Jumaat, 28 Oktober 2011

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Kursus Ke arah Usaha Tawan Selangor

Posted: 28 Oct 2011 05:16 AM PDT


Lagi bas membawa warga asing untuk kursus keusahawanan dan kali ini dikesan di Sepang pulak.

Aaaii.... layanan istimewa nampak. Untuk warga asing pulak. Sembunyi-sembunyi pulak tu. Fuuhh.... ada anjing pengawal lagi. Malaysia Boleh!!

Awatnya pi buat secara sembunyi-sembunyi. Kalau ini satu misi@program kebajikan untuk warga asing yang datang ke Malaysia, mengapa perlu berahsia-rahsia? Hebahkanlah satu dunia. TV3 suku kan ada untuk buat liputan?? Aaa... baru ler satu dunia boleh tengok amal kebajikan yang kerajaan Najib 1Malaysia buat. World gitu....!! Barulah imej Najib boleh di'up'kan di mata dunia. Ini tidak...... Sorok-sorok pulak. Very fishy ler....

Ini mesti ada IC di sebalik tangan warga asing tu?? Kalau tak mengapa anjing pengawal menyerang pihak yang buat tinjauan?? Nak sembunyikan 'taik' kerajaan 1Malaysia ke?? Eleh.... takyah sembunyi ler, bau penghornyer senang dihidu. Kat sini pun I boleh bau tau. [Baca sini]

Warga asing beriya-iya diberi kursus keusahawanan. Pelik..... mengapa kera dari seberang disusukan, sedangkan anak bumi sendiri diabaikan?? Kerajaan 1Malaysia ni nak rakyatnya jadi usahawan atau warga asing?? Kalau warga asing jadi usahawan, rakyat Malaysia akan jadi kuli mereka ke nanti?? Tak masuk akai... Tak masuk akai...

Uisyyy.... kalau tak der tujuan tertentu, ini tidak berlaku punyer. Ini mesti kerana misi penting yang bersifat antara hidup dengan mati. Wa cakap lu.... entah-entah ia kursus kearah usaha nak tawan Selangor kot?? Kursus ini diberikan khusus untuk rakyat baru 1Malaysia. Don't play-play... Kursus ni maha penting. Kalau tak bagi kursus ke-usaha-wanan kepada warga asing ini... ada pihak tu akan mati dan dikuburkan tau.

Weh.... pihak mana tu??

Eleh... macam ler komer tak tahu. Gamaknyer.... UMNO@BN ler. Bukan ke Najib dah kata, mereka akan merampas semula Selangor dengan apa cara sekali pun. Sebab tu.... banyak kursus ke-usaha-wanan warga asing dibuat di Selangor. Ehem ehem... kursus ada makna tu. Makna tersirat yang cuba mereka rahsiakan. Tetapi.... secara tersurat rakyat dah tahu, sebab rakyat bukannya bodoh. Rakyat Malaysia dah banyak bijaknya. Cerdik-cerdik belaka dah...

Kita tahu.... Selangor mungkin akan menjadi macam Sabah. Itu strategi laknat mereka untuk tawan semula Selangor. Ya, Selangor mesti ditawan, at all cost. Segala tipu musihat dan trik lama yang diguna pakai oleh balaci mereka iaitu si SPR selama ini, sudah telah tidak berkesan lagi. Mengapa??

Pertama, kerana rakyat rata-ratanya sudah solid menolak mereka. Baik Cina Melayu, India maupun lelainnya. Susah nak dapat undi mereka dah. Orang dah menyampah!!

Kedua, kerana kerajaan Pakatan Rakyat Selangor telah membuktikan yang mereka ialah kerajaan yang lebih berwibawa, efisyen dan jujur serta telus. Mereka telah buktikan yang mereka mampu bawa kesejahteraan kepada rakyat dan kemakmuran kepada negeri Selangor. Merekalah sebenar-benarnya kerajaan dari rakyat untuk rakyat. Mereka telah berjaya memenangi hati rakyat Selangor secara keseluruhannya. UMNO@BN boleh poooddaahh!!

Oleh sebab itu, UMNO@BN sudah semakin terdesak. Nyawa mereka di hujung tanduk. So... tidak ada cara lain, melainkan menggunakan cara@strategi yang mereka guna pakai di Sabah, iaitu memberi kerakyatan kepada warga asing dengan syarat undi..... mesti pangkah UMNO@BN. Itulah persepsi rakyat tentang senario kursus keusahawanan yang giat diadakan dewasa ini.

Aha.... kini, warga asing dijadikan talian hayat mereka. Mereka bukan tak tahu implikasinya kepada rakyat dan negeri Selangor.... terutama dari segi sosial dan ekonomi mau pun politik, tetapi ada mereka kesah?? Apa yang mereka kesah ialah kuasa and money. Selangor ni negeri lubok emas yop!! Kayo lanun-lanun tu kalau dapat Selangor. Rakyatnya pulak.... ngango!! Kesian rakyat Selangor nanti...

Demi kuasa dan money.... mereka sanggup mengkhianati rakyat sendiri. Warga asing ditatang-tatang.... warga sendiri di'sepak' di'terajang'!! Lahabau punyer kerajaan 1Malaysia!!

Oleh itu, sedarlah wahai warga Selangor. Berwsapadalah. Jangan nanti anda jadi orang asing di negeri sendiri. Merepat di sana merempat di sini. Na'uzubillah.... Bersatulah demi kesejahteraan rakyat Selangor. Bersatu kita melawan pengkhianatan ini. Ingat.... menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian... tiada gunanya. No use crying over spilt milk, kata orang putihnya. Jangan biarkan nasi menjadi bubur!!

Kalau puak-puak laknat ini bertindak demi kuasa dan wang, jom kita bersatu berjuang menetang mereka demi rakyat. Ya .... Demi rakyat.... Selamatkan Selangor@Malaysia!!

Kantoi!! Melayu kayu yang mudah lupa

Posted: 28 Oct 2011 01:37 AM PDT


Ketirisan amat parah di Kementah. Zahid Hamidi kantoi!!

Weh.... kau tahu tapi kau buat-buat lupa, yerk?? Buat-buat tak tahu, yerk??

Hahahaha.... I buat-buat tak tahu, you all gasak ler banyak you all man mau.

Inilah dia jenis Melayu mudah lupa. Melayu main pukul tak tau. Melayu kayu lu.....!!

Zahid tahu the hanky-panky yang berlaku dalam urusan pembelian peralatan ketenteraan tapi dia cuba berdolak-dalik dan akhirnya dibuktikan yang dia telah berbohong. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya terkantoi juga. Usah nak torak ler. Ini buktinya....

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua menyoal Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kenapa Kementah membayar harga yang sangat mahal, sebanyak RM7.8 bilion untuk 257 buah kereta perisai.

Zahid menjawab bahawa kementeriannya tidak tahu bahawa harganya RM7.8 bilion seperti mana yang didakwa oleh Pua dan harga kontrak muktamad ialah RM7.55 bilion.

Beliau juga menyatakan bahawa beliau tidak tahu menahu tentang urusniaga yang membolehkan pembekal mendapatkan kenderaan- kenderaan tersebut dari Turki pada harga seperempat dari harga yang dibayar oleh Kementah.

Namun penafian Zahid itu akhirnya terbongkar apabila Pua mendedahkan bahawa Zahid sendiri menyaksikan majlis menandatangani perjanjian urusniaga itu di Ankara, Turki pada bulan Februari lalu.

Perjanjian itu ditandatangani di antara syarikat pembekal Malaysia, Deftech dan pengeluar kenderaan pertahanan Turki FNSS, syarikat usahasama di antara BAE Systems Inc. dari United Kingdom dan Nurol Holding dari Turki.

Perjanjian ini dilaporkan dalam satu kenyataan akhbar bertarikh 3 Jun 2011 di laman web BAE System Inc. melibatkan kontrak bernilai USD559 juta yang diberi kepada FNSS untuk "merekabentuk, membangun dan mengeluarkan" sebanyak 257 DEFTECH AV-8 8X8 kereta perisai beroda dan Sokongan Logistik Berintergrasi untuk Angkatan Tentera Malaysia.

Kenderaan-kenderaan tentera yang diberi nama 'DEFTECH', sebenarnya direkabentuk oleh FNSS PARS 8X8, kenderaan serbaguna, pelbagai misi, kenderaan beroda lengkap dengan peralatan senjata.

Harga melambong

Ini bermakna Kerajaan Malaysia membayar Deftech sebanyak RM7.55 bilion (RM29.4 juta untuk sebuah), yang kemudian membayar FNSS sebanyak RM1.7 bilion untuk 257 buah kereta perisai itu (RM6.6 bilion sebuah).

Jika anda seorang pembayar cukai yang marah dengan 'rompakan di siang hari' melibatkan RM6 bilion dari dana awam, tunggu dulu sehingga anda mendengar harganya di pasaran, yang jauh lebih rendah dari yang ditawarkan oleh FNSS. [Sepenuhnya di sini]

Gilerrr.....!! Celaka!!

Sah.... Zaid cuba kencing. Itu menjadikan dia seorang pembohong kerana cuba melindungi skandal memanipulasi wang rakyat yang melibatkan kementeriannyer. Ini bermakna menteri ini sudah khianat pada rakyat.

Haisyyy.... Satu demi satu skandal rembat duit rakyat yang melibatkan Kementah. Oleh itu, sebagai Menteri Kementah terkini, maka dia kena pikul tanggung jawab. terhadap skandal dan laporan Audit yang sudah terbongkar. Namun, dia cuba berdolak-dalik.... mungkin tak mahu accountable terhahap tembelang yang dah pecah. Apa maknanya itu??

Itu menunjukkan, dia terbukti seorang yang tidak cekap dan jujur dalam menjalankan tanggungjawabnyer sebagai Menteri Pertahanan, salah sebuah kementerian yang penting yang juga merupakan 'lubok emas'. Aha.... tempat paling strategik untuk lanun-lanun ni swindle duit rakyat. Kerana ketidakcekapannya.... maka kementeriannya ditegur dalam Laporan Audit. Ini kementerian banyak tiris oooo. Ada orang kata, bukan setakat tiris tetapi sudah bocor oooo. Hampeehhh wal Hapraakkk!!

Jadi, apakah kita sebagai rakyat akan terus lihat dan tengok jer serta membiarkan gejaja buruk ini daripada bermahrajalela?? Mereka curi duit kita, kita nak berdiam diri jer?? Mereka sapu duit kita, kita tutup dan butakan mata jer??

Weh.... bodohlah kita kalau kita tak lakukan sesuatu untuk menjaga hak kita!! Duit kita!! Bangang ler kita kalau kita tak mengajar para perompak ini. Kita ajor mereka cukup-cukup.

Dengan pendedahan ini.... Zahid Hamidi mesti mengambil tanggungjawab sepenuhnya. Jika dia ada maruah.... LETAK JAWATAN!! But.... biasaler, menteri-menteri UMNO ini, derang mana ada maruah. Muka bertempekkan kulit pandi semuanya. So, jangan harap ler dia nak letak jawatan dan jangan harap jugalah dia kena pecat. Sebabnya..... mereka semuanyer serupa. Semua.... berselemoih dengan taik!!

"Kau nak pecat aku?? Kau pun berlumor dengan taik"

Sebab tu... kalau kita nak selamatkan negara kita, kita kena flush mereka semua sekali ke dalam lubang taik. Bior mereka hancur berulat di dalam septic tank.

Yang boleh mengubah keadaan ini ialah kita. Gunakan kuasa undi kita untuk kita flushkan UMNO@BN ke dalam lubang taik.

UMNO@BN ini.... dah teruk amat, dah beyond repair. Tak boleh pakai sesangat dah. Ada jugak orang suggest agar kita campakkan ia ke dalam telaga buruk dan kita sealkan supaya generasi akan datang pun tak tahu akan kewujudannya di bumi Malaysia ini. Another good suggestion tu.

Vote them out!! Dan.... you all pilihlah samada nak flush masuk ke lubang jamban .... terus berulat dalam septic tank atau nak campak ke dalam telaga buruk. Either or ler.... no problem punyer.

Janji..... UMNO mampoooss!!

Pecah Tembelang Zahid Kencing

Posted: 27 Oct 2011 10:30 PM PDT


Projek Rumah Mampu Milik di Simpang Tiga, Bagan Datok

Tarikh majlis pecah tanah: 17/1/2006

Siapa yg rasmi: MB Tajol Rosli, disaksikan oleh Zahid Hamidi & CEO SPNB

Pemaju: Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB)

Jumlah rumah: 348 unit rumah + 11 unit kedai

Harga: RM35,000 hingga RM80,000

Tanah: 25.49 ekar

Dijangka siap: AKHIR 2007

STATUS SEKARANG: HABUK PUN TARAK, TAPAK TU DAH JADI TEMPAT ORANG LETAK BATANG2 KELAPA YG DITEBANG
MEMANG CEMERLANG, GEMILANG....DALAM BAB TEMBERANG..!!

Kah kah kah kah...

Itulah janji temberang UMNO@BN apabila berdepan dengan pilihan raya. Pelbagai janji manis ditaburkan untuk menggula-gulakan rakyat agar terus beri undi kepada mereka.

Sekarang dah nak masuk PRU13 pulak. Apa macam???

Rumah ke mana, hapa ke mana. Yang terus ada ialah Zahid Hamidi si tukang kencing. Terus pulak dia jadi YB@Menteri. Rakyat Bagan Datoh terus menunggu bagai menunggu buah tak gugur. Yang ada.... ialah bau bacing dan hancing kencing, si Zahid Hamidi.

Weh.... sudah-sudah kena kencing. Oleh sebab, ia datang dari parti Barisan Najis maka najisler yang komer dapat. Kecing tu najis. Najis yang kita kena jauhi dan sucikan daripada diri kita. Oleh itu, hajor jer malaon penipu yang pancut kencing pada komer.

Hajor... jangan tak hajor!!

PRU13 nanti.... jangan komer pangkah si tukang kencing bernama Zahid Hamidi. Tolak Zahid Hamidi!! Bior padan muka dia.

[sumber]

Jasa dan dosa seorang diktator

Posted: 27 Oct 2011 08:53 PM PDT


Liking and sharing.....

Another side of the story tentang Ghadaffi. Seperti yang telah dikatakan terdahulu, manusia tidak maksum. Ada jasa mereka dan ada juga dosa-dosa mereka. Begitu jugalah dia. Lantas.... ada yang suka dan ada juga yang membencinya.

Oleh itu, jadikanlah dosa-dosanya sebagai sempadan. Nauzubillah..... jangan kita buat atau tiru. Pun begitu, jadikan jasa-jasanya kepada rakyat dan negaranya sebagai panduan. Yang baik kita ikut, manakala yang tak baik kita buang jauh-jauh...

Jadikanlah apa yang berlaku ke atasnya sebagai iktibar dan semoga kita mendapat pemimpin yang takut pada Allah SWT agar rakyat dan negara ini berada dalam rahmat dan keberkatanNYA.

Sekali lagi, semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa-dosanya, sesungguhannya manusia itu lemah dan tak berdaya melarikan dirinya daripada melakukan dosa.

Layan.....

'HARAPAN' DAN KEBANGKITAN ARAB
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZA)

Gaddafi telah dibunuh dengan cara yang dahsyat dan tidak disangka. Seorang yang sebelum ini digeruni dan ditakuti, telah diheret dan dihina bagaikan binatang yang hendak disembelih. Bahkan lebih buruk daripada itu. Siapa sangka? Seorang manusia yang sebelum ini tiada siapa dapat membantahnya dibunuh demikian rupa.

Gaddafi bukan tiada langsung jasa. Banyak juga pihak yang ditolongnya. Namun, kekejamannya melebihi jasanya. Saya masih terkenang ramai kawan-kawan dari Libya yang amat ketakutan terhadap regim Gaddafi sekalipun berada di luar Libya. Mereka kelihatan risau jika kita bertanya atau mengkritik Presiden mereka. Apa tidak, banyak siri pembunuhan rakyat Libya yang berada di luar negara yang dituduh membangkang kerajaan.

Sejak memerintah dari tahun 1969, ribuan rakyat telah dibunuh atas tuduhan 'tidak setia'. Pada tahun 1973, Gaddafi mengisytiharkan hukuman mati kepada sesiapa yang menubuhkan parti politik. Sejak itu ramai tokoh-tokoh pemikir Libya yang dibunuh dalam dan luar negaranya. Ramai yang diseksa sehingga mati, termasuk aktivis-aktivis pelajar.

Pada tahun 1983, Gaddafi menggantung mati pelajar di hadapan khalayak ramai dalam College of Engineering, Tripoli. Dalam 1984, Gaddafi menggantung mati pelajar Sadiq Shwehdi dalam bulan Ramadan dan keluarga dipaksa menonton hukuman itu. Demikian Mustafa al-Nuwairy dihukum mati di hadapan pelajar dan pensyarah di Benghazi University. Hafed al-Madani menerima nasib yang sama di hadapan pensyarah dan rakan di College of Agriculture, Tripoli. Demikian juga nasib pelajar di College of Pharmacy, Tripoli.

Begitu ramai aktivis pelajar dan pemikir yang dihukum mati di khalayak ramai. Keluarga dan taulan dipaksa menonton kekejaman itu. Bahkan ada yang disiarkan melalui siaran TV Libya, kononnya sebagai pengajaran kepada rakyat yang tidak setia. Kesemuanya atas 'jenayah' dituduh tidak setia kepada Muammar Gaddafi.

Puluhan ribu nyawa rakyatnya yang dibunuh dan diseksa sepanjang lebih 42 tahun menjadi rejim negaranya. Hilang tanpa berita, sudah menjadi perkara biasa bagi rakyat Libya. Dibunuh, dirogol dan pelbagai lagi hanya kerana bercakap tentang hak bersuara. Anak-anaknya begitu bermaharaja lela dengan hasil minyak Libya, dan kejam dengan kuasa yang ada.

Mana Kemuliaan

Mungkin kita juga tidak suka cara rakyatnya membunuh beliau. Mereka pun barangkali sudah terikut-ikut dengan perangai bekas pemimpin mereka itu, lalu mereka menyeksa dan membunuhnya serta disebarkan untuk menjadi tontonan ramai. Alangkah baik, jika dia ditangkap dan diserahkan kepada pengadilan, kemudian dihukum. Dalam usaha mereka hendak menegakkan negara yang adil, mereka sepatutnya melakar sikap baru yang berperaturan dan meninggalkan budaya lama yang merosakkan.

Namun, Gaddafi mengingatkan kita bahawa Allah Maha Berkuasa atas segalanya. Allah memuliakan siapa yang Dia kehendaki dan menghina siapa yang Dia kehendaki. Pada tanganNya kerajaan dan kekuasaan hakiki. Pernahkah Gaddafi, bahkan rakyat Libya sendiri bayangkan pada suatu hari pemimpin mereka yang begitu berkuasa dan megah akan dibunuh demikian rupa. Bukan di istananya, tetapi dalam lubang kotoran yang terpencil dalam negaranya yang porak peranda atas kekejamannya. Dia memanggil rakyatnya 'tikus' yang cuba menentangnya, akhirnya dialah yang bersembunyi dalam lubang tikus sebelum dibunuh oleh rakyatnya.


Akhbar UK melaporkan kematian Gaddafi dengan begitu hina.

Perasaan saya bercampur baur apabila membaca akhbar-akhbar di UK mengenai pembunuhan Gaddafi. Mereka bagaikan meraikan kematian Gaddafi, bahkan meraikan cara dia dibunuh. Sentiment Lockerbie mungkin menguasai mereka. Akhbar-akhbar menggelar Gaddafi sebagai 'dead dog', 'mad dog', 'the rat' dan pelbagai lagi.

Satu perasaan aneh menjelma apabila melihat seorang wartawan akhbar The Sun UK, yang berada di tepi mayat Gaddafi dengan penuh bangganya. Alangkah hinanya dunia Islam ini. Kita menjadi bahan sendaan orang lain. Di manakah ayat Allah (maksudnya):

"Dan demikianlah Kami jadikan kamu satu umat wasata (adil dan contoh), supaya kamu layak menjadi saksi kepada umat manusia (tentang kebenaran) dan Rasul itu (Muhammad) pula akan menjadi saksi ke atas kamu". (Surah al-Baqarah: 143).

Apakah keindahan politik di dunia umat Islam yang dapat dicontohi oleh orang lain?! Di manakah kita sebagai saksi kebenaran?!

Gaddafi ketika membunuh rakyatnya menggunakan nama Islam sebagai tiket yang menghalalkan tindakannya. Anaknya pun bernama Saif al-Islam (Pedang Islam). Mereka yang membunuhnya juga menggunakan nama Islam. Laungan takbir 'Allahu Akbar' dilaporkan oleh media Barat dan Timur mengiringi pembunuhan ke atas Gaddafi. Di manakah Islam yang sebenar? Orang Barat mungkin bertambah keliru. Tuduhan Islam agama darah bertambah kukuh dalam benak mereka yang gagal memahami hakikat agama ini.

Benaissa

Dalam dua minggu di sini, saya bersahabat baik dengan seorang yang berpengalaman. Mohammed Benaissa. Beliau bekas menteri luar, Morocco (1999-2007). Pernah berkhidmat dengan PBB selama 11 tahun. Mendapat pelbagai anugerah antarabangsa, termasuk Aga Khan Award pada tahun 1989. Beliau turut menjadi fellow di OCIS, Oxford. Saya simpulkan beliau memang seorang yang 'terbuka' atau liberal.

Saya ramai kenalan arab, tetapi ramai yang stereotype saja. Beliau agak lain. Mungkin pengalamannya yang panjang menjadikan beliau mempunyai kesimpulan-kesimpulan yang menarik. Beliau ke sini untuk membahaskan tentang 'Arab Spring' ataupun kebangkitan Arab yang sedang berlaku. Sudah ada beberapa pembentang yang lain.

Hari pertama saya jumpa beliau ketika sessi minum kopi di OCIS. Dalam diskusi tidak formal itu, beliau menegaskan kepada fellow yang lain tentang kepentingan memisahkan agama daripada politik. Baginya, agama telah mengelirukan keadaan politik. Sering dijadikan alat untuk menghalalkan pelbagai kehendak dan kerakusan. Ya, kerangka fikir ini, biasanya akan dicop oleh sesetengah sebagai sekularisma. Namun, saya cuba memahaminya dengan lebih mendalam. Saya anggap itu sebagai keluhan kecewa seorang insan arab yang gagal melihat peranan hakiki agama dalam penegakan keadilan dan kemajuan umat dalam politik.

Entah bagaimana, beliau kemudian, begitu baik dengan saya. Setiap kali waktu minum dan makan, beliau akan menelefon saya. Saya ambil peluang itu untuk berdiskusi dengan beliau. Banyak manfaat dari pengalamannya yang saya kutip. Beliau sekali menyatakan kepada saya bahawa ulama telah banyak mengelirukan rakyat Arab. Pelbagai fatwa untuk pelbagai kepentingan dikeluarkan.

Rakyat Arab dikhayalkan dengan pelbagai pandangan jumud agama yang gagal membawa mereka ke hadapan. Di kala rakyat susah dan miskin, golongan agama ada yang sibuk mengajak supaya orang Islam kembali memakai pakaian zaman Nabi s.a.w, menyingsing singkat kain dan menutup wajah. Kemiskinan dan kelaparan dihalalkan dengan nas-nas yang mengkhayalkan. Beliau seakan bersetuju dengan Karl Marx: "Religion is the sigh of oppressed creature…it is the opium of the people".

Saya kata kepada beliau: "Itu agama palsu, atau yang disalahgunakan oleh golongan yang berkepentingan. Adapun Islam yang sebenar, yang diturunkan oleh Allah sebagai petunjuk untuk manusia, ia merentasi batasan kepentingan individu dan parti politik tertentu. Malangnya, Islam seperti itu jarang dizahirkan kerana manusia ramai yang berkepentingan". Beliau jawab: "Ya, itu maksud saya".

Dalam tempoh dua minggu bersahabat dengannya, ada perkara saya setuju dan ada yang saya kurang setuju. Namun saya hormati hak beliau dalam memberikan pandangan. Rabu baru ini beliau membentangkan kertasnya dalam seminar yang berkaitan dengan Arab Spring. Tajuk beliau The Economic and Political Causes of Change.

Ada beberapa perkara yang saya suka petik dari pembentangan itu. Antaranya beliau menyatakan bahawa Arab sedang menuju ke arah perubahan, namun memerlukan masa. Demokrasi dan kedamaian yang dinikmati oleh Eropah tidak datang dalam satu malam, sebaliknya setelah 200 tahun berperang antara satu sama lain, terhasillah keadaan sekarang. Arab juga barangkali memerlukan keadaan yang sama untuk menghasilkan kesimpulan yang terbaik.

Beliau menyentuh tentang kepentingan 'hope' atau harapan dalam jiwa rakyat tentang politik. Apabila hilangnya harapan atau impian rakyat maka segalanya mungkin berlaku. Perkara penting bagi sesebuah pemerintahan adalah menempatkan harapan dalam jiwa rakyat.

Harapan

Saya ingin mengembangkan nota ini. Ya, insan hidup dengan harapan atau cita-cita. Kecil atau besar tidak penting. Selagi ada harapan, insan akan cuba bangun dan meneruskan hidup. Jika putus asa mengambil tempat harapan, maka pelbagai perkara buruk akan dilakukan. Putus asa boleh membawa insan membunuh diri dan mengganas. Sanggup memusnahkan apa sahaja kerana segalanya sudah tidak bernilai lagi. Justeru, akidah Islam melarang putus asa terhadap Tuhan. Pintu harapan terhadap Tuhan sentiasa dibuka. Firman Allah (maksudnya):

"Katakanlah: "Wahai hamba-hambaKu Yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Az-Zumar:53).

Dalam politik, sesebuah kerajaan yang gagal memberikan harapan dan menimbulkan putus asa dalam jiwa rakyat -seperti di beberapa negara Arab sekarang- akan menyebabkan rakyatnya bangkit mengorbankan apa saja. Apabila harapan sudah tiada, kekecewaan menyelubungi hidup maka manusia akan bertindak dengan cara yang tidak dijangka. Mati dan hidup sudah tiada bezanya. Tiada siapa hendak mengadu, maka tindakan atas apa saja harga akan dilakukan. Inilah yang berlaku dalam Dunia Arab hari ini.

Kembalinya sebahagian rakyat kepada agama dalam tempoh kekecewaan politik juga hendaklah dinilai dengen teliti; apakah kerana mereka benar-benar memahami ajaran agama, atau kerana mereka sudah hilang harapan melainkan mengadu kepada Tuhan. Apabila mereka kembali mempunyai harapan, jika mereka kekal atas agama, itu pengembalian yang tulen. Jika tidak, itu sebaliknya.

Dalam negara kita, bagi saya mana-mana parti politik yang paling boleh memberikan harapan impian dalam kerangka hari ini, akan mendapat tempat dalam jiwa rakyat terutama golongan muda yang mempunyai banyak harapan dan cita.

[sumber]

Wanita

Posted: 27 Oct 2011 10:00 AM PDT


Liking and sharing...

-Betapa Berharganya Seorang...
Wanita-

Ketika Tuhan menciptakan wanita, malaikat datang dan bertanya,"Mengapa begitu lama engkau menciptakan wanita, Tuhan???"

Tuhan menjawab,"Sudahkah engkau melihat setiap detail yang telah aku ciptakan untuk wanita?" Lihatlah dua tangannya mampu menjaga banyak anak pada saat bersamaan, punya pelukan yang dapat menyembuhkan sakit hati dan kerisauan, dan semua itu hanya dengan dua tangan".

Malaikat menjawab dan takjub,"Hanya dengan dua tangan? tidak mungkin!

Tuhan menjawab,"Tidakkah kau tahu, dia juga mampu menyembuhkan dirinya sendiri dan boleh bekerja 18 jam sehari".

Malaikat mendekati dan mengamati wanita tersebut dan bertanya,"Tuhan, kenapa wanita terlihat begitu lelah dan rapuh seolah-olah terlalu banyak beban baginya?"

Tuhan menjawab,"Itu tidak seperti apa yang kau bayangkan, itu adalah air mata."

"Untuk apa???", tanya malaikat.

Tuhan melanjutkan,"Air mata adalah salah satu cara dia menunjukkan kegembiraan,kerisauan,cinta,kesepian, penderitaan,dan kebanggaan,serta wanita ini mempunyai kekuatan mempesona lelaki,ini hanya beberapa kemampuan yang dimiliki oleh wanita.

Dia dapat mengatasi beban lebih baik dari lelaki,dia mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri,dia mampu tersenyum ketika hatinya menjerit kesedihan,mampu menyanyi ketika menangis, menangis saat terharu,bahkan tertawa ketika ketakutan.

Dia berkorban demi orang yang dicintainya,dia mampu berdiri melawan ketidakadilan,dia menangis saat melihat anaknya adalah pemenang,dia gembira dan bersorak saat kawannya tertawa bahagia,dia begitu bahagia mendengar suara kelahiran.

Dia begitu bersedih mendengar berita kesakitan dan kematian,tapi dia mampu mengatasinya.Dia tahu bahwa sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka.

Allah S.W.T berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia, namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya. "

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk menyokong suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,sosok yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."

"CINTANYA TANPA SYARAT. HANYA ADA SATU YANG KURANG DARI WANITA,DIA SELALU LUPA BETAPA BERHARGANYA DIA..."

Wallahu'alam..............

By: Himpunan Cerita Cinta

Tiada ulasan: