Addin |
- Ngeri.. Kepala Di Tetak Sampai Putus
- (Video) 13,000 Satelit Mengelilingi Orbit Bumi?
- Boss Chelsea FC Di Tuduh Memeras Ugut
- Di Bawah Pentadbiran Najib, Hutang Negara Cecah RM437 Billion
- Kelantan Jelaskan Hudud Kepada Kesatuan Eropah
- Gunung Berapi Anak Krakatau Bakal Meletus
- Mansuh ISA : Najib Masih Gagal Umum Tarikh Sebenar
- Gereja Terbesar Di Asia Berada Di Malaysia
Ngeri.. Kepala Di Tetak Sampai Putus Posted: 04 Oct 2011 09:04 AM PDT |
(Video) 13,000 Satelit Mengelilingi Orbit Bumi? Posted: 04 Oct 2011 07:08 AM PDT |
Boss Chelsea FC Di Tuduh Memeras Ugut Posted: 04 Oct 2011 03:42 AM PDT LONDON - Bos klub Liga Primer Inggris Chelsea Football Club, Roman Abramovich dituduh memeras dan mengingkari partner bisnisnya Boris Berezovsky. Boris, yang adalah pelarian politik Rusia adalah bekas partner bisnis minyak Roman. Dalam Pengadilan Tinggi London, Senin 3 Oktober 2011, Boris menuduh Roman telah mengingkari perjanjian bisnis minyak bernilai miliaran dolar. Boris menuntut US$ 5 miliar atau sekitar Rp 45 triliun (kurs 1 dolar=Rp 9.000) atas pelanggaran kontrak perjanjian antar mereka. "Mereka bekerjasama saat mengakuisisi Sibneft," kata Laurence Rabinowitz, pengacara Boris. Roman, katanya, mengintimidasi Boris untuk menjual sahamnya di perusahaan minyak Sibneft ke dalam beberapa bagian. "Ini masalah perdata dua orang kaya, yang akan sangat kaya seperti idaman banyak orang," kata Laurence kepada Pengadilan Tinggi. Tapi, persoalan muncul saat Boris punya hubungan jelek dengan para elit politik Rusia. "Saat itu, Roman mengingkari perjanjian mereka," kata Laurence. "Tampaknya Pak Abramovich lebih mengutamakan kekayaan daripada persahabatan dan kesetiaan." Abramovich menjual Sibneft kepada BUMN Rusia Gazprom pada 2005 senilai miliaran dolar. Boris adalah elit Kremlin di masa pemerintahan Presiden Boris Yeltsin. Setelah Yeltsin tumbang oleh Vladimir Putin, Boris lari ke Inggris pada 2001. Sejak itu, dia adalah pengkritik sejati politik Kremlin. Kasus ini diperkirakan makan waktu dua bulan. Baik Boris dan Roman hadir di pengadilan, duduk berhadapan dalam satu ruangan. Pengacara Roman yang tak hadir, Jonathan Sumption, dalam pembelaan tertulisnya menyatakan tuduhan itu bermotif politik./tempo |
Di Bawah Pentadbiran Najib, Hutang Negara Cecah RM437 Billion Posted: 04 Oct 2011 03:12 AM PDT Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan hutang negara kini mencecah RM437 bilion berdasarkan Laporan Bank Negara yang dikeluarkan baru-baru ini. "Laporan Bank Negara Malaysia bertarikh 30 september 2011 menyatakan angka hutang negara setakat suku ke 2 tahun ini menunjukkan hutang negara mencecah RM437 bilion," kata Anwar pada pembentangan belanjawan Pakatan Rakyat 2012 di parlimen hari ini. Menurutnya, jika unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi 2011 dibuat berdasarkan pertumbuhan 5 peratus, maka kadar keberhutangan negara kini mencecah 53 peratus dari KDNK negara. Kadar itu, katanya, jauh lebih tinggi berbanding pada 2007 iaitu sebanyak 42 peratus dari KDNK negara. "Kadar hutang isi rumah pula mencecah RM577 bilion iaitu 77 peratus dari KDNK berbanding pada 1997 hanya 33 peratus dari KDNK. "Maknanya di bawah menteri kewangan yang secara kebetulan semuanya perdana menteri sebelum 1998, rakyat Malaysia terpaksa berhutang lebih hingga kadar keberhutangan meningkat sekali ganda dalam masa 13 tahun,' katanya. Keadaan itu, kata Anwar, diburukkan lagi dengan kadar defisit yang berpanjangan sejak mantan-mantan Perdana Menteri dan Perdana Menteri sekarang memegang tampuk perbendaharaan negara. "Defisit negara diunjurkan mencecah 6 peratus bagi tahun 2011, jauh tersimpang dari janji Perdana Menteri untuk mengurangkan defisit ke kadar 5.2 peratus seperti yang dibentangkan di dalam belanjawan dan Rancangan Malaysia Kesepuluh," kata Anwar. Ketika membentangkan belanjawan alternatif Pakatan Rakyat di parlimen hari ini, Anwar berkata ia bertujuan untuk membantu rakyat mengharungi hidup yang semakin terhimpit. Pakatan memperuntukkan RM220 bilion dalam belanjawan berkenaan melibatkan penjimatan sebanyak RM4 bilion dari perbelanjaan kerajaan BN. Ia menumpukan usaha mengurangkan defisit kepada 4.4 peratus berbanding kadar 6 peratus daripada KDNK tahun ini./kd |
Kelantan Jelaskan Hudud Kepada Kesatuan Eropah Posted: 04 Oct 2011 02:34 AM PDT PETALING JAYA - Kerajaan negeri Kelantan mengambil inisiatif memberi penjelasan mengenai hukum hudud kepada duta Kesatuan Eropah, Vincent Piket dan rombongannya ketika mereka membuat kunjungan hormat ke negeri itu. Taklimat mengenai hudud itu disampaikan oleh Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaakub di pejabat beliau, di Kota Bharu semalam. "Nampaknya beliau faham situasi sebenar mengapa Kelantan tidak dapat melaksanakan undang-undang ini kerana Kelantan adalah sebahagian dari negeri yang bernaung di bawah Kerajaan Persekutuan dan tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan," katanya. Ahmad turut menjelaskan mengenai perkembangan pembangunan negeri dan perkembangan politik Kelantan kepada rombongan Kesatuan Eropah itu. Ahmad memberitahu duta tersebut bahawa hasrat PAS untuk melaksana hukum hudud di negeri itu telah dihalang oleh para pemimpin Umno-Barisan Nasional dan juga Perlembagaan Persekutuan. Beliau turut memberi penjelasan kepada Vincent dan rombongannya mengenai tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) supaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan pilihan raya yang adil dan bersih. Sementara itu, Kerajaan PAS Kelantan akan menggerakkan program penerangan mengenai hukum hudud di negeri itu termasuk kepada golongan bukan Islam bermula hari ini. Menurut exco negeri, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah, bermula malam esok, sesi ceramah akan diadakan di seluruh negeri termasuk ceramah perdana di Kota Bharu Khamis ini. "Oleh kerana hukum hudud menjadi isu besar, jadi kerajaan PAS perlu ada program penerangan secara besar-besar untuk elak kekeliruan tentang hukum hudud," jelas beliau./fmt |
Gunung Berapi Anak Krakatau Bakal Meletus Posted: 04 Oct 2011 01:55 AM PDT BANDUNG - Naiknya status Gunung Anak Krakatau dari Waspada ke Siaga tidak harus membuat roda kehidupan warga sekitar menjadi terganggu. Mereka diminta untuk tetap melanjutkan kegiatan seperti biasa. Menurut Surono, Kepala Pusat Vulkanologi Mitigasi Bencana Geologi, di Bandung, Senin (3/10/2011), masyarakat yang tinggal di daerah Banten atau pesisir Sumatera tidak perlu takut tsunami, bahkan bagi mereka yang tinggal di pulau sekitar Anak Krakatau. "Untuk sementara, kami masih rekomendasikan seperti itu karena kondisinya masih aman," kata Surono. Dia tidak ingin penetapan status gunung berapi dilakukan secara tergesa-gesa sehingga mengganggu roda perekonomian warga. Namun, dia juga khawatir, peningkatan aktivitas ini justru memancing warga semakin mendekat. Surono menjelaskan bahwa peningkatan aktivitas Anak Krakatau bisa menimbulkan air di sekitarnya menjadi hangat sehingga muncul plankton yang menjadi makanan ikan. Bila hal itu terjadi, maka bukan tidak mungkin nelayan mengejar ke sana dan mendekati zona bahaya. Menyikapi aktivitas Anak Krakatau, Surono malah mengusulkannya menjadi wahana wisata. Keluarnya lava pijar pada malam hari bisa menjadi daya tarik bagi wisatawan bila dikemas dengan baik."Kita harus cerdas. Tidak semua gunung api harus diratapi," kata Surono./kompas |
Mansuh ISA : Najib Masih Gagal Umum Tarikh Sebenar Posted: 03 Oct 2011 08:29 PM PDT Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak masih gagal mengumumkan tarikh sebenar untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), tegas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Dia (Najib) umumkan untuk mansuhkan Akta ISA, tapi tidak nyatakan tarikh sebenar, dalam masa sama pula bercadang untuk bentangkan dua akta baru yang saya yakin tetap zalim. "Kalau pun diperkenalkan, ia dengan adalah dua undang-undang yang keras. Tiada tanda jelas mengapa dia mahu mansuh ISA, tapi masih tak membenarkan aktiviti dan fungsi parti politik, dan tiada akses kepada media arus perdana," kata Anwar pada sidang media di lobi Parlimen hari ini. Turut hadir dalam sidang media itu ialah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Marang) dan ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke. Kerajaan hari ini hanya membentangkan usul bagi rang undang-undang memansuhkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Buang Negeri 1959. "Adakah ini yang dikatakan reformasi demokratik. Jawapan saya – Tidak," tegas Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh. Dalam pada itu, Anwar turut memberi amaran kepada Najib supaya jangan berhelah dengan melengah-lengahkan pembentukan Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) kerana Pakatan Rakyat telah menyatakan komitmen penyertaan. "Kita minta pengakuan supaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaksanakan tanggungawab dengan segera. "Pendirian Pakatan Rakyat bersepakat untuk beri laluan dan bekerjasama. Jadi, jangan jadikan helah dan alasan untuk melengahkan Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC), mengenepikan tuntutan Bersih dan rakyat Malaysia." tegasnya Beliau turut menamakan tiga wakil Pakatan Rakyat di dalam PSC iaitu Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali, Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke dan Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli./kd |
Gereja Terbesar Di Asia Berada Di Malaysia Posted: 03 Oct 2011 07:00 PM PDT Entri ini rentetan daripada entri daripada blog rakan cikgu, harrazdani mengenai umat islam di Malaysia terlalu sibuk berpolitik , pembinaan gereja terbesar Asia di Bukit Jalil. Kita tengoklah ni semua....kenapa kita masih tidak sedar??Inikah negara yang kita bangga²kan dengan pembangunan ni. YA ALLAH....selamatkanlah kami semua daripada fitnah almasih aldajal...kuatkanlah hati kami,,YA ALLAH... |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan