Khamis, 6 Oktober 2011

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Hilang pertimbangan...

Posted: 06 Oct 2011 05:30 AM PDT


Realiti kehidupan di bawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional. Rakyat terpaksa mengemis sebab nak hidup.

Hidup rakyat susah... Pendatang melimpah. Cara mudah cari rezeki.... mengemis bah!!

Well... inikah jenis kehidupan yang rakyat Sabah mahu??

Haiyooo....Berubahlah dan buat perubahan. You're the BOSS.

Ayuhhh... Berubah bersama Pakatan Rakyat untuk kehidupan yang lebih sejahtera!!

TAWAU: Panik dan terlalu takut dicekup pihak berkuasa, seorang ibu hilang pertimbangan sehingga sanggup mencampakkan bayi lelakinya berusia enam bulan ke laut semata-mata untuk menyelamatkan diri apabila diserbu pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana disyaki mengemis di pesisiran Pantai Sabindo, di sini, semalam.

Bagaimanapun, bayi itu diselamatkan penguat kuasa JKM yang bertindak spontan terjun ke laut sebaik menyaksikan kejadian menyayat hati itu jam 10 pagi.

Difahamkan, wanita berusia 30-an terbabit mengemis di kawasan itu sambil membawa bayi dan dua lagi anaknya masing-masing berusia enam dan tujuh tahun.

Bagaimanapun, kedua-dua anak pengemis terbabit melarikan diri apabila terjun dan berenang hingga ke tengah laut bagi mengelak ditahan penguat kuasa.

Penolong Pengarah JKM Tawau, Asnah Kassim, berkata operasi dua jam itu berjaya menahan 23 individu termasuk 13 kanak-kanak yang berusia enam sehingga 60 tahun.- HMetro

Barang berkualiti ada market beb!!

Posted: 06 Oct 2011 03:30 AM PDT


Syabas Tan Sri Hassan Marican!!

Barang ada kualiti... akan jadi rebutan beb!! Orang sure grab punyer.

Hassan Marican appointed director of US oil giant

KUALA LUMPUR, Oct 6 — Ex-Petronas CEO Tan Sri Hassan Marican, who left the national oil company last year because of friction with the Najib administration, has accepted another directorship outside Malaysia, this time at US oil and gas giant ConocoPhillips.

Since leaving Petronas at the beginning of last year, Marican has accepted several directorships with Singapore GLCs including at Sembcorp, SembCorp Marine and Singapore Power.

ConocoPhillips said today that Marican was appointed as a new outside director effective December 1, 2011.

ConocoPhillips is a global integrated energy company. The company is headquartered in Houston with approximately 29,900 employees, US$160 billion (RM506.05 billion) of assets and US$244 billion in annualised revenues as of June 30, 2011.

Begitulah nasib bekas CEO Petronas Tan Sri Hassan Marican. Setelah ditendang oleh si bangang, kini dia dirembat pulak oleh syarikat minyak gergasi di Amerika Syarikat.

Tindakan si bangang yang amat merugikan. Well.... biasaler. Mereka peduli apa. Mereka masukkan orang 'belaan' mereka ke dalam Petronas.... supaya senang dibaruakan oleh si gila kuasa 'big spender' yang suka berbelanja mewah. Hmm.... alamatnya lingkupler harta dan wang hasil bumi negara di'kerja'kan lanun-lanun ber'lesen'ni.

Sebab tu... kita kena tendang pulak lanun-lanun pengkhianat ni untuk kita wujudkan sebauah Malaysia yang sejahtera.

Sah takut!!

Posted: 05 Oct 2011 11:00 PM PDT


Liwat II: Mahkamah tolak sepina ke atas Najib, Rosmah

Hafiz Yatim
9:46AM Okt 6

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor tidak akan tampil ke mahkamah sebagai saksi pembelaan dalam perbicaraan kes liwat II.

Ini berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang hari ini menolak sepina yang menuntut mereka hadir sebagai saksi pembelaan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketika membenarkan permohonan Najib dan Rosmah bagi mengketepikan sepina itu, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, memutuskan mereka adalah tidak relevan dan bukan saksi utama dalam perbicaraan itu.

"Justeru, saya benarkan permohonan itu dan arahkan perbicaraan disambung," katanya.

Najib dan Rosmah diwakili oleh peguam Ghazi Ishak, Hisyam Teh Poh Teik, Salehuddin Saidin, M Athimulan dan Affifuddin Mohd Afifi.

Pihak pembelaan telah cuba mewawancara Najib dan Rosmah pada Ogos lalu tetapi mereka enggan menjadi saksi pembelaan dan berkata akan hanya tampil jika disepina.

Namun apabila sepina dikeluarkan, mereka memilih untuk mengketepikannya pula.

Sepina meminta perdana menteri tampil itu bertujuan mendapatkan penjelasan berhubung mesyuarat pada 24 Jun 2008, berikutan satu pertemuan yang diaturkan oleh pembantu Najib, Datuk Khairil Annas dengan pengadu kes itu, Mohd Saiful Bukhari Azlan- Mkini

Najib dan Rosmah tak payah pergi mahkamah untuk beri keterangan dalam kes Liwat II.

Fuuuhhh.... !! Selamat... Kalau tidak, naya aku terkencing dalam mahkamah. Agaknya itulah yang berkata-kata di hati tag-team laki bini itu.

Itu satu keputusan yang telah diduga dan dijangka. Tak heran pun. Walau pun takut nak hadir ke mahkamah tapi imej sudah tercemar dan nama sudah busuk. Persepsi rakyat tentang kes ini... laki bini itu
terpalit dalam konspirasi untuk jatuhkan musuh nombor 1 mereka iaitu Anwar Ibrahim.

As for keputusan yang diputuskan oleh hakim mahkamah 1 Malaysia itu....

Kah kah kah kah.... Malaysia Boleh!!!

What say you Putrajaya??

Posted: 05 Oct 2011 08:39 PM PDT


Yuhuuu.... dari sini ke sana, Ostad UMNO sudah mencabar. Kasik Kelantan chance laksanakan hukum Hudud and we look and see...

So... What say you Putrajaya?? Ada berani??

Hahahaha... Kalau ada telor, dengarlah nasihat Ostad Tan Sri ini. Don't hesitate and wait-wait lagi. Kasik Hudud tertegak di bumi Kelantan. Allahu Akbar!!

KUALA LUMPUR, 6 Okt — Tan Sri Harussani Zakaria menasihatkan pentadbiran Najib agar membenarkan undang-undang hudud dilaksanakan di Kelantan sebagai satu "percubaan" selepas kerajaan pusat terus dengan pendiriannya menyekat langkah sedemikian atas alasan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

Menurut Mufti Perak, Putrajaya perlu memberi peluang kepada kerajaan negeri Kelantan pimpinan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melaksanakan hudud memandangkan undang-undang jenayah syariah Islam itu sudah digubal pada 1993.

"Kerajaan pusat perlu beri peluang kepada Kelantan untuk laksanakan hudud, Nik Aziz juga kata sudah bersedia... saya setuju dan sokong, cuma dari segi prosedur pelaksanaan perlu lengkap, lagipun nanti kalau kerajaan pusat tak benarkan nanti orang marah.

"Benarkan Kelantan laksanakan hudud, hudud bukan perkara senang nak dilaksanakan kerana banyak perkara perlu dipatuhi... benarkan sebagai percubaan untuk kita yang lihat bagaimana ia dilaksanakan dan kadar jenayah di Kelantan selepas ia dilaksanakan kemudian baru kita nilai," kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Harussani yang sebelum ini berusaha mewujudkan kerjasama politik antara PAS dan Umno, khususnya sejak selepas pilihan raya umum 2008 menegaskan, hukum hudud adalah tuntutan Islam dan ia perlu dilaksanakan sekiranya sudah bersedia.

"Kita nak kurangkan kadar jenayah, sekarang kalau kita lihat kalau merompak hukuman disebat dan dipenjara, jual dadah juga sama, tapi adakah mereka sudah insaf tapi kalau kudung tangan sudah pasti mereka akan berfikir dua kali... Islam laksana hudud, saya setuju," katanya.

Beliau juga berkata, hukum hudud hanya dilaksanakan ke atas umat Islam dan orang bukan Islam tidak perlu risau sekiranya ia dilaksanakan.

"Bukan Islam tiada kena mengena dalam hukum agama Islam, ia tidak akan dikenakan kepada bukan Islam," katanya.

Ditanya mengenai hukum hudud tiada dalam sistem perundangan negara, Harussani berkata "hal undang-undang saya tidak tahu, saya tak mahu cakap tapi saya setuju dilaksanakan hudud."

Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS sebelum ini menegaskan untuk menegakkan hukum hudud dan penubuhan negara Islam walaupun mendapat tentangan hebat daripada DAP.

Beliau turut meletakkan harapan hukum hudud dapat dilaksanakan di negara ini sekiranya Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya umum ke-13.

Baca lagi di sini

Tiada ulasan: