Selasa, 25 Oktober 2011

Roslan SMS Corner

Roslan SMS Corner


Mana lebih besar beritanya aduhai TV3

Posted: 25 Oct 2011 07:14 AM PDT

Banyak diperkatakan berkenaan Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang baru diterbitkan semalam. Baru sebentar tadi berita TV3 mengambil "angle" menyerang kerajaan Selangor dan Kelantan yang dikatakan ditegur oleh laporan berkenaan atas beberapa sebab.

Selangor dan Kelantan lebih penting untuk diserang berbanding RM5.56 juta yang dibelanjakan oleh Institut Sukan Negara untuk membeli 23 ekor kuda tanpa "lampu hijau" kementerian kewangan. Lebih penting dari Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) yang telah terlebih bayar antara 177 hingga 2 805 peratus untuk pembelian peralatan bagi bot baru jabatan berkenaan. Lebih penting dari 41 peralatan yang dibeli oleh UITM berjumlah RM1 juta tetapi tidak langsung digunakan lebih setahun. Lebih penting dari RM142 juta yang dibelanjakan untuk satelit RazakSAT tetapi akhirnya terpaksa dihentikan setelah didapati ia lari sejauh 37km dari sasaran!

Tahniah TV3, anda benar-benar hebat!

Tetapi yang lebih menarik perhatian saya secara peribadi adalah laporan berkenaan "National Feedlot Corporation" satu usaha Kementerian Pertanian dengan kerjasama kerajaan Negeri Sembilan pada tahun 2008 (bawah Pak Lah) di Gemas, Negeri Sembilan kononnya untuk mempertingkatkan pengeluaran lembu daging tempatan dan mengurangkan impot daging.

Menurut laporan audit ini NFC gagal memenuhi sasarannya tahun lepas untuk menghasilkan 8,000 ekor lembu. Sedangkan di bawah Rancangan Malaysia ke 9 menjelang 2015 NFC sepatutnya mengeluarkan 60,000 ekor binatang ternakan berkenaan.

Menurut pemeriksaan audit yang dilakukan tahun lepas ladang berkenaan sekadar memiliki 3 289 ekor lembu.

Lebih malang lagi ada keluarga Menteri yang terlibat.

Dan bagi saya ini lebih hebat, aduhai TV3 kerana antara senarai penerima bintang kebesaran bergelar "Datuk" sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang adalah orang besar NFC ini. Dahlah lari dari sasaran, diberi gelaran kebesaran pula!

Kelantan semakin menghampiri Hudud

Posted: 25 Oct 2011 06:43 AM PDT

Akhbar tempatan hari ini melaporkan dari hal kesungguhan kerajaan Negeri Kelantan dalam usaha ia melaksanakan Hukum Hudud di negeri berkenaan.

Menurut laoran kerajaan negeri mengambil inisiatif menubuhkan sebuah jawatankuasa teknikal yang dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob. Menurut EXCO Agama Ustaz Datuk Mohd Amar Nik Abdullah kerajaan negeri telah melantik 19 orang ahli untuk menganggotai jawatankuasa berkenaan termasuklah beliau sendiri selaku EXCO berkaitan.

Lain-lain ahli yang diundang oleh kerajaan negeri termasuklah Mufti Kelantan, Ketua Hakim Syariha Negeri, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri dan Ketua Polis Negeri.

Jawatankuasa ini menurut beliau ditubuhkan setelah terdapat pandangan professional menyatakan bahawa enakmen berkaitan hudud yang diluluskan oleh kerajaan negeri itu sesungguhnya boleh dilaksanakan tanpa perlu melaui proses meminda Perlembagaan Persekutuan..

Adalah difahamkan sekiranya enakmen berkenaan dibaca sebagai enakmen syariah dan dibicara di mahkamah syariah, maka ia sebenarnya jatuh di bawah bidang kuasa kerajaan negeri dan tidak perlu sebarang pindaan diperingkat Persekutuan.

Semoga pakar-pakar yang menganggotai jawatankuasa ini akan mengkaji semua sudut dan memberikan nasihat terbaik kepada kerajaan negeri. Apa yang penting kita mahu melihat Kelantan menjadi negeri pertama memartabatkan hukum ini sebagaimana diwajibkan oleh Islam.

Tan Sri Khalid dan Kippling

Posted: 25 Oct 2011 06:21 AM PDT

Siang tadi saya berada dalam satu majlis yang tetamu khasnya adalah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim. Majlis tersebut yang berlangsung di Subang Jaya bertujuan mendengar pidato dari tokoh jemputan.

Tan Sri yang padat dengan program dan aturcara itu datang juga ke majlis berkenaan dan mengakui di awalnya bahawa beliau tidak sempat melakukan banyak persediaan. Walaubagaimanapun demi tidak menghampakan hadirin yang mengharap beliau berkongsi suatu yang menarik yang saya fikirkan wajar dikongsi bersama di sini.

Kata Tan Sri apabila anak beliau berusia 21 tahun, beliau berfikir apakah yang penting yang perlu beliau berikan kepada anaknya itu demi persediaannya berdikari menghadapi dunia luar.

Lalu kata Tan Sri beliau memberikan sepotong sajak Inggeris karangan Joesph Ruyard Kippling (seorang pemenang anugerah Nobel yang hdiup sekitar 1865-1936) sebagai bekalan untuk anaknya itu.

Berikut adalah sajak berjudul "If":

If you can keep your head when all about you
Are losing theirs and blaming it on you;
If you can trust yourself when all men doubt you,
But make allowance for their doubting too;
If you can wait and not be tired by waiting,
Or, being lied about, don't deal in lies,
Or, being hated, don't give way to hating,
And yet don't look too good, nor talk too wise;

Jika kau bisa bersabar ketika semua orang sekitarmu

Hilang sabar dan mempersalahkanmu;

Jika kau bisa percaya diri ketika semua orang meragukanmu,

Namun berilah juga celah bagi keraguan mereka;

Jika kau bisa menunggu dan tak lelah menanti,

Atau, dibohongi, janganlah berdamai dengan kebohongan,

Atau, dibenci, janganlah balas membenci,

Namun janganlah kelihatan terlalu baik, atau berbicara terlalu bijaksana;

If you can dream - and not make dreams your master;
If you can think - and not make thoughts your aim;
If you can meet with triumph and disaster
And treat those two imposters just the same;
If you can bear to hear the truth you've spoken
Twisted by knaves to make a trap for fools,
Or watch the things you gave your life to broken,
And stoop and build 'em up with wornout tools;

Jika kau dapat bermimpi – dan tidak membiarkan mimpi menguasaimu;

Jika kau dapat berpikir – dan tidak menjadikan pikiranmu sebagai tujuan;

Jika kau dapat meraih kemenangan dan menderita musibah kekalahan

Dan memperlakukan sama kedua tipuan semu itu;

Jika kau rela mendengarkan kebenaran yang kau ucapkan

Yang tersandra oleh para penipu yang membuat perangkap bagi orang bodoh,

Atau menyaksikan hancurluluhnya segala yang kau pertaruhkan untuk hidupmu,

Dan membungkuklah dan bangunlah puing-puing itu dengan peralatan rusak yang tersisa;



If you can make one heap of all your winnings
And risk it on one turn of pitch-and-toss,
And lose, and start again at your beginnings
And never breath a word about your loss;
If you can force your heart and nerve and sinew
To serve your turn long after they are gone,
And so hold on when there is nothing in you
Except the Will which says to them: "Hold on";


Jika kau dapat mempertaruhkan semua kemenanganmu

Dan mengambil risiko untuk satu giliran 'lempar-dan-tangkap',

Dan ternyata kalah, dan harus mulai lagi dari awal

Dan janganlah pernah mengeluhkan kekalahanmu sepatah kata pun;

Jika kau bisa memaksa jantung dan saraf dan ototmu

Untuk melakukan giliran pukulan service-mu lama setelah semua kekalahanmu,

Dan ya bertahanlah bila tiada lagi apa pun dalam dirimu

Kecuali Kemauan yang berujar kepada mereka: "Tunggu".


If you can talk with crowds and keep your virtue,
Or walk with kings - nor lose the common touch;
If neither foes nor loving friends can hurt you;
If all men count with you, but none too much;
If you can fill the unforgiving minute
With sixty seconds' worth of distance run -
Yours is the Earth and everything that's in it,
And - which is more - you'll be a Man my son!

Jika kau dapat berbicara kepada rakyat jelata dan mempertahankan kebajikanmu,

Atau berjalan dengan raja-raja – tanpa kehilangan hubungan dengan rakyat biasa;

Jika tiada musuh atau teman tercinta dapat melukaimu;

Jika semua orang menghargaimu, tapi tak berlebihan;

Jika kau bisa mengisi menit yang menentukan

Dengan menempuh jarak lari enam puluh detik yang tak ternilai –

Bumi dan segala isinya akan menjadi milikmu,

Dan – yang lebih penting – kau akan menjadi Seseorang anakku!

(terjemahan di ambil dari http://sbelen.wordpress.com/tag/novel/ )

Saya melihat maksud sajak yang begitu besar pengajarannya itu sengaja dbawa Tan Sri demi mahu mengenengahkan mesej betapa pentingnya kita semua berani bangkit menghadapi cabaran dan berani melakukan apa yang kita yakin benar lalu mempertahankannya..

Tan Sri yang saya kenali memang seorang penggemar dan pencinta seni. Bagi seorang pemimpin nombor satu negeri, yang memberikan sentuhan seni demi mahu menegakkan hujahnya bagi saya adalah tanda kasih sayang yang ikhlas seorang pemimpin terhadap orang bawahnya.

Saya sendiri begitu teruji dengan karya Kippling ini. Memang bukan mudah menghadapi cabaran dan dugaan, tetapi seorang yang bersabar, merendah diri dan tidak melayan karenah mereka yang dengki dan hasad, dialah yang insyalah akan berjaya.

Tiada ulasan: