Jumaat, 21 Oktober 2011

Kopitiam Bang Nan

Kopitiam Bang Nan


Bersungguh2 memburukkan PAS, akhirnya memburukkan Islam...

Posted: 21 Oct 2011 07:51 PM PDT

Dhollu Wa Adhollu....mamat ini sudah sesat lagi menyesatkan. Taubatlah!!


Zul Nordin jahil undang-undang Islam?

October 22, 2011

22 OKT — Ahli Parlimen Bebas YB Kulim Bandar Baru (KBB) bukan sahaja tidak asing dengan kontroversi. Bahkan umum mendakwa beliau telah sinonim dengan pembohongan dan memfabrikasi atau mereka-cipta pelbagai "fakta" untuk mensensasi pengkisahan apa jua cerita yang tidak masuk akal dan berlawanan dengan penilaian pemikiran yang waras.

Kalau semasa beliau bersama dengan parti lamanya lagi pun telah banyak kontroversi yang beliau cetuskan, antara lainnya tentang tambahan cerita "rempah-ratus" tentang simptom-simptom keracunan arsenik DSAI sehingga penulis ini (berkebetulan seorang Toksikologis) malu mendengarnya dan juga tentang hal-hal gejala murtad, apatah lagi hari ini, yang beliau telah, kononnya, menjadi ahli parlimen bebas. Pembohongan KBB telah meningkat kekemuncaknya dan kekesempurnaannya.

Kelmarin, dalam memperbahaskan Belanjawaan 2012, Ahli Parlimen Kulim Bandar Bandar ini, sekali telah merancang untuk mengulangi "antic" atau gelagat kesukaannya. Penulis, yang berkebetulan sedang makan di ruang makan MP terpaksa bergegasan masuk mendengar perbahasan beliau kerana sudah tidak senang lagi untuk menghabiskan "lunchnya". Amat malang sekali, Dewan sudah terlibat dengan satu "shouting match" ketika Kuala Selangor memasukki Dewan, setelah cubaan awal Kubang Kerian membuat pencelahan dan penjelasan tidak lagi dilayani oleh KBB.

Dua perkara utama yang dipertikaikan KBB lantas membuat kesimpulan dan menuduh bahawa Enakmen Syariah Terengganu (2003) dan juga Kelantan (1993) itu sebagai Hudud PAS, adalah bersabitan definisi Mukallaf dan Liwat.

Dalam menghuraikan kedua-dua isu ini, jelas bahawa beliau tidak langsung menunjukkan bahawa beliau mempunyai ilmu tentangnya khususnya Ilmu Syariah dan juga Undang-Undang Islam (Qanun).

Sebaliknya, apa yang nyata KBB sememang mempunyai niat jahat (mala fide) dalam membawa isu ini dalam perbahasan "Belanjawaan" beliau, guna untuk menjatuhkan kredibiliti Enakmen Syariah (Terengganu dan Kelantan) dan sekali gus maruah PAS sebagai sebuah parti dan Jamaah Islam yang mendukungi cita-cita untuk melakasankan Syariah Allah seperti yang dituntut Allah SWT.

Menyebut tentang hal "Mukallaf", KBB mengatakan Enakmen tersebut kononnya bercanggah dengan Islam khususnya mengenai umur akhil baligh, apabila perlaksaan hudud hanya akan dikenakan ke atas mereka yang berumur 18 tahun ke atas.

Menurutnya, "dengan hanya akan melaksanakan Enakmen tersebut terhadap mereka yang berumur 18 tahun ke atas, katanya ini bermaksud PAS telah mengubah hukum Islam yang mengatakan seseorang lelaki akil baligh setelah bermimpi, manakala perempuan pula setelah datang haid".

Katanya lagi, dari segi umur, "setelah berusia 15 tahun tidak juga bermimpi atau datang haid bermakna mereka telah dikira 'mumayyiz' dan sampai umur serta boleh dilaksanakan undang-undang Islam terhadap mereka".

Dengan ini, terpaparlah kejahilan seorang yang selama kini memberi tanggapan dan perspesi kepada umum khususnya umat Islam bahawa dia arif agama khususnya perundangan Islam dan akan terus memperjuangkannya dan mendedahkan "Hudud PAS" dan pembohongan PAS.

Pertamanya, ternyata bahawa KBB tidak punya pengetahuan hatta tentang persoalan mumayyiz dan jahil bahawa penetapan persoalan "mukallaf" dalam enakmen adalah satu yang tertakluk kepada "Ijtihad", bukan satu "Tetap-Thabit" yang punya nas yang Qat'iy.

Mumayyiz adalah umur yang boleh membezakan (sin al-tamyiz) yang sudah boleh membezakan baik-buruk dan lazimnya digunakan dalam perbincangan Fiqah, untuk kanak-kanak di sekitar umur 7 hingga 8 tahun. Zul Nordin semacam tidak ada pengetahuan langsung tentang perkara ini.

Zul Nordin melemparkan tuduhan bahawa "Enakmen" itu "Hudud PAS bukan Hudud Islam sebenar" kerana dakwaan kononnya bahawa "telah mengubah hukum Islam". Tegas beliau, "ini jelas bercanggah dengan Islam yang mewajibkan dilaksanakan hudud setelah seseorang itu 'mumayyiz' iaitu yang telah mencapai usia 15 tahun". Zul Nordin juga menyanggah "Enakmen" ini kerana menetapkan umur "Mukallaf" sebagai 18 tahun.

Jelasnya KBB tidak ada pengetahuan tentang pandangan imam-iman Mazaahib. Jumhur ulama termasuk menetapkan 18 tahun sebagai umur matang atau mukallaf (sin al-rashd). Pokoknya urusan menetapkan umur itu adalah satu perkara Ijtihadi. Ia bukan satu yang tetap bahkan tertakluk kepada Ijtihad.

Orang yang ada sedikit pengetahuan tentang Syariah dan perundangan atau Qanun Islam akan tahu bahawa is perlu diqanunkan dalam "proses legislative" untuk menjadi undang-undang didalam sebuah negeri dan negara. Zul Nordin menyerlahkan kejahilannya dalam mempertikaikan perkara segampang ini.

Penetapaan perkara-perkara seperti mungkin sahaja akan mengalami perubahan kerana perhitungan-perhitungan itu termasuklah mengambil kira hal-hal adat dan budaya setempat sesuai dengan kaedah Usul al-Fiqh — "Al-Adat Muhakkamah". Itu yang menyebabkan Imam as-Syafi'e membuat perbezaan Ijtihad dalam urusan "Sin al-At-Taqaa'ad" — umur putus haid yang berbeza, semasa di Baghdad (Qaul Qadim), Iraq berbanding Kaherah, Mesir (Qaul Jadid). Semua ini perkara-perkara ijtihady atau "umurud ijtihadiy".

Zul Nordin lalu menghukum Enakmen Syariah (Terengganu dan Kelantan) sebagai Hudud PAS kerana menetapkan umur 18 tahun sebagai takrif Mukallaf (sin al-rashd) atau "Age of Maturity". Malang bagi seorang yang ada pendidikan Undang-undang Common-Law, langsung buta dan jahil tentang Undang-undang Islam.

Cubaan beliau untuk menjatuhkan kredibiliti Enakmen Syariah Terengganu dan Kelantan tentang Hudud adalah lebih jahat lagi. Usaha beliau untuk mencemar Enakmen Syariah sekaligus menjatuhkan kredibiliti Syari'ah Islam mengikut tanggapan umum.

Dengan merujuk kepada Seksyen 14 Enakmen Syariah Terengganu yang menyebutkan bahawa takrif tentang liwat, antara lainnya ialah hubungan seks antara lelaki dan wanita, di mana seseorang lelaki memasukkan zakarnya ke dalam dubur seseorang lelaki atau perempuan, kecuali isteri.

Katanya, perkataan kecuali dengan isteri itu jelas membawa maksud seseorang suami boleh memasukkan zakarnya ke dalam dubur isterinya kerana ia tidak dimaksudkan meliwat. Zul Nordin mendapat peluang menegaskan perkara ini tatkala Kinabatangan "melabongkan" soalan dengan kembali bertanya "Apakah Hudud PAS ,mengizinkan suami melewat isterinya".

"Inilah hudud PAS. Ini bercanggah dengan Islam. Dalam Islam, jika seseorang lelaki itu memasukkan zakarnya ke dalam dubur seseorang tidak kira dengan sesiapapun termasuk dengan isteri sendiri, ia tetap liwat".

"Tetapi dalam hudud PAS, itu tak dikatakan liwat. Maknanya suami boleh berbuat begitu dalam hudud PAS walaupun ia jelas bercanggah dengan ajaran Islam," kata ketika berucap pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Dengan itu, menurut beliau, enakmen tersebut bukanlah undang-undang Islam, tetapi hudud PAS yang dibuat oleh mereka yang kononnya tidak faham dengan undang-undang Islam tetapi hanya berlagak pandai untuk kepentingan politik.

Dalam hal ini, Zul Nordin benar-benar bukan hanya mempamerkan kejahilan tentang undang-undang Islam tetapi juga tidak tahu membaca undang-undang umumnya.

Perkara Seksyen 14 itu membawa satu maksud "Proviso" atau "Pengecualian" (Istisna'). Bermaksud "Liwat" ditakrifkan sebagai hubungan seks antara lelaki dan wanita, di mana seseorang lelaki memasukkan zakarnya ke dalam dubur seseorang lelaki atau perempuan, kecuali isteri.

Ini bukan bermaksud ke atas isteri itu di bolehkan! Tetapi ini bererti memasukkan zakar dalam dubur isteri itu tidak jatuh dalam "Hukum Hudud" seperti yang lain, tetapi tetap ia satu kesalahan yang termasuk dalam "Hukum Takzir".

Hukum Hudud memerlukan satu pembuktian yang terlalu "berat", justeru kerana mungkin sahaja boleh timbul "syubahah" di antara suami-isteri maka, Ulama' tidak meletakkan kesalahan suami ke tas isterinya itu sebagai dalam "Hukum Hudud" tetapi Hukum Takzir yang proses pembuktian adalah lebih "ringan" untuk disabitkan hukuman. Namun ia tetap salah dan berdosa sebagai satu jenis jarimah atau jenayah syari'ah dalam Islam. Zul Nordin menzahirkan kebodohan dan kejahilannya sekali lagi!

Perkara yang sama telah pernah dibangkitkan oleh Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Zaid Ibrahim berhubung isu itu.(UM 30 Ogos 2003) dan telah pun dijawab oleh Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Dato Harun Taib.

Zul Nordin dan seangkatan dengannya, jelas membuktikan mereka jahil dengan perundangan Islam. Itu masih boleh dimaafkan kalau kita bersedia belajar. Tetapi bertegas akan pendirian itu adalah sangat membimbangkan Takut-takut kita akan menjadi "sesat dan menyesatkan" seperti disebutkan oleh RasulAllah (saw) — "Dhollu wa Adhollu"!

Kami akan mengusulkan supaya KBB dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan untuk diadili atas segala usaha beliau menyelewengkan Dewan pada perbahasan belanjawaan beliau itu.

Allahu' Alamu bit-Thawab!

Zul main belakang....

Posted: 21 Oct 2011 02:31 AM PDT

Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib menyifatkan dakwaan ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin berhubung suami meliwat isteri melambangkan kejahilannya dalam hukum hakam yang berkaitan dengan hukum syarak. Menurutnya, hukum syarak tidak boleh dibaca sepintas lalu tetapi memerlukan disiplin ilmu yang tinggi.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan ahli parlimen tersebut di Dewan Rakyat semalam bahawa hukum hudud yang hendak dilaksanakan oleh PAS membenarkan suami meliwat isteri.

Selain itu, Zulkifli juga dilaporkan mendakwa bahawa umur 18 tahun yang ditetapkan dalam enakmen hudud bercanggah dengan Islam yang menetapkan had baligh ialah 15 tahun.

Ustaz Harun menjelaskan, liwat di antara suami isteri tidak termasuk di dalam hukum hudud tetapi bukan bererti perbuatan itu tidak salah.

Jelasnya lagi, perbuatan itu tetap salah, cuma tidak termasuk dalam hukum hudud dan dari sudut hukuman ia akan dikenakan hukum takzir.

" Mengapa ianya dikenakan hukuman takzir dan bukannya hudud? Jawapannya ialah kerana berlaku syubhah di situ.

"Untuk makluman beliau, dalam perlaksanaan hudud, seperkara yang mesti diambil kira dalam perlaksanaan ialah perlaksanaan hukuman hudud mesti meraikan satu kaedah yang penting iaitu tudra'ul hudud bi syubhat iaitu hudud itu tidak boleh dilaksanakan sekiranya ada syubhah.

"Persoalannya di mana syubhah itu dalam kes ini? Syubhahnya ialah hubungan suami isteri itu sendiri atau dalam istilah feqahnya ialah syubhatul milk iaitu syubhah kerana isteri itu adalah milik suami tidak sepertimana dalam kes kesalahan hudud yang beliau nyatakan yang mana pasangan yang bersalah tersebut tidak mempunyai hubungan yang sah dari sudut syarak, ianya adalah berbeza dengan kesalahan liwat suami isteri," tambah beliau lagi.

Beliau berkata, Zulkifli sebagai ahli parlimen tidak sepatutnya membaca sepintas lalu tanpa merujuk kepada para ulama kerana pengetahuan hukum syarak ada disiplinnya yang tersendiri, bukannya mengikut akal fikiran manusia yang lemah.
Beliau turut mengulas tentang dakwaan ahli parlimen itu bahawa had umur 18 tahun bercanggah dengan hukum syarak.

"Masalah berkenaan had baligh seseorang muslim itu, sebenarnya ianya adalah perkara khilafiah, ianya bukan suatu yang qat'ie.

"Ada ulamak dalam mazhab Syafie kata 15 tahun, barulah seseorang itu dianggap baligh, kalau dalam mazhab Hanafi, mereka kata 18 tahun barulah dikira sebagai mukallaf. Jadi dalam isu yang beliau bangkitkan ini, maka kita mengambil had umur yang paling tinggi supaya tidak berlaku masalah khilafiah. Sebagai contoh, jelasnya kalau diambil umur 15 tahun, nanti apabila perbicaraan diadakan, mungkin pihak peguam tertuduh akan mendakwa bahawa anak guaman bermazhab Hanafi, semata-mata untuk lari daripada hukuman.

"Jadi kita ambil pandangan 18 tahun supaya tidak berlaku at-tahayul atau helah dalam perbicaraan, itu hanya satu sebab mengapa kita pilih 18 tahun dan di sana masih ada sebab-sebab lain yang boleh kita rujuk kepada buku-buku feqah," ujar beliau lagi.

Dipetik dari...

ZULKIFLI NORDIN BODOH JAHIL DAN GOBLOK?

Oi...!! Jangan jadi lembu gemoklah....tak malu pada student ka???

Posted: 20 Oct 2011 11:44 PM PDT

Dalam situasi di mana students berdemo mempertahankan Aziz Bari, aku tengok para academician di universiti2 di seluruh negara diam seribu bahasa kecuali Azmi Sahrom dari UM.

Come on lah bro....apa barang jadi lembu gemok? Pengabis kena sembelih jugak.....

Demo sokong Aziz Bari tegang
Fadzly Esa dan Abd Rahim Sabri
1:54PM Okt 21, 2011

Beberapa orang pengawal keselamatan melakukan pemeriksaan ketat di pintu gerbang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) manakala orang awam dihalang daripada memasuki bangunan tersebut.

Menurut seorang pengawal keselamatan, selain orang awam, pihak media juga tidak dibenarkan masuk.

"Hanya sidang media jam 12 tengahari sahaja dibenarkan, selepas itu orang awam tak dibenarkan masuk, nak sembahyang Jumaat pun tak boleh.

"Kami terima arahan tak benarkan orang awam dan media masuk hari ini," kata pengawal keselamatan itu.

Tindakan itu dipercayai bagi membantutkan usaha kumpulan mahasiswa yang mahu berdemonstrasi terhadap UIA yang menggantung tugas Profesor Dr Abdul Aziz Bari sebagai pensyarah.

Sementara itu, wartawan Abdul Rahim Sabri yang tiba di UIA sejak pagi tadi, melaporkan kira-kira 700 mahasiswa sedang berhimpun membantah penggantungan Abdul Aziz.

Perhimpunan itu berlansung di perkarangan masjid UIA selepas solat Jumaat.

Mereka melaungkan "Hidup Ilmu", "Lawan Kezaliman", "Bebas Aziz Bari" dan menuntut kebebasan akademik di universiti khususnya di kampus berkenaan.

Mereka berhimpun untuk menyokong dan mendokong Abdul Aziz dan mendesak universiti membatalkan hukuman penggantungan kepada pakar pelembagaan itu.

Sewaktu mereka hendak berarak menghantar memorandum, berlaku kekecohan apabila pengawal keselamatan universiti cuba menghalang mereka menghantar memorandum kepada rektor UIA, menyebabkan berlakunya tolak menolak berlaku.

Semalam UIA menggantung tugas Abdul Aziz sebagai pensyarah undang-undang sehingga notis selanjutnya dikeluarkan.

Beliau didakwa "memberikan kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan universiti" dan diberi masa sehingga 25 Oktober depan untuk menjawabnya.

Tindakan terhadap pakar perlembagaan itu dipercayai berikutan reaksinya sebelum ini terhadap titah Sultan Selangor dalam isu Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).

Beliau berkata, Sultan Selangor sebagai ketua agama negeri mempunyai hak campurtangan tetapi ia perlu selaras dengan ajaran Islam.

Tiada ulasan: