Pahang Daily Online |
- Hishamuddin Rais Mendakwa Dia Hanya Pencetus Pro-Paganda Bagi Pastikan United Malays National Organization "Berhenti Bodohkan" Orang Melayu !
- Dewan Pemuda PAS Pusat Menganjurkan Program Itjimak Tarbawi Di Taman Melewar Mulai Hari Ini, Ikuti Video Filem 'Gua Ikut Enta' Di PDO Sekarang!
- Akibat Kecewa Dengan "Ismail Sabri", Sebahagian Besar Pengerusi JKKK Di Daerah Bera Mahu Buat Undi Protes Pada Pilihanraya Umum Akan Datang
- Panas: Gara-Gara 'Naik Tiket Final' Piala Malaysia, Laman 'Web Rasmi FAM' Di Godam Oleh 'Hacked' !
- Muhyiddin Yassin Gesa Pembangkang Jawab Juga Teguran Di Buat Laporan Ketua Audit Negara 2010
Posted: 28 Oct 2011 01:35 AM PDT Aktivis terkenal Hishamuddin Rais (foto) atau lebih dikenali dengan nama Blogger Tukartiub, menegaskan bahawa ketika ini media baru sebenarnya dalam keadaan "berperang" (perang siber). Beliau berkata demikian ketika hadir sebagai Ahli Panel, "Diskusi Blogger" anjuran Lajnah ICT PAS Pahang di Perkarangan Pejabat PAS Negeri di Temerloh hujung minggu lalu. "Kita sedang berhadapan dengan perang... yang berlaku antara Pakatan Rakyat denagn Barisan Nasional. Dalam perperangan .. yang menjadi mangsa utama ialah kebenaran. Saya bukan pembawa kebenaran ... tapi sebagai blogger saya adalah propoganding. Saya mempropogandakan satu-satu idea. Saya tidak merasa malu kalau saya mempropogandakan sesuatu. Musuh saya yang paling ketat ialah United Malays National Organization (tanpa menyebut UMNO). Ini jelas ...", kata Hishamuddin. Beliau turut menegaskan bahawa dia tidak ada simpati dengan United Malays National Organization malah tidak akan menyebut namanya UMNO kerana dia ini adalah diterbitkan oleh orang putih (British). "Saya tidak tahu kenapa orang kampun tidak diberitahu kenapa nama parti ini ialah United Malays National Organization. Kita patut panggil dia United Malays National Organization jangan kita panggil dia UMNO. Ini parti yang telah membawa malapetaka kepada negara kita ni ... semenjak 31 Ogos 1957 rakyat telah dimalapetaka oleh mereka ", tambah beliau. Dia turut mendakwa dia bukan ahli PAS, PKR atau DAP dan juga bukan ahli parti KITA atau lain-lainnya, tetapi beliau hanya punyai satu sebab untuk bekerja (buat propaganda) kerana dia tidak suka kepada United Malays National Organization. "Kenapa saya tidak suka kepada United Malays National Organization?. Kerana dia membodoh-bodohkan orang Melayu. Itu saja. Kalau mereka tiba-tiba mencerdikkan orang Melayu, habis pas.. habis cerita. Jadi ketika ini itu tujuan saya. Maka saya melahirkan propaganda", kata Hishamuddin lagi. Hishamuddin bersemangat bercerita dalam Diskusi Blogger petang itu Turut bersama Blogger Cucumatkilau yang telah menjadi ahli panel Sementara itu Hishamuddin turut mengimbau zaman reformasi pada tahun 1998 dulu. Beliau berkata, ketika itu wujud laman-laman blog "tohmah dan fitnah" yang dikenali sebagai "Mahazalim" dan "Mahafiraun". Ini memang laman untuk buat propaganda. "Ketika kita berperang, kita boleh melakukan apa saja. Jangan kata itu tak boleh, ini tak boleh. Di dalam perang kita menentang musuh dan boleh menembak musuh dari belakang, dari telinga dia, kita boleh bunuh musuh dalam apa cara sekali pun. Jangan segan segan... Kenapa kita harus kata kita pejuang Melayu.. pantang Melayu tikam dari belakang .. Aku akan bunuh engkau.. apa cara pun akau akan bunuh engkau. Jadi keadaan sekarang nii.. ahli politik dia lain kerana dia ada modus operandi dia.. berbeza dengan blogger", katanya. Maka itu, Hishamuddin berkata blogger boleh menyerang musuh dalam apa cara sekali pun, dengan harapan musuh akhirnya ditolak oleh rakyat. Itulah yang beliau lalukan. [Sewajarnya diskusi seperti ini dapat diperbanyakkan lagi dalam usaha pihak berkenaan untuk memenangi "perang siber" seperti yang berlaku pada PRU12 dulu. Media baru kini sudah menjadi medan pertempuran hebat dan perdebatan kepada ramai orang. Justeru itu, semua pihak digesa mengambil peluang dengan cepat untuk memartabatkan penguasaan media baru dikalangan penyokong mereka. Jika tersalah langkah, pasti akan kecundang akhirnya. Kini semua pihak telah berusaha memartabatkan media baru, baik pembangkang mahu pun kerajaan. Ternyata langkah itu berhasil dan berjaya menaikkan imej para blogger supaya tidak dipandang lekeh oleh masyarakat selepas ini. Media baru perlu dikembangkan jika mahu memastikan kemenangan besar dalam Pilihanraya Umum ini nanti]. |
Posted: 28 Oct 2011 12:10 AM PDT KUALA LUMPUR, 28 Okt - Ijtimak Tarbawi 2011 Dewan Pemuda PAS Pusat yang akan bermula petang ini bukan sahaja untuk ahli dewan itu malah terbuka kepada semua khususnya anak muda dan juga muslimat. Pengarah program itu, Ustaz Nik Abduh Nik Aziz (foto) berkata orang ramai khususnya belia dijemput hadir ke program itu yang akan berlangsung hari sehingga Ahad ini bertempat di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad (KUIZM), Taman Melewar. "Ianya terbuka kepada semua. Sebenarnya yang kita tumpu adalah anak muda. "Muslimat pun boleh ikut serta. Kita juga menjemput Nisa' untuk hadir bersama," katanya yang juga Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat. Pihak penganjur juga ujarnya telah menyediakan pelbagai persiapan termasuk penginapan kepada peserta yang akan hadir. "Kita sasar 6,000 orang akan menyertai ijtimak kali ini. Sehingga kini lebih 4,000 sudah menyatakan pengesahan untuk hadir," katanya yang tidak menolak kehadiran akan melebihi sasaran. Untuk menarik golongan muda hadir ke ijtimak kali ini juga, Dewan Pemuda PAS buat julung kalinya menerbitkan filem pendek bertajuk "Gua Ikut Enta". Filem yang dipecahkan kepada tiga siri itu disiarkan berperingkat-peringkat sejak minggu lalu dan mendapat respon positif dari banyak pihak. Kepada anda yang tidak dapat hadir ke program tersebut, sila tonton video eksklusif berkenaan di bawah:- [Difahamkan, pendaftaran program tersebut akan bermula pada jam 3 petang ini manakala majlis perasmian dijadual disempurnakan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz selepas Isyak. Sebelum itu, Tuan Guru akan menyampaikan kuliah Maghrib kepada perserta program tersebut. Ijtimak Tarbawi 2011 adalah program khusus Dewan Pemuda PAS Pusat sebagai program tarbiah ruhiah harakiah dari para murabbinya, bagi mempersiapkan anak muda dengan 'kemantapan aqidah, pemikiran dan keperibadian mereka. Selain pemimpin utama PAS, program tersebut juga bakal menampilkan tokoh-tokoh gerakan Islam luar negara seperti Ikhwanul Muslimin serta HAMAS untuk berkonsi pandangan]. harakahdaily |
Posted: 27 Oct 2011 06:07 PM PDT BERA 28 Okt - Akibat campurtangan oleh Ahli Parlimen yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Bera, Datuk Ismail Sabri Yaakob (foto) yang kecewa jawatan itu diberikan kepada "bukan orangnya", maka sebahagian besar Pengerusi Jawatan Kuasa Kemajuan Kampung (JKKK) dari sekitar daerah ini mengambil keputusan membuat undi protes pada Pilihanraya Umum akan datang sekiranya isu mereka tidak diselesaikan segera. Antara lain mereka kecewa kerana "jawatan Pengerusi JKKK" yang telah ditauliahkan kepada mereka tiba-tiba dibatalkan, sedangkan mereka kini menjalankan tugasan tersebut sejak beberapa bulan lalu. Bahkan mereka juga selama ini adalah penyokong kuat kerajaan setiap kali pilihanraya. Kemenangan Ismail Sabri pada PRU-12 dulu juga adalah atas usaha gigih mereka berkempen untuk pemimpin terbabit hingga berjaya dilantik ke kabinet. Semua ini adalah bukti sokongan dan komitmen mereka kepada parti dan kerajaan yang memerintah sejak sekian lama. Namun, kini nasib mereka "umpama telur dihujung tanduk" dan bagai "digantung tak bertali". Jawatan mereka dibatalkan selepas beberapa jam menrima surat perlantikkan daripada kerajaan itu sendiri. "Bayangkan, kami diraikan dengan begitu meriah sekali pada hari penerimaan surat perlantikan (watikah) sebagai Pengerusi JKKK. Tiba-tiba beberapa jam selepas itu arahan itu ditarik balik. Anehnya, ia berlaku pada hari yang sama. Ini yang menghairankan", kata salah seorang daripada mereka. Persoalannya kenapa ini berlaku, sedangkan kesemua mereka adalah prnyokong kerajaan dan bukannya pembangkang. Jika ada diantara mereka itu tidak menyokong kerajaan BN, maka ada rasional jawatan terbabit ditarik balik. Namun, kes yang berlaku di Daerah Bera ini sungguh menghairankan kita. Bayangkan, Ismail Sabri rela perlekeh serta aniaya pemimpinnya sendiri. Tindakan Ismail Sabri Yaakob yang dipercayai menggunakan kuasanya untuk mengarahkan Pejabat Tanah Dan Daerah Bera membatalkan perlantikan kesemua Pengerusi JKKK terbabit benar-benar mengecewakan sebahagian besar dari kalangan mereka. Malah, apa yang menjadi masalah kepada penduduk sekarang ini ialah tiada perlantikan baru dibuat oleh kerajaan. Sementara itu, kesemua Pengerusi JKKK yang "dibatalkan" itu kini menjalankan tugas berkenaan tanpa elaun dan kemudahan lain sejak beberapa bulan yang lalu. Turut memusykilkan mereka juga sering mendapat surat jemputan rasmi ke majlis-majlis tertentu di daerah ini dan di Kuantan khasnya. Bayangkan, perlantikkan dibatalkan tapi dalam masa yang sama mereka terpaksa jalankan tugas tersebut. Akibatnya mereka kini berkhidmat tanpa sebarang elaun dan kemudahan lain daripada kerajaan yang mereka sokong sendiri. Senario ini jelas sekali sungguh memalukan dan tidak wajar berlaku sebenarnya. Bayangkan jika kesemua mereka membuat undi protes dan menyokong pembangkang pada PRU akan datang, maka sudah pasti nasib Ismail Sabri sebagai Ahli Parlimen juga pasti akan tinggal "nyawa-nyawa ikan". Maka itu, jika isu tidak ditangani dengan segera, BN bakal bermasalah di Parlimen Bera pada PRU-13 nanti. Ismail Sabri perlulah ingat bahawa semua Pengerusi JKKK ramai pengikutnya Jika isu ini dibiarkan, beliau bakal berhadapan laluan sukar pada PRU-13 ini |
Panas: Gara-Gara 'Naik Tiket Final' Piala Malaysia, Laman 'Web Rasmi FAM' Di Godam Oleh 'Hacked' ! Posted: 27 Oct 2011 04:59 PM PDT Lantaran kenaikan harga tiket Perlawanan Akhir Piala Malaysia yang melampau oleh FAM, laman sesawang rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (foto) itu telah digodam "hacked" oleh individu tidak dikenali. Gambar harimau pada logo rasmi FAM, ditukar kepada gambar seekor babi berwarna merah jambu (pink) digabungkan dengan logo lambang duit. "Persatuan Bola Sepak Malaysia" ditukar kepada "Tuan Bola Sepak Malaysia" dengan cara memangkah tulisan "persa". Petikan berita dari laporan Harian Metro bertajuk "Harga Tiket RM50 Wajar" yang melaporkan keengganan FAM menurunkan harga tiket RM50 tersebut turut dimasukkan di laman sesawang tersebut. Anda boleh melihat sendiri keadaan Laman Sesawang Rasmi FAM, rujuk sini [FAM]. Bagi yang tak sempat melihat, di bawah ini printscreen laman web tersebut. Selain itu, penuh kata-kata makian yang dilemparkan kepada FAM. Penggodam menggelarkan FAM sebagai "si kapitalis anjink" dan makian-makian lain seperti "Fuck FAM", dan "FAM Anjink" sambil nyatakan bantahan terhadap harga tiket RM50 yang dikenakan. MiloSuam [Apa yang terjadi kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ini jelas sekali sungguh memalukan sebenarnya. Dikala pasukan kebangsaan kini mula meniti sinar gemilang dan dikala peminat mula membanjiri stadium untuk memberi sokongan tiba-tiba mereka bertindak keterlaluan. Langkah menaikkan harga tiket RM50 amatlah tidak wajar sama sekali kerana mereka yang hadir berbondong-bondong untuk menyaksikan perlawanan akhir antara Terengganu dengan Negeri Sembilan nanti pasti akan tersiksa akibat tindakan itu. Kenapa harus dinaikkan?. Sedangkan FAM sendiri tahu bahawa kehadiran peminat yang ramai sudah cukup untuk mengembalikan maruah Piala Malaysia itu sendiri. Tindakan FAM tidak mahu mendengar pandangan pihak lain dalam hal ini jelas sekali akan menyebabkan badan induk bolasepak negara itu bakal berhadapan dengan tindakan yang lebih drastik di kalangan peminat. Semoga mereka dapat pertimbangkan gesaan supaya menurunkan kembali harga tiket. Jika tidak sudah pasti perlawanan akhir itu pastinya diboikot oleh para penyokong pasukan masing-masing]. |
Muhyiddin Yassin Gesa Pembangkang Jawab Juga Teguran Di Buat Laporan Ketua Audit Negara 2010 Posted: 27 Oct 2011 07:45 AM PDT SITIAWAN 27 Okt - Kerajaan negeri yang dikuasai pakatan pembangkang PKR, PAS dan DAP juga perlu menjawab beberapa teguran dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010 kerana laporan itu mencakupi prestasi semua kementerian, agensi dan kerajaan negeri seluruh negara, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. Timbalan Perdana Menteri berkata, pembangkang tidak patut sesuka hati melabel bahawa kelemahan perbelanjaan yang didedahkan dalam laporan itu adalah bukti kegagalan program transformasi yang dilaksanakan oleh kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau menjawab soalan wartawan ketika diminta mengulas laporan sebuah portal berita semalam yang melaporkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengkritik dasar transformasi kerajaan ekoran ketirisan yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara itu. "Laporan itu mencakupi semua agensi dan kerajaan-kerajaan negeri. Tidak juga terkecuali kerajaan-kerajaan negeri yang dikuasai pembangkang. Ada juga teguran dari audit yang mereka perlu jawab," katanya kepada pemberita selepas melancarkan akhbar mini "The School Times" di Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Sepuluh di Lekir dekat sini, hari ini. Menurut Muhyiddin, Anwar yang pernah berada dalam kerajaan dahulu sebagai Timbalan Perdana Menteri semestinya tahu bahawa Laporan Ketua Audit Negara itu sentiasa disertakan dengan teguran penting untuk pastikan perbelanjaan negara dilaksanakan dengan penuh hemah dan baik. [Apa yang pasti, rakyat sungguh terkejut dengan laporan yang dibuat itu. Ternyata kerajaan gagal membendung penipuan dan penyelewengan yang dilakukan oleh kroni dan proksi mereka. Wang rakyat mengalir macam air sungai, tanpa ada sesiapa yang melarang. Dek kerana kuasa, mereka rompak segala hasil khazanah negara untuk mengenyangkan tembolok mereka. Apakah ini namanya pembangunan yang diperkatakan. Tranformasi Najib ternyata telah gagal dan rakyat berhak menukar kerajaan yang ada sekarang ini jika mahu nasib mereka terus terbela. Jika tidak pasti mereka akan terus ditipu oleh pihak terbabit buat selamanya. Ratusan juta wang rakyat dipunggah sesuka hati dengan penipuan-penipuan yang dilakukan. Masih adakah kita yang sanggup berdiam diri dan biarkan ia berlaku begitu sahaja?. Lakukanlah perubahan mulai sekarang !]. |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online (PDO) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan