Rabu, 19 Oktober 2011

Muslimeen United

Muslimeen United


DS Anwar Dah Terima..!! Najib PM Penakut!!!!!!!!

Posted: 19 Oct 2011 04:22 AM PDT

KUALA LUMPUR 19 Okt: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut baik tawaran mana-mana Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang ingin menganjurkan debat terbuka antara beliau dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Menurut Anwar, ia perlu disegerakan sebelum perbahasan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat, berakhir bagi penggal ini.
"Saya menyambut baik, mana-mana badan NGO yang ingin menganjurkan perdebatan tersebut. Saya harap disegerakan sebelum tamat perbahasan Belanjawan ini," kata Anwar pada sidang media di Parlimen.

Hari ini, sebuah Akademi Penulisan yang dinamakan Akademi Pak Sako, bersedia menjadi penganjur debat antara kedua tokoh itu membincangkan soal ekonomi dan Belanjawan 2012.

Jurucakap Akademi Pak Sako, Hilman Idham berkata, debat itu juga membolehkan rakyat menilai belanjawan yang dibentangkan Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.

Minggu lalu, Anwar mencabar Perdana Menteri yang juga menteri kewangan supaya berdebat secara terbuka berhubung kedudukan ekonomi dan Belanjawan 2012 yang dibentangkan, 7 Oktober lalu.
Belanjawan berjumlah RM232 bilion itu menerima kritikan hebat, berikutan pendapatan negara pada masa ini tidak dapat menampung hutang kerajaan yang mencecah RM437 bilion.

Pakatan Rakyat juga percaya berdasarkan realiti ekonomi, sasaran pertumbuhan 5 peratus hingga 6 peratus yang disasar Najib juga sukar untuk dicapai.

Pada masa yang sama, keupayaan kerajaan mengeluarkan terbitan bon dan instrumen hutang baru dalam tahun 2012 pula terbatas disebabkan had keberhutangan negara (debt ceiling) kepada 55 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar.

Enggan menerima hakikat itu, Najib sebaliknya menyelar Belanjawan Pakatan Rakyat dengan menyifatkannya gagal memahami kehendak rakyat keseluruhan, meskipun belanjawan sebanyak RM220 bilion yang ditawarkan berupaya mengekang defisit negara pada kadar 4.4 peratus daripada KDNK.

Belanjawan Pakatan mampu menjimatkan RM14 bilion berbanding perbelanjaan kerajaan Barisan Nasional iaitu pada kadar defisit 6 peratus daripada KDNK, dengan rakyat mendapat 20 peratus nilai tambah.

Sebelum ini, Najib enggan menerima pelawaan debat Anwar bagi menjawab kritikan beliau terhadap Buku Jingga, satu dokumen bersama Pakatan Rakyat yang menawarkan faedah ekonomi kepada rakyat terbanyak. -KeadilanDaily

Sapa tak kenai Mahathir Mohamad

Posted: 19 Oct 2011 04:20 AM PDT

Antara Kisah Silam Mahathir Dan Pelacur....
Akhirnya manusia bernama Mahathir bersuara,barangkali kerana merasakan suara itu ada sakti untuk memperbodohkan mereka yang sudah lama bodoh kerana membiarkan BN terlalu lama memerintah.Apa lagi yang ingin Mahathir suarakan pasal raja-raja Melayu kerana selama ini Mahathirlah raja segala raja.Rajanya Mahathir kerana tidak ada rakyat dibawah yang pernah mendengar Raja menegur Mahathir selama dia menjadi Perdana Menteri.

Bahkan sewaktu Mahathir menjadi Presiden UMNO, terpahatlah sebuah filem panjang pada perhimpunan agung UMNO bila habis segala yang ada pada tubuh Raja-Raja Melayu cuba ditelanjangkan.Walaupun sebelum tahun 1983 dalam era 70an Mahathir cukup lantang membicarakan soal Melayu.Antaranya dalam buku The Malay Dilemma kata Mahathir:"Pertama kali terlintas difikiran ialah kebanyakan orang Melayu berfikiran feudal dan senang dengan keadaan demikian.
 
Satu revolusi yang bermula dengan menyebarkan fahaman menghancurkan institusi Raja yang sudah lama wujud akan gagal.Ia tidak akan dapat sokongan majority dari orang-orang Melayu yang berfikiran kolot.Bagaimana pun,Raja-raja Melayu tidak menyusahkan orang Melayu dan orang-orang lain.Perbelanjaan memanglah tinggi untuk mengekalkan institusi Beraja ini,tapi oleh kerana dipisahkan dari kuasa,Raja-raja ini tidaklah melakukan kezaliman.
 
Disamping itu,Malaya tanpa Raja-raja akan memungkinkan kegerhanaan penuh terhadap nasib bangsa Melayu." Kalau perhatikan kata di atas sewaktu Mahathir dipecat dari UMNO dan berceramah atas pentas PAS maka barangkali jika ada anak yang selain keturunan Sultan yang layak menjadi raja maka Mahathirlah orangnya.Tapi selepas Mahathir menjadi Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri dan merangkap pula sebagai Menteri Kehakiman (sebelum peristiwa pemecatan Tun Salleh Abbas dan hakim-hakim lain) sayu sudah nada perjuangan Melayu beliau.

Isu Gomez yang bukan Melayu diangkat dan dijulang buat menghilang dan menelanjangkan kuasa Raja-raja Melayu. Isu Al-Marhum Sultan Johor memukul Gomez ditimbul buat memukul kekebalan seluruh Raja-raja Melayu. Natijahnya hilanglah sudah kekebalan Sembilan Raja-raja Melayu yang berdaulat. Kata-kata Al-Marhum Ust Fadhil Noor benar: "Jangan kita buang baju besi yang ada pada Sultan dan pakaikan pada UMNO kerana UMNO memang sudah kebal."Lalu berulanglah sejarah Raja Melaka, kerana Si Ketol dan Raja Mandaliar yang menjadi biang keladi habis luluh lantak seluruh pemerintahan!

Bayangkanlah sebuah parti yang terkenal dengan Hidup Melayu akhirnya sanggup menjadikan medan perhimpunan agungnya untuk menghimpunkan segala kalimah caci maki pada Raja-raja Melayu!Tidakkah ini merupakan pengkhianatan UMNO pada Raja-raja Melayu.Barangkali Mahathirlah yang paling kurang ajar kerana menjadikan ahli UMNO juga kurang ajar sepertinya yang sanggup menghina Raja-raja Melayu.Bahkan ada pemimpin UMNO yang lebih dahsyat kurang ajarnya bila melarikan anak raja,yang tidak pernah dipanggil kurang ajar oleh Mahathir kerana Mahathir memang kurang ajar untuk menilai mana yang baik dan juga buruk!

Kata Mahathir,Dr Aziz Bari kurang ajar,memang Aziz Bari kurang ajar kerana kurang tahunya pensyarah undang-undang itu untuk mengajar Mahathir yang paling biadap itu.Aziz Bari ialah orang akademik yang telus,yang bukan seperti sesetengah sejaratawan(sejarah tak ketahuan) yang boleh digelapkan dengan fulus.Barangkali Mahathir sangat dendam pada Aziz Bari yang berjuang meletakkkan undang-undang pada tempatnya.Melalui buku dan syarahannya Dr Aziz Bari banyak mencelekkan mereka yang telah dibutakan oleh UMNO tentang undang-undang.Termasuklah beliau barangkali yang pertama telah menyebutkan frasa Islam agama bagi persekutuan dalam perlembagaan itu sudah cukup kuat untuk membolehkan perlaksanaan hukuman Hudud,Qisas dan Takzir.

Bagi penulis Aziz Bari itu ditakuti bukan sekadar kerana keberanian menegur dan pada ilmu beliau jujur, tetapi juga kerana beliau ialah ahli akademik yang cakna pada apa yang sedang berlaku pada Negara.Beliau terlalu sensitive terhadap masa depan bangsa,tanah air dan juga Islam terutamanya.Bahkan dalam soal PAS juga Aziz Bari mahu lihat parti ini lebih kompetitif untuk berhadapan dengan UMNO hingga mengundang kritikan yang terlalu pedas dari SEGELINTIR ahli PAS yang berfikirnya malas!Mungkin Aziz Bari itu benar tulin Melayunya hingga tidak sanggup melihat Melayu itu dimanipulasikan oleh politikus yang terlalu rakus,kerana itulah beliau sangat sensitif dan responsif.

Bukan seperti Mahathir yang memang tidak terluka dengan kehancuran Melayu kecualilah bila menganggu kroni politik atau kerabatnya sahaja,barangkali kerana 'negaratawan'(orang yang menjadikan Negara tak ketahuan) itu bukan asli Melayunya! Bahkan bukan cerita baru bila Mahathir bertindak secara jalan belakang dalam membelakangi kebenaran dengan mematikan karier individu yang cuba menegakkan kebenaran.Antaranya ialah pemecatan Tun Salleh Abbas sebagai Ketua Hakim Negara.Dato Seri Anwar Ibrahim lebih teruk lagi,bukan sekadar dipecat dengan jalan belakang,bahkan dituduh main belakang.

Mungkin Mahathir lupa untuk pandang belakang,kerana barangkali dia lebih rela generasi depan meludah dalam lonkang bila mendengar namanya suatu hari nanti! Mahathir merasakan dirinya terlalu tinggi hingga kalamnya barangkali lebih mulia dari kalam Allah.Sebab itulah banyak pasal hukum dan sunnah sanggup dicaci tanpa taubat dan penyesalan.Kata Tok Guru, sayang kerana dia hanya pandai dunia,tapi tidak akhirat,pandai bab ekonomi tetapi tidak ada Islam.Mungkin doa Al-Marhum Ust Fadhil sudah diangkat tinggi dan diperkenankan Allah,agar nanti Mahathir tahu tingginya kuasa Allah untuk menghancurkan Ahzab moden yang bernama UMNO.Mahahtir pasti menjadi saksi,betapa UMNO pasti akan lebih hina dari nasi yang basi,orang bukan takkan sanggup suap,dengar bunyi UMNO pu n nanti orang akan meluat.

Ketahuilah Mahathir betapa mungkin pelacur di Lorong Hj Taib pun akan sumpah seranah UMNO,kerana hebatnya Negara kebajikan UMNOlah akhirnya mereka melarat sampai jual tubuh.Setidaknya mereka lebih mulia dari UMNO kerana apa yang mereka lakukan hanyalah melibatkan kezaliman pada diri mereka sendiri,tetapi pemimpin UMNO itu zalimnya bukan pada diri sendiri,tapi pada hampir 27juta Rakyat Malaysia!Banyak lagi sebab kenapa pelacur di situ lebih mulia dari Mahathir,kerana mereka hanya jual tubuh,tapi UMNO jual agama,bangsa dan Negara!Barangkali pelacur di Lorong HJ Taib melacur kerana jahil atau ada kisah silam mereka yang tidak diketahui kenapa mereka jadi begitu,tetapi kisah silam Mahathir yang memuramkan Islam di Malaysia barangkali semua orang dah tahu….Bertaubatlah Mahathir,pintu taubat Allah MASIH terbuka luas untuk anda!!!

http://kiyaiharaki.blogspot.com

Buku Kisah Najib Tak Laku Dipasaran!!!.

Posted: 19 Oct 2011 04:04 AM PDT

Korang ingat tak lagi buku mengenai Najib yang bertajuk 'Najib Razak : Prime Minister of Malaysia' yang diterbitkan pada 15 June 2009 dan ditulis oleh Chamil Wariya?

Dari synopsis buku tersebut yang kelihatan hanyalah ayat-ayat mengampu Najib sahaja, antaranya Najib dikatakan beliau telah mengikuti jejak langkah Ayanhnya Tun Razak sebagai seorang Ahli Politik yang berjaya, malah melebihi pencapaian Ayahnya Tun Razak'..

Buku tersebut dikhabarkan oleh seorang sahabat kini dijual di MPH dengan potongan harga 50% dari harga asalnya iaitu RM19.90..Bagaimanapun biarpun telah diberikan potongan hingga 50% buku tersebut masih gagal menarik pembeli.. atau dalam lain ayat TAK LAKU.

Kesian kat Najib.. tak ramai rakyat Malaysia yang nak tahu pasal dirinya biarpun dah berpuluh juta ringgit dihabiskan untuk membina imej..Kenapa 3 Juta Ahli UMNO itu tidak berminat memilikinya agaknya?

Mengapa Perlu Tolak Himpunan Hipokrit !! (Artikel Wajib Baca!!)

Posted: 19 Oct 2011 12:53 AM PDT


Pertama sekali, Edyes bersyukur dan mengucapkan tahniah kepada Tuan Guru Hadi Awang kerana bertindak bijak dengan tidak membenarkan PAS terjerumus ke dalam tipu muslihat golongan munafik. Keputusan kepimpinan PAS wajar dipuji kerana ia bukan sekadar keputusan yang terburu-buru malah telah mengambil kira dari pelbagai sudut penting dalam membuat ketetapan, terutamanya dari sudut 'bagaimana kerajaan menangani isu murtad?'

Apakah kerajaan benar-benar serius dalam menghadapi gejala murtad? Apakah langkah kerajaan Malaysia dalam membasmi aktiviti murtad? Adakah dengan menjadikan negara ini sebuah negara hub-hiburan, memperbanyak konsert hilang akal, maka kemurtadan itu akan berkurang? Apa yang perlu dilakukan kerajaan ialah mengkaji semula apakah punca terjadinya murtad, bukan memberi galakan untuk rakyat berhimpun dengan permit yang pantas tersedia. 

Kerajaan menunjukkan sikap tidak acuh dengan perhimpunan yang menampilkan aktiviti pertembungan antara agama, tetapi bertindak seperti binatang dalam menghadapi himpunan BERSIH. Sikap double standard kerajaan cukup menjelikkan. Keadaan huru-hara berkisarkan ketegangan agama seolah-olah diharapkan berlaku, dan ia boleh menjadi kenyataan apabila ucapan-ucapan keras terhadap agama lain dihambur di pentas yang dibiarkan terbuka oleh kerajaan.


Secara jujur, perhimpunan sejuta umat yang bakal berlangsung 22 Oktober ini tidak memberi sebarang manfaat kepada agama kerana tiada impak terhadap punca berlakunya murtad, tetapi hanya menerbitkan risiko terhadap ketegangan antara agama. Biarpun 10juta yang hadir berhimpun, kerajaan pemerintah masih mendokong perlembagaan negara yang 'memberi laluan' kepada aktiviti murtad. Itu hakikatnya.

Dari sudut lain pula, bukan sahaja perlembagaan yang menjadi persoalan tetapi langkah kerajaan yang selalu mengabaikan syariat Islam memudahkan lagi terpesongnya akidah umat Islam. Banyak faktor-faktor yang menyumbang ke arah berlakunya murtad tidak diambil peduli oleh kerajaan pemerintah.

Jangan kita lupa bagaimana Umno yang kononnya memperjuangkan akidah telah bertindak menyekat peruntukkan sekolah agama rakyat (SAR). Bayangkan jika anak tidak bersekolah agama dan hanya mengharapkan kelas agama sekolah kebangsaan yang diperuntukkan hanya setengah jam sehari, menjadikan anak-anak kita terbatas pengetahuan agamanya.

Kerajaan yang dipimpin Umno jugalah yang mengusulkan judi baru berbentuk judi sukan ketika piala dunia edisi 2010. Tidak cukupkah dengan judi bernombor yang premisnya banyak 'dilawat' oleh orang islam? Tidak cukupkah segunung pusat perjudian dibenarkan oleh kerajaan tanpa kawalan dan tidak boleh diperiksa oleh pihak berwajib atas alasan hak persendirian.


Langkah memperkenalkan judi sukan bukan sahaja menyebabkan pertambahan aktiviti perjudian dalam negara malah boleh juga menyumbang ke arah terjadinya murtad apabila terdapat segelintir orang beragama islam yang terpaksa menerima bantuan daripada paderi kristian untuk menjelaskan hutang berjudi, akhirnya akidah terpesong kerana kesempitan ilmu agama dan juga dipakejkan sekali dengan kesempitan hidup. 


Jangan juga kita lupa kilang arak dirasmikan juga oleh pemimpin Umno. Arak itulah punca kemaksiatan dan kerajaan tidak memantau dengan baik penjualan arak ke atas umat islam, malah dari parlimen sendiri menyebut ada ahli parlimen islam daripada Umno yang 'kaki minum'. Dari kalangan kaki mabuk ini, di manakah nilai Islam yang tinggal?

Kerajaan yang dipimpin Umno jugalah yang mengusulkan 'negara Islam' Malaysia dijadikan negara hub hiburan antarabangsa, dan juga turut menampilkan konsert-konsert yang menghilangkan akal di samping membawa pengunjungnya ke lembah maksiat apabila banyak kondom terpakai ditemui ketika pembersihan tapak konsert. Terdedahnya anak-anak muda secara melampau ke atas hiburan yang melampau had masanya juga akan turut meruntuhkan akidah, seolah-olah tiada dosa untuk dihindari dan tiada tuhan untuk ditakuti.

Lagi pelik dan ajaib apabila ramai yang tidak sedar bahawa negara ini sebenarnya bakal memiliki gereja terbesar asia tenggara dan merupakan antara gereja terbesar di asia. Apakah negara ini sebuah negara majoriti kristian sehingga memiliki sebegitu besar gerejanya? Tidak salah negara berbilang agama Malaysia mempunyai gereja, ia adalah suatu tuntutan untuk kebebasan beragama. Tetapi ia tidak bermakna menjadikan Malaysia sebuah negara hub terbesar kristianiti dari kalangan negara asia memandangkan penganut agama kristian sangat minoriti di dalam negara ini.


Kerajaan manakah yang meluluskan gereja antara terbesar di asia ini jika bukan kerajaan 'negara islam' Malaysia. Sudahnya Umno tuduh pula kerajaan Selangor yang bina gereja ini, boleh lihat tuduhan tidak berasas dalam tajuk "Pembinaan Gereja Terbesar di Selangor Guna Tanah Rizab Melayu" . Sebelumnya DAP pernah dituduh menjadi dalang kononnya nak tubuhkan negara kristian sedangkan ahli DAP yang berugama kristian tidak sampai 20 peratus.

Akhirnya apabila diselak dan diperhatikan baik-baik, kerajaan pimpinan Umno lah yang membenarkan gereja terbesar asia tenggara dan antara terbesar asia sudah terbina di bumi bertuah ini. Gereja tersebut bersebelahan dengan stadium bukit jalil dan akan siap sepenuhnya menyambut tahun 2012. Tahniah Umno!

Oleh demikian, kerajaan manakah yang sebenarnya menjadi pendokong kepada berleluasanya gejala murtad berlaku dalam negara ini, jika bukan kerajaan yang menganggap British itu bukan penjajah. Bersekongkol dengan British dalam menuntut kemerdekaan juga menimbulkan keraguan, apatah lagi bila British itu sendiri diangkat sebagai 'penasihat' sepertimana tertera dalam buku teks sejarah tingkatan dua.

Umno telah menguasai kerajaan selama lebih 50 tahun lamanya. Jika benar kerajaan pimpinan Umno menitik beratkan perihal agama dan juga soal akidah, jika benarlah kerajaan pimpinan Umno berjuang untuk menegakkan syariat Islam, mengapa kadar murtad bertambah dari sehari ke sehari? Di manakah silapnya dan mengapa ia tidak pernah secara serius diperbaiki? 

Ingat! Bukan DAP yang memerintah Malaysia selama hari ini, tetapi pimpinan Umno. Tetapi hasilnya umat islam menuju kehancuran!! Lihatlah agama mana yang mendahului kes buang anak? lihatlah penganut agama mana yang menjadi majoriti di pusat serenti? Lihatlah bangsa mana yang menghabiskan sepertiga malamnya dengan menjadi juara rempit!

Rentetan hujah-hujah ringkas di atas sudah cukup untuk menunjukkan betapa hipokritnya usaha untuk berhimpun dengan alasan menghadapi gejala murtad, di kala kunci penyelesaian kepada masalah gejala murtad ini tidak langsung diendahkan.

Justeru itu adalah lebih baik kita(PAS dan Pakatan Rakyat) menumpukan perhatian kepada gerak-kerja untuk menumbangkan kerajaan bongkak yang tidak pernah mengaku salah dalam PRU yang semakin hampir. Jangan terpedaya dengan tipu daya walaupun Ketua Pemuda PAS hampir terperangkap, syukurlah diselamatkan. Edyes percaya menumbangkan Barisan Nasional yang dipimpin Umno adalah satu jalan terbaik bagi menyelesaikan gejala murtad.

Walaubagaimanapun, Edyes secara peribadi akan bersetuju dan akan turut berhimpun jika tujuan perhimpunan ini adalah untuk mendesak isteri Perdana Menteri mengenakan tudung dalam setiap majlis rasmi yang dikunjungi...


EDYES @ edyesdotcom

Ada sesuatu tidak kena dengan Himpun

Posted: 19 Oct 2011 12:43 AM PDT

KUALA LUMPUR, 19 Okt: Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa (gambar) merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada Himpunan Sejuta Umat (Himpun) di Shah Alam pada Sabtu ini.

Perhimpunan tersebut adalah anjuran NGO Islam yang akan membawa isu-isu Islam untuk diperjuangkan bersama oleh umat Islam.

Walaupun tujuan murni perhimpunan bawah tema memelihara aqidah umat Islam adalah sesuatu yang wajar namun demikian, namun beliau berhak untuk berasa bimbang perhimpunan akan lari dari hasrat murni penganjur.

"Saya berasa ada sesuatu yang tidak kena pada perhimpunan ini bukan kerana usaha mengumpulkan sejuta umat tetapi persolannya ialah sifatnya yang mungkin mengancam usaha-usaha keharmonian hubungan antara agama di negara ini," ujarnya yang juga Pengerusi Dialog Antara Agama Rantau Asia Tenggara kepada Harakahdaily.

Beliau menggariskan lima alasan untuk berasa khuatir dalam konteks hubungan antara agama di negara ini.
Katanya, perhimpunan itu diadakan dalam suasana hubungan antara agama di negara ini dalam keadaan rapuh dan apa sahaja suasana permusuhan tidak akan membantu usaha usaha mewujudkan keharmonian hubungan antara agama di negara ini.

Di samping itu, ujarnya perhimpunan itu dikhuatiri akan dieksploitasikan oleh pihak tertentu yang sememangnya mahu mencetuskan keadaan tegang dalam hubungan antara agama.

"Lebih buruk ia dikhuatiri satu perancangan jahat yang menjadi agenda parti yang terdesak untuk terus berkuasa dengan cara mencetuskan ketegangan," ujarnya yang juga AJK PAS Pusat.

Selain itu, tambahnya dikhuatiri nama baik Islam tercemar dan sekaligus membawa imej Islam sebagai agama permusuhan dan menggalakkan benci membenci antara satu sama lain.
Baginya, tema memelihara aqidah tidak salah tetapi mempersoalkan apakah dengan sekadar perhimpunan akan menyelesaikan masalah.

Bukankah, katanya dialog antara agama adalah lebih berkesan untuk menegaskan sikap Islam kepada pemurtadan dan isu-isu sensitif yang lain.

"Dan akhirnya saya merakamkan rasa kesal saya terhadap pihak polis yang double standard memberikan permit dalam perhimpunan ini dan melarang Bersih untuk berhimpun dalam bilangan peserta yang lebih kecil.
"Jelas ia satu sikap yang di bawah telunjuk pihak tertentu," katanya. -Hrkh

Betui Ka Menu Najib Makan Harga RM 4? Cuba Hangpa Tengok

Posted: 19 Oct 2011 12:40 AM PDT






betui ka?

budak-budak umno boleh la nak tipu!

Video Kisah Blogger Aduka Taruna dengan anak lelaki kesayangannya...

Posted: 18 Oct 2011 05:38 PM PDT


Cukop Sadis,, penganiyaan oleh UMNO terhadap umat Melayu.....

Sanggupkah kita melihat saudara-saudara sebangsa dan seagama Islam dengan kita teraniya..... Hanya Melayu UMNO bangsat sahaja yang sanggup melakukan perkara terkutok ini...

Bantuan RM500, wakil rakyat Umno bidas Najib

Posted: 18 Oct 2011 05:36 PM PDT



Belum apa-apa lagi, Ahli Parlimen BN dari Umno Johor menunjukkan kebodohan Najib yang membentangkan Bajet 2012. Datuk Halimah Mohd Sadique (BN-Tenggara) berkata pemberian RM500 kepada mereka berpendapatan RM3,0000 ke bawah menyusahkan rakyat yang kebanyakannya terdiri dari golongan miskin yang tinggal di kawasan luar bandar untuk mendaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Lantak kaulah Ahli Parlimen BN/Umno, lu tanyalah bos lu sendiri, bos lu yang bentangkan bajet, bukan Anwar Ibrahim.

Jangan pula nak beri RM500 ini jadi macam Program Kupon Beras untuk keluarga miskin pada tahun 2009 yang akhirnya tak jadi seperti laporan berikut http://amkns.blogspot.com/2009/10/orang-mati-pun-layak-dapat-kupon-beras.html

Bantuan khas RM500 diminta disalur melalui pejabat daerah
BERNAMA - Tuesday, October 18, 2011

KUALA LUMPUR, (Bernama) - Seorang penyokong kerajaan mencadangkan agar bantuan RM500 kepada setiap isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 dilakukan secara terus menerusi Pejabat Daerah bagi mengelak karenah birokrasi.

Datuk Halimah Mohd Sadique (BN-Tenggara) berkata rakyat di peringkat akar umbi berharap kerajaan menggunakan mekanisme yang mudah dan cepat seperti menggunakan saluran menerusi Pejabat Daerah yang berhampiran kawasan mereka.

"Pendekatan tapisan menerusi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dianggap menyusahkan rakyat yang kebanyakannya terdiri dari golongan miskin yang tinggal di kawasan luar bandar.

"Proses akan menjadi rumit kerana ada sesetengah rakyat tidak pernah pergi ke LHDN," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2012 di Dewan Rakyat hari ini. Dalam belanjawan yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 7 Okt lalu, kerajaan bersetuju memberi RM500 kepada setiap isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM3,000.

Halimah berkata pelaksanaan itu seharusnya dilakukan dengan lebih terperinci bagi memudahkan rakyat mendapat manfaat daripada peruntukan Belanjawan 2012.

Laut Bergelora Menjadi Tenang "Menerima" Abu Al-Quran

Posted: 18 Oct 2011 05:27 PM PDT


Lumut: Abu pembakaran puluhan ribu naskhah al-Quran seberat satu setengah tan yang dibuang ke laut berhampiran Pulau Sembilan di sini, pagi semalam, mempunyai warna kelabu walaupun dibakar yang dianggap pelik dan jauh berbeza berbanding kertas biasa yang menjadi hitam apabila dibakar.

Kejadian itu disaksikan lebih 30 ahli rombongan diketuai Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria ketika melakukan proses melupuskan abu al-Quran di sekitar perairan pulau berkenaan yang pertama kali dilakukan di kawasan laut dalam.

Abu al-Quran yang dibakar itu dikumpul Syarikat Percetakan Saufi di Batu 10, Jalan Cheras, Kajang, Selangor, sebelum dihantar ke dermaga Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut pada jam 9.30 pagi semalam menggunakan van milik syarikat berkenaan.

Sebanyak 170 plastik hitam mengandungi abu itu dipindahkan ke kapal KM Marlin milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sebelum dibawa ke tengah laut kira-kira 8.2 batu nautika dari pangkalan TLDM.

Proses memindahkan abu al-Quran itu dilakukan dengan tertib apabila semua plastik seberat lapan kilogram setiap satu itu disusun teratur dengan bantuan anggota APMM.

Tugas membuang abu al-Quran itu seolah-olah dipermudahkan apabila laut yang mulanya agak berombak tiba-tiba menjadi tenang sebaik petugas terdiri dari pegawai Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran, Kementerian Dalam Negeri (KDN) cawangan Perak, Pegawai Pejabat Mufti dan Majlis Agama Islam Perak memulakan proses membuang abu.

Harusssani yang memberi taklimat ringkas berhubung tugas itu kemudian menjatuhkan bongkah abu berkenaan satu persatu ke laut.

Tugas menjatuhkan bongkah abu Al-Quran itu kemudian dilakukan beramai-ramai dalam masa 10 minit.

Harussani yang juga Pengerusi Lembaga Teks dan Pelesenan al-Quran, berkata ulama sebelum ini bersependapat membuang abu al-Quran ke dalam laut adalah kaedah terbaik walaupun cara menanam di dalam tanah juga dibenarkan.

"Bagaimanapun kaedah menanam abu al-Quran di dalam tanah dibimbangi boleh tercemar jika ada aktiviti dilakukan di atas tanah berkenaan. Oleh itu, kaedah membuang abu al-Quran ke laut paling selamat dan akan diteruskan pada masa akan datang," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Syarikat Percetakan Saufi, Rahmat Mahdan, yang turut mengikuti proses membuang abu al-Quran itu memberitahu berkata, proses pembakaran dan mengumpul abu dimulakan sejak tiga bulan lalu. -hm

Himpun: PAS tidak terlibat

Posted: 18 Oct 2011 05:22 PM PDT

KUALA LUMPUR : PAS yang mengadakan mesyuarat lajnah politik pada malam ini telah membincangkan isu Himpunan Sejuta Umat (Himpun) Mempertahankan Aqidah yang dijadualkan pada 22 Oktober 2011 ini.

"PAS dimaklumkan bahawa majlis ini tidak melibatkan parti-parti politik, maka PAS mengambil pendirian untuk tidak terlibat dalam himpunan tersebut sebagai menghormati kehendak penganjur program," ujar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar) dalam satu kenyataan selepas mesyuarat itu, sebentar tadi.

Berikut kenyataan penuh beliau.
PAS yang mengadakan mesyuarat lajnah politik pada malam ini telah membincangkan isu Himpunan Sejuta Umat (Himpun) Mempertahankan Aqidah yang dijadualkan pada 22hb Oktober 2011 ini. PAS dimaklumkan bahawa majlis ini tidak melibatkan parti-parti politik, maka PAS mengambil pendirian untuk tidak terlibat dalam himpunan tersebut sebagai menghormati kehendak penganjur program.

hadi awang and mustafa ali pas pc"PAS memperingatkan semua pihak yang terlibat dalam penganjuran himpunan ini agar bertindak selaras dengan peruntukan undang-undang negara, dalam menjamin keharmonian negara yang berbilang bangsa dan agama. Sebarang usaha untuk menimbulkan polemik perkauman dan agama akan membawa negara kepada satu suasana yang tidak menguntungkan mana-mana pihak. PAS memandang berat sebarang usaha mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk kepentingan politik dan pilihan raya.

Agenda menyelamatkan aqidah merupakan agenda murni tetapi ianya mesti diurus dengan cara berhemah. PAS menyokong segala usaha memantapkan aqidah oleh badan-badan NGO dan pelbagai pihak bagi memperkasakan aqidah umat Islam.

PAS mengambil pendirian bahawa pengukuhan aqidah umat Islam hendaklah dilaksanakan menerusi jalan dakwah secara damai sebagaimana Islam telah diterima oleh masyarakat rantau ini secara damai.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS


Tiada ulasan: