Jumaat, 21 Oktober 2011

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


INI WAJAH GADIS KENA RABA TETEK TU?

Posted: 21 Oct 2011 07:30 AM PDT

Gadis yang didakwa oleh blog pro-Umno menjadi mangsa pencabulan oleh anak ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, tampil menafikan dakwaan itu.

Anya Corke, pelajar tahun ketiga di sebuah kolej di Amerika Syarikat yang gambarnya disebarkan oleh blog pro-Umno itu dalam e-melnya berkata beliau terkejut dengan dakwaan itu dan berharap ia tidak lagi berulang.

"Saya ingin jelaskan bahawa foto saya telah disalahgunakan tanpa pengetahuan atau persetujuan saya, sedangkan pada hakikatnya saya tidak pernah menjadi mangsa dalam apa-apa cara oleh budak ini ataupun keluarganya.

"Saya tidak melawat Malaysia selama tujuh tahun lalu. Saya juga tidak pernah berjumpa ataupun mengenali nama-nama orang yang terlibar itu. Saya juga nafikan bahawa pernah secara fizikal diserang dalam apa-apa cara sekalipun, " tulis gadis itu

NONEIsnin lalu, blog pro-Umno itu mendakwa anak pemimpin tinggi politik Pulau Pinang mencabul kehormatan budak sekolah dan bagi menutup perbuatan itu, bayaran RM200,000 disogok kepada ibu bapa budak perempuan itu supaya tidak menghebohkannya.

"Siapalah VVIP negeri Pulau Pinang yang ada ilmu kira-kira dan matematik hingga dapat mengira RM100,000 untuk 1 buah dada yang diramas oleh anak lelaki beliau?" tulis blogger dengan nama Dr MiM di novandri.blogspot.
Rasa simpati

Rabu lalu, setiausaha publisiti DAP, Tony Pua mendedahkan bahawa gambar yang digunakan oleh penulis blog berkenaan dikenalpasti sebagai Anya Sun Corke, 21, seorang warga Britain.

tony pua and lim kit siang press conference 191011 01Gadis itu juga dikatakan tidak mempunyai kaitan dengan Pulau Pinang mahupun pernah berhubungan dengan anak Lim.

Berikutan pendedahan Pua itu, Malaysiakini menghubungi seorang rakan Corke, yang kebetulan adalah warga Malaysia yang menuntut di universiti yang sama.

Dalam emelnya, menurut gadis itu yang juga merupakan pemain catur handalan, satu-satunya cara yang dirinya "dicabuli" ialah apabila gambarnya berkaitan khabar angin yang keji dan tidak berasas itu disebarkan.

"Saya juga ingin luahkan rasa simpati saya terhadap remaja lelaki itu yang telah difitnah dengan dakwaan tidak berasas ini," katanya.

Beliau juga berharap semua pihak, termasuk media menghormati kehidupan peribadinya dengan tidak menghubungi dirinya, keluarga, kolej, persatuan catur dan lain-lain yang berkaitan.

VIDEO SEKS ANWAR LAGI!!1

Posted: 21 Oct 2011 05:35 AM PDT

Seorang anggota 'Trio Datuk T' yang menayangkan sebuah pita video lucah yang didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mac lalu, mahu pihak pendakwaan menggunakan rakaman video seks itu sebagai bukti dalam perbicaraan kes liwat ketua pembangkang itu.

NONEDatuk Shazryl Eskay Abdullah dipetik oleh Utusan Malaysia berkata video berkenaan mampu menangkis kenyataan pakar ortopedik Jerman Dr Thomas Hoogland (kanan) bahawa Anwar tidak mungkin meliwat kerana kecederaan pada tulang belakangnya.

Menurut Shazryl Eskay lagi yang dipetik akhbar milik Umno itu, pihak pendakwa juga boleh memanggil dua pakar forensik video dari Amerika Syarikat yang  mengesahkan bahawa 99.9 peratus pelakunya ialah Anwar sebagai saksi.

''Dua dokumen dipamerkan di mahkamah ketika saya serta dua rakan (Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Datuk Shuib Lazim) didakwa Jun lalu termasuk hasil kajian bagi menentukan kesahihan dan siapa pelaku dalam video berkenaan.

"Justeru, saya mencadangkan pihak pendakwaan menggunakan rakaman video itu dan laporan kesahihannya sebagai bukti," katanya.

alleged four full sex videos on youtube 290411 02'Datuk T' telah menayangkan video yang didakwa dirakamkan pada 21 Februari kepada wartawan pada 21 Mac dan dihukum denda kerana menayangkan pita lucah.

Anwar pula telah berulang-kali menafikan bahawa beliau adalah lelaki yang mengadakan hubungan seks dengan wanita berbangsa Asia dalam video hitam putih itu yang juga tersebar di internet.

Menjawab satu soalan, Shazryl Eskay berkata: "Anwar boleh kata beliau tidak rapat dengan saya atau apapun tetapi pepatah mengatakan sekeping gambar menceritakan segalanya, apatah rakaman beberapa video menunjukkan saya bersamanya dalam sebuah bilik seperti disahkan pakar video AS."

DITAHAN MASA AMBIL WUDUK:INI REGIM DAH KETERLALUANKAH?

Posted: 21 Oct 2011 03:55 AM PDT

Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Md Akin hari ini diheret daripada menunaikan solat Jumaat di masjid Universiti Islam Antarabangsa, sebelum perhimpunan membantah penggantungan tugas Profesor Dr Abdul Aziz Bari sebagai pensyarah bermula.

Bercakap kepada Malaysiakini selepas kejadian itu, Shamsul Iskandar berkata beliau diangkut dan ditarik ke dalam sebuah Proton Satria hitam dan dibawa keluar dari perkarangan universiti itu.

Beliau yang merupakan bekas pelajar UIA itu berkata kira-kira 15 orang - ada yang berpakaian seragam pengawal keselamatan dan ada juga yang tidak - menahannya sebaik sahaja beliau mengambil wuduk.

NONE"Saya beritahu saya mahu solat dahulu kerana iqamat mula dibacakan, tetapi mereka kata tidak boleh dan malah mereka juga tidak boleh menunaikan solat," katanya.

Shamsul Iskandar berkata mereka enggan bertolak-ansur dan kemudiannya bertindak mengheretnya ke kereta.

Beliau berkata mereka yang tidak berpakaian seragam itu juga tidak menunjukkan sebarang kad pengenalan diri dan bertindak dengan cara yang kasar.

"Apa yang menyedihkan, di UIA yang sewajarnya menjadi tempat menyuburkan ilmu Islami seperti slogan UIA 'Taman Ilmu dan Budi', saya ditahan di dalam Masjid dan langsung tidak dibenarkan solat meskipun solat Jumaat hampir dimulakan oleh Imam dan jemaah lainnya.

"Penahanan ini jelas membuktikan bahawa pentadbiran UIA begitu terdesak untuk mengekang keprihatinan massa di luar kelompok mahasiswa dan pensyarah lainnya, khusus dalam isu penggantungan Dr Aziz ini," katanya.

NONEMenurut Shamsul Iskandar beliau kemudiannya dibawa kira-kira enam kilometer jauh di kawasan sekitar Taman Melewar dan meminta dirinya diturunkan di sebuah masjid di sana agar beliau boleh menunaikan solat Jumaat.

Beliau percaya tindakan menahannya bertujuan menghalangnya yang pernah menjadi pemimpin pelajar di UIA daripada mengetuai bantahan di universiti tersebut.

ZULKIFLI NORDIN BODOH JAHIL DAN GOBLOK?

Posted: 21 Oct 2011 02:27 AM PDT

Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib menyifatkan dakwaan ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin berhubung suami meliwat isteri melambangkan kejahilannya dalam hukum hakam yang berkaitan dengan hukum syarak. Menurutnya, hukum syarak tidak boleh dibaca sepintas lalu tetapi memerlukan disiplin ilmu yang tinggi.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan ahli parlimen tersebut di Dewan Rakyat semalam bahawa hukum hudud yang hendak dilaksanakan oleh PAS membenarkan suami meliwat isteri.
Selain itu, Zulkifli juga dilaporkan mendakwa bahawa umur 18 tahun yang ditetapkan dalam enakmen hudud bercanggah dengan Islam yang menetapkan had baligh ialah 15 tahun.
Ustaz Harun menjelaskan, liwat di antara suami isteri tidak termasuk di dalam hukum hudud tetapi bukan bererti perbuatan itu tidak salah.
Jelasnya lagi, perbuatan itu tetap salah, cuma tidak termasuk dalam hukum hudud dan dari sudut hukuman ia akan dikenakan hukum takzir.
" Mengapa ianya dikenakan hukuman takzir dan bukannya hudud? Jawapannya ialah kerana berlaku syubhah di situ.
"Untuk makluman beliau, dalam perlaksanaan hudud, seperkara yang mesti diambil kira dalam perlaksanaan ialah perlaksanaan hukuman hudud mesti meraikan satu kaedah yang penting iaitu tudra'ul hudud bi syubhat iaitu hudud itu tidak boleh dilaksanakan sekiranya ada syubhah.
"Persoalannya di mana syubhah itu dalam kes ini? Syubhahnya ialah hubungan suami isteri itu sendiri atau dalam istilah feqahnya ialah syubhatul milk iaitu syubhah kerana isteri itu adalah milik suami tidak sepertimana dalam kes kesalahan hudud yang beliau nyatakan yang mana pasangan yang bersalah tersebut tidak mempunyai hubungan yang sah dari sudut syarak, ianya adalah berbeza dengan kesalahan liwat suami isteri," tambah beliau lagi.
Beliau berkata, Zulkifli sebagai ahli parlimen tidak sepatutnya membaca sepintas lalu tanpa merujuk kepada para ulama kerana pengetahuan hukum syarak ada disiplinnya yang tersendiri, bukannya mengikut akal fikiran manusia yang lemah.
Beliau turut mengulas tentang dakwaan ahli parlimen itu bahawa had umur 18 tahun bercanggah dengan hukum syarak.
"Masalah berkenaan had baligh seseorang muslim itu, sebenarnya ianya adalah perkara khilafiah, ianya bukan suatu yang qat'ie.
"Ada ulamak dalam mazhab Syafie kata 15 tahun, barulah seseorang itu dianggap baligh, kalau dalam mazhab Hanafi, mereka kata 18 tahun barulah dikira sebagai mukallaf. Jadi dalam isu yang beliau bangkitkan ini, maka kita mengambil had umur yang paling tinggi supaya tidak berlaku masalah khilafiah. Sebagai contoh, jelasnya kalau diambil umur 15 tahun, nanti apabila perbicaraan diadakan, mungkin pihak peguam tertuduh akan mendakwa bahawa anak guaman bermazhab Hanafi, semata-mata untuk lari daripada hukuman.
"Jadi kita ambil pandangan 18 tahun supaya tidak berlaku at-tahayul atau helah dalam perbicaraan, itu hanya satu sebab mengapa kita pilih 18 tahun dan di sana masih ada sebab-sebab lain yang boleh kita rujuk kepada buku-buku feqah," ujar beliau lagi.

PERDANA MENTERI KITA ADA CIRI CIRI MUNAFIK?

Posted: 21 Oct 2011 12:00 AM PDT

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dituntut melaksanakan janjinya untuk membayar imbuhan sebanyak RM100 juta setahun kepada Kerajaan Kedah kerana tidak menebang balak di negeri itu.
Ahli Parlimen Pendang, Dr Mohd Hayati Othman berkata, janji tersebut bukan hanya dibuat oleh Najib, malah oleh dua bekas Perdana Menteri sebelum ini, tetapi masih belum ditunaikan sehingga sekarang.
Katanya, Perdana Menteri tidak sepatutnya bercakap sahaja untuk membayar imbuhan tersebut, tetapi tidak pula mengambil sebarang usaha untuk melaksanakannya.
"Janji itu telah terlalu lama, malah sejak dua bekas Perdana Menteri sebelum ini dan sekarang perlu ditunaikan sejajar dengan janji yang telah dibuat," katanya ketika berucap pada persidangan Dewan Rakyat di sini, semalam.
Jika janji itu tidak dilaksanakan juga, Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah, menurut beliau, berhak menuntutnya kerana Kerajaan Kedah sememangnya berhak mendapat imbuhan tersebut.
Sebelum itu, beliau turut menyentuh tentang keperluan Kerajaan Pusat memberikan imbuhan kepada persatuan pemandu teksi bagi membantu ahli-ahlinya dengan kadar yang berpatutan paling kurang RM15,000 setahun.
Selain itu, beliau mencadangkan kepada pihak kerajaan agar memberikan elaun kepada mereka yang terlibat dalam kerja-kerja penghantaran pesakit menerusi ambulan yang bukan dimiliki oleh hospital, tetapi Persatuan Bulan Sabit Merah dan Jabatan Pertahanan Awam.
Menurutnya, peranan mereka juga penting bagi membolehkan orang sakit atau mereka yang mengalami kecederaan dihantar ke hospital dengan segera, memandangkan ambulan hospital kadang-kalanya lambat tiba setelah dipanggil.
Sehubungan itu, beliau menyarankan agar mereka yang terlibat dengan kerja-kerja itu diberikan latihan mencukupi, bagi membolehkan mereka memberikan bantuan kepada pesakit dengan betul agar tidak mencederakan atau menambahkan lagi kecederaan pesakit.
"Jika terdapat pesakit yang perlu dimasukkan air ke dalam badannya, sekiranya mereka diberikan latihan, bolehlah mereka melakukan kerja-kerja itu dengan betul bagi membantu pesakit sepanjang berada di dalam ambulan," tegasnya.
Menyentuh tentang kepentingan pelajaran anak-anak, beliau menyarankan Kementerian Pengajian Tinggi melakukan penyelarasan terhadap tawaran masuk para pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).
Katanya, kini tawaran masuk para pelajar ke IPTA agar lambat berbanding tawaran yang diterima dari Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), sehingga terdapat para pelajar yang telah menerima tawaran ke IPTS terlebih dahulu sebelum ke IPTA.
Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), katanya, diumumkan pada bulan Mac, manakala tawaran dari IPTS telah diterima oleh para pelajar sekitar bulan Jun dan ke IPTA pula sekitar bulan September.
"Disebabkan tawaran ke IPTA lambat, terdapat pelajar yang telah menerima tawaran ke IPTS terlebih dahulu kerana bimbang tidak akan mendapat tawaran ke IPTA.
"Apabila tawaran ke IPTA diterima kemudiannya, terdapat pelajar yang menanggung kerugian sehingga RM500 akibat membayar yuran yang tidak akan dipulangkan kembali kepada pihak IPTS terlebih dahulu," ujarnya.
Sebelum itu juga, beliau turut menyarankan Kementerian Kewangan agar turut membayar elaun kepada kakitangan kumpulan sokongan yang bertugas di hospital, setelah pihak kerajaan memutuskan untuk membayar elaun khas kepada para doktor dan pembantu perubatan baru-baru ini.
Beliau sebelum itu turut menuntut Kerajaan BN melaksanakan janjinya untuk membina hospital di Pendang di atas tapak seluas 40 hektar dengan kos RM150 juta seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, memandangkan janji tersebut telah diulang banyak kali setiap kali pembentangan bajet dilakukan setiap tahun.
"Jadi bilakah lagi nak dibina hospital di kawasan itu? Janganlah hanya menunggu hendak diadakan pilihanraya barulah nak dibina hospital di Pendang," katanya.
Di awal ucapannya, beliau mendesak Kerajaan Pusat mengambil perhatian ke atas nasib para petani, khususnya yang mengusaha tanaman padi agar membantu memberikan benih padi kepada mereka, memandangkan para petani di kawasan Pendang khususnya dan di Kedah amnya kini mengalami kekurangan benih padi.
Kejadian tersebut, menurut beliau, tidak akan berlaku sekiranya perancangan yang dibuat oleh pihak kerajaan betul, tetapi disebabkan terdapat permainan politik di sebaliknya menyebabkan para petani pula yang terpaksa menanggung akibatnya.
Katanya, masalah tersebut tidak sepatutnya dipandang mudah oleh kerajaan kerana ia amat penting bagi kepentingan bekalan beras negara, memandangkan Malaysia kini hanya mempunyai stok beras sebanyak 295,000 tan sahaja setahun.
"Selebihnya, iaitu sebanyak 60 peratus lagi terpaksa diimport dari negara lain termasuk dari Thailand, tetapi Thailand pula baru-baru ini telah dilanda banjir sehingga menyebabkan 1.8 hektar kawasan tanaman padi di negara itu ditenggelami banjir.
Sebelum itu, beliau bertanya kepada Kerajaan BN mengenai status jalan raya yang hendak dibina oleh JKR khususnya jalan timur barat Pendang ke Sungai Tiang yang menelan belanja RM160 juta.
"Projek itu menelan belanja yang besar, tetapi status jalan itu sendiri pun tidak dimaklumkan. Adakah Lebuh Raya Timur Sepang? Apakah status sebenarnya jalan itu?" katanya.

Sultan mahu masjid diimarah lebih sistematik

Posted: 20 Oct 2011 10:00 PM PDT

Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah menitahkan setiap pegawai pentadbiran dan ahli jawatankuasa masjid menekankan beberapa aspek penting bagi tujuan mengimarahkan lagi rumah ibadat itu secara lebih bersistematik.

Titah baginda, masjid merupakan medan institusi keilmuan serta panduan untuk umat Islam mendapatkan ilmu.

Selain itu, masjid juga merupakan tempat untuk umat Islam mengeratkan lagi silaturahim tanpa mengira status seseorang mahupun fahaman parti politik.

"Bagi tujuan itu, pegawai dan ahli jawatankuasa perlu menyusun struktur kerja masjid untuk dijadikan sebagai sebuah pusat pentadbiran dan tanggungjawab ini terletak pada pegawai dan ahli jawatankuasa kerja masjid yang dinamik dan berkaliber," titah baginda pada majlis tahlil dan doa selamat serta perasmian Masjid Sultan Ahmad Shah Al-Haj bernilai RM14.4 juta di Pekan malam tadi.

Sultan Ahmad Shah bertitah setiap pegawai dan ahli jawatankuasa masjid juga perlu mempunyai pengetahuan luas tentang Islam serta wawasan bagi membantu mereka yang mempunyai masalah tentang agama.

"Mereka perlu kreatif menggerakkan aktiviti berunsurkan keagamaan seperti ceramah, forum dan dialog umum serta program lain yang dapat mengembangkan lagi peranan masjid dalam usaha memperkukuhkan lagi akidah umat Islam," titah baginda.

Sehubungan itu, baginda turut meminta Jabatan Agama Islam setiap negeri memantau pembangunan serta kemajuan masjid bagi mengelakkan ia disalah guna individu atau kumpulan tertentu yang bertujuan mencorak pemikiran umat Islam ke arah persepsi negatif.

Turut berangkat ke majlis itu adalah Sultanah Pahang Sultanah Kalsom, Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.

- Bernama

SEMUA INI BUKTI MEREKA TIDAK BERTAMADDUN

Posted: 20 Oct 2011 08:22 PM PDT

Rakaman televisyen menunjukkan mayat bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi yang berlumuran darah diheret dan dikasari pasukan tentera anti Gaddafi.

Menurut Reuters, dalam rakaman yang disiarkan stesen Al Arabiya, muka Gaddafi berlumuran darah dan tentera anti-kerajaan mengheret mayat bekas pemimpin itu di atas tanah manakala terdapat kesan luka di kepalanya.

Rangkaian televisyen Al Jazeera pula menyiarkan rakaman mayat Gaddafi yang hampir bogel sehingga paras pinggang diletakkan di atas tanah.

NONEAl Jazeera turut menyiarkan gambar mayat Gaddafi di belakang ambulans dan mukanya tidak berlumuran darah.
Pemimpin yang memerintah negara itu selama 42 tahun itu dilaporkan merayu: "Jangan bunuh saya, anak saya."

Beliau dilaporkan masih hidup ketika ditangkap tetapi meninggal dunia sejam kemudian.

Rakyat Libya yang berang menarik rambut bekas pemimpin itu sebelum berarak membawa Gaddafi yang sudah berlumuran darah di belakang sebuah kenderaan.

Dalam pada itu, AFP pula melaporkan pemimpin kerajaan sementara Libya, Mustafa Abdel Jalil akan mengisytiharkan pembebasan Libya dan memberi maklumat terperinci mengenai kematian Muammar Gaddafi, kata perdana menteri kerajaan sementara, Mahmud Jibril kepada pemberita.

"Abdel Jalil akan muncul hari ini atau selewat-lewatnya esok untuk mengisytiharkan pembebasan negara ini dan mengumumkan maklumat terperinci mengenai kematian Gaddafi," kata orang nombor dua Majlis Peralihan Kebangsaan Libya (NTC) itu.
"Dengan pengumuman itu semua mereka yang jahat, termasuk Gaddafi telah dihapuskan dari negara tercinta ini ... ini adalah masa bagi Libya untuk memulakan negara baru, sebuah Libya yang bersatu, satu rakyat dan satu masa depan," katanya.
Anak juga terbunuh

Gaddafi, 69, terbunuh dalam serangan tentera kerajaan sementara Libya dibantu oleh tentera udara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berhampiran bandar Sirte, petang semalam.
Turut terbunuh dalam serangan itu ialah Mutassim, anak kelima Gaddafi.

Kematiannya menamatkan pemburuannya selama dua bulan sejak beliau melarikan diri setelah kejatuhan Tripoli ke tangan tentera pemberontak pada Ogos lalu.

Pegawai Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC), Abdel Majid Mlegata, sebelum itu melaporkan Gaddafi berjaya ditangkap ketika cuba melarikan diri secara berkonvoi dalam satu serangan itu.

NONEBekas pemimpin itu mengalami cedera parah di kedua-dua belah kakinya.

"Ketika ditangkap, dia (Gaddafi) turut dikasari dan dipukul di kepala (oleh tentera kerajaan sementara Libya)," kata Mlegata.

Gambar-gambar merakamkan keadaan pakaiannya berlumuran darah tersebar di Internet.

Seorang pegawai NTC, Mohamed Abdel Kafi berkata, jenazah Gaddafi dibawa ke satu lokasi rahsia atas faktor keselamatan.

''Jenazahnya dibawa ke lokasi yang dirahsiakan menggunakan sebuah kenderaan NTC," kata Mohamed.

Bekas Menteri Pertahanan ketika pemerintahan Gaddafi, Abu Bakr Younis turut terbunuh dalam serangan tersebut.

Gaddafi menghadapi penentangan daripada rakyatnya sejak Februari lalu sebelum melarikan diri dari Tripoli setelah ibu negara Libya itu jatuh ke tangan pemberontak dengan bantuan NATO pada Ogos lalu.

Sejak kejatuhan Tripoli, Gaddafi melarikan dan meneruskan perjuangan untuk kembali berkuasa, manakala sebahagian ahli keluarganya termasuk isteri dan anak perempuannya telah melarikan diri ke Algeria.

Sebelum ini, anak lelakinya, Khamis, 28, terbunuh dalam pertempuran di Tarhouna, selatan Tripoli, Libya pada 29 Ogos lalu.

Khamis merupakan komander Briged Elit ke-32 tentera yang dikatakan berjaya menumpaskan pemberontak di timur Benghazi pada Februari lalu.

Pada 30 April lalu, seorang lagi anak Gaddafi, Saif al-Arab dan tiga cucunya terbunuh dalam pertempuran dengan tentera NATO di Bab al-Aziziya, Tripoli.

Tiada ulasan: