Selasa, 18 Oktober 2011

Politiksukusakat

Politiksukusakat


Kempen batalkan segera kontrak Isa Samad selaku Pengerusi Felda!

Posted: 18 Oct 2011 02:53 AM PDT

WAN NORDIN WAN YAACOB dan SHAFRI SHAMSUDDIN
Foto WAN ZAHARI WAN SALLEH

KUALA LUMPUR, 18 Oktober : PAS dengan kerjasama Persatuan Anak-anak Peneroka Kebangsaan (Anak) telah melancarkan kempen 'Gerakan Kempen Mansuhkan ISA 2.0' (Tan Sri Isa Samad) di Parlimen 18 Oktober lalu.




Perasmian dilakuka oleh ahli Parlimen Shah Alam, Ir Khalid Samad dengan disaksikan oleh ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmood dan Pengerusi Anak, Mazlan Aliman.

Kempen itu bertujuan menggesa kerajaan segera menamatkan kontrak Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad yang kini dilihat memonopoli Koperasi Permodalan Felda Berhad (KPF).

Mazlan Aliman berkata, kempen itu dilancarkan sebagai tanda bermulanya desakan agar kontrak beks Menteri Besar Negeri Sembilan itu dibatalkan.

Sehubungan itu, Mazlan berkata gerakan itu akan memulakan kempen mengumpul tandantangan warga Felda di setiap negeri dan akan diserahkan kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak sebelum persidangan Dewan Rakyat berakhir.

"Warga Felda akan turun padang dan berusaha habis-habisan menyingkirkan Isa dan sebelum sidang berakhir, kami akan serahkan tandangan yang dikumpul kepada Perdana Menteri supaya beliau mendengar suara hati warga Felda," katanya.

Selain Anak, antara NGO lain yang menyertai gerakan ini ialah Badan Bertindak Peserta Felcra (Bapa), Gerakan Kebangkitan Peneroka Felda Kebangsaan (Bangkit) dan Waris.

Isa sebelum ini didakwa menimpulkan masalah kepada KPF semasa ketiadaan Pengurus Besar KPF, Dato' Zulkifli Abdul Wahab dengan mengambil alih KPF, dakwa Mazlan.

Apa yang paling menjolok mata ialah, pelantikan Isa sebagai Pengerusi KPF melanggar undang-undang kecil KPF dan bertujuan lain, katanya.

Menurut Mazlan, seseorang yang dilantik menjadi Pengerusi KPF mestilah seorang peneroka Felda atau anak peneroka Felda atau memegang jawatan tetap di dalam Felda.

Namun Adun Bagan Pinang itu hanya dilantik secara kontrak, dan ianya sangat menyalahi undang-undang penubuhan KPF yang menguasai 51 peratus pegangan saham dalam Felda Holding, katanya,


Ditanya mengapa Isa beria-ia mengambil alih KPF, Mazlan mendakwa ia satu usaha memudahkan usaha menyenaraikan Felda Holding Ke Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL).

Dengan tindakan ini, peneroka Felda sebenarnya berasa terancam dengan kerana ekuiti saham mereka akan terjejas sebaliknya syarikat-syarikat besar yang menagut keuntungan, ujarnya.

Terdahulu sebelum merasmikan kempen itu, Mazlan dan rombongannya telah mengetuai sekumpulan pemegang saham KPF ke Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

Mereka telah menyerahkan surat bantahan mengenai pelantikan Isa dan menuntut perbicaraan dilakukan tribunal mengenai perkara membabitkan kepentingan warga Felda, kata Mazlan.

Dalam pertemuan itu, Anak dan pemegang saham Felda dimaklumkan Suruhanjaya Koperasi akan bersidang dalam masa terdekat melibatkan Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan bagi menyiasat perkara itu,, katanya.

Tiada ulasan: