Muslimeen United |
- Mana Nak Cari Sultan Dan Ketua Agama Sebaik Ini Dalam Malaysia?
- TERKINI : TEGANG, Cubaan Umno HALAU Lim Guan Eng Di SEGAMAT
- Klon Osama Di Sepanyol Mahu Saman FBI
- RM83.88 juta dibazirkan untuk naik imej Umno BN
- Jual Negara Demi Kekal Kuasa - Jom Serbu Jalan Kajang (Istana Dugang Country Resout)!!
- Najib bazir RM84 juta untuk tutup skandal Altantuya?
- Rakyat Perlu Teruskan Agenda Perubahan
- 7 bas dikesan bawa warga asing dapatkan IC
- Mohd Sabu: UMNO Berpaut Isu Agama & Perkauman Untuk kekal Kuasa
- Bajet 2012: Pembayar cukai dilupakan
- Ust Azhar Idrus- Couple & Poligami
- Kes Saman Fitnah Mat Sabu Ke Atas Utusan - 3 Nov
- Pastikan Universiti tempatan yang terbaik di dunia.
- Sultan Brunei mahu undang-undang Islam dilaksana segera
Mana Nak Cari Sultan Dan Ketua Agama Sebaik Ini Dalam Malaysia? Posted: 12 Oct 2011 10:00 AM PDT |
TERKINI : TEGANG, Cubaan Umno HALAU Lim Guan Eng Di SEGAMAT Posted: 12 Oct 2011 09:55 AM PDT SMS dari Ketua Penerangan Pemuda UMNO Sekijang: " As Salam.. hari ini (Rabu) di bawah nama Anak Johor Tolak Penderhaka, provokasi bantahan di pdg sekolah Li Chi depan Upwell pukul 6 ptg. Saudara2 ketua pemuda dipelawa membawa seberapa ramai pemuda cwgn masing2 utk bersama2 brhimpun demi maruah negeri Johor yg di perlekehkan oleh Lim Guan Eng ini. Jgn kita biarkan Cina bangsat ini brcakap sesuka hati dan jgn biarkan dia sewenang2nya memijak bumi sgmt johor ini.." Dan petang tadi berlaku suasana tegang di Segamat provokasi-provokasi dari ahli-ahli Umno yang mengganggu program DAP di sana. Kekecohan mula tercetus antara para wakil-wakil Umno dan juga unit Amal PAS yang turut dibantu AMK dan juga ahli DAP Segamat dan Muar apabila pendemo mula memasuki perkarangan lokasi ceramah. Pemuda-pemuda Umno membuat provokasi bantahan di padang sekolah Li Chi petang tadi. Suasana kecoh petang tadi di hadapan dihadapan Restoran Siang Kee Kg Abdullah Segamat bagi membantah kedatangan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guang Eng yang dijangka akan mengadakan ceramah malam ini. Pihak Polis dan FRU masih mengawal keadaan dan sehingga ke jam ini keadaan masih lagi terkawal walaupun terdapat beberapa insiden membaling batu diantara kedua dua pihak. Dan malam ini juga ada satu lagi program Pakatan Rakyat di Labis bersama Bob Lokman dan Che'guBard. Ketika entri ini ditulis, teman aktivis Penyelaras SAMM Johor Sdr Ahmad Anwar Asyraf sedang menantikan kehadiran Che'guBard di exit Tol Pagoh untuk bergerak ke Labis secara konvoi. Berdasarkan maklumat yang diterima, dipercayai program ceramah di Labis juga akan menjadi sasaran mat rempit-mat rempit upahan selepas provokasi mereka digagalkan ketika program ceramah di Kg Tahang Rimau, Segamat pada Isnin lalu. Tidak seperti di program jamuan Makan bersama Lim Guang Eng di Restoran Siang Kee Kg Abdullah Segamat yang kecoh diganggu pemuda Umno. Program ceramah pakatan rakyat di Tenang, Labis tenang tanpa gangguan daripada Umno mahupun daripada JAIJ. Sehingga berakhirnya program di Labis, tidak kedengaran bunyi bising salakan motor mat rempit upahan Umno seperti yang berlaku sebelum ini. Mungkin barangkali kesemua pemuda Umno dan budak-budak upahan mereka telah diarahkan untuk membuat provokasi di program jamuan makan Lim Guan Eng. Bob Lokman menyampaikan ceramah di Tenang, Labis tanpa sebarang gangguan. Apapun sekali lagi tahniah diucapkan kepada semua Unit Amal yang bertugas mengawal dan menjaga keselamatan masyarakat Segamat yang hadir. Terima kasih juga kepada komrad SAMM yang hadir pada program malam tadi khususnya Penyelaras SAMM Johor, Sdr Ahmad Anwar Ayraf yang mengiringi Che'guBard sepanjang program di Johor. Pulakdah.blogspot.com |
Klon Osama Di Sepanyol Mahu Saman FBI Posted: 12 Oct 2011 09:54 AM PDT Klon Osama saman FBI Gambar: Gaspar Llamazares (kiri) dan Osama bin Laden MADRID: Seorang ahli parlimen Sepanyol berikrar menyaman Biro Siasatan Persekutuan (FBI) kerana menggunakan wajahnya bagi menghasilkan imej yang diubah suai secara digital menjadi pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden yang mati dibunuh komando Amerika Syarikat beberapa bulan lalu. Skandal pengubahsuaian gambar secara digital itu membabitkan Gaspar Llamazares, yang terbongkar pada Januari tahun lalu apabila gambar beliau digunakan untuk mencipta imej Osama menggunakan komputer, ketika pemimpin itu diburu tentera Amerika sebelum dikesan di Pakistan. Walaupun FBI memohon maaf, media Sepanyol melaporkan, agensi keselamatan Amerika itu menyiarkan semula imej Osama yang direka dengan gambar Llamazares, Jumaat lalu, dan hanya memadamkannya daripada laman web agensi berkenaan, semalam. "Saya akan saman FBI kerana agensi itu tidak membetulkan semula imej yang digunakan. Mereka hanya memohon maaf, itu pun tidak ikhlas," kata beliau kepada stesen radio Sepanyol, Cadena Ser. Llamazares yang juga anggota parlimen parti pakatan United Left, berkata sebahagian daripada imej wajahnya digunakan untuk menghasilkan gambar digital menjadi dua individu. "Kedua-dua individu yang dicipta menggunakan gambar saya digunakan sudah mati dibunuh," katanya. Media Sepanyol menyatakan, Llamazares merujuk kepada Osama dan pemimpin nombor dua al-Qaeda, Atiyah Abd al-Rahman yang terbunuh di Pakistan Ogos lalu. Ketika skandal dan pertelagahan membabitkan gambar Osama terbongkar Januari tahun lalu, duta Amerika Syarikat ke Sepanyol Alan Solomont memberitahu kerajaan Sepanyol bahawa beliau berasa 'kesal dan kecewa' dalam isu berkenaan. Pada masa sama, jurucakap FBI berkata, seorang jurutekniknya sudah memadamkan imej Llamazares daripada internet, sebaliknya hanya menggunakan imej rambut dan dahi beliau untuk menghasilkan semula gambar Osama. Komando tentera Amerika membuang mayat Osama di laut selepas operasi di bandar Abbottabad, 2 Mei lalu. – AFP |
RM83.88 juta dibazirkan untuk naik imej Umno BN Posted: 12 Oct 2011 02:24 AM PDT KUALA LUMPUR, 12 Okt: RM83.88 juta yang dibazirkan untuk mempromosikan imej kerajaan Umno boleh digunakan untuk memajukan lebih 600 pelajar terpilih Melayu dalam masa lima tahun, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. "Untuk naikkan imej kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) di luar negara, wang rakyat lebih RM80 juta dibayar kepada syarikat perunding FBC Media. "Ini satu lagi bukti pembohongan Umno kononnya berkhidmat untuk orang Melayu kerana RM80 juta itu boleh digunakan untuk membina sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang boleh dimanfaatkan oleh anak-anak Melayu yang masih ketinggalan dari segi pencapaian dalam bidang pelajaran," katanya. Menurut Mohamad, dengan anggaran paling konservatif sekalipun, jika sebuah MRSM mengambil 100 hingga 125 orang pelajar setiap tahun, dalam masa lima tahun ia boleh menampung antara 500 hingga 625 pelajar Melayu yang terpilih. "Kecuali sejumlah kecil, pelajar-pelajar terpilih rata-ratanya mampu melanjutkan pelajaran sehingga ke institusi pengajian tinggi. "Ia dengan sendirinya bermakna dengan belanja RM80 juta untuk membina sebuah MRSM sahaja, setiap tahun sehingga beratus-ratus orang mencapai tahap kelas menengah Melayu yang dengan sendiri mengubah nasib bangsa," kata beliau. Mohamad berkata, apabila sejumlah wang yang mampu membina institusi yang boleh mengubah nasib rakyat itu diboroskan kononnya untuk menaikkan imej kerajaan Umno BN, ia hakikatnya adalah pengkhianatan terhadap para pelajar yang memerlukan peruntukan itu untuk kepentingan pelajaran mereka. "Saya ambil MRSM sebagai contoh sebab setiap hari Umno terpekik-pekik membohongi semua orang kononnya ia membela Melayu. "Lebih dari itu, selama ini, peluang pelajaranlah yang banyak mengubah nasib orang-orang Melayu," kata beliau. Beliau juga mempertikaikan apa perlunya wang yang begitu besar dibelanjakan jika kerajaan Umno BN mempunyai imej yang dihormati, baik dan bersih. "Kalau benar kerajaan Umno BN cerdik, baik, bersih dan adil, tak perlu bayar duit pun ia pasti akan menjadi sebutan media-media seluruh dunia, ia pasti akan disebut-sebut di mana-mana pun sebagai contoh kerajaan yang mempunyai sifat-sifat sedemikian. "Pelabur tertarik, pelancong tertarik, semua pihak tertarik kalau benar kerajaan Umno BN cerdik, baik, bersih dan adil," kata Mohamad. Isnin lalu, Dewan Rakyat diberitahu bahawa kerajaan telah membayar sejumlah 19.6 juta Euro (RM83.88 juta) kepada syarikat perunding, FBC Media yang kini disiasat oleh pengawal media Britain atas dakwaan melanggar etika media. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu, kontrak itu adalah untuk FBC Media menyedikan khidmat rundingan, nasihat serta pengurusan kempen komunikasi kepada kerajaan. "Kontrak selama setahun itu telah disambung sebanyak dua kali dan ditamatkan pada tahun 2010. Nilai kontrak untuk tiga tahun itu ialah Euro 19.6 juta," kata Najib. |
Jual Negara Demi Kekal Kuasa - Jom Serbu Jalan Kajang (Istana Dugang Country Resout)!! Posted: 12 Oct 2011 02:22 AM PDT Kepada yang berdekatan, sila bertindak segera membantu Exco Pemuda PAS, Mohd Adram Musa bersama-sama penduduk kampung Desa Seri Putra, sedang mengepung mereka kerana mendakwa warga asing itu akan diberi kewarganegaran dan didaftar sebagai pengundi. Ini projek jual negara!! Dalam keadaan tiada IC pun warga asing ini boleh berniaga memenuhi tapak pasar malam dan pasar pagi termasuklah memenuhi ruang perniagaan di chowkit, bayangkan jika mereka dapat IC dan hak mengundi!! Maka merempatlah rakyat dalam negara ini apalagi dalam keadaan terpaksa bersaing dengan mereka-mereka(warga asing) yang tiada komitmen selain mencari kekayaan dalam negara ini. Itu belum kira hak subsidi rawatan hospital yang bakal diperolehi oleh warga asing yang mendapat IC, itu belum dikira subsidi belajar di sekolah kebangsaan yang bakal menyekolahkan anak warga asing. Mereka bikin negara ini bagaikan negara milik mereka sendiri - salah siapa?? Berbalik kepada peristiwa di Putrajaya dan Kajang, kira-kira 200 orang yang dipercayai pendatang, kini sedang dikepung di sebuah resort dekat Putrajaya hari ini. Sejak 3 jam lalu, kesemua warga asing yang mahu mendapatkan IC mereka itu telah ditempatkan di dalam hutan di Jalan Kajang - Istana Dugang Contry Resout Petikan dari HarakahDaily menyebut; Sehubungan itu, Exco Pemuda PAS berharap agar orang ramai yang mempunyai kelapangan masa berkejar ke tempat itu sekarang untuk beramai-ramai bertanya kepada mereka tujuan kedatangan mereka beramai-ramai ke Putrajaya itu. Ayuh bertindak segera !! Jangan biarkan negara ini dijual sehabisnya, ayuh pertahankan kedaulatan negara !! |
Najib bazir RM84 juta untuk tutup skandal Altantuya? Posted: 12 Oct 2011 02:20 AM PDT (Oleh: Nabihah Hamid) KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dikecam apabila menghabiskan RM83.88 juta wang rakyat, hanya semata-mata untuk menaikkan imej kerajaan di luar negara. Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Abdul Rahman Yusof berkata, Najib terpaksa berbuat demikian akibat imejnya yang buruk di peringkat antarabangsa, termasuk kaitannya dalam skandal Scorpene dan pembunuhan kejam warga Mongolia, Altantuya Shaariibu. Imej Najib terjejas, jadi terpaksa melonjakkan imejnya semula dan ia bukan saja dalam negara, malah di luar negara. "Kita tahu Najib dikatakan terlibat dengan banyak skandal seperti Scorpene, dikaitkan dengan pembunuhan Altantuya serta kehakiman yang tidak bebas," katanya kepada Keadilandaily.com. Skandal Scorpene melibatkan komisen 114 juta Euro yang dibayar kepada Syarikat Perimekar Sdn Bhd yang dikaitkan dengan Abdul Razak Baginda, seorang kenalan rapat kepada Najib Razak. Kes pembunuhan Altantuya- orang tengah dalam transaksi berkenaan- mendapat liputan meluas media antarabangsa apabila mayatnya diletupkan dengan bom C4 di Puncak Alam, Shah Alam oleh dua pegawai pengiring Najib pada 2006. Pembelian Scorpene dari syarikat Perancis, DCNS, membabitkan pemberian komisen itu kini failkan di mahkamah tinggi Perancis. Mengulas lanjut, Abdul Rahman berkata, tindakan kerajaan membayar FBC Media untuk menaikkan imej, juga dilihat tidak bertanggungjawab ketika rakyat menderita dengan kenaikan kos sara hidup dan harga barang keperluan. "Najib tidak bertanggungjawab kerana menggunakan duit rakyat bagi menutup kesilapan, ketidakcekapan dan kepincangan yang berlaku dalam pentadbiran beliau," "Rakyat membanting tulang mengisi perut mereka dengan kos hidup yang tinggi tapi terpaksa menanggung beban kerana wang rakyat digunakan hanya untuk menanggung kos membaikpulih imej Najib," katanya. Semalam, dalam jawapan bertulis yang dikemukakan perdana menteri di parlimen memberitahu, kontrak selama setahun kepada FBC Media telah disambung sebanyak dua kali dan ditamatkan pada 2010. Nilai kontrak sejak 2008 itu pula didedahkan sebanyak Euro 19.6 juta atau bersamaan RM83.88 juta yang boleh digunakan untuk tujuan lebih berfaedah kepada rakyat. Ahli Parlimen Batu, Tian Chua berkata, perkara paling penting yang perlu ditimbulkan ialah tindakan kerajaan membayar perunding tersebut tanpa pengetahuan rakyat. "Banyak lagi (perunding) yang terlibat dengan GTP, ETP dan sebagainya. "Kita ingin tahu apa tujuannya kita bayar untuk perunding ini?," soalnya lagi yang juga Naib Presiden KEADILAN. Kerajaan sebelum ini dilapor melantik FBC- Firma penerbitan TV dan Komunikasi Strategik Britain- untuk menerbitkan program TV berkaitan kerajaan Malaysia yang ditayangkan syarikat penyiaran antarabangsa seperti CNBC, CNN dan BBC. BBC telah menggantung semua program FBC, syarikat produksi berpusat di London itu, kerana pembayaran yang dibuat kerajaan Malaysia menyalahi undang-undang Britain dan etika media. |
Rakyat Perlu Teruskan Agenda Perubahan Posted: 11 Oct 2011 11:59 PM PDT Seperti yang dijangka, BN telah membentangkan satu bajet morfin yang bersifat kesenangan sementara. Kesakitan dan keperitan sebenar akan kembali sejurus selepas kesan morphine hilang. Dari sudut yang lain, rakyat perlu melihat pembentangan bajet oleh PM ini juga adalah sebahagian daripada kejayaan mereka mengenakan tekanan kepada kerajaan BN dalam PRU lalu. Kini, Umno BN cuba mendapatkan kembali sokongan rakyat melalui bajet yang kelihatan mengutamakan rakyat; setelah mengabaikan rakyat dengan mementingkan projek mega bagi kroni-kroni berpuluh tahun. Kejayaan mengenakan tekanan politik kepada BN mesti diteruskan, kerana seandainya mereka berjaya mengekalkan kuasa selepas PRU13, segala berita gembira yang ditabur dalam belanjawan akan ditarik balik dalam bentuk cukai GST yang telah diumumkan dan bakal dilaksanakan tatkala majoriti rakyat masih tidak bersedia untuk menghadapinya. Kali ini keadaan dijangka lebih parah lagi kerana bajet kali ini tidak disertakan dengan langkah-langkah kerajaan untuk menaikkan pendapatannya untuk menampung perbelanjaan sebegitu banyak. Lebih-lebih lagi, dalam bajet kali ini PM juga tidak mengumumkan apa-apa cara untuk mengurangkan ketirisan, gejala rasuah, penyelewengan, salahguna kuasa dan kronisme yang selama ini hanya menambah keperitan rakyat bawahan. Duit tidak mungkin jatuh dari langit, dan dengan ekonomi dunia yang sedang meleset, adakah kerajaan BN sedang menyembunyikan langkah-langkah drastik untuk mendapatkan dana sehingga selepas PRU13? Berapakah bajet susulan yang sudah ada dalam perancangan BN yang bakal dibentangkan lagi untuk menampung perbelanjaan morfin ini? Yang pasti sistem percukaian baru GST akan diperkenalkan –kemudian kemungkinan besar beban 6% cukai telefon prabayar akan ditolak ke bahu rakyat selepas PRU13 dan lebih banyak subsidi akan ditarik balik sekiranya BN kekal berkuasa selepas PRU13. Selain itu, untuk mengelakkan kemarahan rakyat menjelang PRU-13, tiada peruntukan yang diumumkan untuk PERMATA yang diketuai isteri kesayangan PM – akan tetapi, rakyat tidak perlu bergembira, yang pasti sekiranya mereka menang PRU13, peruntukan untuk PERMATA akan diumumkan semula dengan nilai yang lebih besar di dalam bajet susulan. Segala apa yang diberi sekarang yang kononya atas nama 'negara berkebajikan ala Umno BN' hanya bertujuan untuk melalaikan rakyat. Apa yang diberi akan ditelan kembali selepas PRU13 jika mereka terus berkuasa selepas PRU13, kerana suka ataupun duka, rakyat terpaksa duduk di bawah kerajaan BN untuk lima tahun lagi sebelum ada peluang untuk mengundi mereka keluar. Namun, semua langkah 'menelan' ini tidak akan diumum sekarang kerana yang penting rakyat dapat ditipu terlebih dahulu untuk mengekalkan mereka di tampuk pemerintahan, yang lain boleh diumum sedikit demi sedikit, kerana selepas itu, rakyat hanya boleh merungut tapi kuasa mereka tidak akan tergugat untuk 5 tahun akan datang. Pengalaman lampau mengajar kita bagaimana setelah selesai PRU kerajaan BN akan segera mengisytiharkan kenaikan harga barangan keperluan rakyat. Walau apapun tema belanjawan diberi, rakyat yang telah mengenal tipu muslihat Umno/BN diharap jangan terlalai dalam suntikan morfin ini dan terus menggunakan kuasa dan peluang yang ada pada PRU13 bagi membuat perubahan untuk menyelamatkan Malaysia. PAS mengingatkan rakyat agar meneruskan agenda perubahan politik negara sebagai kesinambungan PRU12. Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man Ketua Penerangan PAS Pusat |
7 bas dikesan bawa warga asing dapatkan IC Posted: 11 Oct 2011 11:56 PM PDT KUALA LUMPUR, 12 Okt: Dewan Pemuda PAS Johor telah berjaya mengesan 7 buah bas yang dipercayai membawa warga asing menuju ke Putrajaya untuk mendapatkan kad pengenalan. Kesemua mereka diyakini dibawa masuk ke negara ini oleh pemimpin Umno BN bagi membolehkan mereka didaftarkan sebagai pengundi dalam daftar pemilih untuk mengundi bagi pihak Umno BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 akan datang. Ketua Dewan Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat menjelaskan, kesemua bas tersebut telah dikesan dari Johor dan telah sampai ke Masjid Putrajaya pada jam 8 pagi tadi untuk mengambil IC mereka di Jabatan Perdana Menteri (JPM). Menurut beliau, tidak lama selepas itu, 3 dari 7 buah bas tersebut telah masuk ke JPM bersama sebuah kereta Perdana yang di dalamnya terdapat individu berpangkat datuk. Sebahagian bas lagi, tegasnya, telah diarahkan keluar dari Putrajaya menuju ke arah yang tidak diketahui disebabkan mereka menyedari Pemuda PAS mengekori mereka dan ini jelas merupakan helah penghianat negara. Katanya, setelah cerita mengenai 7 buah bas yang membawa warga asing untuk mengambil IC di JPM itu dimasukkan oleh beliau ke dalam Facebook, mereka telah lari masuk ke dalam hutan di Kajang. "Takut juga rupanya mereka. Saya ingat mereka berani sangat. Tindakan para pemimpin Umno BN itu ternyata satu pengkhianatan kepada negara," katanya ketika menghubungi Harakahdaily, hari ini. Maklumat mengenai warga asing mahu mendapat kerakyatan mudah itu, menurut beliau, telah diterima oleh beliau sejak petang semalam lagi dan sejak itu Pemuda PAS Johor telah berusaha mengesaninya. "Malam tadi jam 1.00 malam, mereka singah di R & R Pagoh. Bermula di situ skuad pemuda PAS ekori mereka. Jam 6 pagi, mereka sampai di Masjid Putrajaya," katanya. Hasil pengesanan yang dilakukan oleh Pemuda PAS, jelasnya, didapati bas-bas yang membawa warga asing untuk mendapatkan IC itu telah diturunkan di Kajang, Selangor. "Ini jelas manipulator terancam yang dibuat ekoran pendedahan Pemuda PAS. Mereka ternyata pengkhianat yang pengecut," tegas beliau yang juga Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Dewan Pemuda PAS Malaysia. Sejak 3 jam lalu, katanya, kesemua warga asing yang mahu mendapatkan IC mereka itu telah ditempatkan di dalam hutan di Jalan Kajang - Istana Dugang Contry Resout. Sehubungan itu, beliau berharap agar orang ramai yang mempunyai kelapangan masa berkejar ke tempat itu sekarang untuk beramai-ramai bertanya kepada mereka tujuan kedatangan mereka beramai-ramai ke Putrajaya itu. "Sekitar 30 minit lalu, penduduk di kawasan itu sedang mengepong kawasan warga asing yang mahu diberikan IC oleh JPN itu," katanya. Kini, menurutnya, bas-bas yang membawa warga asing itu pula telah keluar dari kawasan resort tersebut dan bas-bas tersebut didapati kosong tanpa penumpang. "Maksudnya, warga-warga asing tersebut telah ditinggalkan di dalam resort itu. Apa yang mereka buat?" tanya beliau. -Hrkh |
Mohd Sabu: UMNO Berpaut Isu Agama & Perkauman Untuk kekal Kuasa Posted: 11 Oct 2011 11:54 PM PDT Gelang Patah - UMNO-BARISAN NASIONAL mendapati setelah tumbangnya beberapa negeri kepada Pakatan Rakyat maka satu usaha dicari bagaimana ingin mengembalikan semula sokongan kepada mereka. Hj. Mohammed Sabu, Timbalan Presiden PAS berkata isu agama dan perkauman merupakan agenda yang boleh dieksploitasi dengan harapan boleh menarik pengundi daripada kalangan orang Melayu. Menurutnya lagi, UMNO sudahpun mengenalpasti bahawa mereka masih mempunyai 'simpanan tetap' bagi merealisaikan aspirasi itu kerana kuasa yang tinggal hanyalah daripada kalangan pengundi Melayu di luar bandar, para peneroka, kaum bumiputra Sabah-Sarawak dan undi Pos. ''Kita kena lihat UMNO nak lawan Pakatan Rakyat, dengan main isu pembangunan tak boleh. Rakyat dah faham bahawa tanggung jawab pemerintah buat pembangunan. ''Kalau dulu boleh lah. Sekarang kalau kempen macam itu (isu pembangunan) dah tak boleh.'' ujarnya lagi. Beliau menambah lagi dengan katanya, UMNO mengharapkan dengan dua pendekatan yang diambilnya itu dapat memberi gambaran bahawa PAS tidak boleh lagi menjaga agama sebagai agenda perjuangan parti Islam itu. ''UMNO mengharap PAS tidak boleh jaga Islam. Contohnya di Pulau Pinang. Peringkat awal dituduh Lim Guan Eng haramkan perarakan Maulidur Rasul. Akhirnya didapati tidak betul. Tapi dua minggu kita sakit telinga (isu dimainkan) sedangkan Guan Eng tidak pernah arah sebegitu.'' terangnya lagi. Disamping itu katanya isu berkenaan agama dan perkauman tidak berakhir disitu. Hal ini seolah-olah sudah dirancang supaya ia mempunyai kesinambungan antara satu sama lain bagi melancarkan serangan ke atas Pakatan Rakyat. Dalam pada itu UMNO telah menggunakan Isu Komunis untuk menyerang beliau namun dakwanya percubaan itu menemui kegagalan. ''Percubaan (isu Mat Indera) ini gagal. Ini bukan perkara baru. Dr. Burhanuddin al-helmy turut dituduh ajen Komunis hingga ditangkap ISA. Ulamak pun kena tuduh (Komunis). Apalah aku ini, insan yang kerdil'' katanya lagi sambil disambut gelak ketawa orang ramai. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada majlis ceramah isu-isu semasa di Markas Tarbiyyah PAS Kampung Ulu Pulai, Gelang Patah, di sini, malam tadi. Beliau berkata lagi apabila isu Komunis gagal ditangani oleh UMNO maka isu Hudud pula ditonjolkan namun ia turut menerima nasib yang sama setelah UMNO terjerat dengan perangkap yang dipasangnya. ''Bila saya berceramah di Labis. Mereka edarkan gambar Tok Guru memegang kepala Guan Eng. Ini tindakan yang primitif.'' bidasnya. Beliau mengulas tindakan pihak tertentu melancarlan gerakan saraf mengedar risalah provokasi berkaitan Hudud di sekitar Pekan Labis sempena kedatangannya ke negeri Johor jumaat lepas. Sementara itu beliau menjelaskan bahawa serangan yang disasarkan kepada beliau ternyata dapat diimbangi dengan fenomena kuasa baru 'media alternatif' yang dipelopori anak-anak muda. Menurutnya kajian mendapati sehingga kini lebih 80 % generasi muda yantg terdedah dengan dunia blog dan facebook telah menyokong Pakatan Rakyat. ''Sekarang kalau pergi minum di JB (Johor Bahru), mana-mana tempat budak main komputer. Budak-budak panggil. Abang Mat mai sini ambil gambar. ''Golongan ini 80 % bersama Pakatan Rakyat. Golongan ini akan menumbangkan BN dalam pilihan raya akan datang. Golongan ini besar (pengaruh).'' ''Najib nak tarik sokongan balik dengan naik bas. Ini semua drama minggu ini.'' ujarnya dengan nada sinis. Terdahulu beliau berkenan melancarkan Kelab Protes BN (Barang Naik) dengan membuka 'riben bunting' sebagai gimik pelancaran kelab tersebut. Hadir sama Datuk Dr. Chua Jui Meng, Pengerusi PKR Johor, Hj. Zulkifli Ahmad, Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Suhaizai Kaiat, Ketua Dewan Pemuda PAS Johor./Selatanonline |
Bajet 2012: Pembayar cukai dilupakan Posted: 11 Oct 2011 08:50 PM PDT Kami amat pasti bahawa ramai di antara kita telahpun membaca beberapa kandungan utama yang penting yang telah dikemukakan di dalam Bajet 2012 di parlimen baru-baru ini. Jadi, apa yang kita perolehi daripada itu? Perkara pokok utama di dalam masalah ini adalah kita selaku rakyat Malaysia dan juga sebagai pembayar cukai yang taat tidak menikmati sebarang jua manfaat yang dikemukakan di dalam Bajet 2012 baru-baru ini, biarpun ianya terdapat banyak "pemberian besar-besaran" namun, siapakah yang akan menampung segala perbelanjaan "pemberian besar-besaran" tersebut pada keseluruhannya? Boleh kita katakan kesemuanya akan dibiayai sepenuhnya oleh rakyat kita selaku pembayar cukai. Sektor Awam dan Produktivitinya Kita tengoklah, bertapa banyaknya manfaat dan faedah yang telah diberikan kepada para pegawai dan kakitangan kerajaan melalui Bajet baru-baru ini, di mana kita semua telahpun mengetahui bahawa sektor awam adalah merupakan majikan yang terbesar di negara ini dengan jumlah kakitangan yang jutaan lebihannya dan pada masa yang sama sektor awam masih mengambil kakitangan-kakitangan baru dengan alasan mereka masih "kekurangan" tenaga kerja yang diperlukan. Dan walaupun sektor awam masih mengaji kakitangan-kakitangan baru yang begitu ramai sekali, mutu perkhidmatan atau produktiviti para kakitangan kerajaan masih tidak meningkat sehingga ke hari ini dan pada masa yang sama kos kerja lebih masa (overtime) juga telah meningkat dengan mendadak tanpa kawalan yang menyeluruh. Sekali lagi, walaupun produktiviti sektor awam masih gagal dipertingkatkan sehingga kini, rakyat selaku pembayar cukai masih terpaksa menampung segala kos-kos kenaikan gaji-gaji, faedah, elaun dan sebagainya oleh kerana Akta Cukai Pendapatan memaksa kita berbuat demikian. Apakah balasan terhadap kita selaku pembayar cukai yang taat? Yang kita dapat adalah kebanyakan daripada kita terpaksa menunggu berjam-jam pada setiap hari di kaunter perkhidmatan awam oleh kerana waktu rehat dan makan kakitangan awam yang begitu panjang sekali, makluman yang kurang memuaskan, kadangkala berlaku biadap terhadap para pelanggan ataupun pemohon sesuatu perkara dan sebagainya. Projek Gajah Putih dan Pembaziran Kita lihat contoh yang paling ketara baru-baru ini, iaitu pembinaan banyak hospital-hospital kerajaan di peringkat daerah di mana kita dapat lihat bangunan-bangunan tersebut telah direkabentuk dan dibina dengan begitu mewah sekali, ditambah pula dengan pelbagai kemudahan-kemudahan yang terkini, katil-katil yang banyak yang dijangka dapat menampung bilangan pesakit yang ramai dan sebagainya. Akan tetapi amat berdukacita sekali bahawa hampir kesemua hospital-hospital daerah tersebut tidak dapat berfungsi dengan sepenuhnya dan para pesakit yang mengunjunginya seringkali dirujuk pula ke hospital-hospital pusat ataupun negeri yang penuh sesak sehingga para pesakit kebanyakan terpaksa menunggu berjam-jam lamanya untuk mendapat rawatan. Alasan tersebut adalah kerana kebanyakan hospital-hospita peringkat daerah ini tidak mempunyai tenaga pakar, doktor-doktor dan ubat-ubatan yang mencukupi bagi menampung pembanjiran pesakit-pesakit daripada daerah masing-masing, justeru daripada itu, terpaksa merujuk para pesakit ke hospital pusat atau negeri. Kita tengoklah bertapa sedihnya hospital-hospital pusat dan negeri pada setiap hari di mana para pesakit dan pelawat terpaksa berasak-asak untuk mengunjungi hospital tersebut, tempat letak kereta pula senantiasa penuh dan wad-wad pesakit pula penuh pada setiap hari dan kadangkala kita juga dapat melihat para pesakit yang dirawat terpaksa dibiarkan begitu sahaja di lorong-lorong penjalan kaki di dalam hospital tersebut. Jelas, keadaan ini hampir menyerupai keadaan sebuah hospital di medan perang. Sementara kita melihat hospital-hospital pusat dan negeri ini amat sibuk dan penuh sesak dengan para pesakit pada setiap hari, apakah yang terjadi kepada hospital-hospital daerah tersebut di kawasan masing-masing? Jelas, kesemua hospital daerah ini telah menjadi "gajah putih". Dah dibina untuk diguna pakai oleh orang awam namun tidak dapat digunakan oleh kerana terdapat banyak kekurangan dari segi tenaga pakar, kedoktoran dan ubat-ubatan. Produktiviti di hospital-hospital daerah yang telah menjadi "gajah putih", apa yang ada? Kesemua kakitangan di sana tidak akan mempunyai kerja yang manfaat, tidak mendapat pengalaman yang secukupnya dan diakhiri pula dengan suasana yang senang-lenang serta "goyang kaki". Bantuan untuk isi rumah yang miskin? Dakwa Bajet 2012 baru-baru ini, kerajaan pusat juga berjanji akan membantu isi-isi rumah yang berpendapatan rendah dengan sepenuhnya. Jadi, bolehkah kerajaan pusat tampil ke hadapan bagi membuktikan janji-janji tunai tersebut bagi membantu mereka-mereka yang berpendapatan rendah agar kita dapat menimbangkan untuk berterima kasih dengan pemberian tersebut. Namun demikian, kita tidak perlu berterima kasihlah sangat walaupun kerajaan pusat dapat membuktikan pemberian bantuan tersebut kerana kadar inflasi di negara ini yang semakin meningkat saban hari. Dan oleh kerana peningkatan inflasi pada setiap hari, pendapatan kita, walaupun yang berpendapatan tinggi, akan juga mendapati segala wang simpanan mereka akan kecut saban hari. Mereka yang kaya akan terus menjadi lebih kaya, sementara mereka yang sederhana terpaksa berketat dan mereka yang miskin akan terus menjadi lebih miskin sehingga melarat. Rasuah dan salahlaku dalam sektor awam Rasuah dan salahlaku di dalam sektor awam masih tinggi dan di dalam Bajet 2012 tersebut, langsung tidak ada langkah-langkah yang menyeluruh bagi membanteras gejala tersebut yang semakin berleluasa di dalam sektor awam. Ianya bukan sahaja terjadi di dalam pasukan polis, malah ianya juga amat meluas di dalam sektor awam yang lain seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), badan kehakiman, sistem tender dan kontrak kerajaan, agensi-agensi penguatkuasa kerajaan yang lain dan juga syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Kita tengoklah, malah para pegawai SPRM sendiri turut melakukan rasuah dan salahguna kuasa, jadi bagaimana pula mereka ini akan dapat membanteras rasuah dengan berkesan? Kebimbangan yang amat ketara di dalam kerajaan BN sekarang adalah pengambilan kakitangan awam dan GLC yang berlebihan dan berterusan, kerugian-kerugian yang berterusan di beberapa agensi kerajaan dan GLC yang tidak produktif, perolehan dan perbelanjaan yang berlebihan dan membazirkan, penutupan beberapa kes-kes penyelewengan dan skandal di dalam sektor awam yang amat ketara, perolehan dan pembelian peralatan pertahanan yang berlebihan dan tidak berfaedah, pemberian kontrak serta tender awam dan GLC yang begitu banyak kepada banyak kontraktor-kontraktor yang berkait rapat dengan BN dan Umno yang menawarkan harga yang jauh lebih tinggi daripada harga pasaran dan sebagainya, kesemuanya langsung tidak membawa sebarang manfaat kepada rakyat jelata selaku pembayar cukai. Jadi berkesankah Bajet 2012 yang dipelopori BN ini untuk rakyat jelata? Jawapannya adalah tidak ada sesiapa pun di antara kita akan merasai sebarang penambahbaikan dari segi pendapatan, penjimatan kos ataupun sebarang pencapaian yang menyeluruh. Malaysia Chronicle |
Ust Azhar Idrus- Couple & Poligami Posted: 11 Oct 2011 06:37 PM PDT |
Kes Saman Fitnah Mat Sabu Ke Atas Utusan - 3 Nov Posted: 11 Oct 2011 05:28 PM PDT Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menetapkan 3 Nov ini untuk pengurusan kes saman fitnah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu terhadap Ketua Pengarang Kumpulan Utusan dan Utusan Melayu (M) Berhad berhubung penyiaran artikel mengenai isu komunis Bukit Kepong. Hakim Datuk John Louis O'Hara menetapkan tarikh tersebut selepas menemui peguam Azhana Mohd Khairudin yang mewakili Mohamad Sabu sementara Datuk Abdul Aziz Ishak dan Utusan Melayu yang dinamakan defendan pertama dan kedua diwakili peguam, Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin, di dalam kamarnya. Firoz ketika ditemui media memaklumkan pihaknya akan memasukkan pembelaan terhadap penyataan tuntutan yang difailkan sebelum atau pada tarikh tersebut. Mohamad Sabu, 57, selaku plaintif memfailkan saman tersebut pada 14 Sept lalu melalui Tetuan Mohamed Hanipa & Associates di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur menerusi sistem e-filing di Kaunter Pendaftaran Mahkamah Tinggi. Menurut penyataan tuntutan yang diperolehi media hari ini, Timbalan Presiden PAS itu mendakwa kedua-dua defendan dengan niat jahat telah menerbitkan satu artikel pada 27 Ogos lalu dan dua bahan terbitan pada keesokan harinya yang berbaur fitnah. Penerbitan ketiga-tiga artikel adalah berhubung isu serangan komunis di Balai Polis Bukit Kepong, Johor. Beliau mendakwa penyiaran bahan-bahan tersebut telah secara tidak langsung menunjukkan bahawa dirinya menyokong komunis, telah terkeluar dari ajaran dan akidah Islam kerana menyokong komunis dan mengiktiraf Muhammad Indera sebagai pengganas komunis. Akibat daripada itu, Mohamad Sabu mendakwa dirinya terasa malu dan aib serta kesengsaraan dari segi maruah, kredibiliti dan juga reputasinya. Beliau juga mendakwa telah menanggung penderitaan akibat menerima khidmat pesanan ringkas yang mengandungi ugutan jenayah terhadap dirinya dan keluarga serta ancaman supaya dirinya ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Selain itu, beliau turut mendakwa menerima ancaman agar kewarganegaraan beliau dilucutkan di samping didakwa di mahkamah atas dakwaan menghasut atau menghina Yang di-Pertuan Agong. Mohamad Sabu turut mendakwa tindakan defendan-defendan menerbitkan kesemua artikel terbabit bertujuan untuk mensensasikan berita, melariskan penjualan akhbar bagi mendapatkan faedah kewangan dan bagi mendatangkan keuntungan politik kepada parti politik Umno. Oleh itu, plaintif menuntut satu jumlah ganti rugi am, teladan dan melampau yang tidak ditetapkan jumlahnya serta satu perintah mahkamah agar semua defendan memohon maaf serta menarik balik tuduhan fitnah ke atas dirinya. Plaintif turut memohon penarikan tuduhan fitnah itu dibuat selamat tiga hari di muka hadapan akhbar Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia selain kos dan lain-lain relif yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. -Bernama |
Pastikan Universiti tempatan yang terbaik di dunia. Posted: 11 Oct 2011 05:28 PM PDT Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) merasa kecewa kerana universiti tempatan tidak berjaya menempatkan diri dalam senarai 400 buah universiti terbaik di dunia dalam kedudukan Times Higher Education (THE) baru-baru ini. Lebih menyedihkan kerana Malaysia jauh tertinggal berbanding dengan negara Asia seperti Hong Kong, Jepun dan China malah negara jiran seperti Singapura dan Thailand. DPPM berpendapat, kerajaan tidak serius dalam usaha melahirkan universiti tempatan setaraf dengan universiti terbaik dunia yang lain. Sedangkan dalam kehebatan teknologi dan kestabilan ekonomi negara kita, sepatutnya universiti tempatan boleh menandingi kehebatan universiti terbaik setidak-tidaknya dari Asia atau negara jiran yang lain. Antara kekangan seperti yang diutarakan oleh Menteri Pengajian Tinggi adalah kerana universiti tempatan kurang terlibat dengan penyelidikan berimpak tinggi. Dalam hal ini, DPPM berpendapat kerajaan perlu berusaha bersungguh-sungguh dalam menyediakan segala keperluan dan infrastruktur bagi mewujudkan penyelidikan tinggi di peringkat universiti. Universiti-universiti tempatan perlu digalakkan terlibat kajian secara meluas dan mendalam dan kerajaan beri sokongan kewangan secara berterusan. Kerajaan perlu menggalakkan pelajar mahupun universiti tempatan sendiri belajar bagaimana universiti terbaik dunia mendapat pengiktirafan mereka. Sistem pengajian disamping kualiti yang diterapkan oleh universiti terbaik dunia juga boleh diambil perhatian. Selain itu, kerajaan juga perlu meletakkan kualiti akademik yang standard serta sasaran misi jangka panjang agar universiti tempatan kita mampu bersaing dan mendapat tempat antara yang terbaik di dunia. DPPM bimbang kesan daripada ini, universiti tempatan tidak lagi mendapat tempat di hati masyarakat antarabangsa. Kualiti universiti tempatan tidak diperakui malah mungkin akan dipertikaikan. Pelajar tempatan pula akan memilih universiti luar negara sebagai tempat mereka menimba ilmu. Lebih dari itu, pelajar-pelajar ini tidak pulang ke negara kita selepas tamat pengajian kerana 'jatuh hati' dengan negara tempat mereka belajar. DPPM mengharapkan kualiti pendidikan tinggi di negara ini dijaga dan dipertingkatkan bagi memberi kepercayaan kepada masyarakat antarabangsa bahawa Malaysia juga mampu bersaing dengan universiti lain didunia. Ia juga penting bagi memberi keyakinan kepada pelajar khususnya pelajar dari luar negara agar mereka memilih universiti tempatan kita. *** Kenyataan media Ustaz Riduan Mohd Nor, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia |
Sultan Brunei mahu undang-undang Islam dilaksana segera Posted: 11 Oct 2011 05:26 PM PDT KUALA LUMPUR : Sultan Brunei hari ini menitahkan agar pemerintah negara itu melihat keperluan untuk melaksanakan undang-undang syariah dengan segera, serentak dengan undang-undang sivil di negara itu. Baginda yang bertitah di mesyuarat Majlis Agama Islam di bangunan Majlis Undangan di sini berkata,perlaksanaan undang-undang itu tidak harus lagi ditangguh lebih lama kerana kelengkapan untuk melaksanakannya sudah ada. Akta Jenayah Islam jika difahami dengan betul ujarnya, adalah yang terbaik kerana ia datang dan dicipta oleh Allah Yang Maha Kuasa dan tidak manusia. "Kita tidak harus melambatkan dan sebaliknya merebut petunjuk itu secara positif. "Apa lagi di sana untuk menunggu? Kita sudah mempunyai bangunan mahkamah yang mengagumkan, ramai pakar telah dihasilkan dan bahawa negara telah mencapai kemerdekaan. Apa lagi?" soal baginda. Menurutnya, setiap individu bertanggungjawab untuk melakukan perbuatan baik yang merupakan permintaan dari Allah Maha Kuasa. Sehubungan itu ujarnya,undang-undang Islam penting untuk mengawal semua masalah dalam hidup, agama, keturunan, minda dan kekayaan. "Walaupun ia adalah tanggungjawab kita, ia perlu dipenuhi bagi Allah Maha Kuasa," titah baginda lagi. Memetik laporan Brudirect.com, undang-undang Islam ujar baginda, adalah pengetahuan dan sistem yang unik dan sangat cantik dan sudah tentu akan dipilih apabila difahami, namun jika ia tidak difahami, ia akan dibenci. "Tetapi sejak manusia tidak mahu memahami, undang-undang itu dilihat sebagai buruk dan menakutkan. Segala puji bagi Allah yang Maha Kuasa, kita dipandu oleh-Nya untuk melihat dengan jelas keindahan undang-undang Islam. "Saya memberi mandat kepada agensi-agensi atau institusi yang berkaitan, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Majlis Agama Islam, Negeri Jabatan Kehakiman, Jabatan Peguam Negara, Jabatan Mahkamah Syariah dan semua pihak untuk bekerjasama dan berurusan secara kolektif dan telus sehingga undang-undang ini mula membuahkan hasil," titah baginda lagi. Terdahulu, Menteri Hal Ehwal Ugama, Pg Dato Seri Setia Dr Hj Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman berkata, Majlis Agama Islam Brunei adalah badan tertinggi dalam membantu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda dalam menegakkan kesucian Islam di negara ini. [Sumber] |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan