PENYAPU SIAL |
- Pemandu teksi pun nak di kencingkan BN
- Seronok Sungguh Duduk Menyeludup dalam Bonet...Apa Ingat Tak Kantoi Ka...!!!
- Kazakhstan Larang Surau Dalam Pejabat ...Pukimak UMNOPORNO Pulak larang tazkirah dalam masjid...elok la tu dua dua besan sepupu iblis dan dan syaitan...1 mafia russia...1 lagi mafia monggolia....!!!
- Pemimpin Umno penghianat agama yang mahu Islam dianggap ganas
Pemandu teksi pun nak di kencingkan BN Posted: 14 Oct 2011 12:27 PM PDT Jika boleh diungkapkan, inilah kemungkinan ayat kerajaan Barisan Nasional kepada para pemandu teksi; senada dengan watak Haji Bakhil yang mengherdik budak-budak yang berada di depan laman rumahnya, "Nah! Ambil gula-gula ini, pergi main jauh-jauh". Perumpamaan dari satu daripada filem legenda P. Ramlee ini mudah difahami semua, setelah kita menghalusi Belanjawan kerajaan BN yang cuba menawarkan sesuatu kepada para pemandu teksi di negara ini. Insentif yang dicadang untuk diberikan, sebagaimana yang ditawarkan oleh Najib Razak adalah:
Jadi, apa pula kaitannya ungkapan Haji Bakhil dengan belanjawan BN ini? Tampi padi untuk dapatkan beras Pengumuman Najib selaku Menteri Kewangan itu sekadar mengurangkan sakit, seperti menelan pain killer, dan ianya bersifat sementara. Kos-kos ini bukan sekadar kos berbentuk wang kertas kerana ia juga melibatkan birokrasi yang sangat rigid dalam proses-proses lain juga. Karenah birokrasi juga memakan kos iaitu masa dan tenaga, dan kadang kalanya melibatkan "duit kopi". Dalam ilmu ekonomi, masa dan tenaga juga akan membawa makna wang, dan dalam bahasa seharian, semua orang tahu apa itu duit kopi. Bagaimana pula dengan pemandu teksi yang tidak ada pilihan lain dalam hidup kecuali memandu teksi sebagai kerjaya mereka? Memang tiada jaminan bahawa karenah birokrasi untuk mendapatkan kelulusan membawa teksi ini tidak berlanjutan. Cukai jalan telah pun diketahui bahawa jumlahnya sudah berpatutan dan murah. Ia bukan satu beban utama kepada pemandu teksi. Ibarat kata, seperti menawarkan diskaun kepada orang tua untuk menaiki LRT dan monorel atau jika imaginasi lebih jauh menjalar, menawarkan diskaun untuk rakyat membeli helikopter, mana-mana kerajaan mana pun sanggup berbuat begitu. Respon pemandu teksi Tinjauan selepas pengumuman Belanjawan BN mendapati salah seorang dari ribuan pemandu teksi di Lembah Klang telah sempat mengirim SMS, katanya "lepas ni aku tak nak 'kayuh' lagi la, duit sewa cab aku masih sama, bajet NR tak bagi impact sangat kat 'pilot' macam aku ni, penat je kayuh cab orang." Bagi yang tidak begitu memahami bahasa SMS pemandu teksi… Kekecewaan pemandu teksi ini rupanya masih berterusan sekali pun insentif kerajaan BN telah diumumkan. Kebanyakan mereka hanya pemandu, bukan pemilik. Yang memiliki teksi ialah syarikat-syarikat; mungkin yang ada kabel politik dengan parti pemerintah. Tanda-tanda jika sesuatu pihak itu tidak ikhlas dan tidak jujur adalah kefahamannya dalam sesuatu situasi. Hairan bagaimana kerajaan BN yang dikatakan cukup sumber untuk mengkaji dan mencari penyelesaian terhadap masalah rakyat, telah gagal memahami dan melaksanakan keperluan utama rakyat, dalam hal ini pemandu teksi. Tawaran Pakatan Rakyat Bukankah Pakatan Rakyat dalam Belanjawan Alternatifnya dengan tema Kesejahteraan Untuk Semua telah menunjukkan jalan yang mudah dan jelas tentang apa yang diinginkan oleh pemandu teksi - memberi permit penuh kepada pemandu teksi. Ini bererti PR lebih faham keperluan dan kehendak rakyat, termasuk pemandu teksi. Bagi pemandu teksi, memiliki teksi sendiri adalah serupa seperti seorang petani atau peneroka FELDA mendapat hak milik tanah. Pemandu teksi tidak mahu membawa kereta yang disewa dari syarikat kerana kos sewaan mahal, malah kerajaan tidak ada banyak kuasa untuk menentukan harga sewaan yang dikenakan syarikat tesebut. Kerajaan BN seolah-olah mahu pemandu teksi makan gaji semata-mata tanpa membenarkan mereka berdikari. Kerajaan BN yang gah dengan sebegitu ramai penasihat dan perunding, termasuk dari luar negara yang dibayar berpuluh juta ringgit tetapi berpura-pura tidak faham masalah asas dan penting bagi pemandu teksi. Mengapa permit hak milik teksi ini begitu liat mahu diberikan kepada individu pemandu teksi? Adakah kerana permit-permit ini hanya untuk syarikat yang sudah menjadi kuota kepada ketua-ketua bahagian UMNO? Adakah kerana permit ini masih telah menjadi satu-satunya aset kaum Bumiputera yang mesti dipegang amanahnya oleh segelintir elit UMNO hingga menafikan hak-hak pemandu teksi Melayu sendiri? Malah pemandu teksi berketurunan Cina, India dan lain-lain juga menggigit jari sahaja. Sekali lagi, terbukti Belanjawan BN 2012 hanya ingin mengabui mata golongan berpendapatan rendah (baca: Melayu) untuk jangka masa yang amat singkat, sekadar untuk UMNO dan BN menang dalam pilihan raya umum akan datang. Kalau ada yang masih kurang faham dengan politik UMNO-BN, selain dari tepuk dada tanya selera, luangkan sedikit masa untuk menonton filem klasik yang berwatakkan Haji Bakhil untuk kesekian kalinya. Mungkin ada ilham baru untuk rakyat yang semakin dihimpit tekanan kenaikan kos hidup. |
Seronok Sungguh Duduk Menyeludup dalam Bonet...Apa Ingat Tak Kantoi Ka...!!! Posted: 14 Oct 2011 05:16 AM PDT MINAT SUNGGUH DEPA KAT NEGARA KITA PASAI DAH DEKAT PILIHANRAYA kah kah kah kah... |
Posted: 14 Oct 2011 04:25 AM PDT
Almaty: Presiden Kazakhstan, Nursultan Nazarbayev semalam meluluskan undang-undang ketat yang melarang surau dibina di dalam bangunan kerajaan, langkah yang dilihat bertujuan menyekat pengaruh militan tetapi dikecam ulama negara itu dan Barat. Gambar: PM Malaysia Mohd Najib disambut oleh Presiden Kazakhstan, Nursultan Nazarbayev sewaktu lawatannya ke negara tersebut baru-baru ini. Nazarbayev, 71, memerintah Kazakhstan lebih 20 tahun sebagai pemerintah kuku besi sekular. Sehingga tahun ini, negara yang didiami seramai 70 juta penduduk Islam berusaha mengelak daripada keganasan yang dilihat berlaku di tengah Asia, negara bekas Soviet seperti Uzbekistan dan Tajikistan. Bagaimanapun, pengeboman bunuh diri pada Mei dan penahanan kumpulan yang didakwa merancang keganasan pada Ogos meningkatkan kebimbangan kemunculan militan menyebabkan Nazarbayev melaksanakan undang-undang baru untuk mengekang kelompok ekstremis. Undang-undang yang diluluskan itu mencetuskan perdebatan hangat. Artikel 7 melarang bilik solat di semua institusi negeri. Mufti Kanan Kazakhstan, Absattar Derbisali, berkata undang-undang ini akan mencetuskan kemarahan di kalangan umat Islam dan meningkatkan kegiatan militan. Undang-undang turut mensyaratkan semua institusi dakwah di negara itu mendaftar dengan pihak berkuasa setiap tahun. Kumpulan hak asasi di Barat termasuk Organisasi untuk Kerjasama dan Keselamatan di Eropah, melahirkan kebimbangan mengenai sekatan kebebasan agama. Antara langkah terbaru yang diambil untuk mengekang golongan militan ialah menyekat sementara laman web asing pada Ogos selepas mahkamah memutuskan yang mereka menyebarkan propaganda pengganas dan menyuntik kebencian agama. – Reuters Sebut Kazakhstan, teringat bakal besan "dia". Di Malaysia, surau dan masjid ada, tapi tazkirah tak dibenarkan, orang-orang UMNO tak apa. |
Pemimpin Umno penghianat agama yang mahu Islam dianggap ganas Posted: 13 Oct 2011 04:11 PM PDT
Siapa yang patut malu? Bukan Islam ke atau orang Islam sendiri yang patut malu? Jangan jadi macam ini sudah ler. Baru-baru ini kita dibingitkan oleh orang yang benci dengan pelaksanaan hukum Allah di bumi Malaysia ini, bukan sahaja dia orang tak suka, bahkan cuba adu-domba supaya orang bukan Islam di Malaysia yang sememangnya kurang faham apa dia Hudud, supaya mereka ini tidak menerima Hudud. Dengan kata lain, biarkan Hudud itu difahami bukan Islam sebagai hukuman kejam. Betapa zalimnya orang seperti ini. Jawablah kamu di hadapan Allah di akhirat kelak! Walaupun ada adu-domba supaya bukan Islam meminggirkan PAS dalam isu Hudud, tanpa disangka-sangka, atas pertolongan Allah, Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Negeri Perak (dari kalangan bukan Islam) yang mempunyai ahli paling ramai di Malaysia berikrar berdiri teguh di belakang pimpinan PAS Pusat dalam isu Hudud. Ketuanya, Beh Heng Khim berkata, DHPP Perak menyokong penuh jika hudud dilaksanakan khususnya di Negeri Kelantan. “Tidak ada sebab kami menolak hukum Hudud,” katanya ketika membuat sidang media di Pejabat PAS Perak. Beliau berkata, masyarakat bukan Islam tidak perlu takut kepada hukum itu kerana ia lebih baik daripada hukuman yang sedia ada. “Kami DHPP sudah memahami sedalam-dalamnya dan memahami kebaikan sebenar hukuman ini. Kami sudah diracuni oleh Umno tentang hukum Hudud sebelum ini. Setelah kami berada dalam PAS, baru kami tahu tentang hudud yang sebenarnya,” tegasnya lagi. Beh Heng juga mendesak Pengerusi DHPP Pusat, Hu Pang Chaw menyaman akhbar dan pemberita yang mengatakan beliau membuat ancaman untuk tinggalkan PAS dalam Isu Hudud. Sekarang ini, siapa lebih faham hukum Islam itu, bukan Islam yang sokong PAS ke atau pemimpin Umno yang mengaku Islam tu? Tapi, realitinya memang DHPP lebih mengerti tentang Hudud dan Umno sekadar mencari peluang untuk mengadu-domba agar bukan Islam, bahkan orang Islam sendiri agar menjauhi hukum yang telah ditentukan Allah itu. Sekarang jelaslah, pemimpin Umno begitu aktif untuk menghancurkan Islam di bumi sendiri. Mereka lebih suka Islam dipandang buruk, dipandang ganas seperti Amerika pandang Islam itu pengganas. Jika tidak percaya, boleh minta daripada Ahli Parlimen dari kalangan pemimpin Umno-BN yang beragama Islam agar memberi pendirian mereka berkaitan hukum Hudud. Jika benar, haruskah pemimpin sebegini diberi amanah untuk memerintah negara, walhal dalam masa yang sama berusaha meruntuhkan kesyumulan Islam. Yang sokong sudah tentu ada sahamnya!
wd |
You are subscribed to email updates from penyapu sial To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan