A Mum Of Three Mohd |
- Apa guna pangkah UMNO kalau....
- Tukang jahanamkan negara
- 48 jam
- Orang JAHAT jer TAKUT pada HUDUD
- Diktator yang berjasa
- Ladang Lembu Juhi Chawla??
- PERKASA AL PERKASAM
Apa guna pangkah UMNO kalau.... Posted: 27 Oct 2011 08:00 AM PDT Satu bentuk puisi yang baik untuk dijadikan renungan bersama dan untuk kita muhasabah diri. Tapi.... ini ada satu lagi 'Apa guna...' yang kita kena fikirkan secara masak-masak. Tak boleh setengah masak tau. Mesti masak-masak dan dengan fikiran serta minda yang terbuka dan rasional. Apa guna kita pangkah pemimpin UMNO@BN dalam PRU13 nanti kalau memerintah asyik nak mentekedarah duit rakyat?? Ini bukan fitnah, ya?? Ini hakikat sebenar yang terkandung dalam laporan audit yang dikeluarkan oleh Jabatan Ketua Audit Negara. Tarak tipu punyer tau?? Nak tau kalau, baca ringkasan laporan tersebut di sini dan tengok sendiri pembaziran serta ketirisan yang berlaku dan yang masuk dalam kocek pihak-pihak yang terlibat. Tak masuk akal langsung. Duit sapa yang depa sapu tu oi....??? Duit kita!! Jadi.... apakah kita patut pangkah parti yang tak cekap mentadbir dan mengurus wang rakyat?? Sudah-sudah ler. Enough is enough. Jangan jadi bodoh. Demi rakyat, jom kita selamatkan negara kita Malaysia dan selamatkan duit kita daripada dimentekedarah lanun-lanun durjana. Tolak UMNO@BN!!! |
Posted: 27 Oct 2011 06:00 AM PDT Penderhaka!! Pengkhianat rakyat!! Satu lagi legasi lahanat tinggalan si pengkhianat rakyat iaitu si Mahathir Kutty telah didedahkan oleh Prof Dr Aziz Bari. Pakar undang-undang UIA itu berkata Mahathir telah meminda perlembagaan persekutuan pada tahun 1993 dengan melucutkan raja-raja daripada kekebalan mereka dan menyediakan peruntukan bagi kerajaan untuk "memberi arahan" kepada Yang di-Pertuan Agong. Ini dilakukan dengan cara memasukkan Artikel 40 (1A) dalam perlembagaan yang menyatakan bahawa Seri Paduka perlu bertindak mengikut nasihat jemaah menteri. "Pada dasarnya ini merupakan legasi yang ditinggalkan oleh pentadbiran Mahathir, yang mahu monarki disenyapkan," katanya kepada Malaysiakini hari ini. Tu dia.... Kepada yang belum tahu.... tembelang dah pecah!! Ooooo.... patutler laporan Ketua Audit Negara tak dikeluarkan semasa Belanjawan tempoh hari. Ada muslihat rupanyer. Rupanya Kabinet Dapur Najib tak nak kepincangan urus tadbir wang rakyat, 'potong stim' pembentangan Bajetnya. Pada masa yang sama ia boleh memberikan sedikit masa kepada mereka untuk mencari jalan macam mana nak cover line segala kepincangan yang dilaporkan dengan alasan-alasan bodoh mereka. Menurut Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang, mengemukakan laporan kepada jemaah kabinet sebelum diperkenan oleh Seri Paduka adalah amalan yang diguna-pakai sejak 1982, iaitu sejurus selepas Mahathir menjadi Perdana Menteri. Kata beliau, ia bertujuan untuk membolehkan kabinet membiasakan diri dengan isu-isu yang dibangkitkan.-Mikini Ek eleh..... semua hidung nak dicucuk oleh mereka, bagi membolehkan mereka bermaharaja lela mentadbir dan memudahkan kerja-kerja mereka untuk merompak wang rakyat negara ini. Pak Pandir mana ler punyer angkara kerja yang meng-haywire-kan sistem pentadbiran negara?? Sapa lagi... Tak lain dan tak bukan, si Mahathir Kutty!! Dan kini... negara yang telah 'rosak' teruk diwarisi dan ditambahburukkan lagi oleh menteenya si Najib Razak. Jika ada tukang menjahanam, tentu ada yang boleh me-repairnya. Sapa lagi yang boleh selamatkan Malaysia kalau bukan kita. Jom kita gerakkan satu lagi gelombang untuk memusnahkan pengkhianat-pengkhianat ini. Yuuhuuu.... PRU13 tsunami mari, UMNO mati!! |
Posted: 27 Oct 2011 04:00 AM PDT Demi ketenteraman emosi anaknya... Guan Eng mahu perkara ini settle cepat dengan cara baik. Terpulang lah pada pihak yang telah menyebarkan fitnah terlampau terhadap anaknya. Dia kasi 48 jam jer, kalau tidak.... terimalah akibatnya nanti. Guan Eng beri Umno 48 jam tarik balik dakwaan anaknya cabul pelajar TERKINI @ 03:37:37 PM 27-10-2011 October 27, 2011 KUALA LUMPUR, 27 Okt — Lim Guan Eng beri Umno tempoh 48 jam untuk menarik balik dakwaan dibuat menerusi laman web rasminya kononnya anak lelaki beliau telah mencabuli seorang pelajar perempuan satu kelasnya. Ketua Menteri Pulau Pinang menegaskan beliau akan membuat laporam polis jika laman web parti teras Barisan Nasional (BN) itu gagal berbuat demikian. Lim berkata beliau dan isterinya tersinggung dengan serangan bertubi-tubi daripada parti itu sejak kebelakangan ini. "(Sebenarnya) saya mahu mengakhiri perkara ini agar ia tidak mengganggu anak lelaki saya. Dia tidak pergi ke sekolah selama dua hari apabila perkara ini muncul (sebelum ini). "Saya tidak mahu dia melalui keadaan ini sekali lagi atau berhadapan dengan siasatan polis, yang melibatkan pembunuh karakter ala ninja di sebalik bayangan blog-blog yang pro-BN," kata Lim dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.-MI Woit....!! Tak dapat tanduk, jangan ler pulak telinga dijadikan mangsa. Itu kerja bodoh namanyer. Orang bodoh jer yang buat kerja bodoh. Bangang betoi puak-puak UMNO ni. Sorang buat kerja bangang..... ramai pulak yang terikut-ikut menjadi bangang. Hahahaha.... Berlumba-lumba mereka nak menunjukkan kebangangan masing-masing, termasuklah.... TPM dan Ketua Pemuda UMNO-nya. Apa punyer bangang daa.... |
Orang JAHAT jer TAKUT pada HUDUD Posted: 27 Oct 2011 02:00 AM PDT Ini antara hujah-hujah Nik Amar dalam debat tentang Hudud anjuran Sinar Harian. Sebagaimana yang kita tahu bukan mudah untuk sesuatu hukum Islam itu dijatuhkan. Contoh bukan mudah untuk dijatuhkan hukuman potong tangan atas kesalahan mencuri. Seperti kata Ulama Islam tersohor, bahawa terdapat 20 syarat yang perlu dipenuhi jika hukuman potong tangan hendak dilaksanakan kepada si pesalah. Contohnya seperti kata Ustaz Nik Amar, kalau curi maggi (mee segera) sudah tentu ia tidak akan dipotong tangan. Tetapi jika curi cincin berharga RM24 juta maka ia layak dijatuhkan hukuman potong tangan. "Kalau si pencuri itu mencuri tetapi beliau ada anak 12 orang dan gajinya RM150 sebulan, orang ini tidak akan dipotong tangan, tetapi kalau gaji RM5000. RM6000 maka ia layak dijatuhkan hukuman setelah sabit kesalahan" ujar Nik Amar dalam debat mengenai hudud anjuran Sinar Harian 2 hari lepas. "Hudud ini sebenarnya tidak perlu ditakuti kerana hanya orang jahat sahaja yang takut kepada hudud, orang baik tidak takut" tambah Nik Amar. Ulang kata.... ".... hanya orang jahat sahaja yang takut kepada hudud, orang baik tidak takut" Orang tu merujuk kepada orang yang beragama Islam. Ya... yang takut tu ialah orang Islam tetapi yang jahat. Dalam konteks potong tangan ni.... yang buat jahat ialah mereka yang merompak, menyamun, mencuri, menyonglap dan yang sewaktu dengannya. Bare in mind.... mereka yang jahat bukan dalam kalangan rakyat marhaen saja tetapi yang ada kedudukan dalam kerajaan pun berlambak. Mereka ni.... lagi dahsyat. Rompak sikit-sikit tak main ler. In fact.... satu negeri, pernah mereka rompak. Itu.... kerja bapak perompak@lanun yang berbenderakan keris telanjang bersilang. Dahsyat wal lahanat betoi puak-puak ni!! Puak-puak lanun hok ni lah, yang amat takut pada HUDUD. Sebab tu... mereka tentang Hudud habis-habisan. Dan.... mereka hasut orang lain supaya menolak hudud. Kalau ler hudud terlaksana di bumi Malaysia, banyak ler tangan para pemimpin keris telanjang bersilang yang kodong. Hahahahahaha..... Cer komer bayangkan, Najib ke, Rosmah ke, Shahrizat ke, Mahathir ke.... terketek-ketek berjalan tanpa tangan??? Indeed. Hanya yang JAHAT saja takutkan HUDUD. Hudud terlaksana UMNO binasa!! [Rujukan:sini] |
Posted: 27 Oct 2011 12:00 AM PDT ANAK TERBAIK BUMI AFRIKA Aku suka artikel ini dan aku nak share dalam blog ini. Ia membuka minda dan mengajar kita agar jangan cepat melatah. Walau pun imejnya ber'debu'.... namun kesuciannya tetap ada. Apakah ini yang dikatakan suci dalam debu?? Pikir-pikirkanlah.... JAWAPAN SAYA KEPADA TUAN Tuan yang saya muliakan: Tuan menulis kepada saya dan bertanya kenapa saya memberi penghormatan kepada Gadaffi. Kenapa saya tidak menulis dan mengutuk Kolonel Gadaffi. Tuan terus bertanya dan menghambat dengan soalan kenapa saya bersimpati dengan seorang ditaktor yang telah merampas kuasa semenjak tahun 1969. Tuan bertanya apakah saya tidak tahu bahawa selama 42 tahun ini Libya tidak pernah melihat kepimpinan selain dari Kolonel Gadaffi. Kenapa saya tidak menulis tentang kezaliman yang berlaku di Libya. Tuan yang saya muliakan, Saya juga disedarkan bahawa Kolonel Gadaffi ini telah memberi pembelajaran percuma dari sekolah rendah hingga ke universiti di Libya. Saya juga sedar bahawa Gadaffi memberi warga Libya perubatan percuma. Saya juga sedar yang Gadaffi telah menggunakan duit minyak petrol untuk membuat rumah dan memberikan secara percuma kepada warga Libya. Saya juga sedar Gadaffi memberi sokongan kepada banyak perjuangan pembebasan antarabangsa pada tahun-tahun 70'an dahulu. Sokongan dana dan diplomatik untuk PLO, Japanese Red Army, IRA dari Ireland Utara, ETA dari Sepanyol – termasuk juga menyokong dan memberi dana dan senjata kepada Moro National Liberation Front dari Mindano. Dalam masa yang sama - saya amat sedar bahawa ruang demokrasi amat sempit di Libya. Saya sedar Gadaffi memerintah Libya tanpa ada pemilihan. Gadaffi naik tahtha kerana rampasan kuasa. Dalam hal ruang demokrasi saya tidak bersama menyokong Gaddafi. Malah ketika Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), ABIM, Persatuan Bahasa Melayu Universiti Melaya (PBMUM) - mengangkat dan menjulang Kolonel Gadaffi pada tahun tujuh puluhan dahulu – saya secara sinis telah mentertawakan kumpulan kumpulan ini. Ketika ini Gaddafi sedang menjual agama dengan Buku Hijaunya. Gadaffi membuat Buku Hijau kerana Pengerusi Mao pada ketika itu ada Buku Merah. Saya tersenyum sinis apabila melihat kumpulan-kumpulan Islam amat senang ditipu. Saya perhatikan mereka memiliki kecetekkan fikrah dan gagal untuk memahami konsep ruang demokrasi yang lebih luas. Ini berlaku lebih dari 30 tahun dahulu. Ini ketika saya telah bangun menyokong perjuangan adil rakyat Vietnam. Kita saya menyokong pejungan rakyat Kamboja. Kita kami anak muda keluar ke jalan raya untuk bersetiakawan dengan rakyat Palestine dan warga Afrika Selatan. Ketika ini anak muda seluruh dunia sedang bangun melawan kuasa imperialis Anglo-Amerika. Biar saya jelaskan disini. Saya tidak pernah menghalalkan apa sahaja bentuk kezaliman. Sama ada kezaliman yang dilakukan kerana idealoji kiri seperti di Russia dan di China, atau kerana dogma agama di Iran dan Pakistan atau atas nama keselamatan seperti di Malaysia dan di Israel. Kezaliman adalah kezaliman tidak kira dari mana datangnya. Yang dizalimi tetap terseksa. Tuan yang saya hormati, Disini biar saya luaskan pandangan siasah agar kita bukan hanya memahami Gaddafi dengan Buku Hijaunya atau dengan Libya wujud tanpa pilihanraya. Saya ingin membuka wacana yang lebih luas. Dalam bahasa German, saya ingin membuka wacana realpolitik – politik yang dieja dengan huruf k. Saya harapkan apa yang saya huraikan ini akan membuka fikrah kita bersama untuk melihat tanda dan makna politik yang sedang berlaku dihadapan mata kepala kita. Tuan yang saya hormati, Libya ialah anggota OPEC – negara pengeluar minyak. Ertinya Libya negara kaya. Ertinya jika duit minyak tidak digunakan secara membazir. Atau digunakan hanya untuk isteri Gadaffi membeli intan berlian dari kedai Jacob di New York atau membeli beg tangan Jane Birkin – sudah pasti warga Libya tidak hidup lumayan. Ini tidak berlaku di Libya justeru pendapatan warga Libya adalah yang tertinggi di Afrika. Sebagai anggota OPEC kelihatan Libya dibawah pimpinan Kolonel Gadaffi selalu membantah keputusan dan cadangan OPEC yang diajukan oleh Saudi Arabia. Arab Saudi sering mengajukan dasar pengeluaran minyak yang tidak akan menggangu gugat sistem ekonomi kapitalis yang dikepali oleh Amerika Syarikat. Saudi mahu harga minyak petrol terus rendah. Amat jelas - Raja Saudi adalah budak suruhan Amerika yang paling setia. Raja Saudi akan menjaga kepentingan ekonomi kapitalis Amerika lebih baik dari menjaga Makam Nabi. Dasar Saudi yang pro Amerika inilah yang sering ditibai oleh Gadaffi. Apa yang ingin saya nyatakan disini ialah dalam politik antarabangsa Gadaffi ini ialah sosok anti imperialis. Justeru sokongan Libya terhadap gerakan pembebasan antarabangsa pada tahun tahun 70an dahulu wajib dilihat dalam konteks ini. Kerana anti imperialis ini Gadaffi ialah ' budak jahat' dalam kitab rujukan Rumah Puteh. Kolonel ini tidak disukai oleh kuasa Anglo-Amerika. Kolonel Gadaffi tidak disukai oleh Shell, Esso, BP atau Cheveron Oil – kerana semua syarikat ini dikekang dari masuk menjarah minyak di Libya. Dalam pandangan geopolitik kaum imperialis dan kaum pemodal antarabangsa Gaddafi telah membuat beberapa kesalahan. Biar saya terangkan kesalahan Gadaffi ini. Kesalahan-kesalahn inilah yang membuatkan bala tentera NATO datang menyerang Libya dan membunuh Gadaffi. Tuan yang saya muliakan biarkan saya senaraikan satu demi satu kesalahan Kolonel Gadaffi ini. Di harapkan tuan akan terbuka mata dan hati untuk memahami siasah dunia dengan lebih lengkap. Jika tuan memahami ini maka saya berharap tuan memahami kenapa saya menyokong Gadaffi. Pertama: Gaddafi telah mengeluarkan dana lebih dari 300 juta dolar Amerika untuk membuat sistem Satelit Afrika. Sistem satelit ini membolehkan 42 negara-negara Afrika berkomunikasi bebas dari kongkongan sistem komunikasi syarikat-syarikat Eropah. Saban tahun sebelum adanya sistem Satelit Afrika ini – negara negara Afrika terpaksa membayar 500 juta dolar satu tahun harga sewaan. Gaddafi membebaskan negara Afrika. Kaum pemodal antarabangsa lesap mata pendapatan sebanyak 500 juta dolar setahun. Kedua: Gadaffi telah merancang untuk menubuhkan AMF – African Monetary Fund. Lembaga AFM ini berperanan seperti International Monetary Fund (IMF)– meminjamkan dana untuk negara Afrika yang memerlukan. Bezanya AMF ini bukan untuk mencari keuntungan. AMF ini bukan untuk memberi hutang atau menjadi Along untuk negara Afrika. AMF bertujuan membebaskan negara-negara Afrika dari sistem penjajahan ekonomi yang sedang memiskin benua ini. Lembaga AFM ini juga akan mewujudkan Central Bank of Africa yang beribu pejabat di Abuja Nigeria. Ini bererti nilai duit Afrika bukan lagi ditetapkan oleh dolar, bukan lagi ditetapkan oleh pound sterling atau ero. Dengan wujudnya Central Bank of Afrika ini maka putuslah penjajahan ekonomi kaum pemodal antarabangsa dengan benua Afrika. Gadaffi juga akan mewujudkan Africa Bank of Investman a yang beribu pejabat di Libya. Tujuan bank ini ialah untuk mencari modal dan melabor di negara-negara Afrika. Semua lembaga keewangan ini akan diwujudkan pada tahun 2011. Semua perancagan telah berjalan dengan lancar. Semua perjanjian telah ditanda tangani. Kini semuanya tinggal impian. Kini semuanya dimusnahkan oleh serangan Nato. Ketiga: Kuasa imperial Anglo-Amerika tidak mahu Afriak bebas. Kuasa imperialis mahu rakyat Afrika terus bodoh dan dibodohkan. Ramai warga Afrika datang belajar di Libya. Sistem pembelajaran pecuma di Libya menjadi ancamaan kepada kaum pemodal. Bertambahnya warga Afrika yang bijak bermakna berkurang pula pengaruh kuasa pemodal antarabangsa di Afrika. Justeru, kaum pemodal antarabangsa mahu Afrika terus diperintah oleh para ditaktor seperti Mobutu Sese Seko, Idi Amin Dada atau Emperor seperti Bokasa. Melalui Lolonel Gadaffi kesatuan African Union menjadi satu organisasi yang bukan sahaja beretorik tetapi berupaya melakukan sesuatu. Melalui duit minyak Gadaffi telah menyalurkan dana yang banyak ke negara-negara Afrika. Ini dilihat oleh kaum pemodal sebagai satu yang bahaya. Sebagai satu ancaman. Bahaya kerana jika Afrika bangun membina negara mereka sendiri maka kaum pemodal antrabangsa dan kehilangan tempat untuk merompak dan menjarah kekayaan. Tuan yang saya hormati, Tiga pekara yang telah dilakukan oleh Gadaffi ini telah dengan terang-terang menentang kepentingan kaum kapitalis antrabangsa. Semua ini adalah jenayah Gadaffi terhadap kaum pemodal antrabangsa. Semua ini adalah kesalahan Gadaffi terhadap imperialis Anglo-Amerika. Jelas, apa yang saya tuliskan bukan jenayah Gadaffi terhadap warga Libya. Ini bukan bermakna Gadafy ini seorang sosialis – tidak. Apa yang Gadaffi lakukan ialah secara jujur dia ingin membebaskan Afrika dari cengkaman kaum pemodal antarabangsa. Tuan yang saya hormati, Pekara yang saya tulis ini tidak akan dilaporkn oleh CNN, BBC, New York Times , Washington Post atau pun Utusan Melayu. Tidak ada media arus perdana yang berani menyentuh pekara ini. Laporan yang kita baca, dengar dan tonton hanya menyatakan bahawa warga Libya telah bangun menentang Kolonel Gadaffi. Apakah ini betul? Saya hanya ada satu pemintaan kepada tuan yang saya hormati. Sila cari gambar, sila cari klip di YouTube, sila selidiki semua media dunia – adakah pernah tuan ternampak beribu-ribu anak anak muda berkumpul menentang Gadaffi seperti di Dataran Tahrir? Adakah tuan pernah terlihat gambar puluhan ribu rakyat Libya berdemo menentang Gadaffi seperti demo Bersih 7 Julai dahulu? Atau ternampak gambar beribu-ribu anak anak muda berdemo dan terus bermalam berminggu-minggu di Benghazi? Tidak. Tuan jangan membuang masa. Imej ribuan anak muda Libya berdemo ini tidak wujud. Kerana bukan warga Libya yang bangun menyerang kerajaan Gadaffi. Yang datang menyerang ialah soldadu upahan Amerika dan jet pengebom Nato yang bertungkus lumus siang dan malam menyerang Libya. Sejarah Libya ini tidak tamat disini. Saya akan sambung lagi minggu hadapan.(TT) Sebagai manusia yang tak tidak maksum..... mungkin dia ada melakukan dosa sepanjang hayatnya, namun jasanya kepada rakyat Libya tidak dapat diketepikan begitu saja. Semoga Allah SWT mengampunkan dosa-dosanya itu kerana sesungguhnya..... DIA-lah yang maha Pengasih lagi Maha Pengampun. |
Posted: 26 Oct 2011 10:05 PM PDT Projek bukan main gah... Don't play-play, RM250 juta punyer projek beb tapi setakat gah jer ler. Hasilnyer, entah?? Tanah yang diberi 5000 ekar tapi lembunya hanya 1500 ekor. Usiy..... apa kejadahnyer boleh jadi macam tu?? Ek ele.... projek orang politik macam tu ler. Apabila bikin kertas kerja.... fullamak bukan main hebat bunyinyer. Maklum ler nak sapu wang ratus juta ringgit. Tapi... apabila dah dapat, bikin jer ler projek ala kadar, asalkan nampak projek itu 'on' sudah. Itu ler caranya para politikus UMNO tipu dan gasak duit rakyat. Lagi syoknyer... entah-entah lama-lama projek lembu entah ke mana, tanah 5000 ekar tu akan dijadikan tapak untuk projek lain pulak. Fuuhh.... dua kali dapat untung beb!! Hmmm... mana tidaknya menteri-menteri UMNO kaya raya sementara hidup di dunia. Kaya kerana pandai menipu dan gasak duit rakyat. Aha.... kaya di dunia tapi di akhirat nanti, tanggungler komer. Dengan terbongkarnya skandal projek lembu Shahrizat anak beranak ni, apakah ia akan menjadi faktor terkuburnya karier politiknya?? Allah SWT maha adil.... harap-harap begitulah hendaknya. Tapi.... para pendokong UMNO ini pelik sikit. Mereka cenderung kepada para pemimpin besar walau pun pemimpin itu berskandal. Aha.. mereka cenderung menyokong yang 'batil'. Tapi.... wallahua'lam ler pulak. Kot-kot kali ini, mereka dah ada sedikit anjakan paradigma. Apa-apa pun... kita tunggu jer ler PRU13 nanti, samada Najib akan mencalonkan Shahrizat lagi atau dia tergugur. Seperti yang kita tahu.... mereka ni bukan ke satu geng 'penyamun tarbus'. Satu untuk kamu dua untuk aku. Mereka 2X5.... Mereka serupa!! Dan, jika Shahrizat terpilih juga... siapa yang akan memangkah dia??? Aha... siapa yang pangkah dia, memang ler species tak cerdik. Mereka yang tak cerdik saja yang memangkah dia. Eleh.... Tak cerdik macam lembu-lembu peliharaan syarikat laki-anak dia tu. So, ketuk kepala tanya akai.... you all nak jadi lembu ke atau nak jadi makhluk Allah SWT yang bijak dan ada akai?? Kalau nak jadi lembu.... pilih Sharizat. Kalau nak jadi hamba Allah SWT yang cerdik dan berakal.... TOLAK SHAHRIZAT.... bini dan ibu kepada LANUN yang GASAK DUIT RAKYAT!! Itulah dia budaya UMNO@BN... kasi projek kepada kroni@menteri sendiri untuk mereka mengkayakan diri. Projek kasi.... duit masuk poket sendiri, akhirnya declare projek mati atau tak berapa menjadi!! Woooo.... opah kayo!! Sebab itu.... UMNO@BN mesti kita TOLAK untuk kita SELAMATKAN DUIT RAKYAT iaitu DUIT KITA!! As for UMNO..... POIE MAMPOOOSSS!! [sumber] |
Posted: 26 Oct 2011 09:51 AM PDT Ibrahim juga yakin PERKASA akan berjaya menjadi kuasa penentu dalam pilihan raya akan datang apabila keanggotaan pertubuhan itu dijangka mencecah 500,000 orang.-Mkini PERKASA kuasa penentu dalam pilhan raya??? Kah Kah Kah Kah Kah... PERKASAM PERASAN!! |
You are subscribed to email updates from A Mum Of Three Mohd To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan