Rabu, 12 Oktober 2011

PENYAPU SIAL

PENYAPU SIAL


UMNO-PORNO semakin kemaruk seks...tak puas hati nak kenakan anwar...sambil cuba tutup salah-tadbir ekonomi, salah guna kuasa dan korupsinya...!!!

Posted: 11 Oct 2011 11:51 PM PDT

 

Dalam soal seks, kelihatannya Perdana Menteri Najib Razak dan parti UMNOnya tidak puas. Sebaik sejurus pembentangan Belanjawan 2012 Najib, bloger-bloger UMNO sudah mengeluarkan satu lagi klip seks, kali ini mengaitkan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dalam video di ‘hotel’ baru.

UMNO-BN cuba untuk menyorokkan salah-tadbir ekonomi, salah guna kuasa dan korupsinya dengan mengeluarkan video-video seks palsu. Video-video ini dikeluarkan secara berperingkat oleh sebuah laman web yang berkait dengan UMNO yang penuh dengan penganiayaan terhadap pihak pembangkang..

Semasa kekecohan video seks ‘Datuk T’, adalah mengejutkan bila dilihat cara-cara tersusun penggunaan kenyataan-kenyataan umum yang dikeluarkan oleh trio Datuk T, pemimpin-pemimpin tinggi UMNO dan pimpinan pihak polis. Ianya adalah seperti usaha rapi untuk menghancurkan kerjaya politi Anwar Ibrahim dan menghentikan perarakan Pakatan Rakyat ke Putrajaya.
Menurut The Star, klip sepanjang 2.25 minit berjudul ‘One Night in Bangkok’ atau ‘Round Two’ itu dimuat naik pada hari Isnin. Video itu katanya dirakam di Bangkok pada 13 Januari tahun ini.

Fetish Bangkok UMNO , klip itu dijumpai di laman web UMNO yang biasa www.papagomo.com, stopthelies.my dan juga www.parpukari.blogspot.com. Bloger-bloger itu juga bertanyakan di mana Anwar berada pada 12 dan 13 Januari.

Mereka juga menyertakan perincian penerbangan MAS KLIA-Bangkok MH 782 yang meninggalkan KLIA pada 3.15pm pada 12 Januari; dan MH 785 yang meninggalkan Bangkok pada 11.05am hari seterusnya. Tetapi tidak seperti video sensasi trio Datuk T pada Februari itu yang menunjukkan orang yang mirip dengan Anwar melakukan seks dengan seorang pelacur, klip terakhir ini tidak mengandungi adegan seks.

Tetapi, menurut salah satu bloger tersebut Round Two akan keluar tidak lama lagi. Dan sudah pasti, minat ramai terhadap video itu adalah kandungan pornografiknya.

Kebanyakan rakyat Malaysia sudah mengambil keputusan samada Anwar atau Najib yang bersalah. Video Datuk T itu sudah makan tuan, mengakibatkan populariti Najib jatuh mendadak kepada 59% pada bulan Ogos berbanding 65% pada bulan Mei. Malah lagi, Najib sendiri terlibat dengan skandal yang melibatkan hubungannya dengan penterjemah Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Malahan dengan perbicaraan Sodomi II di mana Najib dan isterinya Rosmah telah dituduh memalsukannya untuk mematikan kerjaya politik Anwar, ramai rakyat Malaysia percaya dengan keterangan pakar dari Belanda, Dr Thomas Hoogland. Thomas berkata Anwar mempunyai pergerakan belakang dan pinggul yang terhad, jadi  tidak mungkin beliau boleh meliwat penuduh.

Sementara itu pula, Najib dan Rosmah menimbulkan syak wasangka daripada rakyat apabila mereka tidak mahu menjadi saksi teradap Anwar, membuang rasa kesedaran sivik dan tanggungjawab ke tepi kerana takut berhadapan dengan peguam-peguam bela Anwar. Akibatnya adalah mereka berdua kelihatan bersalah seperti yang dikatakan Anwar.

Wajarlah kenapa apabila Najib membentangkan Belanjawan 2012nya itu, rakyat tidak teruja.Bukan satu kebetulan apabila klip video ini muncul sewaktu Perdana Menteri Najib Tun Razak dan kerajaannya berusaha keras untuk mempertahankan Belanjawan 2012. Proposal belanjawan kerajaan itu dikatakan lemah dan berdasarkan perkembangan ekonomi yang terlalu optimistic..

Belanjawan itu tidak menyentuh pun soal ketidak seimbangan ekonomi, dan imbuhan-imbuhan adalah janji-janji yang tidak bertanggungjawab untuk mewujudkan rasa senang semasa pilihanraya umum ke-13 nanti. Penganalisa dan pengamat ekonomi telah menghentam belanjawan itu, dan rakyat sangat berduka cita. Kerajaan harus tarik balik dan mengubah proposal belanjawannya itu, dan tidak cuba mengalihkan pandangan rakyat dengan mengeluarkan video-video seks palsu

PDRM memang tunggul kayu....Jadi Tak Perlu Lapor Polis Lagi Jika Hilang Sijil Lahir, Pasport, Geran & Lesen Memandu

Posted: 11 Oct 2011 11:34 PM PDT

Laporan polis hilang sijil lahir, pasport, geran dan lesen memandu dimansuh

 

Orang ramai tidak perlu lagi membuat laporan polis bagi sebarang penggantian berhubung kehilangan dan kerosakan sijil kelahiran, pasport Malaysia, sijil perkahwinan, sijil akademik, perakuan pendaftaran kenderaan dan lesen memandu serta geran tanah.

Perkara itu terkandung dalam Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 2011 yang dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri pada 29 September lalu.

Dipetik Bernama Online, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan (gambar) berkata kerajaan membuat keputusan berhubung pemansuhan keperluan mengemukakan laporan polis itu pada mesyuarat Jawatankuasa Tetap Pengaduan Awam (JKTPA) Bilangan 2, 2011 pada 6 April lepas kerana ia sebenarnya merupakan amalan pentadbiran yang tidak diperuntukkan di bawah mana-mana undang-undang.

Beliau berkata pada 2010, sejumlah 2.8 juta laporan polis diterima, dengan 1.1 juta atau 40 peratus daripada jumlah itu termasuk dalam kategori ‘Rujuk Lain-Lain Agensi’.

“Ini menunjukkan sebahagian besar laporan polis yang dibuat tidak memerlukan tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Perkara ini bukan sahaja menyusahkan orang awam, malah tidak melambangkan imej perkhidmatan awam yang cekap dan mesra pelanggan.

“Di pihak PDRM pula, amalan ini turut menyebabkan tambahan beban kerja dalam mengendalikan urusan pelaporan polis.

“Keperluan ini juga mengakibatkan peningkatan kos operasi PDRM di samping tidak memberi nilai tambah dalam penyampaian perkhidmatan PDRM,” katanya.

Berikutan pemansuhan itu, Mohd Sidek meminta semua agensi kerajaan mengenal pasti urusan yang memerlukan orang awam mengemukakan laporan polis kepada agensi kerajaan terbabit mengikut keperluan yang diperuntukkan dalam undang-undang.

Bagaimanapun, katanya, pekeliling itu tidak menghalang orang awam daripada membuat laporan polis, dan agensi kerajaan juga tidak boleh menghalang orang awam membuat laporan kepada PDRM

penyapu sial

Untuk kes kes jenayah seperti pecah rumah, rogol, penipuan dan lain lain juga tidak perlu buat laporan polis... buang masa.

Daripada buang masa buat laporan polis tanpa tindakan apa apa lebih baik kita bercakap dengan tiang atau tunggul kayu.

Dah kerapkali kita dengar laporan polis ini umpama kita bercakap dengan tunggul kayu.

Dasar Penyamun ...Kerajaan UMNOPORNO membodohkan rakyat lagi....Sah Malaysia Telco Tax 6% Kerajaan Lancar Januari 2012

Posted: 11 Oct 2011 03:44 PM PDT

Unifi dan Streamyx kenakan cukai 6% mulai 1 Januari

 

KUALA LUMPUR, 11 Okt: Pengguna Unifi dan Streamyx akan dikenakan cukai perkhidmatan kerajaan sebanyak 6 peratus mulai 1 Januari 2012 nanti.

Hal ini disahkan sendiri oleh operator TM net yang ditugaskan untuk melayan pertanyaan pelanggan-pelanggan mereka, lapor blog really.tigaline.com.

Blog itu telah menyiarkan rakaman perbualan dengan operator TM bagi membukti perkara itu.

Ini bermakna, hanya cukai prabayar sahaja yang ditangguhkan oleh kerajaan ekoran bantahan yang dibuat oleh rakyat Malaysia baru-baru ini.

12 September lalu, media melaporkan, cadangan pelaksanaan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus terhadap pengguna perkhidmatan talian telefon prabayar yang dijadualkan mulai 15 September ditangguhkan sehingga kajian mengenainya selesai.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, keputusan tersebut dicapai setelah kementeriannya mengadakan pertemuan bersama empat pengendali utama telekomunikasi di negara ini.

"Perundingan yang melibatkan pengurusan utama Celcom, Maxis, Digi dan U-Mobile itu berlangsung dalam suasana cukup baik dan kesemua mereka telah bersetuju untuk menangguhkannya dan tidak dilaksanakan seperti yang diumumkan sebelum ini.

"Mereka menerima baik nasihat kementerian, pandangan kerajaan serta sentimen yang dilahirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan wakil syarikat-syarikat telekomunikasi tersebut di Angkasapuri di sini hari ini.

Antara yang hadir dalam pertemuan tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Celcom, Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly; CEO Kumpulan Maxis, Sandip Das; CEO Kumpulan Digi, Henrik Clausen dan CEO U-Mobile, Dr. Kaizad Heerjee. -hd

Really Video Kenaikan Cukai 6% Telekom Malaysia Mula 1 Januari 2012

Really Video Kenaikan Cukai 6% Telekom Malaysia Mula 1 Januari 2012 yang telah di sahkan oleh Pegawai TM sendiri. Pilihan Raya Umum belum lagi diadakan, dah naik dah TAX?

Sewaktu kerajaan sedang cuba menaikan tax 6% untuk Telco, Digi, Celcom, Maxis, dan Umobile pihak telco ada bagi tahu kepada penguna dan penguna sedar, tentangan hebat telah diberikan dan kerajaan 'hold' kan dahulu cukai tersebut, tapi kenaikan tax pada TM, Unifi, Streamyx ini tiada lupatan meluas dan kerajaan pasti akan jalankan pada 1 Januari 2012

Adakah Kerajaan sangka bahawa rakyat Malaysia tidak sedar tentang kenaikan ini? Dan mana hak kita selaku penguna? adakah Kementerian Koperasi dan Penguna akan senyap serta tidak mengambil sebarang tindakan untuk mempertahankan hak penguna atau mereka telah sedia maklum tetapi melihat gelagat rakyat yang tidak peka terhadap isu ini dan tiada tentangan di lakukan oleh rakyat, maka mereka membenarkan perkara ini akibat mulut telah ditutup dan tangan telah di ikat?

Kerajaan Malaysia baru sahaja lancarkan budget 2012 dengan memberi perkhimatan awam pelbagai faedah, dan kini kita dikejutkan pula oleh pengesahan kenaikan kadar 6% yang akan ditangung oleh setiap penguna tidak kira dari sektor awam mahu pun swasta untuk memberi wang pula kepada kerajaan Malaysia.

Lawan Tetap Lawan, Untuk Kepentingan Agama, Bangsa, dan Negara Malaysia yang tercinta ini.

Kerajaan tidak boleh mengambil kesempatan pada rakyat.


penyapu sial

memang kasihan pada pengguna,kerana pengumuman sebelum kata ditangguhkan.Pengguna terbesar internet biasanya adalah golongan pelajar dan pertengahan,kasihan pada mereka terpaksa tambah kos perkhidmatan....dasar bangsat kerajaan UMNOPORNO...nampaknya ikut selera kepala pundek rosmah mansor...kerajaan najib pekenakan rakyat...!!!

Tiada ulasan: