ILHAM NAJMI |
LYNAS : Kenyataan Media Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Posted: 27 Oct 2011 09:23 PM PDT Kenyataan media oleh MMA pada 21hb Julai 2011 yang lalu yang dipetik dari halaman rasmi MMA berkenaan isu Kilang Lynas Advanced Material Plant (LAMP) milik LYNAS jelas membuktikan bahawa MMA bersama-sama dengan seluruh komuniti serta badan-badan NGO menuntut pihak Kerajaan Barisan Nasional (BN) agar menghentikan projek ini demi kesihatan Rakyat dan keselamatan Alam Sekitar. Antara sebahagian kenyataan MMA adalah:
BADAR bersama-sama dengan MMA melalui Gabungan STOP LYNAS atau 'STOP LYNAS COALITION (SLC)' yang baru ditubuhkan hampir 2 bulan yang lalu bersama-sama 20 kumpulan lain yang menyokong gerakan Anti-LYNAS masih menanti-nanti jemputan agensi yang berkaitan khususnya Lembaga Perlesenan Atom Negara (AELB) untuk melibatkan pembabitan pihak awam untuk menilai semua dokumen-dokumen yang dikatakan sudah diserahkan oleh pihak LYNAS kepada AELB sekian lama. Satu kemusykilan kenapa AELB mengambil masa yang lama untuk menjemput pihak awam untuk bersama-sama menilai semua dokumen itu? khususnya dokumen pelan jangka panjang pengurusan sisa buangan radioaktif jika pihak Kerajaan Barisan Nasional (BN) khususnya yang memimpin MOSTI di mana AELB berada di bawahnya betul-betul telus serta ingin dilihat mahu melaksanakan reformis 'public engagement', Lokal Agenda 21 serta mendokong wawasan 1Malaysia Rakyat Didahulukan. BADAR melalui Gabungan STOP LYNAS atau 'STOP LYNAS COALITION(SLC)' juga berharap pihak pengurusan LYNAS (M) Sdn Bhd yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif mereka Marsyal Ahmad dapat menyerahkan set dokumen yang sama kepada wakil BADAR atau SLC secepat mungkin. Kegagalan LYNAS dan AELB untuk berbuat demikian secepat mungkin pasti akan menimbulkan polemik baru di kalangan rakyat Malaysia bahawa pihak Kerajaan Barisan Nasional (BN) mungkin sedang mencari jalan untuk 'menghalalkan' kewujudan LYNAS melalui apa cara sekalipun dengan melengah-lengahkan penglibatan pihak awam untuk menilai semua dokumen-dokumen itu dalam jangkamasa dan kaedah yang dipersetujui secara bersama dengan BADAR dan 'STOP LYNAS COALITION (SLC)'. (Semua Rakyat Malaysia diminta bersama-sama menyokong Facebook STOP LYNAS COALITION (SLC) di https://www.facebook.com/groups/stoplynascoalition/ dan di https://www.facebook.com/pages/Stop-Lynas-Coalition-SLC/269265829774813) |
You are subscribed to email updates from SUHAIMI MD SAAD To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan