Ahad, 16 Oktober 2011

jiwo kelate

jiwo kelate


Pemerintahan PAS Kelantan dipuji

Posted: 15 Oct 2011 11:22 PM PDT

I. Pemerintahan PAS Kelantan dipuji
Menurut sumber, pujian diterima atas pentadbiran Kelantan bagi tahun 2010, menjadi antara punca utama Laporan Ketua Audit Negara belum lagi diserahkan kepada Ahli Parlimen, kata Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Lembah Pantai yang juga Naib Presiden PKR.

“Kita terkejut, apabila ia (Laporan Audit) sepatutnya dibentangkan di Parlimen sebelum pembentangan Belanjawan dibuat, kerana kelazimanannya, ia perlu diserahkan terlebih dahulu supaya ahli Parlimen boleh di bawa bersama untuk perbahasan,” katanya selepas menghadiri Forum Rakyat di Balai Islam.

II. Kelantan dirundung malang
Sang Kijang atau TRW, Kelantan, Juara bertahan Piala Malaysia 2010 berputih mata apabila sekadar seri 2-2 ketika melayan Terengganu di pertemuan Suku Akhir kedua di Kota Bharu.Dua jaringan gol Terenggani di Kota Bharu melenyapkan terus Impian Kelantan ke Separuh Akhir dan Terengganu layak ke separuh akhir dengan agregat 5-3.

III. RM9.4 bilion tetap jadi milik Kelantan walaupun Kerajaan Pusat tak Nak Bayar
Putrajaya perlu menjelaskan hutang tertunggak berjumlah RM9.4 bilion kepada Kelantan, mencakupi Hasil Royalti minyak dan pampasan tanah yang diambil untuk dijadikan Kawasan Taman Negara.

Dato’ Husam Musa berkata anggaran hutang merangkumi RM7 bilion bagi hasil royalti minyak dan RM2.4 bilion bagi pampasan kawasan Taman Negara.

“Jumlah itu besar dan Kerajaan Pusat sepatutnya bertanggungjawab dengan perkara ini,” katanya semasa Forum Rakyat di Balai Islam Kota Bharu.


Tiada ulasan: