Jumaat, 21 Oktober 2011

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Demo UIA : SMM Terkejut Ahli Parlimen Pakatan Muncul

Posted: 21 Oct 2011 09:24 PM PDT

Kuala Lumpur, 21 Okt : Solidariti Mahasiswa Malaysia menerusi jurucakapnya, Ahmad Shukri Kamaruddin petang ini terkejut dengan kehadiran beberapa MP daripada pihak pembangkang dalam himpunan mahasiswa bantah pergantungan Prof. Dr. Aziz Bari petang Jumaat.
Menurut Ahmad Shukri dalam satu kenyataannya, beliau sendiri tidak menyangka YB Nurul Izzah, YB Tian Chua turun bersama rakyat dan mahasiswa bantah tindakan pihak pentadbiran UIAM.
Read More / Baca Lagi >>

Demo 1,000 Mahasiswa di UIA : Polis Tak Solat Jumaat

Posted: 21 Oct 2011 09:23 PM PDT

Gombak, 21 Okt : Himpunan aman mahasiswa dan pendidik yang terdiri daripada alumni UIAM sebentar tadi bertukar kecoh dan tegang gara-gara tindakan dua anggota polis berpakaian seragam yang cuba menangkap Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Syukri Ab. Razab. (lihat gambar)
Syukri ketika itu dikehendaki kerana sedang memegang memorandum membantah tindakan pihak pentadbiran UIAM menggantung tugas Prof. Dr Aziz Bari selama 14 hari berkuatkuasa semalam.
Perhimpunan itu dibuat di perkarangan masjid UIA selepas solat Jumaat kira-kira jam 1.45 petang.
Bantahan diketuai beberapa pemimpin mahasiswa. Antara mereka, Pengerusi Solidiriti Mahasiswa (SMM) Ahmad Syukri Abdul Razab dan aktivis mahasiswa Mohd Hilman Idham.
Read More / Baca Lagi >>

Surat terbuka untuk HIMPUN

Posted: 21 Oct 2011 09:17 PM PDT

Assalamualaikum wbth...

Saya merupakan mahasiswa kelahiran Malaysia. Secara asasnya, jiwa Melayu bergelora di dalam diri saya. Terlalu lama menetap dalam rumah kayu beratap bata berdinding rotan, berkejaran dengan lembu dalam kebun getah, menjala ikan di sungai tepi sawah dan bermain gurah dan gasing di tepi rumah.
Read More / Baca Lagi >>

Tekanan gesa dedah butiran kematian Gaddafi meningkat

Posted: 21 Oct 2011 09:15 PM PDT

TRIPOLI, 22 Okt — Pihak berkuasa Libya berhadapan dengan tekanan agar memberikan butiran terperinci berhubung kematian bekas pemimpinnya Kolonel Muammar Gaddafi yang mati terkena peluru di kepala sejurus selepas ditangkap kelmarin.
Amerika Syarikat (AS) berkata pihak berkuasa negara utara Afrika itu harus melakukannya secara terbuka dan telus.
Malah PBB juga menggesa agar diadakan siasatan mendalam selepas rakaman video menunjukkan Muammar masih hidup ketika ditangkap dan kemudian diumumkan terbunuh.
Upacara pengebumian ditangguhkan dengan pegawai-pegawai tempatan dan antarabangsa berbelah bahagi mengenai urusan apa yang perlu dilakukan dengan jenazah Muammar (gambar), yang memerintah Libya selama 42 tahun.
Read More / Baca Lagi >>

Timbalan Menteri: Tarik balik penggantungan Aziz Bari

Posted: 21 Oct 2011 09:12 PM PDT

NONETimbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah hari ini menasihatkan rektor Universiti Islam Antarabangsa (UIA) untuk menarik balik penggantungan kontroversi ke atas Prof Abdul Aziz Bari.

Malaysiakini ternampak mesej teks beliau kepada Datuk Zaleha Kamaruddin pagi ini, di mana beliau berkata penggantungan itu adalah "memudaratkan".

Menurutnya, apa sahaja (sebab-sebab untuk tindakan itu), ia masih
salah dari segi moral dan intelektual (kerana) Aziz belum didapati bersalah.

"Harap tarik balik penggantungan... harap jangan ambil tindakan terhadap mahasiswa yang demonstrasi (semalam)," katanya.

Kelmarin UIA menggantung tugas Abdul Aziz sebagai pensyarah undang-undang sehingga notis selanjutnya dikeluarkan.
Read More / Baca Lagi >>

Barisan Nasional Low Class....!!!!

Posted: 21 Oct 2011 08:47 PM PDT

Lu orang mesti kenal kan.... dengan nama mamak mandeliar tuuuu...., gua tak pernah beli barang kat tempat nama MyDin nih... sebab barangan dia adalah barang2 reject dari kilang... ambil dengan kuantiti banyak dapat diskaun.. lepas tu jual murah kat orang2 melayu, india dan pendatang asing.

Lu orang pernah tengok tak... bangsa cina beramai2 pergi shopping kat pasaraya mamak pedukang tu... kalau ada pun, ianya jenis cina yang tarap pendapatan rendah dan miskin jer... sebab takda pilihan lagi beb... barangan low quality pun bedal jelah...Read More / Baca Lagi >>

Video -Blackadder the Third: The MP Application Form

Posted: 21 Oct 2011 08:31 PM PDT

Mari membodek

Posted: 21 Oct 2011 08:20 PM PDT

Oleh : Johor born
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan meneruskan rancangan untuk mendirikan Muzium Sejarah Balai Bukit Kepong, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar. Beliau berkata projek itu tertangguh sejak diumumkan 10 tahun lepas berikutan keadaan tapak yang sering dilanda banjir.

Siapa yang pernah pergi kebukit kepong pasti tahu mana letaknya tempat ni, dengan dikelilingi kampung dan estet dan kalau dari muar memerlukan 1 jam untuk sampai ke sana, jika ikut jalan pagoh lenga jalannya penuh dengan selekoh tajam, jalan yang agak mudah ikut gombang, pekan kecil yang gua rasa tiada aktiviti perniagaan besar. Gua rasa penduduknya pun tak sampai 10000 orang.
Read More / Baca Lagi >>

Video : Mahathir ajak Pemuda UMNO derhaka raja

Posted: 21 Oct 2011 08:18 PM PDT

Sebelum ambil tindakan ke atas Prof Aziz Bari, ambil tindakan terhadap pemimpin UMNO dulu

Posted: 21 Oct 2011 08:14 PM PDT

Sekarang Aziz Bari dari UIA pula yang menjadi sasaran. Saya selalu berkata di dalam pimpinan UMNO dan BN bercakap benar adalah satu kesalahan. Berbeza pendapat itu adalah kesalahan. Jika sesiapa yang mengkritik secara berterusan akan ada sahaja helah untuk memberikan tekanan kepada seseorang itu.

UMNO dan BN sudah beraja di hati dan bersultan di mata. Aziz Bari tidak mengkritik Sultan tetapi beliau di tuduh berbuat demikian. Mereka berkuasa dan mempengaruhi pentadbiran UIA untuk menghantar surat tunjuk sebab kepada Aziz Bari. Kata-kata Aziz Bari di interpretasikan sebagai menderhaka kepada Sultan.

Entah bila UMNO ini sayang pada Raja saya pun tak tahu. Setahu saya UMNOlah yang menderhaka kepada Raja pada 1993 dahulu. UMNOlah yang telah menelanjangkan Raja-Raja Melayu dalam krisis perlembagaan itu. Ramai pemimpin UMNO yang membuat kenyataan mengkritik Raja sebagai institusi yang kononnya sudah tiada relevannya lagi.
Read More / Baca Lagi >>

PPIM gesa Akta Kebankrapan 1967 dikaji semula

Posted: 21 Oct 2011 08:10 PM PDT

bankrapKUALA LUMPUR - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa kerajaan mengkaji semula Akta Kebankrapan 1967 kerana ia kini kelihatan seolah-olah mempertahankan orang yang memberi hutang, manakala mereka yang diisytihar muflis terus hidup dalam keadaan muflis.
"Akta itu juga mengakibatkan mereka yang diisytihar muflis gagal menjalani hidup seperti biasa kerana perlu mematuhi peraturan tertentu, termasuk tidak membenarkan mereka bekerja dan sebagainya," ujar Setiausaha Agung PPIM, Datuk Dr Maamor Osman.
Beliau meminta Jabatan Insolvensi Malaysia agar lebih bertimbang rasa dan adil terhadap mereka yang diisytiharkan muflis dan kerajaan juga perlu menilai semula fungsi Jabatan Insolvensi.
"Jabatan Insolvensi perlu mengadakan program rehabilitasi bagi memastikan mereka yang muflis ini boleh dikeluarkan daripada keadaan itu agar dapat bersama semula dengan masyarakat sebagai seorang yang produktif."
Sehubungan dengan itu, PPIM juga akan membuat bancian melalui blognya bagi mendapatkan maklum balas orang ramai berkaitan jabatan berkenaan.

Super Hornets: M'sia mungkin buat keputusan dlm masa 2 tahun lagi ...tanda poket makin kosong..!!!

Posted: 21 Oct 2011 08:09 PM PDT

Super Hornets: M'sia mungkin buat keputusan dlm masa 2 tahun lagiBRISBANE - Malaysia mungkin membuat keputusan mengenai pesawat pejuang, Boeing F/A-18E/F Super Hornet dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Naib Presiden Program Pesawat Ketenteraan Boeing F/A18 & EA-18, Michael K Gibbons.
"Sudah tentu, masih ada tawaran untuk Malaysia," kata beliau ketika ditanya sama ada Boeing masih menjalankan usaha ke arah niaga janji dengan Malaysia untuk Super Hornets, yang mempunyai keupayaan, fleksibiliti dan prestasi yang perlu untuk memodenkan pasukan tentera udara atau laut mana-mana negara.
Suite sistem bersepadu dan rangkaian Super Hornet menyediakan saling kebolehoperasian yang dipertingkatkan dan sokongan kepada tentera darat serta keseluruhan pasukan tentera.
Read More / Baca Lagi >>

MCA and hudud: Final part

Posted: 21 Oct 2011 08:05 PM PDT

If civil servants were less arrogant and more knowledgeable, then perhaps non-Muslims would have less fear of Islamisation.
At a 2006 forum to discuss problems that non-Muslims face as Malaysian officialdom continues to assert the predominance of Islam in the country, a prominent scholar acknowledged – "with "sadness", he said – that there was great confusion about the religion, especially among Muslims themselves.
Syed Ali Tawfik al-Attas, director-general of the Institute of Islamic Understanding (Ikim), said that Muslim administrators and Islamic activists generally had a poor understanding of the Islamic view of "knowledge" even as they examined the religion with a fine-tooth comb.
"That is the problem with the Muslim world," he declared.
Read More / Baca Lagi >>

Pemuda Inilah Yang Telah Membunuh Diktator Libya Muammar ghadaffi

Posted: 21 Oct 2011 08:03 PM PDT

Shebani dilaporkan menembak Gaddafi dengan pistol emasnya
Bekas pemimpin Libya Kolonel Muammar Ghadafy bertanya kepada para penangkapnya, setelah dia ditangkap kelmarin "Apa yang kamu semua mahu dari saya?", ketika mereka mengerumuninya, Khamis (20/10/2011). itulah yang dipaparkan dalam video seorang wartawan Libya setelah Ghaddafi ditembak di kaki

Selepas itu Ghadafy disahkan meninggal dunia. Namun bagaimana dia meninggal masih meninggalkan tandatanya. Seorang seorang doktor mendampingi jenazah ghadafy di ambulans mengatakan kepada AP, Bekas diktator itu mati akibat dua tembakan, masing-masing di dada dan di kepala.
Read More / Baca Lagi >>

Gambar-Gambar Terakhir Gaddafi Sebelum Dan Selepas Ditembak Mati

Posted: 21 Oct 2011 07:59 PM PDT

Kolonel Muaamar Gaddafi mati semalam selepas ditembak pejuang penentang Libya. Beliau yang dijumpai meyorok didalam kolong ditepi jalan sebagai percubaan melarikan diri dari ditangkap. Konvoi beliau sebelum itu dibom oleh jet pejuang Perancis atas bidang kuasa NATO. Semasa ditangkap Gaddafi berkali-kali memohon agar beliau tidak dibunuh. Ini adalah polar opposite dari apa yang dilaungkan beliau beberapa bulan yang lalu dimana beliau bersumpah akan menentang sehingga ketitisan darah terakhir. Gaddafi diheret keluar dari kolong selepas pengawal peribadinya semua dibunuh. Selepas dibelasah pejuang yang menangkapnya beliau ditembak dikepala. Mayat beliau kemudian diheret sebelum ditunjukkan kepada orang ramai sebagai bukti kematian beoliau.

Turut terbunuh dalam serangan di SIRTE semalam ialah anak beliau Mutassim Gaddafi. Sirte ialah banda kelahiran Gaddafi, macam Saddam yang lari ke Tikrit selepas kekalahan teruk - Gaddafi melarikan diri ke Sirte untuk one final stand. Begitulah kisah diktator moden. Cakap mahu berlawan sehingga titisan darah terakhir tapi akhirnya begging for the life.

Read More / Baca Lagi >>

RM500 Jerst UMNO/BN PRU13. Siapa Yang Dapat?

Posted: 21 Oct 2011 07:54 PM PDT

Oleh: mohdnoorawang

"Sekali lagi cara UMNO/BN bertindak bodoh dan kurang cerdik. Bajet 2012 rakyat akan dapat RM500 (one-off) setahun. Siapa pula yang dapat RM500 ?. Petani, nelayang. JKKKK, buruh am atau pkerja swasta atau kakitangan kerajaan. Kononya untuk mengurangkan beban kenaikan harga barang dan kononya kerajaan UMNO/BN perihatin? Ini semua kerja bodoh pemimpin BN/UMNO.

Kerajaan UMNO/BN pernah mengadakan "program kupun beras" untuk warga miskin. Namun program tersebut tidak berjaya. Berlaku seribu penyelewenggan terutama puak puak JKKKKK, malah hampir 85 peratus rakyat yang betul layak menerima Program kupun beras tidak merasainya. Sekali lagi kerajaan BN/UMNO gagal. Program tersebut ditamatkan.

Read More / Baca Lagi >>

Video : BONGKAR SIAPA Tuan Guru NIK AZIZ SEBENAR

Posted: 21 Oct 2011 07:20 PM PDT

Video : Gadhafi Body Stashed in Shopping Center Freezer

Posted: 21 Oct 2011 07:17 PM PDT

Video-NATO: Libya Air Operation to End This Month

Posted: 21 Oct 2011 07:16 PM PDT

Video : UN calls for international investigation into Gaddafi death

Posted: 21 Oct 2011 07:11 PM PDT

Video : Questions remain about Gaddafi's death

Posted: 21 Oct 2011 07:10 PM PDT

Video : NATO's Sec General speaks to AJE

Posted: 21 Oct 2011 07:10 PM PDT

Video : African Union denies Al Shabab's claims of peacekeepers killing

Posted: 21 Oct 2011 07:08 PM PDT

Video : NATO set to withdraw from Libya

Posted: 21 Oct 2011 07:07 PM PDT

Antara proses perundangan, dunia akademia dan politik

Posted: 21 Oct 2011 07:04 PM PDT

Akmal Saufi Mohamed Khaled

22 OKT — Persoalan kebebasan dunia akademia, perjuangan menuntut keadilan oleh mahasiswa dan campur tangan politik nampaknya berkumandang sekali lagi. Demonstrasi acap kali dilakukan selepas sembahyang Jumaat. Sebab utamanya sudah pasti untuk mendapatkan bilangan penonton yang ramai selain daripada bilangan penggerak sebenar demonstrasi tersebut. Kali ini, ia bertempat di Gombak, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Demonstrasi hari ini adalah bertujuan membantah penggantungan Professor Dr Abdul Aziz Bari yang merupakan seorang pakar perundangan bidang Perlembagaan. Kisah penggantungan ini bermula selepas beliau menegur DYMM Sultan Selangor yang telah menyampaikan titah berkenaan isu murtad Damansara Utara Methodist Church(DUMC). Rentetan daripada isu tersebut, Professor Dr Abdul Aziz Bari dihantar surat tunjuk sebab, dimaklum bahawa beliau digantung sehingga 25hb Oktober untuk mendapatkan penjelasan bertulis beliau serta tidak dibenarkan masuk ke kampus universiti tanpa kebenaran Dekan Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim.
Read More / Baca Lagi >>

Tiada ulasan: