Jumaat, 21 Oktober 2011

dollah yankee

dollah yankee


Teringatkan Kirk Douglas dalam filem 'Viking'

Posted: 21 Oct 2011 05:17 AM PDT

Koh Tsu Koon kata dia akan berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir. Dia tak akan dan tak mahu mengalah kepada tekanan-tekanan dari dalaman parti yang mahu dia angkat bendera putih menyerah kalah. Kalau dia nak mati, dia nak mati sebagai ANAK JANTAN.

Maksud berkorban untuk parti seperti apa yang dia cakap seminggu dua yang lepas ialah tak bererti dia akan lepaskan jawatan nombor satu dalam parti gerakan macam tu saja atau dia tak akan bertanding pada PRU-13 nanti, tetapi berkorban yang di maksudkan olih dia ialah dia akan lawan satu sama satu dengan Guan Eng di kerusi DUN Bagan.

Tsu Koon kata kalau dia kalah bererti dia mati, itu lah pengorbanan yang dia maksudkan.

dollah yankee -
Sekurang-kurangnya pertandingan ini akan menaikan moral parti Gerakan manakala gurkah-gurkah di'port' pun cukup teringin nak tengok Musa Sheikh Fadir lawan Pror.Mansor di Penanti.

Tiada ulasan: