Khamis, 27 Oktober 2011

PERAKITE

PERAKITE


Ustaz Kazim atas pentas Kerajaan Negeri P Pinang?

Posted: 26 Oct 2011 10:57 PM PDT



Usaha karejaan negeri Pulau Pinang menganjurkan Majlis Ijtimak Al-Huffaz  adalah patut dipuji. Khabarnya Menteri Besar Kelantan Dato Nik Aziz Nik Mat akan juga turut hadir pada majlis perasmiannya. Bagaimanapun banner program berkenaan seperti di atas, sedikit menganggu kerana terbukti ada satu program Ijtimak itu iaitu  Forum " Generasi Al-Huffaz Pemangkin Ummah" membabiykan seorang Ustaz yang kurang disenangi oleh khususnya PAS telah dijemput sebagai ahli Panel. Hakikatnya bukan sahaja PAS, malahan juga PKR. Mudahnya ialah Pakatan Rakyat.

sty

Beliau adalah Al-Fazil Ustaz Mohd Kazim Elias Al-Hafiz, yang kononnya seorang Ahli PAS di Perak. Hakikatnya dia telah dipecat dari PAS, kerana sifat dan ceramahnya yang lebih mirip kepada UMNO. Beliaulah yang kerap berceramah di rumah MB Perak DS Zambry Abdul Kadir sewaktu coup-de-tat dari kerajaan Pakatan Rakyat.


Saban waktu diusung ke kediaman MB Zambry untukmemberi ceramah di kediaman MB itu. Sakit hati orang PAS tidak terkata.


Salah satu dari dua usul yang telah diluluskan sebulat suara dalam Muktamar Dewan Ulamak PAS Negeri Perak yang telah berlangsung di Markas Tarbiyah Air Kuning, Perak pada 14 Mei 2011 ialah Usul agar Ustaz Kazim Alias dipecat keanggotaannya dari PAS.


Ini kerana beliau telah bertindak sebagai duri dalam daging dengan menghentam PAS secara terang-terangan terutamanya dalam isu berkaitan penglibatan PAS dalam Pakatan Rakyat.


Tindakan ini amat penting agar beliau tidak merosakkan fahaman Umat Islam termasuk sebahagian ahli PAS sendri yang terpengaruh dengan kepetahannya berpidato.


Muktamar bersetuju bahawa beliau telah menggunakan hujah yang begitu dangkal dan tidak langsung mengambilkira dasar Tahalluf Siasi yang telah diluluskan oleh Majlis Syura Ulamak.


Beliau juga sebelum ini pernah dikesan menghuraikan hukum dan mentafsir Al-Quran tidak berdasarkan tafsiran ulamak mufassirin.


Adalah diharapkan agar semua Kawasan dan Cawangan PAS di seluruh Negeri Perak tidak lagi menggunakan khidmat beliau dalam semua program anjuran parti.


Itu adalah usul dan sebabnya kenapa Ustaz Kazim Alias perlu dipecat dari PAS Perak.


Dan antara sebab utama selain dari apa yang dicacatkan diatas, aku diberitahu Ustaz Kazim juga telah mengkritik Anwar Ibrahim Ketua Umum PKR dengan keras dalam satu ceramahnya..


Malangnya biarpun beliau telah diusulkan untuk di pecat keahliannya dari PAS Perak, beliau akan dijemput pula sebagai Ahli Panel untuk Forum yang dianjurkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang yang EXCOnya dari PKR sendiri..


Tidakkah EXCO dari PKR itu sedar akan tindakan menjemput Ustaz Kazim itu akan menyebabkan rasa kurang senang dari Ahli-Ahli PAS terutamanya PAS Perak dan juga Ahli PAS Pulau Pinang sendiri?


Memang majlis tersebut bukanlah satu majlis berbentuk politik tetapi bolehkah pemimpin-pemimpin dan juga Ahli-ahli PKR pulau Pinang menerima kehadiran Zulkiflee Noordin dalam satu majlis yang dianjurkan oleh PAS?


Pasti Pemimpin dan Ahli PKR akan berasa kurang senang dengan kehadirannya.. begitulah apa yang dirasa oleh Pimpinan dan Ahli PAS Pulau Pinang dengan kehadiran Ustaz Kazim dalam Majlis ini.


Mungkin PKR lebih hebat dalam penguasaan kerusi DUN dinegeri Pulau Pinang ini, tapi dalam merasakan kita hebat kita juga perlu sedar kita menguasai kebanyakkan kerusi DUN itu adalah hasil kerjasama dengan PAS dan juga DAP dalam Pakatan Rakyat.


Jadi bila kita sudah menang hasil dari kerjasama tersebut, sewajarnyalah kita juga belajar menghormati apa pandangan dan perasaan sahabat yang berjuang bersama kita dalam Pakatan Rakyat biarpun mereka hanya menguasai satu kerusi DUN.


Apa susah sangatkah untuk belajar menghormati suara minoriti?


Mungkin juga Ustaz Kazim dijemput bagi membuktikan bahawa EXCO Agama dari PKR itu adalah proffesional dalam menjalankan tugas.. beliau menjemput sesiapa sahaja biarpun jelas bahawa yang dijemput itu adalah musuh kepada Pakatan Rakyat sendiri..


Atau mungkin juga hanya Ustaz Kazzim seorang yang diketahuinya sebagai Al Hafiz yang layak menjadi ahli panel forum tersebut.. kerana beliau terlalu sibuk untuk mengambil tahu siapa itu Ustaz Kazzim…


Buat EXCO tersebut.. menjemput itu adalah hak anda.. membatalkan jemputan juga adalah hak anda tapi perlu juga disedari jemputan itu menimbulkan keresahan dan untuk menghilangkan keresahan itu ianya juga ditangan anda..
(sumber anakdungai derhaka.blogspot.com)


Cuba bukalah you tube.. berlambak video clip ustaz kazzim ini


Kalau tak tahu apa yang telah diucapkan oleh Ustaz Kazzim lihat video clip dibawah..

Tiada ulasan: