Jumaat, 14 Oktober 2011

AKU INGIN BEBAS

AKU INGIN BEBAS


"JOM MASUK UMNO" PLATFORM UNTUK ARTIS KERAP KELUAR RANCANGAN TV

Posted: 14 Oct 2011 12:32 AM PDT

Azhan Atan (Juara Akademi Nasyid 2008)

Seramai 10 artis hari ini menyerahkan borang keahlian menyertai Pergerakan Pemuda Umno.

Mengetuai penyerahan borang keahlian kepada Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin di pejabat Pemuda Umno di ibunegara ialah Timbalan Presiden Seniman, Rozaidi Abdul Jamil atau lebih dikenali sebagai Zed Zaidi.

Antara yang menyertai pergerakan itu ialah Rashdan Baba, Ezani Nizarif dan Haris Kool dan penyanyi Adam AF.

Zed Zaidi berkata penyertaannya dalam parti itu adalah sebagai menerima pelawaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib dalam program "Jom Masuk Umno".



Pelakon itu yakin corak kepimpinan perdana menteri akan melahirkan generasi pelapis yang dapat menyumbang kepada pembangunan negara termasuk industri hiburan.

Bagi saya, kemasukkan artis ini ke dalam UMNO hanya sekadar platform untuk memudahkan mereka bergerak aktif dipentas-pentas dan masuk rancangan tv tanpa ada sekatan.

Umum mengetahui, kita lihat sahaja apa jadi pada Azhan Atan iaitu bekas Juara Akademi Nasyid 2008 yang dikelolakan oleh TV9. Azhan tidak pernah diberi peluang untuk muncul di kaca tv mahupun rancangan radio disebabkan beliau penyokong parti berlawanan.

Azhan Atan yang mempunyai vokal yang mantap dan bertenaga sememangnya layak dinobatkan sebagai juara Akademi Nasyid ketika itu namun sehingga sekarang kita tidak pernah melihat kelibatnya di rancangan tv yang dikuasi oleh UMNO-BN.

Pendek kata, jika seseorang artis itu mahu kerap berada dipentas rancangan hiburan tv mestilah menyertai UMNO.

Tiada ulasan: