Selasa, 25 Oktober 2011

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


PAS Anjur 'Diskusi Blogger' Dan Ceramah Perdana Sempena 'Sambutan Ulang Tahun Ke-60' Parti Itu Peringkat Negeri Pahang Di Temerloh Dan Kerdau

Posted: 24 Oct 2011 08:37 PM PDT

TEMERLOH, 25 Okt - Orang ramai di sekitar kawasan Parlimen Temerloh, Jerantut dan Kuala Krau dijemput hadir beramai-ramai ke program Ceramah Perdana sempena Ulangtahun Ke-60 Parti Islam SeMalaysia (PAS) peringkat negeri Pahang yang bakal diadakan di Tapak Kompleks PAS Pahang, Kerdau jam 9.00 malam ini. Ceramah akan menampilkan tokoh-tokoh terkenal seperti Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (Ketua Penerangan PAS Pusat dan selaku Pesuruhjaya PAS Pahang), Saifuddin Nasution (Setiausaha Agung PKR), Hishamuddin Rais (Aktivis Blogger), YB Leong Ngah Ngah (ADUN Triang) dan Ustaz Suhaimi Md Saad (Ketua Penerangan PAS Pahang). Sementara itu, satu Diskusi Blogger akan diadakan di Restoran Ibnu Hussin (Ibu Jah) tingkat bawah Bangunan Pejabat PAS Pahang, Temerloh jam 5.00 petang ini. Diskusi santai tersebut akan melibatkan pimpinan PAS Pahang dan juga Blogger terkenal seperti Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (TuanIbrahim) Hishamuddin Rais (Tukartiub), Aris Fesol Ismail (Tukulbesi), Ustaz Nasharuddin Hassan Tantawi (EPerjuangan), Ustaz Suhaimi Md Saad (Najwasuhaimi), Khairi Rahim (Selamatkan Pahang) dan ramai lagi. Diskusi yang bertemakan "Blogger, Peranan & Cabaran Merialisasikan Pakatan Rakyat Melangkah Ke Putrajaya" itu diadakan sempena Majlis HiTea Perdana di sini hari ini.



[Sementara itu program Sambutan Ulangtahun ke-60 PAS Peringkat negeri Pahang itu, turut diadakan pameran sejarah dan jualan berbagai barangan di tapak ekspo yang disediakan. Pada hari kedua (esok) akan berlangsung pula sukan rakyat melibatkan Pasti, aktiviti konvoi ARC dan motivasi kepada isteri pimpinan PAS Pahang oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat. Majlis perasmian akan bermula jam dua petang oleh Timbalan Presiden, Tuan Hj. Mohamad Sabu manakala Naib Presiden PAS Sallehuddin Ayub akan membentangkan satu kertas kerja selepas itu dengan tema "Sejarah, merealisasikan langkah ke Putrajaya". Mereka juga akan tuut menyampaikan ceramah perdana pada malam itu di tempat yang sama (Komplek PAS Kerdau) esok. Justeru, orang ramai adalah dijemput hadir].

Panas: Kerana 'Takutkan Demontrasi Mahasiswa', Akhirnya Penggantungan Aziz Bari Di Tarik Balik !

Posted: 24 Oct 2011 10:01 AM PDT

KUALA LUMPUR, 25 Okt - Universiti Islam Antarabangsa (UIA) akhirnya telah menarik balik arahan gantung tugas yang dikenakan ke atas pensyarah undang-undangnya Prof Abdul Aziz Bari (foto). Perkara itu dimaklumkan oleh unit perundangan menerusi satu surat yang difakskan sekitar pukul 6.30 petang semalam, kata peguam beliau Dr Zulqarnain Lukman. "Surat diterima petang sekitar 6.30 petang, selepas kami hantar respons kepada surat tujuk sebab petang tadi, ia ditandatangani oleh pegawai unit perundangan... UIA arah Prof Abdul Aziz Bari lapor diri kepada dekan Kulliyah Undang-undang," kata Zulqarnain. Bagaimanapun kata beliau, surat petang ini menyebut bahawa siasatan akan dijalankan tetapi hanya penggantungan tugas ditarik balik. Zulqarnain berkata UIA memaklumkan akan mengumumkan keputusan hasil siasatannya ke atas Aziz hari ini. Zulqarnain memberitahu, beliau telah dimaklumkan oleh pegawai unit perundangan hari ini bahawa siasatan pihaknya sudah selesai dan akan meneliti penjelasan Aziz yang diserahkan petang semalam. "Berdasarkan apa yang diperkatakan oleh pegawai dari unit perundangan UIA, mereka akan meneliti penjelasan Prof Aziz dan akan memberikan jawapan... keputusan mereka sama ada akan mengambil tindakan susulan, meneruskan tindakan, berhenti di sini (setakat surat tunjuk sebab) atau sebaliknya," kata Zulqarnain. Beliau hantar surat penjelasan Aziz, menjawab surat tunjuk sebab UIA, jam 3 petang semalam.


Sokongan meningkat, membuatkan UIA terpaksa tarik balik penggantungan
Zulqarnain berkata dalam responsnya, Aziz telah menjelaskan bahawa kenyataan beliau mengenai titah Sultan Selangor adalah satu bentuk kebebasan dalam memberi pandangan, yang sama sekali tidak bertentangan denagn Artikel 15(3) Peraturan-peraturan Disiplin Universiti dan juga Seksyen 3(2) Akta Hasutan. "Asasnya penjelasan kami kepada UIA adalah begitu, apa yang dikatakan oleh Prof Aziz ialah ia kebebasan bersuara, tidak melanggar undang-undang dan peraturan negara... Seksyen 3(2) Akta Hasutan sendiri memberi pengecualian," katanya. Pengurusan UIA mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Aziz berhubung kenyataan pensyarah undang-undang itu ekoran titah Sultan Selangor berkaitan isu Gereja Methodist Damansara Utama dan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) baru-baru ini. UIA telah memberi masa selama seminggu sehingga 4 petang ini kepada Aziz untuk menjawab surat tunjuk sebab itu. Surat tunjuk sebab itu juga menyebut beliau digantung perkhidmatan sehingga siasatan selesai dan dilarang memasuki kampus Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Gombak.

[Difahamkan penarikan balik penggantungan Prof Dr.Aziz Bari, mungkin ada kaitanya dengan lawatan Perdana Menteri Najib Razak ke Universiti Islam Antarabangsa (UIA) hari ini. Difahamkan Kumpulan mahasiswa, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) akan mengambil peluang untuk mengadakan demonstrasi dihadapan Najib yang bertujuan menggesa UIA menarik balik tindakan penggantungan ke atas Aziz Bari. Kumpulan itu dijangka akan berkumpul di pintu masuk kampus berkenaan di Gombak pada jam 7 malam. Najib dijangka tiba di universiti berkenaan pada 8 malam untuk merasmikan majlis penutupan sebuah pertandingan debat. Seramai 500 mahasiswa dari kampus sekitar Lembah Klang, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Selangor (Unisel) dijangka hadir menyambut kedatangan Najib. Mereka bercadang merentangkan kain rentang dan sepanduk membantah penggantungan Profesor Dr. Aziz Bari].

Tiada ulasan: