Biaqpila |
- TERKINI : TEGANG, Cubaan Umno HALAU Lim Guan Eng Di SEGAMAT
- Rogol Cucu, Upah Ayam Goreng!!
- Bob Lokman: Umno Tahan Saya Bukan Jais
TERKINI : TEGANG, Cubaan Umno HALAU Lim Guan Eng Di SEGAMAT Posted: 12 Oct 2011 07:40 AM PDT SMS dari Ketua Penerangan Pemuda UMNO Sekijang: " As Salam.. hari ini (Rabu) di bawah nama Anak Johor Tolak Penderhaka, provokasi bantahan di pdg sekolah Li Chi depan Upwell pukul 6 ptg. Saudara2 ketua pemuda dipelawa membawa seberapa ramai pemuda cwgn masing2 utk bersama2 brhimpun demi maruah negeri Johor yg di perlekehkan oleh Lim Guan Eng ini. Jgn kita biarkan Cina bangsat ini brcakap sesuka hati dan jgn biarkan dia sewenang2nya memijak bumi sgmt johor ini.." Dan petang tadi berlaku suasana tegang di Segamat provokasi-provokasi dari ahli-ahli Umno yang mengganggu program DAP di sana. Kekecohan mula tercetus antara para wakil-wakil Umno dan juga unit Amal PAS yang turut dibantu AMK dan juga ahli DAP Segamat dan Muar apabila pendemo mula memasuki perkarangan lokasi ceramah. Pemuda-pemuda Umno membuat provokasi bantahan di padang sekolah Li Chi petang tadi. Suasana kecoh petang tadi di hadapan dihadapan Restoran Siang Kee Kg Abdullah Segamat bagi membantah kedatangan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guang Eng yang dijangka akan mengadakan ceramah malam ini. Pihak Polis dan FRU masih mengawal keadaan dan sehingga ke jam ini keadaan masih lagi terkawal walaupun terdapat beberapa insiden membaling batu diantara kedua dua pihak. Dan malam ini juga ada satu lagi program Pakatan Rakyat di Labis bersama Bob Lokman dan Che'guBard. Ketika entri ini ditulis, teman aktivis Penyelaras SAMM Johor Sdr Ahmad Anwar Asyraf sedang menantikan kehadiran Che'guBard di exit Tol Pagoh untuk bergerak ke Labis secara konvoi. Berdasarkan maklumat yang diterima, dipercayai program ceramah di Labis juga akan menjadi sasaran mat rempit-mat rempit upahan selepas provokasi mereka digagalkan ketika program ceramah di Kg Tahang Rimau, Segamat pada Isnini lalu. KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Rogol Cucu, Upah Ayam Goreng!! Posted: 12 Oct 2011 06:22 AM PDT KULIM - Tidak serik dipenjara kerana kesalahan merogol, seorang datuk sanggup melakukan perbuatan sama terhadap cucunya yang juga murid tahun tiga dan masih bersekolah. Lebih menyedihkan mangsa hanya diberi upah ayam goreng setelah suspek memuaskan nafsunya. Mangsa dikatakan sering tidak ke sekolah menyebabkan gurunya bertanya tentang masalah yang dihadapinya. Mangsa kemudiannya menceritakan apa yang berlaku dan guru berkenaan yang terkejut dengan pengakuan itu membawa mangsa menjalani pemeriksaan di hospital. Doktor menasihatkan supaya laporan polis dibuat. Kejadian itu kemudiannya dimaklumkan kepada waris mangsa dan suspek datang ke balai polis bersama mangsa untuk membuat laporan polis dengan menuduh bapa mangsa melakukan perbuatan tidak bermoral itu. Polis yang menjalankan siasatan ke atas datuk dan bapa mangsa berasa curiga lalu meminta mangsa menceritakan kisah sebenar. Barulah kanak-kanak itu mengaku dia diarahkan oleh datuknya untuk menuduh bapanya. Setelah menjalankan siasatan terhadap datuk mangsa, akhirnya suspek mengaku melakukan perbuatan itu terhadap cucunya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Salleh berkata, sebelum ini suspek pernah menjalani hukuman penjara kerana kesalahan merogol. "Dia pernah menerima hukuman 12 sebatan dan dipenjarakan sebelum ini. Suspek juga baru dibebaskan dari penjara. Apa yang dilakukan oleh suspek adalah satu kesalahan serius dan kes akan disiasat bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan," katanya. - SH Utara/SHAIFUL AZHAR AHMAD ALI -SH ekele KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Bob Lokman: Umno Tahan Saya Bukan Jais Posted: 11 Oct 2011 05:39 PM PDT Pelawak, pengacara dan penulis lirik terkenal, Bob Lokman hairan dengan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sambil mendakwa beliau ditahan malam tadi bukan kerana isu agama tetapi "untuk Umno."Sehubungan itu, beliau juga mempersoalkan mengapa Jais menahan beliau setelah menjadi baik sekarang, tetapi tidak ketika dia sedang bergelumang dalam arus keduniaan sewaktu berada dalam dunia hiburan dulu.Pada 19 Februari lalu, Bob Lokman atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman menyerahkan borang menjadi ahli PAS. Beliau menyerahkan borang itu kepada Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Seri Azizan Razak yang juga Menteri Besar Kedah pada majlis Himpunan 30,000 Pemuda PAS di Kompleks PAS Kota Sarang Semut, Alor Setar. Bob Lokman merupakan penulis lirik lagu terkenal Isabela nyanyian Amy Search. Bob Lokman dan ustaz yang ditahan malam tadi dilepaskan selepas dibawa ke balai polis tetapi disoal siasat Jais hari ini. Tindakan Jais itu disifatkan oleh beliau seolah-olah mahu menyekatnya supaya tidak menjadi baik, sebaliknya untuk mendorongnya agar terus hanyut dalam arus keduniaan seperti masa lalu. Menurut Bob Lokman, walau apa pun halangan yang menimpa, beliau tidak akan berganjak dengan pendiriannya sekarang untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah dan terus meninggalkan kehidupan glamour serta penuh kelalaian. Sehubungan itu, Bob Lokman berkata beliau akan terus melakukan kerja-kerja dakwah dengan mendekati pelbagai golongan dalam masyarakat termasuk para penagih dadah untuk mengajak mereka kembali ke jalan Allah. Kata Bob Lokman, sekiranya terdapat undangan daripada pelbagai pihak untuk menyampaikan ceramah, beliau juga bersedia memenuhi undangan itu sekadar terdaya untuk menyampaikan mesej Islam, di samping tidak mahu menghampakan pihak terbabit. "Saya tidak kira soal larangan dari Jais atau sebarang pihak untuk saya berceramah. Jika larangan itu bukanlah yang patut saya ikut, saya tak akan ikut," katanya. Begitu juga dengan sekatan yang dikenakan oleh Jabatan Agama Islam ke atas beliau untuk menyampaikan ceramah disebabkan tidak mempunyai tauliah, perkara itu juga tidak berbangkit dalam kehidupannya. "Tauliah itu bukanlah satu perkara yang penting. Perkara yang penting bagi saya adalah melakukan pekerjaan yang baik iaitu kerja-kerja Islam. "Jadi, kenapa mesti ada sekatan ke atas saya dan kenapa pula saya mesti patuhi sekatan-sekatan itu sedangkan yang saya sampaikan kepada orang ramai itu adalah perkara yang betul," katanya. Bob Lokman ditahan oleh Jais malam tadi kerana dipercayai atas alasan menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah setelah beliau selesai berucap ketika solat Maghrib di hadapan kira-kira 70 jemaah di Masjid Kampung Sungai Lui, Hulu Langat. Selepas ditahan beliau dibawa ke Balai Polis Batu 18 Hulu Langat dan dilepaskan kemudiannya. Bob Lokman juga diminta hadir di Pejabat Agama Daerah Hulu Langat sebelum tengah hari ini bagi memberikan kenyataan. Selain beliau, Pengarah Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Pusat, Mohd Sany Hamzan bagi pihak penganjur majlis ceramah itu diminta hadir di pejabat agama tersebut bagi memberikan kenyataan. Mengulas perkara itu, Bob Lokman yang juga cucu ulama terkenal Kelantan, Tok Kenali mengesahkan penahanannya malam tadi dan turut menegaskan tidak hadir ke Pejabat Agama Daerah Hulu Langat seperti yang diarahkan itu. Baginya, menghadirkan diri ke pejabat agama tersebut seperti yang diarahkan itu merupakan satu tindakan tidak perlu, malah hanya membuang masa dan wang. "Saya juga tidak merasakan perlu mematuhi arahan itu kerana pada saya mereka yang melakukan tangkapan ke atas saya itu bukan melakukan kerja untuk agama, tetapi untuk Umno," katanya. Sebelum ditahan dan dibawa ke balai polis, menurutnya, beliau telah bertanyakan beberapa soalan kepada Kadi Hulu Langat tetapi soalan-soalan tersebut tidak dapat dijawab. "Mereka yang datang untuk menangkap saya itu juga mengakui saya tidak menyampaikan perkara yang salah dalam ceramah saya tetapi hanya kerana tanpa tauliah. "Pada saya, apa yang dilakukan ke atas saya itu jelas arahan politik. Jadi tak perlulah saya ikut arahan mereka itu, malah pada saya mereka bukanlah orang yang wajar saya hormati," katanya. Beliau secara tegas menjelaskan, mereka yang melakukan tangkapan dan mengenakan sebarang larangan terhadap seseorang yang melakukan pekerjaan baik untuk Islam bukanlah pihak yang wajar dihormati. Menyentuh tentang tauliah untuk menyampaikan ceramah, beliau juga menegaskan tidak perlu baginya untuk mendapatkan tauliah tersebut kerana tindakan itu juga jelas mempunyai kaitan dengan permainan politik Umno BN. "Amat pelik dengan apa yang dilakukan ke atas saya. Saya ditangkap setelah saya selesai menyampaikan ceramah. Pada hal jika mereka tak mahu saya berceramah di masjid itu, mereka sepatutnya menangkap saya sebelum berceramah. "Saya pula hadir ke majlis itu atas undangan. Kalau saya dilarang berceramah sebelum saya masuk ke masjid oleh pihak Jais, saya tak akan berceramah. "Jadi, ini amat jelas tangkapan atas arahan politik Umno BN, bukannya tangkapan kerana kerja-kerja Islam, manakala saya pula melakukan kerja-kerja Islam, jadi tak perlulah saya ikuti arahan mereka itu," tegas beliau. kl-today Published with Blogger-droid v1.7.4 |
You are subscribed to email updates from Biaqpila To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan