Khamis, 27 Oktober 2011

AdukaTaruna

AdukaTaruna


Gua ikut Enta - Dewan Pemuda PAS

Posted: 27 Oct 2011 09:13 AM PDT

Part 1.



Part 2.



Part 3.


Pengumuman : Kepada Mustaqiim Hassan, sila berikan email yang betul. Sebab deliver failed la.

Gua skang dalam mode darurat.

Posted: 27 Oct 2011 02:06 AM PDT

Oleh : AdukaTaruna

Pasal gua ada banyak gak rakan2 pembaca yang blom kawin, maka gua pun share la. Kehidupan gua skang ni, dibantu pengalaman dan nasihat rakan2 yang dah kawen.

Skang ni bini gua dalam wad. HUSM Kubang Kerian. Jalan baru buka 2 cm. Yang tak tau istilah, lu tanya la rakan2 lu yang dah kawen. Tanya gua takut lambat jawab. Gua kan dalam mode darurat. Hua3..

Bermakna, gua dalam keadaan stanby. Gua kena ada ketika bini gua bersalin. Semoga Allah mudah dan izinkan ini. Dalam mode stanby ni :

1. Gua tak bleh berada jauh. Program2 semua gua batalkan. Siang hari, rumah gua ke HUSM 15 minit. Selepas 9 malam, 5 minit. Gua plan, kalau bersalin siang, gua merempit. Member gua akan adjust mak mertua dan adik2 ipar gua ke HUSM. Kalau bersalin malam, gua guna kereta.

2. Gua kena cilok waktu tidur gua. Sebab pengalaman rakan2 yang sudah, time camni, ayah musti tak cukup tidur. Ada rakan yang blurr bila disuruh azan dan qamat. Tak cukup tidur punya pasal. Gua kalau boleh nak elakkan masalah ni. So, gua akan cilok masa tidur gua. Pastikan minima masalah kurang tidur.

Kalau kurang tidur, emosi, daya fikir memang slow sket. Lelaki Ini cerita ada yang sampai bertumbuk dengan doktor. Uih... mohon la pada Allah emosi gua ok. Gua akhlak bab ni lemah sket. Mudah2an, makin banyak anak, makin ok la gua.

3. Barang2 semua dah ada. Sebelum ni Hj Osama suh letak dalam kereta. Skang dah ada dalam wad pun.

4. Kepada rakan2 yang gua lambat jawab sms, tak angkat telefon tu, paham2 la. Sama ada gua tidur, atau membuta. Ngee.. Tapi kalau Killafairi kol, on the spot gua angkat punya.

Dari mana jahatnya Gaddafi pada gua?

Posted: 27 Oct 2011 01:43 AM PDT

Oleh : AdukaTaruna

Telah disenaraikan kebaikan2 Gaddafi oleh puak2 UMNO dan puak2 lawan kepada UMNO. US jauh lebih baik dari Gaddafi dalam kebajikan kepada rakyatnya sendiri. Tetapi, adakah kita sokong US?

US membicarakan Saddam, menghukum Saddam dengan cara bertamadun. Adakah kita menyokong US? Saddam membunuh ribuan ulama Sunni yang menentangnya, apatah lagi Syiah. Menyerang Iran dengan bantuan US selama 8 tahun. Adakah kita menyokong Saddam?

Kalau disenaraikan kebaikan BN, kebaikan Mahathir, memang tak cukup dakwat. Tapi apakah kita perlu menyokong BN, menyokong Mahathir?

Di sinilah keperluan kita mengasingkan tajuk. Dan ijtihad secara keseluruhan. Mana yang lebih baik secara total. Setelah pengasingan-pengasingan tajuk dilakukan.

Dari mana jahatnya Gaddafi pada gua?

Gaddafi pada gua jahat apabila memilih mudarat besar apabila berhadapan dengan kuasanya yang tamat tempoh. Apabila kekayaannya di penghujung jalan. Dunia ni mana ada kekal. Allah gilirkan. Kerajaan Sulaiman yang hebat itu pun ada akhirnya.

Jadi, apabila berhadapan dengan gelombang rakyat yang tidak mahu kepadanya, sebagai pemimpin sepatutnya dia tahu bahawa :

1. Meletak jawatan, meredakan jalan2 pemberontakan dengan pelbagai cara dan dasar yang boleh dilakukan. Pemilihan misalnya. Lantikan kerajaan pengganti misalnya. Melantik pengimbang kerajaan misalnya jika dia tidak mahu demokrasi dengan dirinya sendiri menjadi Ketua Pengimbang.

Rakyat reda, barat tidak dapat masuk. Falsafah utamanya ialah Allah. Jika itu isyarat Allah mahu menyudahkan kuasanya, maka, pilihlah cara yang bermaruah. Demi Allah, laksakakan apa2 yang sepatutnya bagi mencegah kepada mudaratnya negara Libya, mudaratnya berbunuhan sesama saudara, mudaratnya kepada Afrika, mudaratnya kepada umat Islam.

Allah kata, patutkah manusia itu kata dia beriman sedangkan dia tidak diuji. Ini resultnya. Apakah pilihan yang Gaddafi ambil?

2. Gaddafi mengambil pendekatan mempertahankan kuasa / kekayaan dengan membunuh rakyat sendiri. Dengan membuka jalan perang saudara kandung. Dengan membuka peluang barat masuk mengambil peluang.

Di sinilah jahatnya Gaddafi. Lihat sahaja bagaimana Allah membenarkan mayatnya diaibkan sebegitu. Rakyat yang marah, tidak bertamadun seperti si jahat US (perbandingan urusan mayat Saddam), adalah tajuk lain. Salah yang itu tetap salah lah.

Soalnya Gaddafi memilih jalan yang salah dalam ujian menentukan iman. Ihdinassirotolmustakim. Tunjukkan gua akan jalan yang lurus. Sahaja gua meletak jawatan / membentuk kerajaan pengganti / membentuk kabinet pengimbang / etc adalah kerana Allah. Semoga Allah melindungi rakyat Libya dari berbunuhan sesama sendiri, melindungi Libya dari campur tangan luar, melindungi kekayaan Libya dari dirompak musuh. Amin.

Sahaja ana double standard akan kesalahan Hasan Ali terhadap perlembagaan PAS, kerana menjamin kedudukan kuasa ana. Jika Hasan Ali bermusuh dengan ana, rahsia ana terbongkar. Ahli / pengundi PAS yang bercakaran adalah mudarat kecil. Pangkat ana adalah mudarat besar.

Tetapi, soalannya... di mana jahatnya Gaddafi?

Teka-teki kaki : Ketike diminte rakyat / pimpinang PR detail idea UG, ana diang. Ketike pemilihang, menyaksikang Roslang sms dan menantu kalah, ana tampil dengang video. Ahli PAS malas membace belake. UG ditutup.

Bile rupa2nya ana dan Nash menang besar, ana up semula UG di sidang media muktamar. Bile 10 MP PAS sign bantah ana, blogger mengamuk, ana umung UG ditutup semule. Hanye di zaman Paklah. Walau time sidang media tu zamang Najib. Ahli PAS kan bodoh2 belake.

Bile kecoh metting istane Ganu Kuale Lumpur nu, ana lari ke luar negare malam tu juga. Takde-takde... Ana takde Malaysia. Tak caye tanya Ganukite. Bile Aduka datang rumah, ana menyorok belakang MPV. Mujur ramai pengikut setia rampas alatang rakamang.

Cube mung teke, siape ana? Sape beto, ana wi no plate PAS 12. Uuuiii bape harge lo ni tu. Maha...

Tiada ulasan: