Ahad, 16 Oktober 2011

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Penjelasan Najib Soal Isu Undi Pos Di Konvensyen Parti Gerakan Pagi Tadi Memualkan Dan Terbukti Beliau 'Tidak Mahu Berpijak Di Bumi Yang Nyata' !

Posted: 15 Oct 2011 10:33 PM PDT

Penjelasan terbuka Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak (foto) perihal isu "undi pos" terutamanya yang melibatkan angkatan tentera ketika merasmikan Konvensyen Perwakilan Kebangsaan Parti Gerakan ke-40 di Menara PGRM di Kuala Lumpur hari ini. Ucapan yang disiarkan secara langsung oleh Media Perdana TV1 RTM itu pagi tadi, benar-benar "melucukan" dan tidak wajar dikeluarkan oleh Najib sebenarnya. Tambahan pula ramai yang tahu, Najib berkerjasama dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memasukkan Kem Tentera Batu 10 yang secara terang-terangan berada dalam daerah Kuanta dan Parlimen Paya Besar ke Parlimen Pekan. Ia dibuat atas dasar "persempadanan semula" yang dibuat terhadap kawasan tersebut dengan mewujudkan satu lagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Parlimen Pekan yang dinamakan DUN Pulau Manis. Susulan tindakan tersebut, Najib yang ketika itu merupakan Menteri Pertahanan berjaya menang dengan majoriti besar apabila majoriti undi pos tentera di kem terbabit "dipaksa" mengundi BN pada pilihanraya umum ke-11 pada tahun 2004 yang lalu. Malah, tiba-tiba calon BN, Arif Sabri Abd Aziz menang di kerusi DUN Pulau Manis yang diwujudkan itu. Kelebihan berpihak kepada Najib sebagai calon di Parlimen Pekan, dan beliau menang besar selepas hampir dimalukan dengan "kemenangan msiteri" pada pilihanraya umum ke-10 tahun 1999 sebelum itu. Kemenangan tipis Najib telah menyebabkan beliau "tidak keruan" dan akhirnya mencari jalan membolehkan sebuah kawasan yang tidak wajar ditarik ke parlimen Pekan berjaya dilakukan dengan usaha SPR. Najib menang ketika itu dengan majoriti tipis 241 undi, dimana dia mendapat 13,148 undi dan calon PAS, Ustaz Hj.Ramli Mohamed mendapat 12,907 undi. Itu pun kemenangan Najib amat meragukan kerana peti undi terakhir yang dibawa masuk dikatakan telah "transit ke tempat lain" sebelum ia di bawa ke pusat penjumlahan undi.


Kenyataan Najib soal undi pos jelas sekali tidak mahu berpijak di bumi nyata

RTM tidak wajar menyiarkan siaran langsung program kepartian seperti ini
kerana mereka beroperasi dengan wang cukai rakyat Malaysia sebenarnya
Dalam kenyataan Najib pagi tadi, beliau secara sinis mengatakan bahawa kerajaan tidak pernah masuk campur urusan undi pos seperti yang dipertakakan. Pembangkang katanya cuba "spin cerita" seolah-olah Barisan Nasional (BN) tipu undi pos. Dengan membawa contoh bekas pemimpin Keadilan yang kini sudah tinggalkan parti itu iaitu Dr.Chandra Muzaffar yang ada mengatakan ketika dia bertanding di pilihanraya umum ke-10 pada tahun 1999 yang lalu dia telah menang "undi pos". Ketika itu Dr.Chandra tewas ditangan Datuk Tan Chai Ho dengan majoriti 1,224 undi. Beliau mendapat 21,049 undi, sementara Tan 22,273 undi ketika itu. Najib mengambil contoh itu bagi menafikan BN terlibat dengan penipuan undi pos. Dalam pada itu beliau juga mengatakan tentera membuang undi dihadapan petugas SPR dan wakil-wakil parti pembangkang sendiri dan mana mungkin boleh berlaku sebarang penipuan.

[Kenyataan Najib ini seolah-olah cuba untuk memperbodohkan rakyat Malaysia yang baginya tidak tahu apa-apa tentang hal ini. Memang benar, ada yang memangkah didepan SPR tetapi jumlahnya kecil kerana kebanyakkan kertas undi pos tentera ini dipangkah sendiri oleh pegawai tentera yang berkenaan selama ini. Ramai bekas tentera yang akui fenomena ini dan ia berlaku sejak zaman berzaman. Jika tidak dipangkah oleh pegawai tentera sekali pun, mereka dipaksa memangkah undi BN dihadapan pegawai yang berkenaan secara terbuka. Malah tidak terkecuali juga dengan isu kertas undi yang ditukarkan sebelum dibawa ke pusat penjumlahan undi. Inilah realiti yang berlaku dan sengaja dinafikan oleh Najib. Tidak perlulah beliau terus menipu rakyat dengan cerita karut yang hanya sesuai didengari oleh "budak-budak tadika" itu lagi. Malah, ramai yang kecewa tindakan RTM membuat siaran langsung program parti seperti itu. Bukankah mereka dibiayai oleh wang rakyat?. Jika Najib hadir sebagai Perdana Menteri untuk majlis kerajaan mungkin tidak menjadi masalah, tetapi itu adalah program parti. Kenapa RTM tergamak menggunakan wang rakyat untuk tujuan tersebut. Maka fikirkanlah apa tindakan kita sekarang].

Musykil: Portal Berita "Tranungkite Online" Yang Pro Pembangkang Keluarkan PDO, Tapi Kekalkan Semua URL Link Media Arus Perdana Yang Lain !!

Posted: 15 Oct 2011 08:04 AM PDT

Agak menghairankan, selepas sekian lama blog Pahang Daily Online (PDO) dilinkkan pada portal rakyat Tranungkite Online (TKO) tiba-tiba kini ia sudah dikeluarkan tanpa ada sebarang makluman. Krew PDO pernah hadir pada satu majlis anjuran TKO di Batu Hitam Kuantan beberapa bulan yang lalu. Dalam satu kenyataan kami turut melahirkan rasa "hairan" apabila, tidak satu pun berita yang dikirimkan oleh PDO kepada TKO dikeluarkan di laman itu selepas pengurusan baru mengambilali blog yang popular itu (TKO). Akibatnya, segala artikel yang diemailkan menjadi bahan arkib dan tidak disiarkan langsung seolah-0lah PDO ada kesalahan besar dengan TKO. Semua itu mengundang kemusykilan kerana PDO kini terus unggul antara portal rakyat yang masih digemari oleh rakyat terutamanya di negeri Pahang ini. Kami tidak dapat memastikan sejak bilakah URL pahangdaily dikeluarkan dari TKO. Cuma apa yang memusykilkan ialah blog pahangkini milik PAS yang sudah tidak aktif beberapa bulan yang lalu masih dipaparkan pada blog TKO. Sedangkan jika dilihat kepada hits pelawat PDO, ia begitu jauh meninggalkan pahangkini serta lain-lain blog rakyat di negeri ini. Segalanya mungkin tidak disengajakan, namun kami tidak akan merayu untuk dipertimbangkan. Bagi kami keputusan mengeluarkan PDO dari link TKO adalah satu tindakan tidak wajar dan jelas sekali mempunyai agenda tersembunyi yang sukar untuk difahami. Mungkin dek kerana PDO juga ada menyiarkan berita kontra yang tidak berpihak kepada PAS sebelum ini.


Bukti, blog PDO dikeluarkan tapi media arus perdana tetap dikekalkan
[Apapun yang berlaku, agak menghairankan juga bila PDO membuat link pula pada media arus perdana yang lain seperti Bernama , Berita RTM , Berita Harian, Harian Metro, Kosmo, News Staits Time, Sinar Harian, The Star, The Star (BM), The Sun termasuk juga Utusan Melaysia. Bukankah ini sungguh memusykilkan sebenarnya, blog PDO yang banyak berpihak kepada rakyat untuk perubahan dikeluarkan dari link TKO. Sebaliknya media arus perdana pula yang lebiuh diutamakan oleh mereka. Kami ucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan TKO kerana telah menyiarkan URL blog ini sejak sekian lama di blog mereka selama ini. Mungkin akibat tidak lagi sealiran makanya, PDO akhirnya dikeluarkan. PDO akan terus menjadi portal rakyat yang bebas, telus dan adil untuk memaparkan berita sensasi dari dalam negeri bahkan di seluruh negara. Perjuangan "membela rakyat" tetap diteruskan walau apa jua keadaannya].

Tiada ulasan: