Rabu, 19 Oktober 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Ahmad Maslan.. Bodoh Piang La Hang Nie.. Macam Budak Tadika..

Posted: 18 Oct 2011 11:27 PM PDT

Hang tak mau suruh Rosmah buat penjelasan jugak ke tentang pembelian cincin yang dok heboh kat internet dan blog sekarang ni.. Kalau tak betul hang pi lah tolong buat laporan polis bagi pihak Rosmah tak kira lah dia anak siapa atau bini siapa..

Ahmad Maslan desak Lim Guan Eng beri penjelasan.

Peribahasa Melayu ada menyebut 'mendiamkan diri ini tandanya bersetuju'. Kalau tak betul, dah tentu Lim Guan Eng sudah menyalak dan menafikan laporan beberapa buah blog sejak akhir-akhirnya yang mengaitkan anak Guan Eng yang mencabul rakan sekolahnya ,dan pembayaran RM200,000 untuk menutup mulut mangsa, ujar Ketua Penerangan UMNO ,Datuk Ahmad Maslan.

"Kita minta penjelasan lanjut tentang isu ini jika ada perkara-perkara yang tidak betul dilakukan, maka pihak-pihak tertentu harus membuat laporan polis agar perkara ini dibawa ke muka pengadilan, tidak kira anak siapa tidak kira bapanya siapa.


"Di Malaysia, undang-undang tetap undang-undang. Pada kita, kita nak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Apa yang dinyatakan dalam blog-blog itu, ianya sudah dinyatakan tetapi kita nak dengar penjelasan dari pihak Lim Guan Eng sendirilah," katanya kepada UMNO-Online di Parlimen hari ini mengulas laporan beberapa buah blog yang mengaitkan anak Lim Guan Eng mencabul rakan sekolahnya.

Tambahnya, Lim Guan Eng harus menjelaskan isu ini dalam masa terdekat bagi mengelakkan tohmahan dan telahan orang ramai terhadap mereka.

"Selagi perkara itu tidak dinafikan, selagi itulah perkara tersebut akan disebar luaskan. Oleh sebab itu, dia kena nafi atau dia kena berhadapan dengan kebenaran dan juga apa juga perundangan yang berkaitan dengan kesalahan tersebut," tambahnya yang juga Ahli Parlimen Pontian.

Umno Hanya Berlakon Menyokong Himpunan Sejuta Umat

Posted: 18 Oct 2011 10:11 PM PDT

Sekelip mata, 'jembalang' pemimpin Umno boleh berubah wajah dan watak dari asalnya benci dan anti dengan hukum yang berkaitan Islam dan undang-undang murtad di negara ini, tiba-tiba hari ini menyokong 'Himpunan Sejuta Umat Selamatkan Akidah' anjuran Himpunan Pertubuhan-pertubuhan Islam (Himpun) pada 22 Oktober ini di Stadium Shah Alam.

Tapi ramai tidak pelik dengan perubahan kulit pemimpin Umno itu kerana ianya sekadar umpan untuk meraih kepentingan peribadi dan mendapat sokongan pilihanraya yang hilang dalam Pilihanraya Umum (PRU) yang lepas.

PRU ke-13 sudah menjelma, sudah tentu Umno akan mengambil peluang ini untuk berlakon, konon mereka adalah pembela kesucian agama Islam di negara ini.


Tapi kita jangan lupa, wajah Umno yang serupa ketika Presiden PAS, Datuk Seri Tuan guru Abdul Hadi Awang membawa usul di parlimen mendesak kerajaan menggubal undang-undang perihal murtad, namun tiada seorang pun dari kalangan menteri dan anggota parlimen Umno yang mengaku pembela Islam telah menyokong usul berkenaan sehingga ianya ditolak oleh Speaker ketika itu.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, PAS sehingga kini sudah mengemukakan dua kali usul persendirian di parlimen mendesak kerajaan menggubal undang-undang murtad.

Katanya yang dipetik dari Harakahdaily, usul tersebut dibawa Presiden PAS, namun Umno ketika itu tidak pula menyokong.

"Tanpa ada menteri atau anggota parlimen Umno yang menyokong menyebabkan usul persendirian itu tidak diterima Speaker.

"Ini menggambarkan sudah lama PAS mendesak kerajaan pusat menggubal undang-undang mencegah murtad dan ia bukan perkara baru.

"Undang-undang murtad juga sudah terkandung dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II). Jadi tidak berbangkit Kelantan tiada undang-undang mencegah murtad," ujarnya menjawab soalan tambahan Datuk Alwi Che Ahmad (BN-Kok Lanas) dalam sidang Dun Kelantan semalam.

Jelaslah, Umno sebuah parti yang hipokrit yang mengambil peluang atas isu yang bergolak, tidak kira agama atau perkauman, demi kepentingan peribadi dengan harapan dapat menangguk di air keruh mendapat sokongan Melayu yang semakin hilang kepercayaan terhadap mereka mutakhir ini.

Warkahdaily

Himpunan Sejuta Umat - Tindakan Bijak Pas.. Terkedu Umno Dan Penjilatnya..

Posted: 18 Oct 2011 08:16 PM PDT

Tidak libatkan parti politik, PAS tak sertai Himpunan Sejuta Umat

KUALA LUMPUR, 19 Okt — PAS memutuskan untuk tidak menyertai Himpunan Sejuta Umat (Himpun) yang akan berlangsung Sabtu ini atas alasan ia tidak melibatkan parti-parti politik.

Perkara tersebut diputuskan dalam mesyuarat khas biro politik parti itu yang diadakan di sini malam tadi.

"PAS dimaklumkan bahawa majlis ini tidak melibatkan parti-parti politik, maka PAS mengambil pendirian untuk tidak terlibat dalam himpunan tersebut sebagai menghormati kehendak penganjur program," kata Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) dalam satu kenyaatan dikeluarkan tengah malam tadi.


Serentak itu, PAS Selangor juga mengambil pendirian tidak akan menyertai perhimpunan itu yang akan berlangsung di Stadium Shah Alam, Selangor bagi membincangkan isu murtad.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider awal pagi tadi, Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman mengesahkan pendirian mereka.

"Sudah tentu," kata beliau apabila ditanya sama ada ia bermakna pihaknya juga mengambil pendirian yang sama.

Dalam satu pendirian dibuat kelmarin, Dr Rani berkata PAS Selangor tidak mahu perhimpunan itu diadakan dengan niat mahu melaga-lagakan masyarakat berlainan agama.

Dalam kenyataannya, Hadi menambah, PAS memperingatkan semua pihak yang terlibat dalam penganjuran himpunan ini agar bertindak selaras dengan peruntukan undang-undang negara demi menjamin keharmonian negara yang berbilang kaum dan agama.

Tegas beliau, sebarang usaha untuk menimbulkan polemik perkauman dan agama akan membawa negara kepada satu suasana yang tidak menguntungkan mana- mana pihak.

"PAS memandang berat sebarang usaha mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk kepentingan politik dan pilihan raya," kata beliau lagi.

Hadi menambah, agenda menyelamatkan akidah merupakan agenda murni tetapi ia mesti diurus dengan cara berhemah.

"PAS menyokong segala usaha memantapkan akidah oleh badan-badan NGO dan pelbagai pihak bagi memperkasakan akidah umat Islam," kata beliau.

Hadi juga berkata, PAS mengambil pendirian bahawa pengukuhan akidah umat Islam hendaklah dilaksanakan menerusi jalan dakwah secara damai sebagaimana Islam telah diterima oleh masyarakat rantau ini secara damai.

Petang semalam, Pakatan Rakyat memutuskan bahawa ia menunggu keputusan mesyuarat PAS sebelum membuat pendirian berhubung Himpun.

Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar berkata, mereka juga sedang mengumpul maklumat dari beberapa pihak berkenaan apa sebenarnya tujuan himpunan tersebut.

"Kita serah kepada kebijaksanaan PAS yang akan bermesyuarat malam ini (tadi). Kita sedang kumpul maklumat . . . adakah penglibatan pihak-pihak tertentu sama ada terlibat dengan Umno atau tidak," katanya.

Ramas Buah Dada - Khairy DiBODOHkan Blogger Pencacai

Posted: 18 Oct 2011 05:14 PM PDT

Semalam, Khairy menulis, "mungkin dia roboh Kampung Buah Pala sebab nak ganti dengan Kampung Buah Dada."

Khairy membalas mesej Twitter pemblog pro-Umno PapaGomo.

Dakwaan itu muncul di blog-blog Umno dengan memfokus kononnya salah laku anak Lim di sekolah dan mendakwa remaja itu menggunakan nama dan kedudukan bapanya untuk melepaskan diri daripada hukuman.

Blog itu mendakwa Lim kemudian memindahkan anaknya ke sekolah lain dan membayar RM200,000 untuk menyembunyikan skandal itu.






bulatdusun

Panas.. Blogger Umno Kaki Fitnah Ini Berketurunan Indon Rupa-Rupanya.. Hehehe...

Posted: 18 Oct 2011 09:35 AM PDT

ADA SAPA2 BOLEH JAWAB!!! Siapakah Blogger yang bapanya INDON, emaknya INDON , dia pun beranak kat INDON


Sayalah Dr...............?

Penulis baru dapat maklumat dari kawan yang dulu belajar di universiti tentang seorang blogger Umno yang semakin kuat fitnahnya terhadap pemimpin PR.

Dulu ramai yang boleh bersabar bila membaca tulisan blogger Umno ini, tapi fitnah terbaru ni dah semakin melampau tak ingat dosa pahala.


Kawan penulis bagi tahu blogger ini belajar sama universiti dengannya, belajar sampai ke Kelantan. Tapi sejak bekerja dan bergiat dengan Umno, tulisan dalam blog dia seolah-olah dialah Malaysian tulen.

Sebenarnya Lim Guan Eng yang dia hina hari-hari lebih Malaysian dari blogger Umno ni, sebabnya LGE ayahnya rakyat Malaysia, emaknya rakyat Malaysia, lahir pun di Malaysia. Berbanding blogger Umno ni yang ayahnya Indon, emaknya Indon, lahir pun di Indonesia.

Mungkin blogger Umno nak buktikan dia Malaysian tulen maka dia sanggup fitnah pemimpin PR supaya pemimpin Umno tak selidik asal usulnya. Lebih banyak kisah peribadi blogger Umno ni yang sudah diketahui tapi penulis cuma dedahkan sedikit sahaja.

Penulis harap blogger Umno ni sedarlah diri sedikit, walaupun dah dapat warganegara janganlah melebih-lebih sampai sanggup fitnah dan bohong. Siapa blogger Umno itu ya? rasanya blogger ini akan mengaku sendiri.

Sumber di sini

Berkaitan:




Skandal RM200,000 Cabul Kehormatan ! Lim Guan Eng DAP Main Kotor Fitnah MiM Pulak!!


Sindiket pemberian IC palsu kemungkinan wujud

Posted: 18 Oct 2011 06:54 AM PDT

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP) mendakwa kes 240 warga asing di Astana Dugang Country Resort dekat Putrajaya pada 12 Oktober lalu menguatkan lagi kemungkinan wujudnya sindiket pemberian kad pengenalan palsu kepada warga asing.

Bendaharinya Mohd Adram Musa berkata, kejadian itu sama seperti yang berlaku di Paya Jaras, Selangor pada 8 Mac lalu apabila penduduk Kampung Kubu Gajah dapat menghidu ada sindiket permohonan Mykad untuk warga asing dan penduduk tetap di kawasan itu.

Merujuk kepada laporan polis salah seorang saksi kejadian, hasil serbuan pihak polis, ketua kampung dan beberapa orang jawatankuasa kampung, tiga lelaki berketurunan Kemboja berjaya ditahan, manakala sebuah beg dan dua fail yang mengandungi dokumen berkaitan turut dirampas.


Mohd Adram berkata ketika diperiksa ketiga-tiga lelaki Kemboja berkenaan mempunyai kad pengenalan biru; mempunyai nama seperti penduduk Melayu tempatan dan beralamat di Pekan, Pahang serta Kota Bharu, Kelantan.

"Polis juga memaklumkan hasil siasatan mendapati tiada kes," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Pas di sini hari ini.

Namun beliau berkata hasil semakan melalui sistem Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pihaknya mendapati data dua lelaki Kemboja berkenaan tiada dalam rekod.

Dua status

Sehubungan itu beliau menggesa pihak polis menjawab dua status berkenaan, sama ada kad pengenalan lelaki Kemboja itu palsu atau tidak.

"Memang wujud (sindiket) IC palsu di negara ini, dan kejadian di Astana Dugang Country Resort itu mungkin sebahagian daripada modus operandi mereka," katanya.

Beliau turut mempersoalkan betapa mudahnya kerajaan memberikan taraf kerakyatan apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz dalam Parlimen menyatakan sejumlah 27,293 warga asing memperolehi kerakyatan sepanjang tahun 2008 sehingga 2011.

Begitu juga program pemutihan '6P' apabila 1.32 juta pendatang asing tanpa izin (PATI) telah direkodkan yang didakwanya sama banyak dengan jumlah penduduk Terengganu, katanya.

"Bagaimana Malaysia boleh mempunyai begitu banyak warga asing sedangkan ada ramai pasukan dan anggota keselamatan yang sepatutnya mengawal.

"Semakin banyak kenyataan yang dikeluarkan seolah-olah mengecam tindakan DPP. Kita bukan bagi maklumat kosong, kita ada bukti dan mahu ia disiasat," katanya.

Free Malaysia Today

Pemuda UMNO Kutip Wang Perlindungan Berlagak Samseng Pukul Peniaga

Posted: 18 Oct 2011 05:54 AM PDT

Kuala Lumpur: Tiga ahli perniagaan mendakwa pekerja mereka diugut, diancam dan dipukul oleh sekumpulan ahli Pemuda Umno kerana enggan membayar wang perlindungan kepada kumpulan pemuda berkenaan.

Ahli perniagaan berkenaan mendakwa membeli membeli sebuah unit bangunan di tingkat bawah sebuah hotel di Jalan Haji Hussein, Chow Kit di sini, Jun lalu.

Mereka mendakwa pekerjanya mula diganggu kumpulan lelaki terbabit Jumaat lalu.

Selain pekerjanya yang cedera didakwa dipukul, cermin lori milik ahli perniagaan itu juga dipecahkan.


Wartawan serta ahli parlimen Cheras, Tan Kok Wai yang dibawa ke tempat kejadian secara tiba-tiba didatangi seorang Pemuda Umno yang menafikan tindakan itu sambil menyifatkan ia tuduhan palsu.

Pemuda itu yang dikenali sebagai Zulkeflie Mat mengaku beliau adalah ahli Jawatankuasa Pemuda Umno Bahagian Titiwangsa dan juga wakil Hal Ehwal Penjaja di Chow Kit.

Nafi bawa konco

Turut kelihatan seorang lelaki yang memakai baju merah dikenali sebagai Jaamat Jantan yang merupakan Ketua Umno cawangan Masjid Pakistan dan juga penjaga kawasan.

Zulkeflie menafikan bahawa beliau membawa konco-konco untuk membuat kacau serta meminta wang perlindungan seperti yang didakwa ahli perniagaan tersebut.

"Saya berjumpa dengan salah seorang rakan kongsi peniaga terbabit. Saya bertindak kerana menerima aduan daripada penjaja lain. Mereka buat ubahsuai adakah mengikut saluran yang betul? Mereka boleh tuduh..tapi saya tegaskan saya menjaga hal-ehwal penjaja-penjaja kecil yang berniaga di tepi-tepi jalan ini," katanya ketika ditemui pemberita.

Dalam sidang media sebelum itu, salah seorang rakan kongsi yang dikenali sebagai Lee Kok Leong, 43, mendapat tahu bahawa seorang pekerjanya warga Bangladesh dipukul oleh sekumpulan lelaki.

Tidak cukup dipukul, para pekerja mereka diugut agar pihak majikan mereka segera menghentikan kerja pengubahsuaian di bangunan itu.

Menurut Lee, beliau didatangi oleh dua lelaki, iaitu Zulkeflie dan seorang lelaki hanya dikenali sebagai AD.

Minta bayaran RM800

"Mereka datang bertemu kami dengan wajah yang garang dan meminta bayaran sebanyak RM800," katanya.

Katanya ekoran tindakan kumpulan itu tiga laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada Jumaat lalu dan semalam.

Seorang lagi rakan kongsi Cheng Chin Heng, 36, kesal dengan polis yang enggan menyiasat walaupun laporan polis sudah dibuat.

"Sehingga sekarang saya mendapati penama dikenali sebagai AD dan Zulkeflie masih berada di kawasan kedai kami. Meraka melarang saya dan pekerja balik ke sana jika tidak kami akan dipukul. Mereka juga membawa masuk barang-barang mereka seolah-olah ia tempat mereka.

"Ekoran saya enggan membayar wang perlindungan kepada dua penama itu, dan saya diberitahu mereka dari Pemuda Umno Bahagian Titiwangsa, mereka kata tempat itu dijaga oleh Umno," katanya yang turut ditemani peguam.

Menurut Cheng satu laporan polis akan dibuat hari ini kerana semua peralatan untuk pengubahsuaian turut hilang.

Seorang lagi rakan kongsi mereka adalah wanita tetapi namanya enggan didedahkan.

Dipetik dari Greenboc



Hello Bro Guan Eng.. Jangan Layan Sangat Beruk-Beruk Tu.. Saman Aje..

Posted: 18 Oct 2011 05:04 AM PDT

Khairy pertahan serangan ke atas anak Guan Eng, dakwa pengkritik 'hipokrit'

KUALA LUMPUR, 18 Okt – Khairy Jamaluddin menegaskan kenyataannya mengenai dakwaan ke atas anak lelaki Lim Guan Eng tidak salah dan pada masa yang sama beliau melabelkan pihak yang mengkritiknya sebagai hipokrit.

Tengah hari tadi, Lim berkata keluargannya kesal dengan "pembohongan biadab" dibawa terhadap anak lelakinya oleh "pihak-pihak kejam yang pro-Umno" sambil merujuk kepada Khairy (gambar) dan beberapa pemimpin parti itu yang turut menyebarkan dakwaan dengan komen sinis menerusi blog dan media sosial sejak beberapa hari lalu.


"Saya dan keluarga saya kesal dengan pembohongan dan perbuatan mereka-reka cerita terhadap anak lelaki saya yang kecil adalah sesuatu yang kejam dan keji. Umno seharusnya bertindak terhadap mereka yang cuba untuk menghancurkan kehidupan anak saya dengan pembohongan dan perbuatan mereka-reka cerita dalam usaha mahu memusnahkan saya daripada politik," kata beliau dalam kenyataan.

Menjawab kritikan ke atas beliau menerusi Twitter petang ini, Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno berkata, ahli-ahli politik Barisan Nasional (BN) dan keluarga mereka telah berhadapan dengan situasi lebih buruk daripada pihak pembangkang.

Khairy, yang juga Ketua Pemuda BN, mengecam ahli DAP bernama Satees Muniandy dari Pulau Pinang kerana begitu "hipokrit" apabila beliau menimbulkan perkara itu menerusi Twitter.

"Saudara, apa yang pemipin-pemimpin BN dan keluarga mereka dapat daripada pembangkang adalah lebih teruk. Jangan hipokrit," kata Khairy lagi.

Satees menulis bahawa, "anda hanya perlu tunggu! Saya mahu melihat apa reaksi anda apabila Puma & Cougar anda membesar dan dilayan dengan pembohongan dan fitnah!"

"Puma & Cougar" merupakan nama timbangan digunakan oleh Khairy untuk merujuk dua anak lelakinya.

"Adakah anda menjustifikasi dan mempertahankan tindakan murahan pemblog-pemblog pro-Umno? Saya tidak terkejut kerana anda juga bergandingan dengan mereka!" kata Satees.

Dia kemudian menyoal Khairy sama ada ahli-ahli DAP ada bertindak sehingga begitu buruk dalam menyerang tingkah laku ahli keluarga menteri-menteri Umno atau saudara mara wakil rakyat itu sendiri, kecuali bapa mertuanya Tun Abdullah Ahmad Badawi yang juga bekas perdana menteri.

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang dan Setiausaha Agung DAP dalam kenyataan tengah hari tadi mengecam Khairy kerana menulis komen sinis menerusi Twitter ketika membalas dakwaan ke atas anak lelaki pemimpin itu.

Semalam, Khairy menulis, "mungkin dia roboh Kampung Buah Pala sebab nak ganti dengan Kampung Buah Dada."

Khairy membalas mesej Twitter pemblog pro-Umno PapaGomo.

Dakwaan itu muncul di blog-blog Umno dengan memfokus kononnya salah laku anak Lim di sekolah dan mendakwa remaja itu menggunakan nama dan kedudukan bapanya untuk melepaskan diri daripada hukuman.

Blog itu mendakwa Lim kemudian memindahkan anaknya ke sekolah lain dan membayar RM200,000 untuk menyembunyikan skandal itu.

Khairy terus mempertahankan dirinya daripada kritikan pengguna Twitter termasuk komen Ahli Parlimen DAP bagi kawasan Bukit Bendera Liew Chin Tong.

Seorang lagi pengguna yang bernama "whackalibabas" mengingatkan Ahli Parlimen Rembau itu bahawa "Tuhan sedang memerhatikan anda."

Kepada mereka yang mempertahankannya, Khairy menulis, "usah kisah. Jelas, standard yang berbeza bagi pemimpin-pemimpin pembangkang."

Penasihat DAP Lim Kit Siang, yang juga bapa kepada Guan Eng turut berbalas mesej Twitter dengan mengecam dakwaan ke atas cucunya.

"Bagaimana perasaan PM/TPM jika anak/cucu mereka menjadi mangsa serangan buruk berdasarkan pembohongan?

"Adakah Najib/M'ddin (Muhyiddin( akan mengecam serangan sedemikian ke atas kanak-kanak tidak bersalah oleh 'cybertrooper' Umno?

Adakah ini dimaksudkan pembaharuan politik Najib?

"Saya akui saya sangat sedih/kesal sejak dua hari lalu kerana tidak dapat melindungi cucu-cucu saya daripada serangan tidak berhati perut ini. Najib/Mddin (Muhyiddin) merestui mereka?" tulis beliau.


Bila Umno Cakap Sesuatu.. Kena Tafsir Sebalik.. Maksudnya Betullah Tu..

Posted: 18 Oct 2011 04:52 AM PDT

Umno nafi video seks ditayang pada majlis k'jaan

Ketua penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan menafikan bahawa parti itu dan BN menayangkan pita video seks seorang lelaki yang menyerupai Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada satu taklimat kepada kakitangan awam dan pemimpin masyarakat di Perak Sabtu lalu.

Ahmad, yang juga timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata hari ini tiada video seks yang ditayangkan pada majlis itu.

"Mana ada tayang video seks... Hanya yang (ditayangkan) ada dalam TV1 dan TV3 yang keluar sebelum ini.


"Macam gambar-gambar yang dah masuk dalam Utusan dan lain-lain akhbar... tak kan lah bodoh sangat saya ini (untuk menayangkan video seks itu)," katanya dalam jawapan sms ringkas kepada Malaysiakini.

Majlis Penerangan Perdana anjuran kerajaan negeri Perak di dewan Jubli Perak Kuala Kangsar pada Sabtu lalu dihadiri oleh lebih daripada 2,000 kakitangan awam, pemimpin masyarakat, ahli-ahli badan-badan bukan kerajaan dan orang ramai.

Akhbar Sinar Harian hari ini melaporkan bahawa Pakatan Rakyat membuat laporan polis semalam berhubung dakwaan klip video seks yang dikatakan mirip Anwar ditayangkan semasa majlis itu.

Diiketuai oleh ketua penerangan PKR Perak Zulkifly Ibrahim, Pakatan mempersoalkan tayangan klip berkenaan kerana perkara itu masih dalam siasatan oleh pihak berkuasa.

Tak bermoral

"Kami kecewa kerana video itu terdapat unsur seks dan tidak bermoral tetapi ditayangankan kepada umum.

"Tayangan ini juga menyalahi perundangan negara kerana melibatkan aspek moral keterlaluan dan menunjukkan penganjur juga tidak bertamadun," Zulkifly dipetik Sinar Harian hari ini.


Beliau juga mendakwa majlis itu anjuran menteri persekutuan, timbalan menteri, exco kerajaan negeri dan pegawai kanan kerajaan negeri.

Dalam perkembangan yang sama, timbalan pesuruhjaya PAS Perak, Misbahul Munir berkata Umno dan BN dilihat kian terdesak dengan menggunakan program rasmi kerajaan untuk menayangkan video lucah.

Sehubungan itu, beliau mahu pihak polis menyiasat dan mengambil tindakan ke atas Umno kerana menggunakan majlis dan premis kerajaan untuk menayangkan video lucah itu.

"PAS menyifatkan Umno dan pemimpinnya adalah parti yang tidak bermaruah, tidak bertamadun apabila sanggup melakukan apa sahaja demi kepentingan politik mereka," katanya.

Bagi Misbahul, Umno sudah kehabisan modal untuk berdepan dengan Pakatan Rakyat yang lebih berwibawa.

"Rakyat perlu menolak parti dan pemimpin Umno yang tidak ada harga diri pada pilihan raya umum ke 13 nanti.

"Ini adalah satu percubaan untuk memburuk-burukkan Pakatan Rakyat dan kita mahu pihak polis untuk mengambil tindakan dan menyiasat perkara itu (kerana) Umno menggunakan acara dan premis-premis milik kerajaan untuk menunjukkan video itu," katanya.

Kulim Dilanda Ribut. YB Bangsat Tak Nampak Batang Hidung.. Dok Melalak Pasai Elaun Kat Parlimen Kot??

Posted: 18 Oct 2011 02:23 AM PDT

Kulim: Dua puluh rumah di Mukim Padang China dan Sidam Kanan di sini rosak akibat dipukul ribut petang semalam, demikian lapor Bernama. Gambar fail.

Kejadian kira-kira 10 minit pada pukul 4.30 petang itu turut menyebabkan banyak pokok tumbang dengan satu daripadanya menghempap sebuah gerai nasi kandar di Jalan Sultanah Bahiyah.

Kawasan yang terlibat di Mukim Padang China ialah Kampung Syed Sheh, Tunku Putra, Sungai Badak dan Kampung Baru (sekitar Kilang Lama) manakala di Mukim Sidam Kanan pula ialah Kampung Nesa, Kampung Padang, Taman Bunga Raya dan Ladang Victoria (sekitar Padang Serai).


Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakt Daerah Kulim Rohana Mohd Yusuff berkata 15 petugas JKM bersama kakitangan Pejabat pembangunan Persekutuan Daerah Kulim/Bandar Baharu membuat bancian kerosakan yang dialami penduduk kawasan terbabit hari ini.

"Bumbung dua rumah di Kampung Syed Sheh perlu diganti kerana diterbangkan angin," katanya.

Sumber dari Greenboc

Tiada ulasan: