Jumaat, 28 Oktober 2011

Senyum Tangis Sendu

Senyum Tangis Sendu


Bodoh Punya BN Melaka

Posted: 28 Oct 2011 05:14 AM PDT



Gua jalan-jalan sekitar Melaka tadi gua ada nampak bangunan Pusat Perkhidmatan Barisan Nasional di DUN Bukit Baru masih dalam keadaan elok dan tidak seperti kedai-kedai bersebelahan. Gua tanya makcik yang duk jual makanan tepi jalan tu, kenapa semua bangunan kayu kena roboh, makcik tu jawab "Kerajaan Melaka mahu buat bangunan baru".

Gua rasa macam ada sesuatu yang tak kena dengan itu bangunan. Gua tanya pakcik yang baru turun dari masjid "pakcik, kenapa bangunan ini tidak dirobohkan sama?". Pakcik tu kata pada gua "belum tiba masanya lagi untuk dirobohkan kerana jentolak mahu selesaikan yang tepi jalan baru dirobohkan bangunan tersebut".

Tiba-tiba mulut gua lepas cakap maa. "Ke sebab bangunan ini milik Barisan Nasional?". Pakcik tadi macam dah angin dengan gua. Mungkin sebab gua sentuh Barisan Nasional kot? Macam-macam berlaku kat Melaka. Gua pun pelik apa yang istimewanya kerajaan BN kat Melaka sehinggakan tidak boleh sentuh Barisan Nasional. Gua termenung sekejap. Mungkin Melaka ini BN punya kot.

Ala macam dalam filem KL GENGSTER tu. Bak kata Zizan "Bagi la KL tu kat dia. Bagi la KL tu". Hahaha. Macam nak gelak pun ada kat Melaka ni. Gua singgah solat kat Masjid Bukit Baru sambil makan-makan dengan member gua kat kedai nasi beriani tu. Boleh tahan jugak nasi beriani tu. Tapi mata gua tetap memandang bangunan ajaib tidak roboh nun di sana.

Tapi tak pe, gua sayang kat Melaka sebab gua tidak sempat naik Eye On Malaysia kat Melaka. Kecewa pun ada juga. Teringin gua nak pi penang naik flight tapi kecewa sebab tiada penerbangan ke Penang walaupun gua ternampak signboard "Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka". Pesawat yang ada ialah pesawat nyamuk dua penumpang. Kecewa yang amat sangat bercampur hiba.

Tapi tak mengapa. Gua dapat banyak pengalaman di Melaka. Pape pun gua tidak suka dengan tindakan kerajaan Melaka tidak merobohkan bangunan BN ini. Ia seperti Melaka ini BN punya. Sampai bila BN nak memeprkudakan JKKK. Hahaha.

Tiada ulasan: