shalehudin |
- Ni la cara UMNO cari makan...
- Bodo punya statement...
- Hebat betoii mamat nih...
- Royalti minyak dari kacamata Al-Jazeera...
- Bahaya gilaa...
- Pelik sungguh kelaku UMNO ni... haha...
- Mai dengaq tazkirah Bob Lokman... hihi...
- Hudud kekal, Pakatan kekal... Najib bebal... kahkahkah...
- Ni semua pasai Umno...
Posted: 12 Oct 2011 09:00 AM PDT TERKINI : TEGANG, Cubaan Umno HALAU Lim Guan Eng Di SEGAMAT SMS dari Ketua Penerangan Pemuda UMNO Sekijang: "As Salam.. hari ini (Rabu) di bawah nama Anak Johor Tolak Penderhaka, provokasi bantahan di pdg sekolah Li Chi depan Upwell pukul 6 ptg. Saudara2 ketua pemuda dipelawa membawa seberapa ramai pemuda cwgn masing2 utk bersama2 brhimpun demi maruah negeri Johor yg di perlekehkan oleh Lim Guan Eng ini. Jgn kita biarkan Cina bangsat ini brcakap sesuka hati dan jgn biarkan dia sewenang2nya memijak bumi sgmt johor ini.." Dan petang tadi berlaku suasana tegang di Segamat provokasi-provokasi dari ahli-ahli Umno yang mengganggu program DAP di sana. Kekecohan mula tercetus antara para wakil-wakil Umno dan juga unit Amal PAS yang turut dibantu AMK dan juga ahli DAP Segamat dan Muar apabila pendemo mula memasuki perkarangan lokasi ceramah. Pemuda-pemuda Umno membuat provokasi bantahan di padang sekolah Li Chi petang tadi. Suasana kecoh petang tadi di hadapan dihadapan Restoran Siang Kee Kg Abdullah Segamat bagi membantah kedatangan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guang Eng yang dijangka akan mengadakan ceramah malam ini. Pihak Polis dan FRU masih mengawal keadaan dan sehingga ke jam ini keadaan masih lagi terkawal walaupun terdapat beberapa insiden membaling batu diantara kedua dua pihak. Dan malam ini juga ada satu lagi program Pakatan Rakyat di Labis bersama Bob Lokman dan Che'guBard. Ketika entri ini ditulis, teman aktivis Penyelaras SAMM Johor Sdr Ahmad Anwar Asyraf sedang menantikan kehadiran Che'guBard di exit Tol Pagoh untuk bergerak ke Labis secara konvoi. Berdasarkan maklumat yang diterima, dipercayai program ceramah di Labis juga akan menjadi sasaran mat rempit-mat rempit upahan selepas provokasi mereka digagalkan ketika program ceramah di Kg Tahang Rimau, Segamat pada Isnini lalu. Pulakdah.blogspot.com |
Posted: 12 Oct 2011 07:28 AM PDT |
Posted: 12 Oct 2011 05:13 AM PDT |
Royalti minyak dari kacamata Al-Jazeera... Posted: 12 Oct 2011 02:00 AM PDT Ni bukan pasai pembayaran royalti minyak... tapi lebih pada persoalan berkenaan hak rakyat dan demokrasi perlimen... Tapi orang bangang macam bangsa UMNO ni bukan boleh bercakap baik baik camni... mau dok humban ke laut buang pada PRU ke 13 nanti... tu saja cara dia... |
Posted: 12 Oct 2011 12:00 AM PDT |
Pelik sungguh kelaku UMNO ni... haha... Posted: 11 Oct 2011 09:00 PM PDT |
Mai dengaq tazkirah Bob Lokman... hihi... Posted: 11 Oct 2011 07:00 PM PDT Tau la korang ada kuasa... tapi jangan lupa pulak Tuhan yang Maha Berkuasa... Tuhan yang menentukan segala galanya termasuklah kita sebagai hamba pada yang Maha Esa... Ni masa hampa tunjuk kuasa, tu pun dengan izin dari Allah Taala juga... Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengesahkan penahanan penulis lirik, pengacara, pelawak dan pelakon terkenal Bob Lokman atas kesalahan memberi ceramah tanpa tauliah di Masjid Sungai Lui, Hulu Langat malam Isnin. Pengarah Jais, Marzuki Hussin berkata, Bob Lokman ditahan di bawah Seksyen 119, Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor. "Encik didapati menyampaikan tazkirah tanpa tauliah dan ini melanggar perintah sultan". ujar Pegawai penguatkuasa yang ada antaranya berambut merah... haha... Turut ditahan Jais ialah Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS, Mohd Sany Hamzan dan nazir masjid yang menghadiri majlis berkenaan. Mereka kemudiannya telah dibawa ke Balai Polis Batu 18 Hulu Langat untuk diambil keterangan sebelum dilepaskan. "Dulu waktu aku jahat, korang buat tak tahu jer... sekarang bila aku nak jadi baik dan nak ajak orang buat baik, korang tahan-tahan aku pulak... jadi kalau korang nak tangok aku jadik jahat balik korang datang dekat sini, biar aku tunjukkan". ujar bob. "waktu nie aku tengook sumer kecik jerk..." bob bagitaw aku.....hi3 "Aku sanggup mati malam nie untuk pertahankan Islam, kalau korang pun nak mati jugak datang sini, tapi aku tak tau laa korang nak mati kerana apa". ujar bob lagi dalam keadaan seorang pun tak berani mendekatinya. Adegan seterusnya ialah dibalai polis dimana beliau menyambung "Tazkirahnya" sehinggakan semua senyap tak terkata apa dan akhirnya beliau balik kerumahnya. "Esok (hari ini) aku akan bagi tazkirah di sebuah surau di Batu Caves plak, ko tengok laa esok pegawai mana plak yang akan kena "tazkirah" dengan aku". ujar bob di akhir perbualan. "Saya hairan mengapa susah untuk berkongsi ilmu agama, lagi pun perjuangan saya bukan untuk mengejar glamor. "Tambah pula apa yang saya lakukan sekarang tidak menyusahkan orang lain dan tidak salah disisi agama," kata Bob Lokman lagi... Harapan kita semua semoga abang Bob Lokman tabah dan cekal dengan ujian ini....Takbir!!!! |
Hudud kekal, Pakatan kekal... Najib bebal... kahkahkah... Posted: 11 Oct 2011 05:00 PM PDT Hudud kekal, Pakatan pun kekal Kekecohan atas isu pelaksanaan hudud antara PAS dan sekutu Pakatan Rakyatnya terutama DAP telah diselesaikan dengan baik mengikut semangat muafakat Pakatan Rakyat. PAS kekal boleh meneruskan dakwahnya bagi memperkenalkan hudud kepada masyarakat seumumnya dan mengakui hak DAP tidak bersetuju dengan pelaksanaan hukum itu. Tetapi DAP yang tidak setuju itu pula mengaku hak PAS untuk memperkenalkannya yang menjadi cita-citanya sejak PAS ditubuhkan 60 tahun lalu. Sekalipun terdapat perbezaan pandangan dan sikap atas perkara itu oleh kedua pihak, keduanya bersetuju, bahawa mereka tidak setuju atas satu perkara itu secara nyata tetapi mereka bersetuju dalam banyak perkara lain bagi menegakkan kerajaan bersama dan membina negara dan masyarakat yang adil dan kukuh. Komponen Pakatan Rakyat dan penyokongnya berkongsi banyak yang boleh menjadikan Pakatan Rakyat satu muafakat politik yang kuat yang mampu mengambil alih tampuk pemerintahan dan sudah bersedia menjadi alternative kepada Barisan Nasional baik sebagai parti politik yang bertenaga dan sudah pun kerajaan yang menunggu. Pada masa bersetuju mengadakan kerjasama pilihan raya menjelang PRU 1999 dulu dan membentuk Pakatan Rakyat selepas PRU 12 tahun 2008 dulu, DAP dan PKR sudah pun tahu bahawa hudud adalah satu cita-cita PAS sejak mula, dan PAS juga tahu bahawa DAP tidak tertarik dengannya lama sebelum kedua-dua pihak boleh duduk semeja. Perbezaan itu telah wujud sejak awal tetapi perbezaan itu tidak menghalang kedua pihak untuk mengadakan kerjasama politik yang besar hingga kini Pakatan Rakyat berjaya melayakkan Malaysia menyamai negara-negara demokrasi dan maju di dunia mempunyai lebih dari satu kerabat parti poliltik alternatif yang kuat. Britain dan Amerika ada parti pemerintah dan parti pembangkang yang menjadi kerajaan yang menunggu. Begitu juga Perancis, Jerman, Australia dan lain wujud lebih dari satu parti yang bergilir-gilir menjadi kerajaan atau menjadi pembangkang mengikut keputusan rakyat dalam pilihan raya. Malaysia sejak merdeka tahun 1957 dan sejak pembentukan Malaysia tahun 1963 tidak ada kedewasaan politik yang kondusif seperti itu, hingga meletakkan BN yang dulunya Periktan parti yang monopoli kuasa dan menapikan hak rakyat membuat pilihan. Sekalian ahli fikir dan penggiat politik tahu bahawa kuasa itu korap dan kuasa sepenuhnya terdedah kepada korap sepenuhnya. Sekalipun Tunku Abdul Rahman Putra dan Umno memperkenalkan amalan demokrasi kepada masyarakat negara, justeru monopoli politik yang tidak dapat dipecahkan, menjadikan negara dan kerajaan rasuah sepenuhnya dan menyeleweng seadanya. Rakyat sedar segala kepincangan itu dan rakyat jugalah yang menuntut supaya diwujudkan satu pakatan alternatif yang kuat yang boleh mencabar monopoli kuasa itu. Rakyat juga yang menuntut supaya parti-parti pembangkang yang banyak dan tidak cukup tenaga itu mengenepikan perbezaan atau mengurangkan perbezaan bagi membentuk satu gabungan parti alternatif yang kuat yang berupaya memecahkan monopoli kuasa yang rasuah dan menyeleweng itu. PAS, PKR dan DAP telah menyambut cabaran rakyat itu. Mereka sudah melupakan berbezaan itu kecuali dalam satu isu iaitu hudud. PAS tahu DAP tidak setuju hudud dan DAP tahu PAS tidak setia mengggurkan hudud. Kalau tidak boleh bersetuju dalam semua perkara, janganlah semua perkara tidak disetujui. Lalu mereka bersetuju satu dua perkara yang tidak disetujui, tidak menghalang mereka mengadakan pakatan kerana mereka sudah bersetuju dalam banyak perkara. Yang tidak bersetuju dengan hudud itu bukanlah DAP saja. Umno telah menzahirkan tidak setujunya lama sebelum DAP dan PAS mengadakan muafakat. Umno menganut Islam tidak bersetuju dengan hudud dan ia juga tidak setuju dengan banyak perkara yang PAS perjuangkan. DAP tidak menganut Islam, maka ia tidak setuju dengan hudud tetapi ia setuju dengan banyak perkara yang diperjuangkan oleh PAS. PAS mengemukakan konsep negara berkebajikan yang mendukung cita-cita dan ajaran Islam. DAP menerimanya. PAS mahu hisbah, DAP tidak menolaknya. DAP mahu sebuah pemerintahan bersih dari rasuah, reaksi PAS pula ia juga yang PAS cita-cita. Jika PAS terus bercakap tentang hudud dalam kontek adanya kerjasama dengan DAP dan lain, bukan ia tidak pelayan pendirian DAP tetapi adalah untuk menerangkan kepada masyarakat umum dalam dan luar negara betapa indahnya hudud dan hudud tidak mengancam keamanan dan anutan mana agama lain. Cara PAS dan DAP menyelesaikan perbezaan dalam isu hudud itu membayang cara dan keupayaan mereka mengatasi segala masalah yang berbangkit kiranya rakyat memberi mandad mentadbirkan Putrajaya nanti. Bagaimana kerajaan DAP di Pulau Pinang melayan isu Islam dan orang Islam mencerminkan sikapnya jika Pakatan diizinkan membentuk kerajaan pusat, dan bagaiama kerajaan Kelantan dan Kedah melayalan orang bukan Islam membayangkaan keadilan yang akan serlahkan dalam kerajaan bersama di Putrajaya nanti. |
Posted: 11 Oct 2011 03:30 PM PDT Bob Lokman: Saya ditangkap Jais bukan kerana agama, tapi Umno KUALA LUMPUR, 11 Okt — Pelawak, pengacara dan penulis lirik terkenal, Bob Lokman hairan dengan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sambil mendakwa beliau ditahan malam tadi bukan kerana isu agama tetapi "untuk Umno." Sehubungan itu, beliau juga mempersoalkan mengapa Jais menahan beliau setelah menjadi baik sekarang, tetapi tidak ketika dia sedang bergelumang dalam arus keduniaan sewaktu berada dalam dunia hiburan dulu. Pada 19 Februari lalu, Bob Lokman atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman menyerahkan borang menjadi ahli PAS. Beliau menyerahkan borang itu kepada Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Seri Azizan Razak yang juga Menteri Besar Kedah pada majlis Himpunan 30,000 Pemuda PAS di Kompleks PAS Kota Sarang Semut, Alor Setar. Bob Lokman merupakan penulis lirik lagu terkenal Isabela nyanyian Amy Search. Bob Lokman dan ustaz yang ditahan malam tadi dilepaskan selepas dibawa ke balai polis tetapi disoal siasat Jais hari ini. Tindakan Jais itu disifatkan oleh beliau seolah-olah mahu menyekatnya supaya tidak menjadi baik, sebaliknya untuk mendorongnya agar terus hanyut dalam arus keduniaan seperti masa lalu. Menurut Bob Lokman, walau apa pun halangan yang menimpa, beliau tidak akan berganjak dengan pendiriannya sekarang untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah dan terus meninggalkan kehidupan glamour serta penuh kelalaian. Sehubungan itu, Bob Lokman berkata beliau akan terus melakukan kerja-kerja dakwah dengan mendekati pelbagai golongan dalam masyarakat termasuk para penagih dadah untuk mengajak mereka kembali ke jalan Allah. Kata Bob Lokman, sekiranya terdapat undangan daripada pelbagai pihak untuk menyampaikan ceramah, beliau juga bersedia memenuhi undangan itu sekadar terdaya untuk menyampaikan mesej Islam, di samping tidak mahu menghampakan pihak terbabit. "Saya tidak kira soal larangan dari Jais atau sebarang pihak untuk saya berceramah. Jika larangan itu bukanlah yang patut saya ikut, saya tak akan ikut," katanya dipetik Harakahdaily. Begitu juga dengan sekatan yang dikenakan oleh Jabatan Agama Islam ke atas beliau untuk menyampaikan ceramah disebabkan tidak mempunyai tauliah, perkara itu juga tidak berbangkit dalam kehidupannya. "Tauliah itu bukanlah satu perkara yang penting. Perkara yang penting bagi saya adalah melakukan pekerjaan yang baik iaitu kerja-kerja Islam. "Jadi, kenapa mesti ada sekatan ke atas saya dan kenapa pula saya mesti patuhi sekatan-sekatan itu sedangkan yang saya sampaikan kepada orang ramai itu adalah perkara yang betul," katanya. Bob Lokman ditahan oleh Jais malam tadi kerana dipercayai atas alasan menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah setelah beliau selesai berucap ketika solat Maghrib di hadapan kira-kira 70 jemaah di Masjid Kampung Sungai Lui, Hulu Langat. Selepas ditahan beliau dibawa ke Balai Polis Batu 18 Hulu Langat dan dilepaskan kemudiannya. Bob Lokman juga diminta hadir di Pejabat Agama Daerah Hulu Langat sebelum tengah hari ini bagi memberikan kenyataan. Selain beliau, Pengarah Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Pusat, Mohd Sany Hamzan bagi pihak penganjur majlis ceramah itu diminta hadir di pejabat agama tersebut bagi memberikan kenyataan. Mengulas perkara itu, Bob Lokman yang juga cucu ulama terkenal Kelantan, Tok Kenali mengesahkan penahanannya malam tadi dan turut menegaskan tidak hadir ke Pejabat Agama Daerah Hulu Langat seperti yang diarahkan itu. Baginya, menghadirkan diri ke pejabat agama tersebut seperti yang diarahkan itu merupakan satu tindakan tidak perlu, malah hanya membuang masa dan wang. "Saya juga tidak merasakan perlu mematuhi arahan itu kerana pada saya mereka yang melakukan tangkapan ke atas saya itu bukan melakukan kerja untuk agama, tetapi untuk Umno," katanya. Sebelum ditahan dan dibawa ke balai polis, menurutnya, beliau telah bertanyakan beberapa soalan kepada Kadi Hulu Langat tetapi soalan-soalan tersebut tidak dapat dijawab. "Mereka yang datang untuk menangkap saya itu juga mengakui saya tidak menyampaikan perkara yang salah dalam ceramah saya tetapi hanya kerana tanpa tauliah. "Pada saya, apa yang dilakukan ke atas saya itu jelas arahan politik. Jadi tak perlulah saya ikut arahan mereka itu, malah pada saya mereka bukanlah orang yang wajar saya hormati," katanya. Beliau secara tegas menjelaskan, mereka yang melakukan tangkapan dan mengenakan sebarang larangan terhadap seseorang yang melakukan pekerjaan baik untuk Islam bukanlah pihak yang wajar dihormati. Menyentuh tentang tauliah untuk menyampaikan ceramah, beliau juga menegaskan tidak perlu baginya untuk mendapatkan tauliah tersebut kerana tindakan itu juga jelas mempunyai kaitan dengan permainan politik Umno BN. "Amat pelik dengan apa yang dilakukan ke atas saya. Saya ditangkap setelah saya selesai menyampaikan ceramah. Pada hal jika mereka tak mahu saya berceramah di masjid itu, mereka sepatutnya menangkap saya sebelum berceramah. "Saya pula hadir ke majlis itu atas undangan. Kalau saya dilarang berceramah sebelum saya masuk ke masjid oleh pihak Jais, saya tak akan berceramah. "Jadi, ini amat jelas tangkapan atas arahan politik Umno BN, bukannya tangkapan kerana kerja-kerja Islam, manakala saya pula melakukan kerja-kerja Islam, jadi tak perlulah saya ikuti arahan mereka itu," tegas beliau. |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan