Era Pasca |
GANTUNG DAN PECAT ORANG UNTUK PANGKAT... Posted: 24 Oct 2011 07:12 PM PDT Sape tak ingat MUSA HASSAN?? Terpalit dengan masalah kelulusan... masih menjadi ketua polis negara apabila terlibat sebagai tukang angkat tilam ketika fitnah 1 DSAI.. begitu juga Rodwan... Ketua Polis Melaka??? Jangan di lupakan mereka-mereka ini... dalam sejarah malaysia mereka nih pejuang negara... haktui... kahkakhah Terlatest plak sape tak ingat kes Prof Bari??? Prof Bari seorang yang lantang menempelak Kedayusan Kerajaan... adakah salah perbuatan beliau!??? Nope! tak salah.. sejak bila kita tak berhak untuk memperkatakan benda yang betul??? Ini Malaysia? kahkahkah Kali nih PROF REKTOR plak dapat Datuk.. tahniah 1st.. kedua gua nak kutuk! Hebat sangat kah gantung dan pecat orang tak bersalah?? demi sebuah pangkat dunia??? Jawab PROF REKTOR! tengok puas2 Datuk ini! Pecat...Gantung...dan Singkir orang lain.....Hasilnya dapat Dato Pencacai Umno UIAM tuh.....Ini lah dia Pengkhianat Bangsa dan Para Intelik yang tidak celik ilmu dan tiada ilmu...Mereka di lantik kerana berjaya membodek!!......Umno bagi Gelaran dato semata-mata kerana dia berjaya Menyingkir Prof Aziz Bari......Pengkianat macam ni lah yang membenamkan ilmu kedalam tong sampah....bukan memperkembangkan ilmu itu....Sebab itu dalam Umno hanya terdapat mereka yang tiada ilmu...bodo-bodo belaka!!......hehehehehehee Berita TERKINI Prof Aziz Bari Penggantungan di tarik serta merta dan di minta lapor diri esok! Berita selanjutnya boleh ke SINI (10:00am 25/10) Tahniah Anak Muda menang lagi [N/C-1] Bersama-sama Baginda sertai Churp-Churp. setiap pendaftaran akan di bayar 20-40 sen. (KLIK dan Daftar) [N/C-2] Castrol Auto Service centre bagi I-Pad! Sini untuk tuntut I-Pad anda! [N/C-3] Cipta Permainan anda sendiri di MILO! 10 000 menanti kepada pemenang! |
GST AKAN DI BATALKAN... YEHHAAAA!! Posted: 24 Oct 2011 05:01 AM PDT Ingat berita ini?? Kalau tak ingat tak tahulah.. tapi tahukah hangpa semua GST akan di buat untuk cover hutang negara... pasai tu Popejib kasik banyak sangat masa bajet kelmarin (banyak ke? banyak tipu ada lah)... tapi misti anda semua nak tahu pasal GST di batalkan... baca kek bawah nih... PERMATANG PAUH: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan tetap dibatalkan sekiranya Pakatan Rakyat berjaya memerintah negara kerana ia membebankan rakyat. Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis ramah mesra 'Sepetang Bersama Masyarakat' di Dewan Orang Ramai Batu 5, Permatang Janggus, Permatang Pauh, kelmarin. Menurut beliau lagi, GST adalah satu bentuk paksaan yang dikenakan oleh pemerintah kepada rakyat yang sedang menghadapi masalah bebanan dengan kenaikan harga barangan. "Sekiranya cukai ini dikenakan kepada rakyat, ia bukan saja membebankan mereka, tetapi menjadikan rakyat terpaksa tunduk kepada hasrat kerajaan untuk menekan dan menzalimi secara hormat. "Oleh itu, seandainya PR berjaya memenangi kerusi pilihan raya umum yang akan datang, kita berjanji akan membatalkan GST yang tidak memberi manfaat kepada rakyat, khususnya golongan yang berpendapatan rendah," ujarnya yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh. Anwar yang juga merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh, turut menyelar kepimpinan Datuk Seri Najib kerana mempermainkan rakyat apabila menangguhkan GST sehingga selepas pilihan raya yang akan datang. Katanya, apabila cukai yang hendak dikenakan ditangguhkan sebelum pilihan raya, adalah tidak mustahil ianya akan dilaksanakan selepas ini. "Ini membuktikan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang ada tidak prihatin terhadap keperluan rakyat, sebaliknya memberi prioriti terhadap keperluan mereka bagi memeras dan mencekik darah rakyat," tambahnya lagi. Dalam pada itu, beliau juga membidas BN yang cuba mempolitikkan isu berkaitan pelajar sekolah yang didakwa terlibat dalam kes serangan seksual dikaitkan dengan anak Ketua Menteri, Lim Guan Eng. Jelasnya lagi, cara politik yang dimainkan bukan saja mempamerkan kedangkalan modal oleh BN, sebaliknya memperlihatkan bahawa parti tersebut senantiasa menjadikan kelucahan sebagai modal politik terdesak. "Adalah sesuatu yang merbahaya sekiranya, BN terus diberi mandat untuk menerajui kepimpinan dalam negara apabila mereka tidak dapat menjustifikasikan mana yang baik dan mana yang buruk untuk dipolitikkan," tambahnya lagi. [N/C-1] Bersama-sama Baginda sertai Churp-Churp. setiap pendaftaran akan di bayar 20-40 sen. (KLIK dan Daftar) [N/C-2] Castrol Auto Service centre bagi I-Pad! Sini untuk tuntut I-Pad anda! [N/C-3] Cipta Permainan anda sendiri di MILO! 10 000 menanti kepada pemenang! |
You are subscribed to email updates from Era Pasca GROUP To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan