Rabu, 12 Oktober 2011

Addin

Addin


Gempar!! Inspektor Polis Direman Atas Tuduhan Membunuh

Posted: 12 Oct 2011 06:00 AM PDT

Tahniah kerana Polis Sabah telah berjaya menangkap tertuduh dalam kes bunuh paling kejam di Sabah, Inspektor Ahmad Rizal Omar, yang juga kekasih gelap mangsa, Kartini Binti Borhan. PAS Sabah menghargai tugas serta tanggungjawab yang telah dilaksanakan oleh PDRM terutama Polis Keningau sehingga tertangkapnya suspek utama yang terlibat dengan pembunuhan kejam teman wanitanya di Taman Adika, Keningau. Bagaimanapun, PAS Sabah berharap agar PDRM tidak menjadikan kes bunuh ini sebagai 'Sandiwara' atau 'Pintomin' untuk menutup imej buruk polis kerana sebelum ini kes ini diklasifikasikan sebagai mangsa rompak dan bunuh.

 
Kebijaksanaan polis untuk mencari pembunuh sebenar amat diharapkan, maka sewajarnya Inspektor Rizal yang ditahan reman mengikut Seksyen 117 didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, kesalahan atas niat membunuh.

Jika penangkapan tersebut hanya atas dakwaan bersubahat (abetting), maka PAS Sabah sangat sangsi tentang siapakah pembunuh Kartini dan menggambarkan seolah-olah ada sesuatu yang cuba disembunyikan dari pengetahuan umum. Sehubungan itu, PAS Sabah mendesak agar siasatan ini diambil alih Bukit Aman agar lebih telus dan bagi mengelakkan polis Sabah campurtangan kerana melibatkan banyak pihak.

PAS juga menggesa Polis Sabah agar menjalankan siasatan dan mendakwa PATI yang mencederakan AJK Surau Al Gayah Nur Salam di Kampung Lamak Bukit, Silam, Haji Wahab Nonong dan dua orang anaknya; serta menggesa Polis Lahad Datu menghenti ugutan ke atas mangsa untuk diambil tindakan di bawah Akta Hasutan kerana terlibat memberi kenyataan di dalam Videoklip 'Tuhan UMNO Hanya Dapat Surau PPRT'. /sabahkini


PATI Di Sabah Makin Besar Kepala, Sudah Berani Serang AJK Surau..

Posted: 12 Oct 2011 01:15 AM PDT

Surat terbuka ini ditujukan kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berhubung jenayah yang cuba diselindungkan PDRM kerana ingin melindungi PATI yang menjadi Ketua Cawangan UMNO. PAS Kawasan Silam kesal di atas insiden memukul, menyerang dan mencederakan seorang AJK Surau Al Gayah Nur Salam, Hairol @ Awang Damit Bin Jimlok oleh PATI yang mendapat IC Projek, Haji Abdul Wahab Nonong dan anak-anaknya sebagaimana yang dilaporkan Sabahkini.net melalui artikel 'Pati Rampas Surau Dilindungi Polis?'

 
Sehubungan itu, PAS Kawasan Silam mendesak agar Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Superintendan Samsuddin Mat dan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib menjalankan siasatan dan menangkap PATI yang melakukan perbuatan jenayah di negara ini sehingga mencemar kedaulatan undang-undang.

Sebagai Setiausaha PAS Kawasan Silam, saya amat kesal kerana perbuatan jenayah sebegini dipandang remeh oleh PDRM, seolah-olah mereka bersekongkol dengan penjenayah dan PATI yang mendapat IC Projek.

Budaya memukul dan mencederakan seseorang hanya semata-mata kerana perbezaan fahaman politik, bukan budaya rakyat Malaysia. Mungkin ia adalah suatu yang lumrah di negara jiran Filipina, tetapi telah menular ke negara ini akibat kebanjiran masyarakat luar yang tidak menghormati adat resam masyarakat tempatan.

Oleh yang demikian, bagi mengelakkan perbuatan terkutuk ini dari berleluasa serta tidak terkawal, maka PAS menuntut supaya pihak polis menjalankan tanggungjawab mereka dengan mendakwa pihak yang terlibat dengan insiden yang memalukan umat Islam ini.

Apakah kerana Presiden PAS, Datuk Haji Abdul Hadi Awang ingin mengadakan lawatan ke Madrasah berkenaan dalam masa terdekat, maka PDRM sengaja membiarkan PATI ini 'memberi pengajaran' kepada AJK Madrasah berkenaan semata-mata untuk menakut-nakut penduduk kampung dan Ahli PAS agar tidak menziarahi surau kontroversi berkenaan?

Jika Menteri Dalam Negeri inginkan bukti PATI mendapat IC Projek, seharusnya menjadikan Haji Abdul Wahab Nonong sebagai 'Alibi' kerana hampir semua penduduk Kampung Silam mengetahui latar belakang PATI berkenaan./sabahkini


Mat Bangla Kini Minat Rosmah Mansor!!

Posted: 11 Oct 2011 08:59 PM PDT

Asian University of Women (AUW) di Chittagong, Bangladesh pada Selasa mengumumkan pewujudan 10 zamalah mengambil sempena nama Datin Seri Rosmah Mansor. Pengasas, presiden dan ketua pegawai eksekutif universiti berkenaan, KamalAhmad, turut mengumumkan bahawa isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib TunRazak itu dilantik sebagai penaung AUW.Pada sidang akhbar selepas itu, Rosmah mengucapkan terima kasih kepada AUM kerana mempelawa beliau menjadi salah seorang daripada penaungnya.

Kata Rosmah, beliau menerima pelantikan sebagai penaung antara lain disebabkan beliau berpendapat wujud peluang bagi wanita muda Malaysia untuk mengikutipengajian di universiti seperti itu dan berinteraksi dengan pelajar dari negara lain.

"Terdapat peluang bagi gadis-gadis kita, terutamanya daripada kalangan kurangberkemampuan dan tidak berupaya mengikuti pengajian di universiti yang bagus, untuk berada di universiti ini di mana mereka boleh memperkayakan bukan sahaja pengetahuan tetapi juga memahami budaya serta agama pelajar lain.

"Ini benar-benar memperkayakan potensi masa depan mereka sebagai seorang pemimpin di negara atau masyarakat mereka sendiri. Bagi saya, saya percaya, langkah untuk ke hadapan adalah menerusi pendidikan," katanya kepada pemberita selepas pertemuan dengan Kamal di Seri Perdana di sini.

Julai lepas, AUW mempelawa Rosmah menjadi seorang daripada penaung universitiitu menerusi sepucuk surat yang dihantar kepada beliau oleh Canselor AUW, CherieBlair, isteri bekas Perdana Menteri Britain Tony Blair.

Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina bertindak sebagai ketua penaung AUW.Beliau disertai, antara lain, oleh bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat DrCondoleezza Rice dan ahli politik Itali Emma Bonino.

Rosmah turut mengucapkan terima kasih kepada AUW kerana meletak kepercayaankepada beliau untuk menjadi salah seorang penaungnya dan berharap akan berupayamenyumbang bagi menambah baik masa depan kaum wanita.
Sementara itu, pada sidang akhbar yang sama, Kamal berkata zamalah itu akanditawarkan kepada pelajar yang layak berumur bawah umur 21 tahun, dari seluruhAsia, termasuk Malaysia.

"Zamalah ini akan memperuntukkan biasiswa penuh kepada wanita dari mana-mana tempat di wilayah ini, yang mungkin menjadi orang pertama dalam keluarga mereka yang dapat menjejakkan kaki ke universiti namun kebolehan mereka tidak boleh dinafikan.

Zamalah ini bernilai kira-kira US$12,000 setahun bagi wanita yang mempamerkan, bukan sahaja kebolehan intelektual luar biasa, tetapi juga semangat dan potensi kepimpinan," katanya. Kamal berkata kemasukan bagi program lima tahun itu akan bermula bulan depan dan pelajar terpilih akan memulakan pengajian mereka pada September tahun depan.

Beliau berkata AUW akan mengiklankan pengambilan di seluruh negara sasaran dan berharap mendapat sekumpulan 10 wanita luar biasa bagi zamalah itu. Kamal berkata pada masa ini, universiti itu menempatkan 500 pelajar dari 12 negara dan berharap akan mendapat pelajar dari Malaysia.

Beliau berkata permohonan boleh dibuat menerusi laman web universiti itu,www.asian-university.org. "Zamalah ini akan memperuntukkan biasiswa penuh kepada wanita dari mana-mana tempat di wilayah ini, yang mungkin menjadi orang pertama dalam keluarga mereka yang dapat menjejakkan kaki ke universiti namun kebolehan mereka tidak boleh dinafikan.

Zamalah ini bernilai kira-kira US$12,000 setahun bagi wanita yang mempamerkan, bukan sahaja kebolehan intelektual luar biasa, tetapi juga semangat dan potensi kepimpinan," katanya. Kamal berkata kemasukan bagi program lima tahun itu akan bermula bulan depan dan pelajar terpilih akan memulakan pengajian mereka pada September tahun depan.

Beliau berkata AUW akan mengiklankan pengambilan di seluruh negara sasaran dan berharap mendapat sekumpulan 10 wanita luar biasa bagi zamalah itu. Kamal berkata pada masa ini, universiti itu menempatkan 500 pelajar dari 12 negara dan berharap akan mendapat pelajar dari Malaysia. Beliau berkata permohonan boleh dibuat menerusi laman web universiti itu,www.asian-university.org.

Addin :

Dulu Kazahktan, kini Bangla.. lepasni Mongolia pulak minat Kak Mah..

Tiada ulasan: