kebangsaan tidak dinobatkan di Pulau Pinang selepas dua tahun negeri itu dikuasai oleh DAP.

Main sentimen perkauman

Dakwanya, ini jelas terbukti apabila dalam satu majlis rasmi yang beliau hadiri, penganjur hanya bercakap dalam bahasa Cina dan Inggeris.

"Hanya saya berucap dalam bahasa kebangsaan dan sebahagian Inggeris. Ini menunjukkan sikap tidak menghargai bahasa kebangsaan itu sudah jelas dan ini adalah amat tidak baik dalam konteks perpaduan pelbagai kaum," kata Rais dipetik Bernama.

Menurut Lim, kenyataan Rais bahawa beliau seorang sahaja menggunakan bahasa kebangsaan dan sedikit sahaja bahasa Inggeris adalah tidak benar.

Sebaliknya menurut Lim, beliau turut bertutur dengan menggunakan bahasa Melayu, Inggeris dan Mandarin dan mempersoalkan mengapa Rais tidak menyebut perkara yang sebenarnya.

Katanya, jika Rais tidak berpuas hati dengan program yang dianjurkan oleh Kolej Han Chiang, beliau sepatutnya menyampaikan rasa tidak puas hati berkenaan kepada penganjurnya.

"Mengapa beliau tidak menuntut penjelasan daripada Han Chiang?

"Sebaliknya Rais memilih untuk tidak berlaku adil dengan menyalahkan kerajaan negeri untuk program yang dianjurkan oleh sebuah kolej swasta," katanya.

Menurut Lim kenyataan palsu menteri Umno itu terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang jelas bertujuan untuk memainkan sentimen perkauman kononnya Pulau Pinang tidak menghargai Bahasa Melayu.

Tidak bermaruah

"Kenyataan sebegini tidak akan menyumbang kepada perpaduan nasional. (Malah) Rais turut menggesa orang Melayu di Pulau Pinang supaya membangkitkan isu tersebut.

"Jika Rais boleh membuktikan mana satu program rasmi kerajaan negeri Pulau Pinang yang dihadiri beliau tidak menggunakan bahasa Melayu, kerajaan negeri akan mengambil tindakan bagi membetulkan kesalahan tersebut," kata Lim.

Bagaimanapun, menurut Lim yang juga setiausaha agung DAP sekiranya Rais gagal untuk membuktikannya, maka beliau harus menarik balik dan meminta maaf atas kata-kata tersebut.

"Jika tidak, beliau akan dituduh sebagai seorang yang tidak bermaruah dan yang bersikap perkauman kerana cuba membangkitkan sentimen perkauman.

"Kerajaan Negeri Pulau Pinang ingin menyatakan kekecewaan terhadap percubaan sistematik dan bersiri yang dilakukan untuk melemahkan kerajaan negeri dengan mengeluarkan kenyataan yang bukan sahaja berbau perkauman tetapi juga jelas merupakan satu pembohongan," katanya.

Pemimpin miliki PR Australia?

Lim seterusnya menyifatkan percubaan itu sebagai satu cubaan terdesak yang sangat tidak bertanggungjawab dan yang boleh mengancam keharmonian serta kestabilan masyarakat.

Tambahnya, serangan Rais itu susulan laporan dalam The New Straits Times (NST) dan Utusan Malaysia pada 2 Oktober lalu bahawa kononnya Lim telah mendedahkan rahsia negara kepada pemimpin Singapura dalam satu majlis makan malam.

"Laporan tersebut turut mempersoalkan kesetiaan saya kepada negara.

"Saya tidak faham mengapa kesetiaan saya kepada Malaysia turut dipersoalkan seperti mana yang dilaporkan dalam NST apabila saya tidak mempunyai status pemastautin tetap di negara Australia walaupun saya merupakan graduan lulusan Universiti Monash.

"Kenapa laporan NST tidak pula mempersoalkan kesetiaan pemimpin-pemimpin BN yang mempunyai status PR (penduduk tetap) di Australia?

"Datuk Seri Rais, bola berada di gelanggangmu. Apa kata anda?" akhiri Lim.

Kelantan - Peluang Pelaburan Terbuka Luas

Posted: 04 Oct 2011 03:44 PM PDT


Pelabur dari Thailand mengintai
peluang di Kelantan
Sebelum ini Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Insdustri, Datuk Seri Mustapa Mohamed menuduh dan menyalahkan Kerajaan Negeri Kelantan ketika membuat kenyataannya bahawa pelaburan di negeri tempat kelahirannya itu terlalu lembab. Beliau menyenaraikan perkara berikut sebagai faktor yang membantutkan kedatangan pelabur asing:
  1. Faktor geografi
  2. Faktor infrastruktur
  3. Faktor Kurang kerjasama daripada kerajaan negeri.
Katanya lagi, walaupun kementeriannya sering ke luar negara untuk menarik para pelabur ke Kelantan namun atas semua faktor yang disebutkan diatas membuatkan mereka enggan pergi ke negeri Kelantan.

Sebenarnya semua faktor yang disebutkannya di atas hanyalah membuka pekong kelemahan Kerajaan Pusat dalam memastikan kekayaan negara ditabur sama rata ke seluruh pelusuk negara.
Faktor georafi akan mudah sahaja diselesaikan jika perhubungan antara negeri-negeri lain seperti KL, Selangor dan juga Pulau Pinang dipertingkatkan melalui pembinaan jalanraya serta lain-lain kemudahan perhubungan. Tugas tersebut merupakan tugas kerajaan pusat yang perlu mengkoordinasikan perancangan dan pembangunannya tanpa mengira samada negeri tersebut adalah negeri pembangkang atau tidak.
Faktor infrastruktur juga merupakan sebahagian daripada tugasan kementeriannya untuk memastikan wang disalurkan kepada kerajaan negeri. Beliau juga tentu maklum bagaimana hak rakyat Kelantan terhadap wang royalti minyak dinafikan mentah-mentah oleh Kerajaan Pusat yang bersikap busuk perut dan tidak berperi kemanusiaan.
Semua juga tentu faham kenapa kerajaan pusat menyekat hak rakyat Kelantan tersebut Ia tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk membiarkan kerajaan negeri tidak ada cukup wang untuk membina dan membangunkan negeri mereka.
Kalau kerajaan negeri mendapat segala kemudahan serta akses kewangan itu sudah tentu tidak ada lagi tohmahan yang boleh digunakan untuk merendah-rendahkan kerajaan negeri Kelantan. Ini hanya akan memadamkan angan-angan mereka untuk merampas kembali negeri Kelantan daripada Pas.
Bagi alasan tiadanya kerjasama dengan Kerajaan negeri pula nampaknya Mustapa tidak bercakap lurus. Apa yang dia mahu maksudkan adalah bahawa kerajaan pusatlah yang sebenarnya yang tidak mahu memberikan kerjasama kepada kerajaan negeri.
Takkanlah kerajaan negeri yang kegiatan ekonominya diterajui oleh Dato Husam Musa begitu bodoh mahu menolak kerjasama atau pertolongan kerajaan Pusat untuk memajukan negerinya. Tetapi sebaliknya apa yang terpaksa dibuat oleh Husam adalah terpaksa menentang kerajaan pusat yang enggan bekerjasama menyalurkan hak wang minyak rakyat Kelantan. Siapa sebenarnya tidak bekerjasama?.
Walau bagaimanapun kerajaan Kelantan sebenarnya tidak pernah berputus asa membangunkan ekonomi negerinya dan masih ada ramai pelabur luar negara yang memang berminat untuk mengintai peluang dan berniaga di Kelantan. Lihat gambar delegasi pelabut dari China dan juga Thailand yang membuat lawatan ke Kelantan di sini.

Jawatankuasa Pemilihan Khas Parlimen: Ahli Parlimen Sepanggar Kecewa Pelantikan Maximus

Posted: 04 Oct 2011 03:38 PM PDT

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Eric Enchin Majimbun pada Selasa menyatakan rasa kecewa terhadap pelantikan wakil Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Maximus Ongkili selaku ketua Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi menambah baik sistem pilihan raya di negara ini.

Beliau berkata kedudukan Ongkili sebagai menteri Kabinet akan mewujudkan konflik berkepentingan dan menyukarkan beliau untuk menyuarakan permasalahan rakyat di Sabah.

"Senarai ahli jawatankuasa yang dilantik selain seorang dari Sarawak, adalah dari Semenanjung Malaysia yang kurang pengalaman dengan keadaan sebenar di Sabah," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, Selasa.

Eric yang juga ditemani Datuk Chua Soon (Bebas-Tawau) mewakili Parti Maju Sabah (SAPP)

Kedua-duanya turut mendakwa timbul beberapa masalah melibatkan warga asing yang diberi kad pengenalan dan dibenarkan mengundi.

"Masih ramai pengundi yang telah meninggal dunia disenaraikan sebagai pengundi malah nama mereka turut disalahgunakan segelintir pihak untuk mengundi," kata Soon Bui.

Sehubungan itu, mereka mencadangkan agar seorang lagi anggota jawatankuasa tersebut dilantik di kalangan wakil rakyat Sabah.

Jelas Eric, mereka telah menghantar sepucuk surat kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat mengenai cadangan itu sebaik sahaja penubuhan jawatankuasa itu diumumkan Perdana Menteri.-Mstar

Tiada ulasan: