Selasa, 18 Oktober 2011

Cursing Malay : Terus Terang

Cursing Malay : Terus Terang


Aku Menyokong Penuh Usaha Memberikan Hak Warga Asing Untuk Mengundi

Posted: 18 Oct 2011 07:54 PM PDT

Tuan Menteri Dalam Negeri, 
Surat Menyokong Tindakan Kerajaan Memberikan Warganegara Kepada Warga Asing

Salam 1Malaysia.

Saya, Mantot, menyokong penuh usaha kerajaan membenarkan warga asing diberikan taraf kerakyatan negara tercinta kita, Malaysia.

2. Sokongan saya datang daripada pemerhatian saya sendiri yang merasakan tanpa adanya usaha dan penat lelah mereka ini yang kebanyakannya datang sama ada dari Indonesia,Vietnam,Myanmar dan Bangladesh, negara kita akan runtuh. Negara kita sangat bergantung dengan tenaga kerja luar dan jika mereka yang sudahpun diberikan latihan dan pengalaman yang mencukupi ini keluar beramai-ramai meninggalkan negara kita, negara akan kehilangan tenaga kerja yang amat-amat diperlukan kita. Bayangkan, tidak ada lagi rumah mampu dibina kerana tidak ada lagi pekerja yang mahu membina bangunan. Bagaimanakah ubah suai dalaman dan luaran bangunan di Malaysia akan dilaksanakan?

3. Pada hemat saya yang hina ini, jika kita kehilangan tenaga pakar asing ini,beberapa industri besar di negara kita akan terjejas ;

a. Industri pembinaan
b. Industri penjaga kanak-kanak
c. Industri penjualan karpet dan hiasan rumah berbentuk Islamik
d. Industri perkilangan
e. dan pelbagai industri lain

4. Oleh sebab itu, saya menyeru kepada kerajaan Malaysia supaya bukan setakat menjadikan mereka sebagai warganegara Malaysia tetapi juga mewujudkan satu skim baru untuk warga asing yang ingin bekerja di Malaysia dengan menjadikan mereka sebagai pekerja sektor awam yang mempunyai gred tangga gaji tersendiri. Berikan mereka insentif dan faedah untuk terus menetap bekerja di sini. Selain daripada hak untuk mengundi, apa kata Kerajaan juga membenarkan mereka mempunyai suara di Parlimen. Faedah-faedah yang diperolehi oleh peserta "Malaysia My Second Home" perlu diberikan kepada mereka.

5. Saya adalah antara jutaan rakyat Malaysia yang berbangga dengan keunikan Malaysia yang aman makmur dan mempunyai masyarakat yang berbilang kaum tetapi pada saya, itu tidak cukup. Kita perlukan lebih ramai lagi kaum di Malaysia untuk menjadikan masyarakat kita lebih majmuk. Ini akan membantu meningkatkan industri pelancongan negara kita dan sekaligus membawa masuk matawang asing ke negara kita.

6. Mengakhiri warkah ini, saya sekali lagi menegaskan, saya menyokong penuh tindakan kerajaan memberikan warganegara kepada warga asing. Jika kerajaan tidak berbuat demikian, saya ingin mencadangkan kepada kerajaan supaya berbuat demikian. Sekian terima kasih.


Rakyat Prihatin,
Mantot

Tiada ulasan: