Selasa, 25 Oktober 2011

jiwo kelate

jiwo kelate


Bohong … mengada-ngada dan tak tepat sama sekali

Posted: 24 Oct 2011 09:08 PM PDT

Dewan Rakyat 24 Oktober 2011 – Pencelahan seorang Wakil Rakyat kepada Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran.

Setelah mendengar ucapan pertanyaan Wakil Rakyat ini (saya panggil Dato) kepada TPM, saya menelefon anak perempuan saya (saya panggil adik, pelajar Tahun 4 dan juga sebagai Pengawas di Sek Rendah). Berikut adalah dialog saya dengan anak selepas beliau pulang dari sekolah pada jam 4.00 petang:

Abah: Dik Dik, Assalamu’alaikum.
Adik: Wa’alaikum salam, ya baah ada apa.
Abah: Adik pegi sekolah tadi, mandi tak.
Adik: Mandi, kenapa baah.
Abah: Tak, abah nak tanya sebab tadi ada wakil rakyat kata murid-murid sekolah tak boleh nak ambil air sembahyang … macam2 lagi. adik dengar di FB abah dlm youtube tu (tajuk bohong … mengada-mengada)

Abah: Abah nak tanya adik ni ..
Adik: tanya laah
Abah: tandas di sekolah tadi, budak-budak berak tak basuh ke??
Adik: aah taklah
Abah: Habis tu Dato tu cakap di sekolah-sekolah tak da air, betul ke

Adik: Air ada … kot Dato tu cakap tak betul. Esok adik bagitau kat cikgu.

Setengah jam kemudian, anak saya telefon setelah tengok youtube dalam FB:
Adik: Baah, tak betul dato tu cakap. Fardu ain Tahun 4 Zohor tadi, semua pelajar ambil semayang ok jer baah.

Adik: teruk betul dato tu cakap kat timbalan Perdana Menteri, sampai hati dia cakap bohong macam tu kat Timbalan Perdana Menteri


MP PKR Ketereh dan Tanah Merah Bahas Belanjawan 2012

Posted: 24 Oct 2011 06:06 PM PDT

Dewan Rakyat 20 Oktober 2011 – Perbahasan Belanjawan 2012. Walaupun masa diberi sekitar 5 hingga 10 minit, Ahli Parlimen Ketereh dan Tanah Merah tetap ambil peluang untuk berucap membahaskan Belanjawan 2012 yang dibentang oleh Perdana Menteri 7 Oktober lalu.

PKR Ketereh,

PKR Tanah Merah


Usul 18 (1) membincangkan Penggantungan Prof Aziz Bari ditolak Speaker

Posted: 24 Oct 2011 01:52 PM PDT

Dewan Rakyat 24 Oktober 2011 – Penjelasan Usul 18(1) oleh YB Kubang Kerian mengenai Isu penggantungan Prof Dr Aziz Bari dari UIAM

Sebelum itu, YB Salahuddin Ayub [PAS Kubang Kerian] mengemukakan Usul pada 21 Oktober 2011 / 23 Zulkaedah 1432

Kepada ;
Tan Sri Pandikar Amin Mulia
Yang DiPertua Dewan Rakyat,
Parlimen Malaysia,
Kuala Lumpur.

YB. Tan Sri,

USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATURAN MESYUARAT 18(1) BAGI MEMBINCANGKAN PERKARA TERTENTU, BERKEPENTINGAN RAMAI DAN PERLU DISEGERAKAN

Saya Haji Salahuddin Bin Haji Ayub (Kubang Kerian) ingin mencadangkan bahawa mesyuarat hari ini hendaklah ditangguhkan bagi membolehkan dewan yang mulia ini merundingkan dan membincangkan berkenaan penggantungan ke atas pakar Undang-Undang Perlembagaan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Dr Abdul Aziz Bari disebabkan pandangan akademik beliau yang disiarkan di dalam portal berita Malaysiakini.

Pada 13 Oktober 2011, Profesor Dr Abdul Aziz Bari telah memberikan pandangannya berkenaan titah Sultan Negeri Selangor terhadap kes serbuan Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) ke atas Damansara Utama Methodist Church (DUMC) kepada portal Malaysiakini atas kapasiti selaku pakar Undang-Undang Perlembagaan khususnya berkaitan dengan kuasa dan fungsi Raja Berperlembagaan.

Akibat dari pandangan tersebut, media arus perdana dan pemimpin UMNO dan NGO pro-UMNO telah melancarkan kecaman bertubi-tubi ke atas Abdul Aziz tanpa memberikan beliau peluang mempertahankan dirinya. Kemudiannya beberapa laporan polis telah dibuat oleh ahli dan penyokong UMNO diseluruh Negara.

Kemuncak dari tindakan tersebut, Abdul Aziz bukan sahaja disiasat oleh Polis dan juga Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), tetapi juga telah diberikan surat tunjuk sebab oleh pengurusan UIAM pada 19 Oktober 2011 dan telah digantung perkhidmatannya berkuatkuasa serta merta. Justeru, usul yang dibawa ini adalah perkara yang tertentu.

Dewan yang mulia ini seharusnya memandang serius bagaimana seorang ahli akademik yang kepakarannnya diiktiraf diperingkat nasional dan antarabangsa telah ditekan, dimalukan dan dihukum hanya kerana memberikan pandangan beliau di dalam subjek yang memang menjadi bidang kajian beliau. Fakta ini jelas menunjukkan hal yang berlaku ini menyentuh kepentingan awam.

Episod ini menampakkan seolah-olah UIAM sebagai sebuah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bertaraf antarabangsa menuruti tekanan politik pihak-pihak berkepentingan tanpa mempedulikan tindakan sebegini boleh mencemarkan reputasi dan prestij UIAM di mata dunia. Pihak kerajaan dan universiti nampaknya tidak mempedulikan langsung jaminan kebebasan akademik terhadap ahli akademik/pensyarah yang terkandung di dalam suatu dokumen bertajuk "Recommendation Concerning the Status of Higher-Education Teachin Personnel" yang dikeluarkan oleh United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO).

Natijahnya menampakkan bahawa janji-janji keterbukaan dan transformasi politik yang acapkali dilaungkan oleh YAB. Perdana Menteri adalah hanya sekadar mainan di mulut sahaja tetapi realitinya semakin kuat tekanan dikenakan kepada mereka yang berbeza pendapat dengan parti pemerintah. Jika Abdul Aziz terus digantung tanpa beliau didapati bersalah, ini amat menjejaskan nama UIAM dan Malaysia di mata antarabangsa di samping memberikan kesan kepada ratusan pelajar-pelajar terutamanya pelajar-pelajar Phd di bawah selian Abdul Aziz. Justeru, usul ini perlu disegerakan.

Tuan Yang DiPertua,

Saya mohon mencadang.

HAJI SALAHUDDIN HAJI AYUB


Tiada ulasan: