Khamis, 6 Oktober 2011

Senyum Tangis Sendu

Senyum Tangis Sendu


Bukti: Melayu Kafir Harbi

Posted: 06 Oct 2011 12:31 AM PDT


Benarkah melayu itu hanya sekadar nama di tepi jalanan yang wujud dari serpihan pemimpin UMNO yang jahil maka pengikutnya turut jahil tetapitidaklah sampai kafir harbi. Apa yang takut sangat dengan hukum hudud? Takut tidak boleh buat maksiat ataulanggan pelacur? Pemimpin UMNO takut kerana mereka adalah pelanggan pelacur jadi hudud itu sebagai penghalang untuk buat perkara keji itu.

Semakin hari semakin jelas kejahilan yang ditonjolkan oleh para pemimpin UMNO. Jika UMNO betul-betul laksanakan hukum, mengapa masih lagi wujud jenayah yang semakin serius di Malaysia dan UMNO pula sebagai penghalang yang kononnnya memperjuangkan Islam. Islam macam mana yang diamalkan oleh UMNO?

Cuba tengok komen dari Pejuang Melayu di atas. Ia seolah-olah perkara remeh-temeh. Boleh aku katakan itu kafir harbi

Pasangan Dalam Malaysia 15% Tidak Subur. Betulkah?

Posted: 05 Oct 2011 05:03 PM PDT

SUBANG JAYA: Masalah ketidaksuburan pasangan berkahwin di Malaysia masih berada di tahap yang tidak begitu kritikal, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Menurutnya, dianggarkan hanya 10 hingga 15 peratus daripada keseluruhan pasangan di negara ini mengalami masalah itu disebabkan beberapa faktor antaranya kegagalan proses ovulasi, ketidaksuburan lelaki selain kewujudan penyakit lain.

Gambar hiasan

Beliau berkata, perkara itu bukanlah masalah baru di Malaysia malah ia juga dihadapi negara maju seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom.

"Tahun lalu hanya 450 kes dikendalikan pusat Teknologi Bantuan Persenyawaan (ART) di bawah kementerian dan setakat ini, saya rasa ART sedia ada masih boleh menampung keperluan.

"Bagaimanapun, kerajaan tidak pernah lupa terhadap mereka yang bermasalah kesuburan kerana perkhidmatan bagi masalah ini ada disediakan dengan caj antara RM500 hingga RM5,000," katanya.

Hadir sama, Pengerusi Kumpulan Sunway, Tan Sri Dr Jeffrey Cheah dan Ketua Pegawai Eksekutif SunMed, Lau Beng Long.

Liow berkata, usaha SunMed membuka pusat itu dilihat menyokong usaha kerajaan dalam mempromosikan sektor pelancongan perubatan negara selaras inisiatif Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA).

"Pihak KKM menyokong penuh usaha sektor swasta dalam membantu memperluaskan lagi cabang perkhidmatan yang ditawarkan industri perubatan di negara ini," katanya.

Tiada ulasan: