Jumaat, 28 Oktober 2011

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


AGAMA BAHARU

Posted: 28 Oct 2011 07:30 AM PDT

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua hari ini membidas bekas ketua polis negara Tan Sri Rahim Noor kerana didakwa mencadangkan tuntutan hak asasi manusia dengan fahaman komunisme.

suaram submarine dinner 230711 tony pua"Jika hak asasi boleh disamakan dengan komunisme, maka pastilah apa yang cuba dilakukan Rahim dalam ucapannya dalam perhimpunan agung kedua PERKASA untuk membenih dan menumbuhkan gerakan fasisme di Malaysia," kata Pua (kanan).

Rahim kelmarin memberi amaran berhubung kebangkitan gelombang hak asasi manusia yang dibimbanginya akan "merombak dan menghakis dasar yang dipersetujui bersama."

Katanya, Malaysia tidak dapat mengelak daripada menghadapi gelombang itu, seperti pengalamannya berdepan gelombang Marxist dan komunisme sebelumnya.

abdul rahim noor perkasa 2nd agmDalam kenyataannya hari ini, Pua berkata ia konsisten dengan maksud fasisme yang dijelaskan oleh kamus bahasa Inggeris Oxford.

Kamus itu memberikan maknya sebagai sebagai: "Kepercayaan dalam ketuanan satu kumpulan kebangsaan atau etnik, penghinaan terhadap demokrasi, desakan pada ketaatan kepada pemimpin yang berkuasa, dan pendekatan demagogic yang kukuh".

Dakwanya, ucapan Rahim (kiri) dalam perhimpunan NGO "haluan kanan" cuba menggagalkan reformasi yang sedang diusahakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Najib pada malam Hari Malaysia mengumumkan beberapa pembaharuan untuk memberikan lebih ruang kepada hak asasi, termasuk penghapusan Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) dan pengisytiharan darurat.

Tiada bukti nyata projek IC, kata Abdul Rashid

Posted: 28 Oct 2011 05:33 AM PDT

Dakwaan mengenai pemberian secara sistematik kewarganegaraan Malaysia kepada ribuan pendatang haram di Sabah pada tahun 1990-an adalah seperti bahan legenda.

Dan sepertimana semua legenda yang baik, ia mungkin dirasakan banyak berlaku, tetapi tidak ada bukti yang dapat dinafikan, bahawa ianya telah berlaku.

azlanSekurang-kurangnya, itulah apa yang bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman percaya mengenai operasi popular dengan panggilan Projek IC atau Projek M.
"Saya tidak mempunyai maklumat yang ketara atau boleh dipercayai mengenai kebanjiran pendatang tanpa izin di Sabah ketika saya menjadi pengerusi SPR," katanya.

Abdul Rashid berkata sepanjang masa, orang bawa cerita-cerita yang sukar untuk diterima sebagai benar.

"Semua itu adalah hanya cakap-cakap sahaja," katanya dalam satu temu bual e-mel dengan Malaysiakini minggu lalu.

Namun begitu, Abdul Rashid enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu, memanggil "terlalu spekulatif".

PENGGANTI DS NAJIB BAKAL BERDEPAN HUTANG YG BANYAK

Posted: 28 Oct 2011 04:00 AM PDT

Hutang negara berkurang pada zaman Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan, namun melonjak selepas Datuk Seri Najib Razak mengambil alih kementerian itu.
Sepanjang Anwar menjadi menteri kewangan dari tahun 1991 hingga 1998, beliau berjaya mengurangkan hutang negara dan menukar belanjawan kerajaan kepada lebihan pendapatan dalam masa dua tahun sahaja, lapor KeadilanDaily.
Belanjawan itu berterusan sehingga beliau dipecat secara tidak adil pada 1998 oleh pentadbiran Mahathir.
Sebelum pelantikannya sebagai menteri kewangan, Malaysia mengalami belanjawan defisit selama hampir 20 tahun, namun selepas pemecatannya, Malaysia sekali lagi berdepan Belanjawan defisit selama 14 tahun berturut-turut.
Dapatan ini dikeluarkan badan pemikir Kajian Politik Untuk Perubahan (KPRU) dalam satu analisa perbandingan antara pentadbiran Anwar dan juga Najib sebagai Menteri Kewangan.
Kajian itu menunjukkan semasa pentadbiran Anwar, hutang domestik berjaya dikekang di bawah RM80 bilion sehingga tahun 1997 dan RM88.197 bilion pada tahun 1998.
"Rekod Anwar sebagai Menteri Kewangan amat impresif. Hutang keseluruhan Kerajaan Persekutuan sebenarnya berkurang antara tahun 1992 sehingga tahun 1996  selepas meningkat secara berterusan selama hampir 20 tahun.
"Secara perbandingan, hutang keseluruhan Kerajaan Persekutuan meningkat secara tekal pada kadar lebih 10 peratus setiap tahun sejak Najib menjadi Menteri Kewangan pada tahun 2008," kata KPRU dalam analisa itu yang dibuat bersama Ahli Parlimen Selayang, William Leong.
Menurut KPRU lagi, hutang negara yang meningkat secara berterusan itu diburukkan lagi oleh Barisan Nasional yang cenderung meluluskan belanjawan tambahan untuk menyorokkan angka hutang dan defisit negara yang terus meningkat saban tahun.
Belanjawan tambahan itu, kata KPRU, sepatutnya hanya perlu diluluskan untuk perkara-perkara yang bersifat kecemasan seperti sekiranya berlaku bencana alam di Jepun.
"Sebagai contoh, dalam Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2011) dibentangkan Jun tahun ini, pentadbiran Najib dikritik kerana memanipulasi peruntukan emolumen RM1 bilion untuk Kementerian Kesihatan kerana emolumen sepatutnya tidak tergolong sebagai perbelanjaan di luar jangka," kata KPRU.
Ini menyebabkan hutang negara semakin meningkat setiap tahun sejak Najib menjadi Menteri Kewangan, kata KPRU.
"Hutang keseluruhan Kerajaan Persekutuan adalah RM306.437 bilion pada tahun 2008 apabila Najib mengambil alih sebagai Menteri Kewangan, Ia meningkat kepada RM362.387 bilion pada tahun 2009 dan RM407.101 bilion pada tahun 2010. Ia diunjurkan mencecah RM455.745 bilion pada tahun 2011.
"Menurut laporan terkini Bank Negara Malaysia pada 30 Jun 2011, hutang Kerajaan Persekutuan kini sudah mencecah RM437 bilion," kata KPRU

MANA ADA MUSUH MENGAKU

Posted: 28 Oct 2011 02:00 AM PDT

Bekas ketua komunikasi Perdana Menteri British Tony Blair -  Alastair Campbell keras menafikan dakwaan penglibatannya dengan Datuk Seri Najib Razak untuk membantu kerajaan memenangi pilihan raya umum akan datang.

Campbell menulis dua kali di Twitter dalam tempoh 16 jam bahawa dakwaan itu adalah "Bull****" (mengarut), sebagai menjawab soalan tiga pengguna, dipercayai rakyat Malaysia.

NONEMenurut portal Sarawak Report, Campbell (gambar, kiri) baru-baru ini dilihat di ibu negeri Kazakhstan dan Malaysia bagi menjalankan kerja-kerja perundingan.

Memetik sumber, portal itu melaporkan beliau sebagai orang di sebalik Najib sejak beberapa bulan lalu untuk menampilkan imej lebih mesra, seperti janji untuk reformasi undang-undang tahanan dan konsep 'Najib Cool'.

Semalam, Campbell menulis di Twitter berkata beliau tidak pernah melawat Malaysia atau bekerja untuk Najib.

Tulisan itu ekoran dakwaan pengguna Twitter bahawa beliau bekerja untuk kerajaan yang "korup".

Campbell pernah menerajui kempen 'Cool Britannia' untuk Blair (kanan) pada sekitar 1990an.

Beliau juga terkenal kerana menyakinkan rakyat Britain melalui usaha perhubungan awam untuk menyokong pencerobohan ke atas Iraq. [Baca berita penuh]
Ssalahuddin ayub 01ementara itu, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub mengingatkan, jika benar dakwaan dalam Sarawak Report itu, tindakan Najib mengupah orang asing untuk menaikkan imejnya adalah membazir, sia-sia dan tidak adil.

"Jika benar Najib mengupah Alastair Campbell yang pernah menjadi ketua komunikasi bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair untuk menaikkan imejnya dan wang rakyat digunakan untuk tujuan itu, ia bukan sahaja membazir dan sia-sia, malah amat tidak adil menggunakan wang rakyat untuk kepentingan peribadi dan partinya," kata Salahuddin Ayub.

Dalam kenyataannya hari ini, anggota parlimen Kubang Kerian itu juga mempersoal ke mana perginya pakar tempatan yang "hebat-hebat" untuk tujuan itu.

arab saudi umumkan hari raya haji jatuh 6hari bulan hari ahad

Posted: 28 Oct 2011 01:51 AM PDT

Al-Mahkamah al-Ulya (Mahkamah Agung) Arab Saudi pada hari Kamis (27/10/2011) kemarin mengumumkan secara resmi dari kantornya di ibukota Riyadh bahwa hari Jum'at (28/10/2011) ini adalah  tanggal satu bulan Dzulhijah 1432 H. Mahkamah Agung Saudi juga mengumumkan bahwa wukuf di Arafah jatuh pada hari Sabtu, 9 Dzulhijah yang bertepatan dengan 5 November 2011. Adapun hari raya Idul Adha jatuh keesokan harinya, Ahad (6/11/2011).

INI BARU DEMOKCRAZY

Posted: 28 Oct 2011 01:08 AM PDT

Seorang mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dipanggil pihak pentadbiran universiti itu semalam berkaitan tulisan dalam blognya yang "menghentam" Universiti Islam Antarabangsa (UIA) berhubung isu penggantungan tugas Prof Dr Abdul Aziz Bari.

Khalid Mohd Ismath dipanggil oleh timbalan dekan hal ehwal pelajar UiTM tengahari semalam, yang "menasihatkannya" supaya berhenti menulis tentang isu Abdul Aziz dan tidak lagi menghentam pentadbiran UIA.

Khalid adalah mahasiswa tahun satu Fakulti Undang-undang dan merupakan timbalan presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI).

"Pihak atasan sudah tahu mengenai perkara ini. Mereka tengah berbincang mengenai tulisan Khalid (itu)," kata sumber yang rapat dengan Khalid.

Menurut sumber itu, dalam tulisan dalam blognya, Khalid menyifatkan penggantungan tugas pakar perlembagaan itu sebagai adalah tidak patut dan mengajak semua pihak turun berdemonstrasi membantahnya Selasa lalu.

Sebelum itu, ratusan pelajar universiti tempatan mengadakan demonstrasi selepas solat Jumaat di UIA membantah penggantungan Dr Aziz Bari.
Bagaimanapun, kira-kira 50 aktivis Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) menukar rancangan untuk berdemonstrasi itu, dengan mengadakan protes secara senyap.

Mereka berhimpun di perkarangan masjid kampus berkenaan, dengan menyalakan lilin dan mengangkat beberapa poster antaranya tertulis "Mahasiswa tuntut kebebasan akademik" dan "Bebaskan universiti dari cengkaman politik".
Menurut sumber lagi, Khalid dikatakan menggunakan perkataan yang "kurang enak" terhadap pentadbiran UIA.

Susulan perjumpaan tersebut, sumber berkenaan berkata Khalid akur dengan arahan HEP yang meminta beliau membuang tulisan tersebut.
UIA menggantung tugas Abdul Aziz sebagai pensyarah undang-undang kerana didakwa "memberikan kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan universiti".
Beliau diberi masa sehingga 25 Oktober depan untuk menjawab surat tunjuk sebab yang dikeluarkan terhadapnya.

Ia berikutan reaksinya sebelum ini yang mengulas titah Sultan Selangor berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja Methodist di Damansara Utama.

Abdul Aziz dipetik berkata, Sultan Selangor sebagai ketua agama negeri mempunyai hak campurtangan tetapi ia perlu selaras dengan ajaran Islam.
Isnin lalu, pihak pentadbiran UIA telah menarik balik penggantungan pakar perlembagaan itu sebagai pensyarahnya berkuatkuasa serta-merta.

MENARIK UNTUK DIBACA DAN DIBAWA WACANA

Posted: 27 Oct 2011 09:37 PM PDT

Pemuda MCA mendakwa Pemuda PAS mempolitikkan aktiviti sosial dan bakal menjejaskan sektor pelancongan di negara ini.
Setiausaha agungnya, Chai Kim Sen mengulas desakan Pemuda PAS supaya konsert Elton John bulan depan diharamkan kerana mendakwa penyanyi homoseksual itu menggalakkan gaya hidup hedonisme.

"Pemuda PAS telah tidak henti-henti menimbulkan masalah, dan mereka seolah-olah mendiskriminasikan sektor hiburan, khususnya penghibur dari negara-negara Barat.

"Pemuda PAS juga banyak memberi alasan yang tidak masuk akal bagi membantah konsert," kata Chai dalam satu kenyataan media.

Beliau membidas PAS kerana cuba mencampurkan politik dengan agama dan pada masa yang sama menempelak DAP kerana mendiamkan diri tidak menegur rakannya itu.

"Dengan membantah terhadap konsert Elton John itu, mereka telah mencerobohi hak-hak ke atas orang bukan Islam.

"Rakyat perlu untuk melindungi diri mereka dan hak-hak orang bukan Islam mesti dipelihara bagi membantu negara bergerak ke hadapan di peringkat antarabangsa," kata Chai sambil mendakwa DAP tidak mampu berbuat apa-apa berhubung keputusan yang dibuat oleh PAS.

Selasa lalu, Ketua Pemuda PAS Pahang, Shahril Azman Abdul Halim Al-Hafiz menggesa kerajaan membatalkan konsert John yang dijadualkan di Genting Highlands pada 22 November ini kerana mendakwa penyanyi gay itu menggalakkan maksiat.

Penyanyi warga British itu secara terbuka pernah mengakui dirinya 'gay' dan telah melangsungkan perkahwinan sesama jantina pada tahun 2005 selepas undang-undang di Britain membenarkan perkara itu.

PAS sering membuat bantahan berhubung konsert dengan mendakwa artis Barat menggalakkan seks secara rambang dan mencemarkan pemikiran anak-anak muda.

Bagaimanapun di sebalik ancaman bantahan itu, kebanyakan konsert diteruskan kerajaan persekutuan tanpa sebarang insiden yang tidak diingini meskipun penganjur terpaksa mematuhi peraturan yang ketat, termasuk tidak memakai pakaian yang terlalu mendedahkan dan bercium atau bercumbuan di atas pentas.

INI LAGI MENGNGONG PUNYA

Posted: 27 Oct 2011 06:41 PM PDT

Pakar undang-undang Profesor Abdul Aziz Bari hari ini membidas Profesor Madya Ridhuan Tee Abdullah yang berkata bahawa undang-undang hudud harus dilaksanakan oleh "kekerasan".

NONEMenurut Abdul Aziz (kanan), yang merupakan seorang pensyarah undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa, kenyataan Ridhuan tidak disokong dari sudut pandangan undang-undang mahupun agama.

Beliau yang digantung oleh UIA tetapi ditarik balik Isnin lalu, berkata pandangan alim ulama Islam berpendapat hukum hudud hanya boleh dilaksanakan ke atas umat Islam sahaja.

Oleh itu, katanya, pandangan Ridhuan pada Selasa lalu bahawa undang-undang hudud perlu dilaksanakan secara kekerasan bagi mendidik bukan Islam dilihat kurang bersesuaian dengan kedudukan beliau sebagai seorang tokoh akademik.

azlanWalaupun Abdul Aziz mengakui Ridhuan mungkin tidak cekap dalam hujah undang-undang kerana ia bukan bidang pengkhususannya, namun, kata pakar undang-undang itu, hudud tidak boleh dibincangkan tanpa mengambil kira perlembagaan persekutuan.

"Apa-apa yang kita katakan tentang hudud, kita perlu untuk berhujah atas dasar perlembagaan, bukan kerana (perlembagaan itu) adalah suci ... tetapi semata-mata kerana ia adalah undang-undang asas negara ini," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menambah bahawa Ridhuan, yang mengajar di fakulti kenegaraan dan tamadun di Universiti Pertahanan Nasional, juga harus sedar bahawa era undang-undang yang mengenakan pada orang lebih.

NONE"(Ridhuan) mungkin memikirkan beberapa undang-undang yang menindas - sesuatu yang mahu dipaksakan ke atas rakyat tanpa persetujuan mereka.

"Tetapi tempoh itu susah berakhir dan kini rakyat lebih memahami tentang hak-hak mereka; dan agama Islam itu sendiri adalah mengenai kebebasan dan membuat pilihan bukannya mengenai kekerasan dan paksaan," katanya.

Menurut Abdul Aziz, contoh yang baik mengenai konsep Islam yang menerima tentangan hebat tetapi hari ini diterima meluas di negara ini adalah sistem perbankan Islam.

Tiada ulasan: