Rabu, 12 Oktober 2011

PERAKITE

PERAKITE


Guru Parkinson tetap gigih

Posted: 11 Oct 2011 05:00 PM PDT

 "Saya tetap akan gagahkan diri demi kejayaan pelajar," kata guru, Edlin Ishak, 44, yang menghidap penyakit Parkinson menyebabkan pergerakannya terbatas sehingga terpaksa dipapah ke sekolah selain sukar bertutur.

Bagi memastikan pelajarnya cemerlang dalam pelajaran, Edlin yang mengajar di Sekolah Kebangsaan Pulau Serai Dungun, tetap meneruskan kerjaya biarpun terpaksa dipapah setiap hari oleh suaminya, Rosdi Hussin, 41, ke sekolah.


Katanya, dia disahkan menghidap Parkinson selepas menemui doktor pakar pada 2009 dan sering mengalami gangguan saraf yang menyebabkannya sukar bercakap.



"Biarpun tak dapat berdiri lama, saya tetap gagahkan diri demi kecemerlangan pelajar dan terpaksa menggunakan alat pembesar suara ketika mengajar," katanya di rumahnya di Kampung Pulau Serai  Dungun.


Edlin berkata, dia berterima kasih dengan sumbangan kerusi roda itu kerana ia dapat memudahkannya bergerak termasuk membuang air besar ketika mengajar di sekolah.



"Sebelum ini, saya sukar untuk membuang air dan terpaksa mendapatkan bantuan suami serta guru lain di sekolah," katanya.




Dia terpaksa makan ubat diberikan doktor pakar untuk mengelak menggeletar dan sekiranya lambat mengambil ubat, akan membuatkan sukar untuk mengajar.


"Ketika ini, saya terpaksa berehat dua bulan selepas mengambil ubat doktor bertujuan mengembalikan semula kecergasan otak dan selepas itu barulah saya boleh mengajar semula," katanya.

tak perlu lapor polis hilang pasport... tapi kalau orang salahguna?

Posted: 11 Oct 2011 04:48 PM PDT

Orang ramai tidak perlu lagi membuat laporan polis bagi sebarang penggantian berhubung kehilangan dan kerosakan sijil kelahiran, pasport Malaysia, sijil perkahwinan, sijil akademik, perakuan pendaftaran kenderaan dan lesen memandu serta geran tanah.

Perkara itu terkandung dalam Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 2011 yang dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri pada 29 Sept lalu.

NONEKetua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata kerajaan membuat keputusan berhubung pemansuhan keperluan mengemukakan laporan polis itu pada mesyuarat Jawatankuasa Tetap Pengaduan Awam (JKTPA) Bilangan 2, 2011 pada 6 April lalu kerana ia sebenarnya merupakan amalan pentadbiran yang tidak diperuntukkan di bawah mana-mana undang-undang.

Beliau berkata pada 2010, sejumlah 2.8 juta laporan polis diterima, dengan 1.1 juta atau 40 peratus daripada jumlah itu termasuk dalam kategori 'Rujuk Lain-Lain Agensi'.

"Ini menunjukkan sebahagian besar laporan polis yang dibuat tidak memerlukan tindakan Polis DiRaja Malaysia (PDRM). Perkara ini bukan sahaja menyusahkan orang awam, malah tidak melambangkan imej perkhidmatan awam yang cekap dan mesra pelanggan.

"Di pihak PDRM pula, amalan ini turut menyebabkan tambahan beban kerja dalam mengendalikan urusan pelaporan polis.

"Keperluan ini juga mengakibatkan peningkatan kos operasi PDRM di samping tidak memberi nilai tambah dalam penyampaian perkhidmatan PDRM," katanya.

Berikutan pemansuhan itu, Mohd Sidek meminta semua agensi kerajaan mengenal pasti urusan yang memerlukan orang awam mengemukakan laporan polis kepada agensi kerajaan terbabit mengikut keperluan yang diperuntukkan dalam undang-undang.

Bagaimanapun, katanya, Pekeliling itu tidak menghalang orang awam daripada membuat laporan polis, dan agensi kerajaan juga tidak boleh menghalang orang awam membuat laporan kepada PDRM.

Tiada ulasan: