Jumaat, 21 Oktober 2011

Senyum Tangis Sendu

Senyum Tangis Sendu


Budak Sekolah Agama Cabul Pelajar

Posted: 20 Oct 2011 11:00 PM PDT

KOTA BHARU: Lima pelajar tingkatan tiga sebuah Sekolah Menengah Agama (SMA) dekat sini, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas tuduhan mencabul seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun dengan menggunakan kekerasan dalam kejadian pada Ogos tahun lalu.

Semua pelajar terbabit berusia 15 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Muhamad Hafiz Mohd Noor dan minta kes itu dibicarakan sendiri.

Gambar hiasan

Berdasarkan kertas pertuduhan, semua remaja terbabit didakwa menggunakan kekerasan jenayah ke atas mangsa berusia 14 tahun yang juga pelajar sebuah sekolah agama dekat sini, dengan menyedari perbuatan itu berkemungkinan mencabul kehormatan.

Kelima-lima tertuduh yang beralamat di sekitar bandar ini termasuk dari Kampung Pantai Kundor, Badang, Jalan Kuala Besar dan Jalan Pantai Cahaya Bulan, dituduh melakukan perbuatan itu bersama-sama seorang masih bebas di sebuah sekolah agama antara jam 10 pagi hingga 2 petang, pada 9 Ogos tahun lalu.

Mereka yang ditangkap pada 17 Ogos tahun lalu dituduh mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan dengan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama, memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun, denda atau sebatan, jika didapati bersalah.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Nabilah Nizam.

Rakyat Kecewa UMNO Tarik Diri Himpunan Sejuta Umat

Posted: 20 Oct 2011 08:00 PM PDT


Rakyat Malaysia yang beragama Islam khususnya penyokong kuat UMNO kecewa apabila parti itu membuat keputusan untuk tidak menyertai Himpunan Sejuta Umat (Himpun) di Shah Alam Sabtu ini.

Presiden Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem), Tan Sri Rahim Thamby Chik berkata, keputusan UMNO kelmarin amat memeranjatkan semua lapisan masyarakat terutamanya penduduk kampung dan luar bandar yang selama ini melihat parti itu antara pelindung agama Islam.

"Keputusan yang mengecewakan rakyat itu konsisten dengan dasar bercelaru dan membingungkan oleh UMNO sejak akhir-akhir ini, daripada negara Islam Hadhari kepada negara 1Malaysia, British hero kemerdekaan dan kini keputusan tidak menyertai perhimpunan demi menyelamatkan akidah umat Islam.

"Saya bukan ahli UMNO tetapi saya juga dapat merasakan denyut nadi umat Islam di negara ini yang melihat keputusan itu lebih berbaur politik daripada perjuangan agama. Mungkin kerana mereka telah diberi amaran dan takut kepada MCA," katanya.

Beliau mengulas keputusan UMNO Pusat untuk tidak menyertai Himpun yang dianjurkan oleh lebih 48 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana majlis tersebut tidak melibatkan parti-parti politik.

Namun, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, dilapor menyokong penganjuran acara berkenaan tetapi bukan atas dasar parti politik di samping mengajak semua umat Islam menyokong usaha murni itu.

Rahim dalam pada itu menjangka antara alasan yang akan digunakan oleh sebilangan pemimpin UMNO yang tidak menyokong Himpun dalam ceramah mereka kelak adalah dengan menuduh perhimpunan itu ditaja PAS.

"Tiada alasan kukuh kerana nyata sekali perhimpunan itu ditaja oleh NGO Islam. Tambahan pula, soal agama tidak boleh dipolitikkan tanpa mengira ideologi, fahaman, kedudukan individu atau kumpulan tertentu.

"Tindakan UMNO tidak menyokong Himpun akan menjadikan parti itu tidak relevan lagi kepada perjuangan Islam. Saya berharap pemimpin UMNO jangan menjadi fanatik, kita perlu rasional dan menggunakan akal yang diberikan Allah dengan sebaik-baiknya," ujarnya.

Sementara itu, Rahim berpendapat, kini sudah jelas terdapat usaha memurtadkan umat Islam oleh pihak tertentu di Selangor dan rakyat berharap UMNO yang berada dalam pembangkang negeri tampil menyekat usaha tersebut.

"Saya difahamkan 37 orang Islam telah dimurtadkan dan kini di bawah kaunseling JAIS tetapi mungkin lebih ramai golongan murtad yang belum dikenal pasti.

"Ramai pemimpin agama menyarankan UMNO menggubal sebuah enakmen anti murtad di Selangor sebagai langkah awal agar tindakan berkesan dapat diambil terhadap mereka yang cuba memurtadkan orang Islam. Jika enakmen pun tidak mampu, bagaimana mereka mahu melaksanakan hudud?" katanya.

P/s: Raja Video seks mahu  bercakap pasal Islam. Korek lubang la wei. Ko solat sunat sebelum asar pun satu rakaat. Witir ke bro Thamby? Haha. Bodoh nak mampus. Jangan bercakap tentang agama la wei kalau sudah tolak Islam. Haha.. Apabila lanun cuba jag peti simpanan wang. Inilah rupanya.. hahaha

Sial Punya Rawatan, Wanita Diperkosa

Posted: 20 Oct 2011 04:58 PM PDT


KUALA LUMPUR: Terpengaruh dengan dakwaan dirinya disihir dan perlu dirawat, seorang wanita berusia 42 tahun dirogol seorang lelaki di sebuah hotel di Kepong, di sini, ketika mahu melakukan rawatan bagi membuang sial, Selasa lalu.

Difahamkan, mangsa yang dipengaruhi lelaki berusia 38 tahun yang mendakwa mempunyai kebolehan membuang sial, bersetuju mengekorinya ke premis berkenaan sebelum dirogol kononnya kaedah berkenaan mampu merawat mangsa.

Dalam kejadian jam 3 petang itu, mangsa yang menyedari ditipu, membuat laporan di Balai Polis Kepong, di sini.

Menurut sumber, mangsa mengenali suspek kerana dia menyewa bilik di rumah mangsa sejak April lalu.

"Suspek menyewa di bilik berkenaan dengan isterinya dan sejak tinggal di rumah mangsa, lelaki terbabit sering mendakwa mangsa terkena sihir individu yang berdendam dengannya.

"Pada mulanya mangsa tidak percaya namun akibat sering mendengar dakwaan itu, mangsa menjadi takut," katanya.

Sumber berkata, akibat takut mangsa bersetuju mengikut suspek ke sebuah hotel bagi menjalani rawatan.

"Sebaik tiba di hotel, suspek merogol mangsa dan mendakwa kaedah itu mampu membuang sial dan sihir yang ada pada tubuhnya," katanya.

Mangsa yang menyedari ditipu kemudian membuat laporan polis berhampiran kediamannya untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur, Khairi Arasa ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian berkenaan dan memberitahu siasatan lanjut sedang dilakukan.

Tiada ulasan: