Jumaat, 14 Oktober 2011

Pulakdah!

Pulakdah!


Buku Panduan SEKS ISLAM Untuk AHLI SAHAJA

Posted: 14 Oct 2011 06:05 AM PDT

Kulit belakang buku baru kelab kontroversi bertajuk "Seks Islam, Perangi Yahudi Untuk Kembalikan Seks Islam Kepada Dunia".


Kelab Taat Suami di Malaysia telah menerbitkan sebuah panduan mengenai "seks Islam".

Buku panduan seks 115 halaman bersaiz poket itu menyatakan bahawa penyelidikan oleh Kelab Taat Suami mendapati bahawa isteri hanya memuaskan keinginan suami mereka sekitar 10%. Panduan ini bertujuan untuk mengajar ahli-ahlinya bagaimana untuk memenuhi baki 90% daripada nafsu keinginan tersebut.

Buku yang disasarkan kepada pasangan yang baru berkahwin itu dikatakan lengkap dengan butir-butiran yang jelas tentang seks walaupun ia tidak mengandungi gambar-gambar seks.

Antara isi kandungan buku yang mampu 'mengangkat kening' pembaca ialah panduan bagaimana untuk mengusap-ngusap buah dada isteri dan menyatakan bahawa seorang lelaki boleh melakukan hubungan seks serentak dengan semua isterinya.

Panduan seks ini dijual dengan harga RM50 dan hanya dijual kepada ahli Kelab Taat Suami sahaja.

Antara kandungan buku tersebut yang menyentuh cara-cara mengusap buah dada isteri.


Naib Presiden kelab, Rohaya Mohamad berkata, "Jika isteri memerlukan pertolongan kita, kita boleh melatih mereka tentang posisi seksual yang memuaskan. Adalah penting untuk menjadi seorang pekerja seks yang baik supaya suami tidak pergi kepada pelacur. "

Kelab Taat Suami yang pernah mencetus kontroversi kerana mengeluarkan pendapat bahawa gejala sosial seperti pelacuran, keganasan rumah tangga dan perceraian boleh dicegah jika wanita tunduk patuh dan taat kepada suami mereka mula menjual buku tersebut sejak bulan Jun tahun ini.

Ahli Politik BOGEL Dalam Video Kempen Pilihanraya

Posted: 13 Oct 2011 06:27 PM PDT


Kontroversi boleh dijual.

Seorang calon parti politik di Poland telah menanggalkan baju di dalam video kempen pilihan rayanya.

Calon parti SLD wakil Katarzyna Lenart, 23, mencetuskan kemarahan ramai di atas video kempen tersebut, tetapi ia menegaskan bahawa itu adalah cara terbaik untuk menarik pengundi muda.

"Kempen saya mensasarkan kepada golongan muda," jawab Lenart. "Dan anak-anak muda hanya berminat dengan hal-hal kontroversi, malangnya."



Lenart berharap agar dapat terpilih di Lublin, muncul dengan berpakaian sederhana pada permulaan video sebelum mengoyakkan bajunya.

Akhirnya, dia menanggalkan coli berwarna merah jambu dan perkataan "CENSORED" (ditapis) menutupi payudaranya.

Satu mesej muncul kemudiannya bertulis: "Mahu lagi? Undilah SLD. Hanya kami boleh lakukan lebih.."

Seorang jurucakap SLD mengadu: "Saya tidak fikir ini adalah jenis iklan untuk parti politik berhaluan kiri. Kita perlu mengharamkan untuk pengiklanan seksis."

Tiada ulasan: