Selasa, 4 Oktober 2011

PENYAPU SIAL

PENYAPU SIAL


cincin rm 24 juta untuk pameran dalam alat sulit mak badak betina sundal...Kita tak puas hati dengan jawapan menteri penjilat burid ini...!!!

Posted: 04 Oct 2011 04:31 AM PDT

 

Kemasukan cincin berlian RM24 juta yang dikaitkan dengan isteri perdana menteri Rosmah Mansor  telah menimbulkan perasaan tidak puas hati terhadap jawapan menteri berhubung perkara itu.

Kita  tidak puas hati dan jawapan (menteri) tidak menjawab misteri di sebalik cincin itu..

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dalam jawapan bertulisnya di parlimen hari ini berkata, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mengesahkan cincin itu benar-benar wujud.

Bagaimanapun, dalam jawapan bertulis kepada soalan ahli parlimen Segambut Lim Lip Eng hari ini, Nazri berkata tiada pembelian dibuat terhadapnya.

Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap laporannya yang dibuat pada 13 Julai, termasuk terhadap pegawai syarikat kargo, membuktikan dokumen yang didedahkan sah.

NONE

Lepas itu puak-puak blogger (penulis blog) Umno dan lain-lain jawab konon cincin itu masuk untuk pameran sulit dan sudah keluar semula. Dan ada yang siar borang cincin itu keluar.

"(Tetapi) borang itu banyak keraguan, antaranya ada pindaan tanpa pengesahan dan tandatangan pegawai kastam itu ialah pegawai kastam yang bertugas di bahagian latihan HQ (ibu pejabat) kastam.Sepatutnya barangan untuk pameran seharusnya melalui prosedur dan borang berbeza.

Semakin mereka nafi semakin bercelaru. Sekarang rakyat kena hakimi..

Di sebalik kontroversi cincin mewah itu, kita turut membangkitkan tentang gelang bernilai RM1.65 juta yang juga didakwa dipakai Rosmah dan dikeluarkan syarikat sama.

penyapu sial

hari tu rosmah ckp cincin tu beli guna duit sendiri.. konon2nya duit simpanan dia simpan sejak kecil lagi.. pastu hari ni nazri kata dah keluar malaysia dah.. hahaha.. dua2 jawapan nak memperodohkan rakyat.. tp rakyat tak bodoh.. lantaklah apapun, yg penting tolak BN PRU 13 nt

Najib & Rosmah Memang Saksi Penting...Ini Bermakna Saiful Menemui Mereka Sebelum Buat Aduan Diliwat Mengesahkan Ada Skandal Untuk Mengenakan DSAI...!!!

Posted: 04 Oct 2011 03:30 AM PDT

geng peliwat yang ambil kesempatan untuk menganiyai musuh politik...!!!

Keterangan Datuk Seri Najib Razak dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sangat penting kerana ia akan membantu mengenal pasti keadaan mental pengadu....Perdana Menteri telah mengadakan pertemuan dengan Mohd Saiful Bukhari Azlan pada sebelah malam 24 Julai 2008 sebelum pengadu mendakwa Anwar telah meliwatnya.

Keterangan Perdana Menteri tentang apa yang berlaku ketika pertemuan itu akan membantu mahkamah dalam perbicaraan ini.Afidavit Najib ada menyebut bahawa Perdana Menteri telah menasihati Saiful agar membuat laporan polis selepas dia mendakwa pada 24 Julai bahawa Anwar telah meliwatnya.

Adalah perlu untuk memperoleh keterangan daripada Perdana Menteri berkenanan keadaan fikiran si kaki liwat ini (Saiful) dan sama ada dia takut atau sama ada Perdana Menteri kemungkinan mengharapkan peliwat ini  akan mematuhi nasihat beliau..

Sudah pasti, seseorang akan mematuhi nasihat personaliti tidak kira pangkat, terutama seorang timbalan perdana menteri (ketika itu), yang nasihatnya diperoleh..

Tetapi peguam-peguam Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor berhujah bahawa keterangan kedua-dua mereka tidak relevan dalam kes Anwar.

Datuk Hisyam Teh, peguam mewakili Najib dan Rosmah berkata, Ketua Pembangkang telah gagal menyediakan bukti bahawa keterangan kedua-dua mereka adalah penting...kunun kununnya...

 

Peguam: Najib, Rosmah bukan saksi relevan dalam kes liwat Anwar

Datuk Seri Najib Razak dan isterinya bukan saksi relevan dan tidak dapat menyediakan keterangan penting dalam keterangan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata peguam-peguam mereka hari ini.

Datuk Hisham Teh, salah seorang peguam yang mewakili Perdana Menteri dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor (gambar) berkata ketua pembangkang itu telah gagal menyediakan bukti kukuh bahawa mereka adalah saksi yang relevan.

Peguam itu berkata permohonan Anwar untuk memaksa Najib dan Rosmah untuk memberi keterangan hanya bertujuan “memancing” maklumat daripada mereka.

“Saya tidak boleh memberi keterangan yang relevan tentang apa yang dibawa oleh responden pertama (Anwar),” kata Hisham yang membacakan kandungan afidavit Najib.

Afidavit Rosmah juga mempunyai penjelasan yang sama.

“Bagaimanapun kami ingin berhujah bahawa pertemuan pada 24 Jun tiada neksus, tiada kaitan dengan insiden 26 Jun 2008.

“Responden pertama mahukan Perdana Menteri memberi penjelasan. Penjelasan, pengesahan mengenai apa yang berlaku pada 24 Jun tiada kaitan dengan tingkah laku utama... insiden pada 26 Jun, bukan sehari awal ataupun selepas itu,” kata Hisham.

Oleh itu kata beliau, mereka tidak ada hak perundangan untuk memanggil mana-mana orang yang tiada kaitan dan tiada relevan dengan tuduhan.

 

penyapu sial

Memang sudah sah orang pembohong tidak suka bercakap dalam mahkamah kerana bila disoal peguam pembohongan akan terdedah. Berani kerana benar, takut kerana salah.

Pukimak Nong Taik Cuba Menipu Penduduk Kg.Baru Sekali Lagi...

Posted: 04 Oct 2011 03:19 AM PDT

UU Kg Baru: Kata tarik balik, kenapa bentang baru

raja pukimak raja taik....raja syok sendiri....pergi mampos lah sama lu...cibai...!!!

Tindakan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin ( Raja  Taik ) membentangkan Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kg. Baru (RUU PPKB) yang baru tanpa sebarang perbincangan dengan wakil penduduk kampung terlebih dahulu sangat sangat tidak bertanggungjawab  dan biadab.

Raja Taik  di Dewan Rakyat kelmarin mengumumkan penarikan balik RUU PPKB yang lama namun membentangkan RUU PPKB yang baru.

Meskipun kita  menyambut baik penarikan RUU PPKB yang lama itu, namun tetap kecewa dengan pembentangan RUU PPKB baru yang disifatkan sebagai membelakangkan pandangan penduduk Kg. Baru.

Walaupun Rang Undang-Undang yang lama ini dimansuhkan tapi tetap menggambarkan sikap kerajaan yang tak mengambil kira pandangan penduduk apabila membentangkan Rang Undang-Undang baru.

Tak sewajarnya Rang Undang-Undang ini dimasukkan tanpa menteri memanggil sekretariat bagi mendraf Rang Undang-Undang ini..

Sementara itu, kita  mahu wakil penduduk Kg. Baru khususnya Lembaga Pentadbiran Kg Bharu dipanggil untuk membincangkan RUU yang baru itu.

Kerajaan seharusnya sebelum membentangkan Rang Undang-Undang ini,seharusnya ia dirujuk kepada penduduk Kg Baru sebab ia khusus kepada penduduk Kg Bharu

Kalau terus bentang di Parlimen yang akan bahas bukan orang Kg Bharu, mesti tak dapat gambaran sebenar.

Jadi  kita mencabar Raja Taik ini membuktikan dakwaannya bahawa 90 peratus penduduk Kg Bharu bersetuju dengan RUU PPKB.Kita cabar menteri dedahkan referendum yang diedar kepada penduduk itu dan betulkah 90 peratus setuju.

Kalau betul 90 peratus setuju kenapa Rang Undang-Undang ditarik balik? Banyak perkara yang disembunyikan dalam Rang Undang-Undang ini..

Raja Nong Chik dalam kenyataannya minggu lalu berkata sebanyak 90 peratus penduduk Kg Bharu bersetuju dengan RUU PPKB dan akan meneruskan bacaan kali ke-2.

Namun pagi kelmarin beliau mengumumkan RUU tersebut ditarik balik kerana kununnya mengambil kira pandangan penduduk. 

penyapu sial

Ingat rang undang-undang PPKB ditarik balik sahaja bukannya dibatalkan terus. Orang Kampung Baru wajib berhati-hati kerana ada musang berbulu ayam di kalangan orang Melayu.

Raja taik pukimak ni jenis syok sendiri.Pandai-pandai masuk-tarik undang-undang kedalam Parlimen,tanpa pengetahuan tuan yang empunya tanah.90% penduduk Kg.Baru telah menolak rang undang-undang yang pertama,tapi raja hisap darah ni tetap meneruskan agendanya.Kalau Raja Nong Chik ni dibiarkan oleh kerajaan UMNO/BN meneruskan agendanya,bermakna negara ini sudah jadi negara menggunakan sistem kuku besi - merampas tanah rakyat cara paksa.

PAS Titiwangsa wajar buat demo besar-besaran diMesjid Kg.Baru dan pasang banner besar-besar dan banyak disekitar Kg.Baru.

Berbalah Kerana Perangkap Tikus....sape makan cili dia terasa pedanya....!!!

Posted: 03 Oct 2011 04:09 PM PDT

 

Cerita ini agak pelik bunyinya. Pelik tak pelik, tetap dan telah berlaku. Haji Musa menghadapi masalah tikus yang agak kronik. Banyak pakaian rosak berlubang di sana-sini digerit tikus. Baik pakaian anak-anaknya mahupun pakaian dia dan isteri yang mahal-mahal. Apabila sudah berlubang, tidaklah boleh dipakai lagi. Dibuang begitu saja sedangkan masih elok. Pakaian anak-anak bolehlah ditampal itu pun kalau berlubangnya tak banyak.

Selain itu, makanan seperti roti dan buah-buahan juga dimakan oleh tikus-tikus di rumahnya. Yang paling menakutkan sekarang ialah air kencingnya. Maklumlah sudah banyak tersebar berita orang mati kerana air kencing tikus.

Haji Musa bercadang untuk memasang perangkap tikus. Dia menceritakan masalah dan rancangannya itu kepada jiran-jirannya yang turut mengalami masalah yang sama. Terkejut sakan Haji Musa apabila rancangan itu ditentang oleh jiran 1Malaysianya, Ah Tee. Alasan Ah Tee ialah rancangan Haji Musa itu zalim kepada binatang. Maka bising dan hebohlah Ah Tee membantah rancangan Haji Musa itu. Oleh sebab nak jaga hati jiran 1Malaysia, Encik Halim, jiran sebelah rumah yang satu lagi turut menyokong Ah Tee, malah lebih-lebih pulak marahnya terhadap idea Haji Musa.

Haji Musa agak terkedu dengan sikap Encik Halim dan Ah Tee. Namun dalam diam-diam dia terus membeli beberapa perangkap tikus. Selang beberapa hari kemudian, dia mendapat khabar bahawa jirannya Ah Tee dimasukkan ke wad kerana terkena jangkitan kuman air kencing tikus. Haji Musa bergegas melawat Ah Tee di hospital. Tak lama kemudian, tiba pula jirannya, Encik Halim.

Keadaan Ah Tee agak kritikal. Namun sempat juga mereka berbual ringkas tentang penyakit itu. Di hujung perbualan itu, Ah Tee berkata, “ Haji, maafkanlah aku kerana melarang rancangan haji untuk pasang perangkap tikus. Baru aku tahu tikus amat bahaya. Kau pasanglah perangkap tikus tu. Tolong beli dan pasang juga kat rumah aku.”

Encik Halim yang menentang keras penggunaan perangkap itu, rasa terkilan dengan perubahan sikap Ah Tee, lalu katanya, “buat apa kita perangkap tikus. Baik kita bagi dia cukup makan, tidaklah tikus-tikus itu mengganggu kita.” Menggeleng kepala Haji Musa dan Ah Tee mendengar cadangan Encik Halim itu.

Alhamdulillah. Setelah melawat, pulanglah Haji Musa ke rumah PAS dan Encik Halim ke rumah UMNO. Tiga hari kemudian Ah Tee yang berjaya diselamatkan, kembali ke rumahnya DAP.

Ratusan bilion di rembat dari Petronas...PM bongok 1 malaysia wajib jawab persoalan ini...!!!

Posted: 03 Oct 2011 03:51 PM PDT

 

Petronas merupakan salah satu firma korporat yang sentiasa mengaut keuntungan setiap dua tahun. Ia mempunyai monopoli besar dalam aktiviti carigali minyak di Malaysia dan mungkin wajar dikatakan yang Malaysia banyak berbudi kepada Petronas sejak penubuhannya melalui Akta Pembangunan Petroleum 1974.

Namun, ia juga sebuah firma yang diselubungi misteri. Ia 100% milik negara dan belum ada ura-ura ianya akan diswastakan. Justeru itu, keuntungan syarikat adalah milik negara iaitu Malaysia. Namun adakah ini yang sebenarnya berlaku?

“Sejak 1974 hingga 2010, Petronas merekodkan keuntungan berjumlah RM700 billion. Nah, sekarang ini yang lucunya. Selama 36 tahun ini, keuntungan yang dicatatkan sangat kecil jika anda bandingkan pendedahan Wikileaks yang menyatakan Petronas menduduki tangga ke-13 di dunia dalam mengaut keuntungan. Bagaimana ini boleh terjadi adalah satu keanehan kalau tidak kerana rasuah yang berleluasa
Apakah semua keuntungan Petronas disalurkan kembali kepada negara? Jika tidak siapa yang telah melarikan wang ini? Jawapan kepada soalan ini menurut kenyataan Jui Meng ada pada Najib Razak. Najib tidak mungkin boleh mengelak dari persoalan ini.

Seksyen 3(2) Akta Pembangunan Petroleum 1974 menyatakan: (2) Syarikat adalah dibawah penguasaan dan arahan Perdana Menteri yang dari semasa ke semasa mengeluarkan arahan mengikut keperluan sendiri.

Apa sebenarnya yang dimaksudkan Seksyen 3(2) ialah CEO Petronas ialah Perdana Menteri dan ketika ini, beliau ialah Najib Razak. Dengan kuasa eksekutif ini, Perdana Menteri mempunyai kuasa mutlak ke atas Petronas melalui Akta yang disebutkan. Justeru itu, beliau secara langsung atau tidak langsung boleh membuat keputusan atau bertanggungjawab dalam sebarang keputusan berkenaan rundingan isu pengeluaran petroleum yang mana beliau harus mempunyai jawapan kepada persoalan ini.

Soalan pertama yang paling penting untuk dijawab Najib untuk warga Malaysia tahu ialah – apakah benar 80% pengeluaran minyak oleh Petronas tidak dijual secara langsung kepada pasaran dunia tetapi sebaliknya disalurkan melalui enam ‘pemegang kunci utama’ yang mendapat bekalan dari Petronas itu di bawah harga pasaran?

Jika benar, apakah mungkin si pemegang kunci utama ini yang mengaut keuntungan, terutamanya apabila harga minyak dinaikkan. Ini membawa kita ke soalan kedua. Siapakah mereka mereka ini? Adakah mereka ini kroni-kroni anak didik mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad?

Soalan ketiga: Kenapa system ini yang digunapakai sedangkan ianya terbukti tidak menguntungkan negara dan Petronas? Siapa yang mencadang dan siapa yang meluluskannya?

Soalan keempat: Apakah yang akan Najib lakukan? Bagaimanakah beliau akan menyelesaikan jenayah siang hari ini dan menyalurkan keuntungan ini balik ke negara?

Tidak ada dua jalan untuk isu ini. Najib perlu menjawab semua persoalan di atas kerana ia melibatkan kehidupan dan kebajikan semua penduduk negara terutamanya golongan miskin dan kurang berkemampuan. Beliau tidak boleh berpura-pura menolak persoalan ini atas alasan ianya cerita rekaan semata. Apapun alasan yang akan diberikan, Pakatan Rakyat mesti menuntut agar Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan ke atas Petronas sekiranya Najib masih berdolak-dalik.

Dengan krisis ekonomi global yang mula menghimpit negra, rakyatlah yang paling terkesan nanti. Rancangan jangka tengah dan panjang tidak cukup untuk dijadikan ukuran dalam mencari penyelesaian terhadap kemelut ekonomi negara. Menghentikan pengaliran keluar keuntungan Petronas bukan sahaja satu cara yang berkesan tetapi juga sepatutnya sudah lama digunapakai sebelum kekayaan negara habis dijarah dan generasi akan datang terbantut dari menikmati hasilnya.

Sekiranya langkah-langkah bijak diambil, berbilion ringgit akan kembali mencurah ke dalam system negara, mengurangkan tekanan ke atas kerajaan dan membantu golongan berpendapatan rendah yang tersepit diantara kadar inflasi dan harga barang utama yang meningkat

Seksyen 6(1) Akta Pembangunan Petroleum 1974 juga memberikan Perdana Menteri mandate dan kuasa untuk menentukan hal-hal operasi syakrikat.

Seksyen 6(1) menyatakan: Tidak termaktub di dalam sebarang undang-undang bertulis, yang mana usaha memproses atau menyaring minyak petroleum atau mengeluarkan produk petro-kimia dari sumber petroleum dilakukan oleh sesiapa pun selain PETRONAS melainkan ianya mendapat persetujuan dari Perdana Menteri.

Dan yang terakhir ialah dari Seksyen 7 – yang mana Perdana Menteri boleh mewartakan syarat-syarat untuk tujuan melaksanakan perintah Akta dan, tanpa syakwasangka, syarat-syarat ini adalah untuk kegunaan, terutamanya, bagi menyediakan – (a) perlaksanaan atau melanjutkan – (i) sebarang bentuk perniagaan ataupun perkhidmatan berkaitan (eksplorasi) oenerokaan, (eksploitasi) pemerasan bagi mendapatkan sumber petroleum; (ii) sebarang bentuk perniagaanyang melibatkan pengeluaran dan pembekalan peralatan bagi kegunaan industri petroleum; (iii) aktiviti-aktiviti dan pembangunan yang berkaitan dengan petroleum; (b) pemasaran dan pengagihan bahan petroleum dan produk-produknya; (c) denda dalam bentuk saman tidak lebih dari satu ratus ribu ringgit atau penjara tidak lebih dari 5 tahun atau kedua-duanya sekali untuk sebarang dakwaan salahlaku terhadap syarat-syarat dan tidak mengikuti aturan yang ditetapkan oleh mana mana perlesenan, keizinan dan persetujuan yang diluluskan atau dikeluarkan tertakluk kepada syarat-syarat; (d) pemalsuan sama ada untuk kegunaan ataupun digunakan di dalam suruhanjaya yang mana tersabit salahlaku dan tidak mengikuti arahan.

Dengan akta ini, sangat jelas bahawa Perdana Menteri mempunyai kuasa mutlak dalam segala hal berkenaan perniagaan berasaskan petroleum di Malaysia, bermula dari proses pengeluaran hingga ke proses penjualan produk berasaskan petroleum.

Namun, segala-galanya tentang Petronas diklasifikasikan sebagai ‘rahsia negara’. Kerana Akta itulah, kerajaan dengan mudah mengklasifikasikan apa sahaja yang berkaiatan dengan Petronas sebagai ‘sulit’ walaupun sebagai sebuah syarikat korporat milik negara, Petronas berhutang dengan rakyat jelata penjelasan tentang keuntungan syarikat dan perniagaannya.

Mungkin benar apa yang dikatakan tentang ahli Parlimen BN dari MCA – Chua Soi Lek dan dari Gerakan – Koh Tsu Koon yang mereka ‘kecut’ menaikkan isu ini. Tetapi kenapa? Adakah kerana Petronas dikepalai oleh Perdana Menteri dan Perdana Menteri itu ketua kepada semua ahli Parlimen BN? Apakah ahli Parlimen BN berani menyoal ketua mereka?

Sebenarnya, tiada alasan untuk Petronas merahsiakan keuntungannya ataupun menyorok laporan tahunannya. Melainkan seseorang yang berkuasa itu menyimpannya jauh dari mata rakyat. Sesiapapun orang itu dan kuncu-kuncunya, Perdana Menteri perlu mendedahkanya.

Sebagai negara pengeluar petroleum, Malaysia sepatutnya boleh memberikan minyak percuma atau dengan harga rendah kepada penduduknya seperti Venezuela dan Brunei. Dengan kekayaan sumber ini, Malay sepatutnya menjadi negara ‘berpendapatan tinggi’ lebih awal dulu. Dengan lebih 30 tahun pengalaman mengeluarkan hasil minyak, Malaysia sepatutnya lebih wajar menjadi sebuah negara maju, yang kalau mengikut kiraan hasil purata gaji per kapita.

Pilihan sekarang ada ditangan Perdana Menteri. Berterus teranglah, dan mohon maaf daripada rakyat dan bantulah negara ini sebelum terlamabat. Atau teruskan bersama ‘budak-budak’ UMNO dan nikmatilah keenakan kek perasa rasuah, selagi rakyat berkeringat dan membanting tulang mencari nafkah hidup.

Malaysia Chronicle

Tiada ulasan: