shalehudin |
- Baguih ni, Umno tak boleh nak perkonon dah...
- Agak dahh... Polis langgar SOP... haha...
- Model yang mendapat hidayah
- Apa ni Najib, mana satu yang betoi nih... haha....
- Bangang memang tercipta untuk UMNO... kahkahkah...
- Nak tergelak betoi kat Mat Sabu nii... haha...
- Dok agak dahhh...
- Ca tengok cara Mahathir gempaq Najib... klasik betoi... kahkahkah...
- Kesian orang tua ni, nak berak pun tak senang... haha....
- Saksi misteri: Anwar sesaja gempaq Sayfool kott... kahkahkah...
- Dok agak dahh...
Baguih ni, Umno tak boleh nak perkonon dah... Posted: 04 Oct 2011 11:00 AM PDT |
Agak dahh... Polis langgar SOP... haha... Posted: 04 Oct 2011 08:01 AM PDT Bersih 2.0: Polis langgar SOP sasar Hospital Tung Shin, umum KDN Oleh G Manimaran KUALA LUMPUR, 4 Okt — Siasatan Kementerian Kesihatan mengesahkan polis telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) dan bertindak secara tidak beretika ketika hendak meleraikan perhimpunan Bersih 2.0 di kawasan Hospital Tung Shin di sini, 9 Julai lalu. Perkara itu disahkan oleh Kementerian Dalam Negeri malam ini. Pertengahan Julai lalu, Kementerian Kesihatan memutuskan untuk mengadakan satu jawatankuasa inkuiri tahap tinggi bagi menyiasat insiden pihak polis menyasarkan Hospital Tung Shin ekoran kritikan dan kecaman banyak pihak. Jawatankuasa itu diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Datuk Kamarul Zaman Md Isa. Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Tan Sri Mahmood Adam berkata anggota polis yang didapati bersalah akan dirujuk kepada lembaga disiplin Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mahmood berkata, Kementerian Dalam Negeri mengambil maklum hasil laporan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Siasatan Dalaman Peringkat Tertinggi, Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai insiden gas pemedih mata dan meriam air ditembak ke dalam kawasan Hospital Tung Shin pada 9 Julai lalu. "Keputusan siasatan mendapati bahawa memang wujud tindakan tidak beretika dan di luar daripada garis panduan operasi polis oleh kakitangan PDRM ketika tindakan penguatkuasaan dilakukan dalam menangani ahli perhimpunan yang secara salah mempergunakan premis hospital tersebut," kata beliau. Mahmood menambah, laporan itu antara lain menyebut bahawa berlaku semburan air oleh anggota PDRM ke arah penunjuk perasaan yang sedang berkumpul di tempat parkir kenderaan bertingkat dan pintu masuk utama hospital itu. "Bagaimanapun, tindakan ini adalah semata-mata bertujuan untuk menyuraikan kelompok penunjuk perasaan yang sedang berkumpul di dalam kawasan hospital," kata beliau lagi. Mahmood juga berkata laporan itu menunjukan bahawa berlaku tembakan gas pemedih mata dari arah premis Waz Lian oleh anggota PDRM ke arah penunjuk perasaan yang sedang berkumpul di tempat letak kereta awam yang terletak di luar kawasan hospital, dan bagaimanapun, dakwaan yang menyatakan berlakunya tembakan gas pemedih mata ke dalam kawasan hospital adalah tidak benar kerana ia berlaku di tempat letak kereta awam yang terletak di luar kawasan hospital berkenaan. "Berlaku lontaran 'bom asap' oleh anggota PDRM ke arah penunjuk perasaan yang sedang berkumpul di tempat parkir kenderaan Hospital Bersalin Cina," kata beliau. Berhubung insiden lontaran bom asap, kata Mahmood, hasil siasatan mendapati ia bukan berlaku dalam kawasan Hospital Tung Shin tetapi di kawasan Hospital Bersalin Cina di mana dari segi pentadbirannya, adalah berasingan daripada Hospital Bersalin Cina. "Pihak Hospital Bersalin Cina sebenarnya telah memberhentikan operasinya semenjak September 2006 kerana akan dibuat pengubahsuaian secara makro atau menyeluruh terhadap keseluruhan premisnya yang akan bermula pada bulan Disember 2011," katanya lagi. Susulan daripada laporan hasil siasatan ini, jelas beliau, Kementerian Dalam Negeri akan merujuk senarai kakitangan berkenaan kepada jawatankuasa tatatertib PDRM untuk pertimbangan dan tindakan selanjutnya. "Keputusan bagi tindakan ini jelas membuktikan bahawa Kementerian Dalam Negeri mengambil serius etika kerja setiap kakitangan dan tidak berkompromi untuk tindakan tatatertib jika ada antara mereka terbukti melanggar garis panduan kerja ditetapkan," kata beliau lagi. Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai ketika menubuhkan jawatankuasa itu berkata beliau percaya langkah itu akan memperjelaskan pelbagai kenyataan yang bercanggah, yang dibuat pelbagai. "Pada 11 Julai lalu, lembaga Hospital Tung Shin memaklumkan menteri bahawa tiada gas pemedih mata dan air berasid dilepaskan ke arah kawasan hospital," kata Liow ketika itu. "Pelbagai saksi yang melihat mendakwa keadaan sebaliknya," kata beliau. Justeru kata Liow, beliau percaya jawatankuasa tersebut akan mengadakan satu proses siasatan mendalam dan secara telus, yang menurutnya sangat penting dan perlu memandangkan keselamatan pesakit dan hospital adalah penting. Tony Pua, setiausaha publisiti DAP kebangsaan pula pernah meminta kerajaan pusat memohon maaf secara terbuka kepada Hospital Tung Shin kerana melepaskan air berasid dan gas pemedih mata dalam menyuraikan perhimpunan Bersih 2.0. Pua mendakwa kerajaan cuba menutup kesalahan polis dan oleh itu, tidak berguna bagi kerajaan untuk terus menafikan apa yang telah berlaku. "Ketua Polis Negara (Tan Sri Ismail Omar), Menteri Kesihatan dan Presiden MCA (Datuk Seri Dr Chua Soi Lek) harus dengan segera meminta maaf kepada Hospital Tung Shin kerana melanggar wilayahnya dan kepada semua rakyat Malaysia kerana cuba menutup kesalahan pasukan polis," kata beliau. Sekumpulan 11 doktor pula menegaskan mereka bersedia untuk menyediakan afidavit berkanun untuk mengatakan bahawa pihak polis ada melepaskan air berasid dan gas pemedih mata ke atas kawasan Hospital Tung Shin dan Hospital Bersalin Cina. Mereka yang berkata berada di lokasi ketika kejadian menegaskan, mereka kecewa dengan tindakan polis itu tanpa mempedulikan keselamatan pesakit dan doktor. |
Posted: 04 Oct 2011 07:24 AM PDT Bokker, model yang mendapat hidayah Susunan USTAZ ZAINUDIN HASHIM TIDAK ada seorang pun yang boleh mengagak bagaimana nasibnya pada masa akan datang, sama ada akan jadi baik atau sebaliknya, semua itu telah ditentukan Allah dalam aspek qada dan qadar yang telah ditetapkan-Nya. Walau bagaimanapun, manusia perlu berubah jika keadaan dirinya pada masa kini tidak memperlihatkan bahawa dia seorang yang baik malah menyanggah banyak hukum Allah SWT. Sesunguhnya Allah SWT tidak merubah keadaan atau nasib seseorang individu di kalangan hamba-Nya, melainkan dirinya sendiri mahu berubah kepada yang lebih baik pada masa akan datang, ia bertepatan dengan firman-Nya menerusi ayat 11 surah ar-Ra'ad yang maksudnya: "Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. dan apabila Allah mengkehendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkan-Nya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripada-Nya." Demikianlah penjelasan Allah dalam kitab suci-Nya al-Quran al-Karim, di mana individu manusia yang jahat sekalipun jika mahu lakukan perubahan melalui pembelajaran seperti duduk dalam majlismajlis ilmu, ceramah atau kuliah agama, motivasi, kaunseling, adalah tidak mustahil boleh berubah menjadi manusia yang baik, pengkisahan manusia jahat menjadi baik terdapat dalam al-Quran dan hadishadis Nabi Muhammad s.a.w. Inilah yang berlaku kepada seorang wanita yang pernah terjebak dalam kancah maksiat dengan mendedahkan aurat untuk dipertonton kepada umum tanpa merasakan apa yang dilakukannya benar-benar menyanggah bukan sahaja Islam, malah doktrin agama-agama lain di dunia. Namun, sedikit kesedaran yang ada dalam diri, mula memikirkan apa yang dilakukannya selama ini adalah bertentangan dengan nilai-nilai murni, inilah yang pernah dilalui oleh Sara Bokker, seorang model yang memilih Islam sebagai agama terakhir. Pengalaman hidup Sara Bokker Sara menceritakan pengalaman hidupnya bahawa beliau merupakan seorang gadis sama seperti gadis-gadis lain yang terdedah kepada pelbagai latar belakang kehidupan sosial, lebih-lebih lagi golongan anak muda yang sezaman dengannya cenderung kepada kehidupan percampuran bebas antara lelaki dan perempuan tanpa had batasan. Setiap gadis mempunyai cita-cita dan impian yang menggunung untuk menjadi seorang yang terkenal pada masa akan datang, sama ada terkenal sebagai seorang pelakon, penyanyi atau selebriti yang mengaut keuntungan berlipat ganda, tetapi jalan yang dipilih Sara untuk terkenal ialah menjadi seorang model yang sentiasa terdedah kepada kemasyhuran. Kerjaya Sara selepas menamatkan pelajaran di peringkat menengah ketika usianya mencecah 19 tahun, telah memasang impian yang tinggi dan pada peringkat awal berhijrah ke Florida di mana ia adalah tempat berhimpun lambakan para bintang terkenal dalam segenap bidang yang diceburi terutama di kawasan South Beach dalam daerah Miami. Sejak kedatangan Sara ke Florida, beliau bersama rakan-rakan gadis yang lain mengintai-intai peluang untuk berjaya dalam kerjaya. Kebetulan Sara memiliki rupa paras yang menawan dan beliau telah dicadangkan agar menceburi bidang modeling dan menyertai beberapa siri pertandingan ratu cantik dan pernah dinobatkan sebagai johan peringkat daerah. Sara tidak melepaskan peluang untuk mendalami pengajian dalam bidang kecantikan apabila ditawarkan untuk berbuat demikian. Beliau menumpukan banyak masa untuk berjaya dalam bidang kecantikan ini hingga meraih sijil diploma kecantikan yang melayakkannya mengajar kepada golongan remaja khususnya para gadis jelitawan. Pada masa yang masa beliau terlibat dalam pertunjukkan kecantikan dengan berpakaian bikini yang menjolok mata para penonton ditambah dengan keayuan rupa parasnya yang menawan. Itulah kebahagiaan yang dicapai dalam impiannya ketika menceburi bidang modeling yang menjadi impian setiap gadis yang rupawan tetapi terlibat dalam meminum minuman keras hingga menjadi penagih yang tidak berkesudahan. Walau bagaimanapun, setelah berjaya menempah nama dalam bidang modeling ini, beliau mula terfikir bahawa semua apa yang dilakukan sepanjang penglibatannya dalam modeling bagaikan sesuatu yang akan menemui noktahnya, malah beliau juga terfikir seolah-olah pencapaiannya dalam bidang modeling keuntungannya dikaut oleh penganjur yang mengeksplotasi kaum wanita terutamanya model. Berubah ke arah kebaikan Sejak Sara bergelumang dalam kemasyhuran di bidang modeling telah membuatnya rasa teruja untuk terus menjadi terkenal dan kaya, arak sudah menjadi darah dagingnya yang sukar untuk berpisah dengannya, namun fikirannya mula difungsikan untuk memikir apakah bidang yang diceburinya itu mampu menyelamatkan daripada kemelut hidup yang berpanjangan. Beliau mula memikirkan bahawa dengan agama sahaja yang boleh menyelamatkannya daripada sebarang kemelut, masalah dalam kehidupan. Beliau mula mencari-cari kebenaran agama untuk disesuaikan dalam kehidupannya yang penuh dengan tanda tanya. Fikirannya mula tertumpu kepada sejauhmana kelazatan hidup mampu menjadi penawar, tetapi apa yang disaksikan kebanyakan hidup manusia tanpa agama berakhir dengan kemusnahan. Sara mencari-cari kebenaran agama, pada 11 September 2001, apabila bangunan Pusat Perdagangan Dunia (WTC) di New York musnah dalam serangan sebuah pesawat, berita dunia tertumpu kepada keganasan umat Islam walaupun tidak dibuktikan dengan hujah atau bukti kukuh yang menunjukkan golongan Muslimin terlibat. Beliau mula berfikir bahawa Islam dan umatnya dituduh sebagai punca kemusnahan dan keganasan, ia suatu yang tidak adil, beliau menyifatkan bahawa tuduhan liar itu bagaikan bermula Perang Salib Moden. Beliau ingin tahu lebih dalam dan terperinci tentang Islam yang dikatakan media sebagai penjana keganasan. Pada mulanya beliau beranggapan bahawa Islam tidak lain hanyalah tudung kepala dan niqab (penutup muka) yang dipakai oleh muslimah dan muslimnya pula dibenarkan untuk berpoligami. Tetapi sebenarnya pandangannya itu meleset, kerana Islam bukan hanya apa yang digambarkan, tetapi Islam adalah satu cara hidup yang menyeluruh yang bersifat komprehensif dan sejagat (universal). Segala tohmahan yang dilemparkan terhadap Islam dan umat Islam telah membuka matanya untuk lebih mengetahui hakikat agama Islam itu. Jelas menunjukkan tohmahan itu baginya adalah tidak berasas kerana beliau masih teringat semasa di bangku sekolah bahawa salah seorang gurunya pernah menegaskan bahawa manusia yang diciptakan di muka bumi ini adalah sama, tidak ada perbezaan antara satu sama lain. Inilah yang telah menyebabkannya beralih angin untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Islam. Mula mentelaah kitab-kitab agama khususnya berkaitan dengan iman dan akidah, membelek-belek kitab suci al-Quran, bertanyakan individu Muslim mengenai Islam serta mendekati golongan Muslimat yang berpakaian menutup aurat dan bertanyakan kepada mereka konsep pemakaian Muslimah dalam Islam yang diperintahkan Allah dalam al-Quran. Apa yang memberangsangkannya ketika membelek al-Quran apabila bertemu ayat yang Allah tujukan kepada manusia berkenaan dengan persoalan hati secara langsung dalam banyak ayat, antaranya ayat 27 – 30 surah al-Fajr (89), firman Allah yang bermaksud: "(Setelah menerangkan akibat orangorang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal salih akan disambut dengan kata-kata): "Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! –(27) "Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredai (di sisi Tuhanmu) (28) "Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hamba-Ku yang berbahagia (29) "Dan masuklah ke dalam Syurga-Ku!"(30) Sesungguhnya ayat tersebut telah menyentuh hati dan sanubarinya hingga mula melakukan perubahan drastik untuk menjadi hamba Allah yang patuh dan taat hanya kepada-Nya. Inilah yang dikatakan qada dan qadar Allah SWT yang tidak boleh dinafikan oleh mana-mana pihak di dunia ini, kerana taufiq dan hidayah-Nya akan diberikan kepada siapa yang dikehendaki- Nya walaupun pernah menjadi manusia durjana satu ketika dahulu. Sara menyatakan kegembiraannya yang tidak dapat digambarkan betapa dengan taufik dan hidayah Allah SWT sahaja beliau menerima Islam berpunca daripada tohmahan pihak Barat terhadap Islam seusai tragedi 11 September 2001. Beliau amat mengharapkan pertolongan Allah SWT agar menukar hidupnya daripada berbikini kepada bertudung dan berniqab dan sering menasihati pihak lain agar lakukan perubahan dan jangan merosakkan nilai-nilai tamadun yang telah dicipta oleh Islam sejak 14 abad lalu. |
Apa ni Najib, mana satu yang betoi nih... haha.... Posted: 04 Oct 2011 06:00 AM PDT |
Bangang memang tercipta untuk UMNO... kahkahkah... Posted: 04 Oct 2011 02:30 AM PDT Fahami Isu.Mengapa soal Hudud ini timbul semula? Oleh jilfityan Tembelang UMNO pecah apabila mengatakan realiti hari ini di Malaysia tidak memungkinkan pelaksanaan hudud dilaksanakan. Pengakuan berani mati Najib (Walhal seorang muslim) ini keluar setelah keluar kenyataan daripada Gerakan dan MCA mengatakan mereka sanggup keluar Barisan Nasional kalau UMNO laksanakan hudud."Setiap tahun Kelantan menyambut hari Hudud. Bukan tahun ini sahaja, malah tahun lepas. Persoalannya, mengapa tiada liputan media dan ia tidak menjadi isu pada tahun tahun sudah? Mengapa hari Hudud pada tahun ini, media yang merupakan lembu-lembu UMNO bersibuk-sibukkan diri mengulas dan membuat liputan itu dan ini, pemimpin UMNO mengulas itu dan ini? Bila ia menjadi isu semula, dituduh pula PAS mahu mengalih perhatian berkenaan isu Mat Sabu. Walhal isu Mat Sabu menjadi modal tidak menjadi UMNO menyerang PAS kerana dengan isu ini, telah mewujudkan diskusi,forum, dll mengenai kewajaran"sejarah perlu ditulis semula". Malah ia dibincangkan diperingkat nasional oleh para ahli akademik di universiti. Kini isu Hudud dihubungkait pula oleh UMNO dengan isu Mat Sabu. Hah, Ini tidak lain dan tidak bukan, UMNO ketandusan modal untuk menyerang Pakatan Rakyat setelah puas bergodek dengan isu Mat Indera yang tidak menjadi, dan kehabisan modal menggunakan modal seks menyerang Pakatan Rakyat. Kini disengajakan pula isu Hudud agar menjadi modal baru menjelang PRu13. Dalam merasakan diri cerdik, sebenarnya UMNO bodoh. UMNO tersilap, mengenai hudud, pendirian PAS terhadap Hudud tidak pernah berubah. Bila UMNO memainkan isu ini, UMNO yang terperangkap sebenarnya. Haha. Ya benar, kini siapa bijak dan siapa terperangkap? Di sini dilihat UMNO lebih takutkan MCA dan Gerakan daripada takutkan Allah. Alasan diberikan konon tidak bersesuaian dengan realiti masyarakat Malaysia hari ini yang berbilang kaum, sedangkan pada zaman Rasullah masyarakat lebih majmuk dan berbilang kaum /suku / kabilah. Bila isu ini dimainkan, yang cerdik dan untung adalah PAS / TGNA. Yang nampak bodoh dan takut adalah UMNO / Najib. Lembu lembu UMNO pula yang terdiri daripada Tv3suku, Tv1, Utusan Meloya dan Berita Hairan yang bermatian menyerongkan persepsi rakyat terhadap Hudud dengan mewujudkan perspektif hudud sebagai undang-undang primitif, kini tidak sempat cover kenyataan para pemimpin taghut mereka yang kini telah tersasar dalam membuat kenyataan, hingga mewujudkan kebencian Muslim di negara ini. Bagi yang celik agama, masih sayangkan Islam, akan memandang jijik perlakuan UMNO dan lembu-lembunya. Bagi yang jahil, mereka akan berterusan sesat berada di bawah pemerintahan UMNO. Kesimpulannya, 1) PAS tetap dengan "pendirian hudud" dan tidak pernah berubah. 2) Hari hudud pada tahun ini sengaja di isukan sebagai modal politik UMNO menjelang PRu13. Sebelum ini UMNO dan lembu-lembunya langsung tidak mempedulikan Hari Hudud. 3) UMNO terperangkap dengan diri sendiri beberapa kali. Isu Mat Indera dan kini, isu Hudud. Najib telah membuat perkiraan yang salah. Dengan menolak pelaksanaan hukum hudud, beliau berfikiran bahawa boleh mendapatkan sokongan dan undi masyarakat bukan Islam 4) Kenyataan Gerakan dan MCA telah menampakkan lagi kekecutan UMNO terhadap kedua-dua parti Cina itu dan pendirian UMNO yang menolak Hudud. |
Nak tergelak betoi kat Mat Sabu nii... haha... Posted: 04 Oct 2011 01:44 AM PDT |
Posted: 03 Oct 2011 11:00 PM PDT 911 adalah perancangan Bush – Perisik Rusia by paktam MOSCOW: Seorang pakar perisikan Rusia, Vitcishlav Korolev, berkata tragedi 11 September 2001 yang mengakibatkan bangunan berkembar Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York musnah dalam satu serangan pesawat perang adalah perancangan halus yang didalangi oleh mantan presiden Amerika Syarikat, George W Bush. Beliau berkata demikian dalam satu wawancara dengan sebuah stesen rangkaian televisen Rusia yang mengemukakan soalan kepadanya mengenai apakah benar ia merupakan perancangan halus dan licik mantan presiden Bush. "Memang benar," tegasnya seperti yang disebut dalam bukunya 'Rahsia 11 September' dengan mengemukakan bukti berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada dalam pentadbiran Washington sendiri. Perancangan 11 September katanya terlaksana sebagai satu lakonan hebat yang dirancang oleh Bush dan mantan Perdana Menteri Britain ketika itu, Tony Blair kerana rakus untuk mempopularkan diri masingmasing di persada dunia sebagai hero malah yang lebih penting dari itu ialah untuk menguasai dunia dengan menuduh banyak pihak terutama aktivis Islam sebagai pengganas sebagai cara untuk menghalalkan tindakan untuk menangkap mereka. Hakikatnya, banyak pihak dituduh seperti al-Qaeda, Taliban yang ketika itu memerintah Afghanistan, gerakan Ikhwan Muslimun dan apapun namanya menjadi mangsa kepada kebiadaban Amerika Syarikat dan Britain, sementara Iraq, Afghanistan dan negara lain turut dituduh dengan pelbagai tohmahan sematamata untuk merealisasikan impian jahat Bush dan Blair. Apa yang pasti tegas Vitcishlav Korolev, keganasan yang dikatakan berlaku di kebanyakan negara sebenarnya disuburkan oleh dasar Amerika dan Britain, di mana kedua-dua negara inilah yang membiayai dan menaja sumber kewangan bagi mencetuskan huru-hara di negaranegara umat Islam yang boleh tunduk kepada kemahuannya. Walaupun sudah 10 tahun berlalu, keamanan dunia tetap sama pada tahap seperti sebelum terjadinya tragedi 11 September. Ttragedi itu bagi dasar Amerika pimpinan Bush menguntungkannya kerana menjadi modal untuk melabelkan mana-mana pihak yang menentang dasarnya sebagai pengganas, justeru tragedi seumpama itu. Menurut Vitcishlav Korolev ia tidak akan berlaku buat kedua kali kerana ia adalah rekaan sematamata bagi mengalih banyak isu yang tidak berjaya diselesaikan oleh pentadbiran Washington. Dengan berlakunya tragedi yang menjadi impian Bush dan Blair, maka mereka berjaya memperbodoh-bodohkan dunia sama ada peringkat rakyat dan pemimpin dunia, apa yang pasti ia menjadi pemangkin kepada melebarkan pengaruh ke seluruh dunia bahawa Amerika dan Britain adalah di antara negara yang prihatin kepada pembanterasan keganasan peringkat global. Hari memperingati ulang tahun ke-10 peristiwa 11 September Pada tarikh 11 September lalu, Presiden Barack Obama dan isteri berkenan untuk menghadiri ulang tahun kesepuluh tragedi tersebut di bandar New York dan juga Bush serta isteri dan beberapa tetamu di kalangan kononnya mangsa tragedi yang menyayat hati itu. Upacara bermula dengan melalui tapak kedua-dua menara WTC oleh Obama dan Bush pada jam 8.46 pagi iaitu masa serangan menara tersebut sebagai memperingati tragedi, kemudian kedua-dua Obama dan Bush menggelilingi kawasan berkenaan dengan berjabat tangan semua anggota keluarga mangsa tanda simpati yang siap menunggu sejak awal pagi lagi. Majlis upacara juga membacakan nama-nama mangsa seramai 184 orang dan disebut sebagai wira negara kerana terkorban ketika menjalankan tugas masing-masing. Di mana upacara tersebut berlangsung dalam keadaan penuh berjaga-jaga dengan kawalan keselamatan yang amat ketat dan kebanyakan kenderaan tidak dibenarkan melalui jalanjalan utama menuju WTC. 11 September tarikh memalukan pemimpin Amerika Menurut Fellow Kanan bagi dasar luar di Pusat Bagi Hal Ehwal Timur Tengah, Bruce Riedel tragedi 11 September memperlihatkan kesalahan dasar pimpinan atau pentadbiran Washington yang diketuai oleh Bush. Kesalahan yang dilakukannya meliputi cara, strategi mahupun sudut geografi. Bruce Riedel yang juga mantan pegawai tertinggi di Agensi Pusat Perisikan (CIA) bagaimanapun pernah menyatakan pendiriannya ketika sedang berkhidmat dalam CIA terhadap hasrat Bush dan Blair yang merancang untuk memusnahkan menara Pusat Dagangan Dunia yang terletak di New York adalah tindakan bodoh yang merugikan banyak pihak. Apa yang dapat disaksikan selepas tragedi itu dunia tidak aman, tuduh-menuduh berlaku di mana-mana, golongan tidak bersalah disabitkan dengan keganasan dan macam-macam lagi Bruce dengan tegas pernah menulis dalam majalah Newsweek terbitan Amerika di bawah tajuk 'Bagaimana Amerika boleh memerangkap rangkaian al-Qaeda' dalam isu pengeboman? Dalam tulisannya beliau menegaskan, bahawa sebenarnya tersingkap sifat gelojoh pemimpin Amerika yang sebenarnya tidak boleh dimaafkan, kerana tindakannya itu melibatkan kerugian nyawa dan harta benda yang tidak boleh dinilai. Bush dan Blair sepatutnya dihadapkan ke muka pengadilan dan boleh dilabelkan sebagai pengganas dan penjenayah licik. Bush katanya memperalatkan pegawai-pegawai tertinggi yang boleh dicucuk hidung mereka dalam CIA kerana bersengkongkol dengan niat liarnya itu seolaholah tidak memikirkan langsung risiko yang akan ditangung akibat daripada perancangan bodohnya itu. Kononnya jika berjaya WTC dimusnahkan, rancangan selanjutnya untuk menuduh al- Qaeda dan melancarkan serangan ke atas Iraq akan bermula. Tetapi apa yang dapat dilihat, sehingga kini senjata pemusnah yang dikatakan oleh Bush berada di bumi Iraq hingga kini masih belum ditemui, sedangkan Saddam Husein telah menerima nasib malang dengan tuduhan pelbagai ke atasnya dan dibunuh. Begitu juga dengan al-Qaeda di Pakistan dan Afghanistan dan kononnya Amerika terpaksa menghantar tenteranya ke sana untuk tujuan keamanan di rantau tersebut. – Islammemo |
Ca tengok cara Mahathir gempaq Najib... klasik betoi... kahkahkah... Posted: 03 Oct 2011 09:00 PM PDT Dalam Umno masih ada puak, kata Dr M Ahli Umno perlu balik pada perjuangan asal parti demi agama, bangsa dan tanah air dengan mengetepikan kepentingan diri untuk memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang dijangka tidak lama lagi. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata hanya dengan cara itu penyakit yang menjadi 'duri dalam daging' iaitu mencantas atau menikam belakang dalam diri orang-orang Umno akan terhapus. "Dulu orang Umno berkorban apa saja untuk parti, sanggup gadai barang kemas dan sebagainya untuk bantu parti tetapi sekarang mereka pegang jawatan sebab hendak dapat kontrak, jadi calon atau sebab tertentu. "Jika diadakan PRU waktu ini, Umno boleh kalah besar kerana sokongan dan semangat mereka telah pudar," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan 'Bicara Negarawan' pada perhimpunan perdana Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) siri kedua peringkat negeri di Dewan Wawasan di Jitra, hari ini.- M'kini |
Kesian orang tua ni, nak berak pun tak senang... haha.... Posted: 03 Oct 2011 07:00 PM PDT Warga emas terkejut mayat bayi dalam perigi Oleh KHAIRI MOHAMAD TUAN MAT menceritakan mengenai mayat bayi yang dijumpainya kepada seorang pegawai polis di Kampung Kubang Kacang, Limbat, Kota Bharu semalam. KOTA BHARU – Hasrat seorang warga emas untuk membersihkan diri selepas membuang air besar terbantut apabila menemui mayat seorang bayi diletakkan dalam sebuah beg yang ditemui terapung di dalam perigi sedalam kira-kira lima meter. Seorang penoreh getah, Tuan Mat Tuan Lonik, 64, berkata, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 8 pagi semalam ketika dia ke kebun getahnya di Kampung Kubang Kacang, Limbat dekat sini untuk menoreh. Menurutnya, sebaik tiba di kebun, perutnya tiba-tiba sakit dan dia ke kawasan semak untuk membuang air besar sebelum ke perigi tersebut untuk membersihkan diri. "Ketika saya cuba mengambil air menggunakan baldi yang diikat dengan tali, saya ternampak sebuah beg pakaian di dalamnya. Saya hairan sebab ketika saya datang ke perigi semalam, beg tersebut belum ada. "Saya terpaksa dapatkan sebatang buluh untuk membawa naik beg tersebut kerana perigi tersebut agak dalam dan selepas berjaya membawa naik beg tersebut alangkah terkejutnya apabila saya mendapati mayat seorang bayi berada di dalamnya," ceritanya ketika ditemui semalam. |
Saksi misteri: Anwar sesaja gempaq Sayfool kott... kahkahkah... Posted: 03 Oct 2011 05:00 PM PDT Saksi misteri akan beri keterangan esok Hafiz Yatim Seorang saksi misteri dijadual memberi keterangan pada perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim esok. Peguambela Anwar enggan mendedahkan identiti individu berkenaan ketika ditanya oleh pihak pendakwaan dan mahkamah. Peguam Sankara Nair hanya berkata individu itu akan memberi keterangan selepas ketua pengarah Jabatan Kimia Lim Kong Boon berbuat demikian. Sankara yang ditemui wartawan di luar mahkamah berkata saksi berkenaan bukan saksi alibi dan tidak berada di senarai saksi pendakwaan. "Saya tak boleh dedahkan nama orang itu atau beritahu siapa dia kerana bimbang dia mungkin ditekan daripada sekarang sehingga esok," katanya. "Ini saksi kami. Apa yang saya boleh beritahu adalah saksi itu akan datang esok untuk memberi keterangan." Peguam pembelaan sebelum ini pernah memberitahu sesi perbicaraan bahawa saksi tambahan akan dipanggil untuk memberi keterangan. Mereka termasuk, pakar tulang belakang, Dr Thomas Hoogland, yang melakukan pembedahan ke atas Anwar pada 2004. |
Posted: 03 Oct 2011 03:30 PM PDT 911 adalah perancangan Bush – Perisik Rusia by paktam MOSCOW: Seorang pakar perisikan Rusia, Vitcishlav Korolev, berkata tragedi 11 September 2001 yang mengakibatkan bangunan berkembar Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York musnah dalam satu serangan pesawat perang adalah perancangan halus yang didalangi oleh mantan presiden Amerika Syarikat, George W Bush. Beliau berkata demikian dalam satu wawancara dengan sebuah stesen rangkaian televisen Rusia yang mengemukakan soalan kepadanya mengenai apakah benar ia merupakan perancangan halus dan licik mantan presiden Bush. "Memang benar," tegasnya seperti yang disebut dalam bukunya 'Rahsia 11 September' dengan mengemukakan bukti berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada dalam pentadbiran Washington sendiri. Perancangan 11 September katanya terlaksana sebagai satu lakonan hebat yang dirancang oleh Bush dan mantan Perdana Menteri Britain ketika itu, Tony Blair kerana rakus untuk mempopularkan diri masingmasing di persada dunia sebagai hero malah yang lebih penting dari itu ialah untuk menguasai dunia dengan menuduh banyak pihak terutama aktivis Islam sebagai pengganas sebagai cara untuk menghalalkan tindakan untuk menangkap mereka. Hakikatnya, banyak pihak dituduh seperti al-Qaeda, Taliban yang ketika itu memerintah Afghanistan, gerakan Ikhwan Muslimun dan apapun namanya menjadi mangsa kepada kebiadaban Amerika Syarikat dan Britain, sementara Iraq, Afghanistan dan negara lain turut dituduh dengan pelbagai tohmahan sematamata untuk merealisasikan impian jahat Bush dan Blair. Apa yang pasti tegas Vitcishlav Korolev, keganasan yang dikatakan berlaku di kebanyakan negara sebenarnya disuburkan oleh dasar Amerika dan Britain, di mana kedua-dua negara inilah yang membiayai dan menaja sumber kewangan bagi mencetuskan huru-hara di negaranegara umat Islam yang boleh tunduk kepada kemahuannya. Walaupun sudah 10 tahun berlalu, keamanan dunia tetap sama pada tahap seperti sebelum terjadinya tragedi 11 September. Ttragedi itu bagi dasar Amerika pimpinan Bush menguntungkannya kerana menjadi modal untuk melabelkan mana-mana pihak yang menentang dasarnya sebagai pengganas, justeru tragedi seumpama itu. Menurut Vitcishlav Korolev ia tidak akan berlaku buat kedua kali kerana ia adalah rekaan sematamata bagi mengalih banyak isu yang tidak berjaya diselesaikan oleh pentadbiran Washington. Dengan berlakunya tragedi yang menjadi impian Bush dan Blair, maka mereka berjaya memperbodoh-bodohkan dunia sama ada peringkat rakyat dan pemimpin dunia, apa yang pasti ia menjadi pemangkin kepada melebarkan pengaruh ke seluruh dunia bahawa Amerika dan Britain adalah di antara negara yang prihatin kepada pembanterasan keganasan peringkat global. Hari memperingati ulang tahun ke-10 peristiwa 11 September Pada tarikh 11 September lalu, Presiden Barack Obama dan isteri berkenan untuk menghadiri ulang tahun kesepuluh tragedi tersebut di bandar New York dan juga Bush serta isteri dan beberapa tetamu di kalangan kononnya mangsa tragedi yang menyayat hati itu. Upacara bermula dengan melalui tapak kedua-dua menara WTC oleh Obama dan Bush pada jam 8.46 pagi iaitu masa serangan menara tersebut sebagai memperingati tragedi, kemudian kedua-dua Obama dan Bush menggelilingi kawasan berkenaan dengan berjabat tangan semua anggota keluarga mangsa tanda simpati yang siap menunggu sejak awal pagi lagi. Majlis upacara juga membacakan nama-nama mangsa seramai 184 orang dan disebut sebagai wira negara kerana terkorban ketika menjalankan tugas masing-masing. Di mana upacara tersebut berlangsung dalam keadaan penuh berjaga-jaga dengan kawalan keselamatan yang amat ketat dan kebanyakan kenderaan tidak dibenarkan melalui jalanjalan utama menuju WTC. 11 September tarikh memalukan pemimpin Amerika Menurut Fellow Kanan bagi dasar luar di Pusat Bagi Hal Ehwal Timur Tengah, Bruce Riedel tragedi 11 September memperlihatkan kesalahan dasar pimpinan atau pentadbiran Washington yang diketuai oleh Bush. Kesalahan yang dilakukannya meliputi cara, strategi mahupun sudut geografi. Bruce Riedel yang juga mantan pegawai tertinggi di Agensi Pusat Perisikan (CIA) bagaimanapun pernah menyatakan pendiriannya ketika sedang berkhidmat dalam CIA terhadap hasrat Bush dan Blair yang merancang untuk memusnahkan menara Pusat Dagangan Dunia yang terletak di New York adalah tindakan bodoh yang merugikan banyak pihak. Apa yang dapat disaksikan selepas tragedi itu dunia tidak aman, tuduh-menuduh berlaku di mana-mana, golongan tidak bersalah disabitkan dengan keganasan dan macam-macam lagi Bruce dengan tegas pernah menulis dalam majalah Newsweek terbitan Amerika di bawah tajuk 'Bagaimana Amerika boleh memerangkap rangkaian al-Qaeda' dalam isu pengeboman? Dalam tulisannya beliau menegaskan, bahawa sebenarnya tersingkap sifat gelojoh pemimpin Amerika yang sebenarnya tidak boleh dimaafkan, kerana tindakannya itu melibatkan kerugian nyawa dan harta benda yang tidak boleh dinilai. Bush dan Blair sepatutnya dihadapkan ke muka pengadilan dan boleh dilabelkan sebagai pengganas dan penjenayah licik. Bush katanya memperalatkan pegawai-pegawai tertinggi yang boleh dicucuk hidung mereka dalam CIA kerana bersengkongkol dengan niat liarnya itu seolaholah tidak memikirkan langsung risiko yang akan ditangung akibat daripada perancangan bodohnya itu. Kononnya jika berjaya WTC dimusnahkan, rancangan selanjutnya untuk menuduh al- Qaeda dan melancarkan serangan ke atas Iraq akan bermula. Tetapi apa yang dapat dilihat, sehingga kini senjata pemusnah yang dikatakan oleh Bush berada di bumi Iraq hingga kini masih belum ditemui, sedangkan Saddam Husein telah menerima nasib malang dengan tuduhan pelbagai ke atasnya dan dibunuh. Begitu juga dengan al-Qaeda di Pakistan dan Afghanistan dan kononnya Amerika terpaksa menghantar tenteranya ke sana untuk tujuan keamanan di rantau tersebut. – Islammemo |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan