Rabu, 19 Oktober 2011

Briged Al-Akhdor LR2

Briged Al-Akhdor LR2


Pendedahan Dan Bukti Yakjuj & Makjuj Telah Terlepas Ke Dunia Artikel SETERUSNYA: http://umnoisdead.blogspot.com/2011/10/pendedahan-dan-bukti-yakjuj-m

Posted: 19 Oct 2011 05:02 AM PDT

Ini adalah ulasan dan sinopsis buku terbaru An islamic view of gog and magog in the modern world karya daripada ulamak Islam, Sheikh Imran N Hosein. Hasil buah fikiran beliau digarap di dalam buku ini berdasarkan keterangan Al-Quran, Hadis, serta rujukan-rujukan lainnya. Anda boleh merujuk buku tersebut dan membuat kajian lebih lanjut bagi mendapatkan keterangan dengan lebih terperinci mengenai topik ini.

Persoalan 1: Samada tembok menyekat Yakjuj & Makjuj terbuka?
An Islamic View of Gog and Magog in the Modern World: Chapter 6

Link Video : http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=nCTzMr2Dus4

Tembok menyekat kaum Ya'juj & Ma'juj telah lama terbuka apabila orang Yahudi kembali ke Bait al-Maqdis (Jerusalem) dan membentuk negara Israel pada tahun 1948. Allah swt telah memberi keterangan di bawah bagi menjelaskan kepulangan Yahudi ke Bait al-Maqdis:

"…Dan mustahil kepada penduduk sesebuah negeri yang Kami binasakan, bahawa mereka tidak akan kembali hingga apabila terbuka tembok yang menyekat Ya'juj & Ma'juj, serta mereka meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi..."; al-Anbiyaa':95-96

"Penduduk" dimaksudkan ialah orang Yahudi, "negeri" adalah Bait al-Maqdis, "Ya'juj & Ma'juj" adalah Yahudi (Khazar), dan "meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi" bermaksud Ya'juj & Ma'juj menguasai dan menjajah keseluruhan aspek kuasa-kuasa pemerintahan dunia.



Allah swt malahan menyatakan "mustahil" bagi orang Yahudi untuk pulang ke Bait al-Maqdis, kecuali setelah tembok menyekat Ya'juj & Ma'juj terbuka dan mereka telah berkuasa. Orang Yahudi telah lama pulang ke negeri Bait al-Maqdis dan membentuk negara Israel pada tahun 1948. Oleh itu apakah penjelasan kepulangan mereka ke Bait al-Maqdis?

Ini bermaksud tembok telah terbuka dan Ya'juj & Ma'juj telah lama menguasai pemerintahan. Orang Yahudi dikembalikan melalu agenda puak Khazar, iaitu Yahudi Zionis yang menguasai dunia hari ini dan digambarkan di dalam Surah al-Kahfi sebagai kaum Ya'juj & Ma'juj. Mereka malahan boleh dianggap menguasai dunia hari ini kerana tiada negara yang mampu menghalang mereka daripada menghancurkan Palestine.


Artikel SETERUSNYA: http://umnoisdead.blogspot.com/2011/10/pendedahan-dan-bukti-yakjuj-makjuj.html#ixzz1b9OqGc7j

11 perkara tentang rosmah yang anda perlu tahu

Posted: 18 Oct 2011 05:04 PM PDT


Kelebihan rosmah mansur.

1. Isteri perdana menteri paling cantik.

Memang rosmah mansur isteri perdana menteri yang paling cantik di malaysia. Toksah temberang larh nak kutuk dia macam2, konon tak cantik larh, muka berminyak larh.. padahal korang cemburu je kan sebab dia lawa? Ye tak? Hahaha.. kalau dia tak lawa korang ingat najib akan terpikat ke?

Bahagian paling cantik sekali kat rosmah ialah tang kening dan tang nama rosmah mansur = rm. Hahaha.. korang ada? Takde kan? So takyah jeles larh weh.

2. Isteri perdana menteri yang paling glamer.

Hari2 wajib keluar masuk berita. Suami sakit ke suami sihat ke, bercuti sakan ke apa ke confirm ada je statement dari dia. Jepun di landa malapetaka pun dia yang komen lebih2. Time PRK pun dia gak yang lebih2. Siap naik helikopter lagi. Pendek kata mustahil rakyat tak kenal rosmah mansur, tapi ajaib kalau semua rakyat kenal najib razak.

3. Isteri perdana menteri yang paling rajin.

Lawatan kerja ke luar negara ialah upacara wajib rosmah mansur sejak najib jadi PM.Tiap2 bulan ada je usul rosmah mansur nak bantu rakyat malaysia. Syabas2.. walaupun aku tak nampak bentuk bantuan apa rosmah mansur hulur kat rakyat tapi syabas di ucapkan sebab bersemangat waja lakukan pengaliran wang keluar masuk negara bagi merancakkan ekonomi negara.

4. Isteri perdana menteri yang paling besar ahti dan besar segala2nya.

Rosmah mansur bukan sahaja besar dari sudut badan dan rambutnya, dia juga isteri perdana menteri yang sering berbesar ahti. Tak percaya? Kalau tak percaya tunggu rosmah mansur bagi dana / bantuan / peruntukkan kepada target dan baca laporan berita mengenai isu tue. Confirm wartawan akan tulis rosmah mansur berbesar ahti blablabla.. dan etc.Ya, aku menyanjungi dia yang berani mengakui berbesar ahti meskipun dana yang disalurkan ialah wang yang aku petik dari pokok tiap2 bulan dan bukan datang dari kocek dia. Aku fikir dia memang hebat sebab memiliki ahti besar lagi tatau malu.


5. Isteri perdana menteri yang paling sensasi dan meletup dengan panahan kontroversi.

Artis pun kalah! Almaklum larh orang glamer. 24 diperatikan je atas bawah sampaikan kulit tegang dan berminyak pun orang perasan. Hahaah..

Macam2 kontroversi yang membabitkan rosmah mansur sepanjang dia menjadi isteri perdana menteri. Sampaikan ramai orang terkeliru dan tersalah anggap bahawa rosmah mansur ialah perdana menteri malaysia. Sedangkan isteri2 perdana menteri yang lain kalau ditanya pada budak2 pun dorang akan cakap tatau, tak kenal, ataupun isteri perdana menteri tue apa. Tapi rosmah mansur berjaya mengubah persepsi itu. Syabas di ucapkan. Mesti rosmah mansur menghadapi saat2 sukar untuk mendaki ke anak tangga paling popular.

6. Isteri perdana menteri yang paling pandai menasihati rakyat.

Dah banyak kali rosmah mansur nasihatka rakyat malaysia. Contohnya rajin bersenam walaupun badan dia sendiri tidak sekecik yang dilihat. Amalkan gaya hidup sihat walaupun cara dia sendiri tak berapa nak sihat. Jimat cermat walaupun nilai cincin usd24juta. Tukar gaya hidup dengan tiap2 bulan buat rombongan ke luar negara dengan angkut satu kampung mek2 bakti. Hebat.. bukan calang2 isteri boleh buat macam neh. Korang boleh? Tak boleh kan? Rosmah mansur boleh taw.. jangan main2 sama dia.

7. Isteri perdana menteri yang ada slot khas dan website sendiri.

Pernah ke korang kenal isteri perdana menteri yang ada slot ucapan raya khas?Pernah ke isteri perdana menteri diberikan slot khas untuk menyampaikan ucapan raya? Tak pernah kan? Rosmah mansur berjaya mengubah senario itu. Agong pun takde slot khas, tapi rosmah mansur ada. Teror kan dia? Di samping itu dia juga ada website dan jabatan sendiri di jpm. F.L.O.M <-- first lady of malaysia. Ada kakitangan yang ditransfer dari jabatan najib lagi. Sudah nya najib kena lantik kakitangan baru. Hehehe.. so terima larh hakikat bahawa rosmah mansur memang wanita hebat, suka tak suka sekalipun.

8. Isteri perdana menteri yang paling pandai bergaya / berfashion.

Cuba perhatikan isteri2 perdana menteri yang lain. Ada tak dorang beli gelang berjuta2 dari yahudi? Ada tak dorang pakai beg dan kasut mahal2? Ada tak dorang boleh pegang cincin usd24juta? Hah.. takde kan? Rosmah mansur ada semua tue tahu.. bukan calang2 isteri boleh memiliki itu semua. Di sebabkan kelebihan dia dalam dunia berfashion larh dia terlibat dalam penganjuran IFF. Islamik cara luar biasa. Aku mesti puji. Hahaha..

9. Isteri perdana menteri yang paling dikasihi oleh PM.

Di malaysia neh kita lihat ada banyak isteri2 perdana menteri malaysia. Tapi belum lagi kita lihat ada isteri perdana menteri yang dapat peruntukkan macam2 dari PM. Rosmah dapat semua tue. Pengurangan cukai atas beg branded dan baju dalam mewah pun sanggup najib buat demi rosmah. Ya, betul orang2 kaya yang selalu beli barangan branded akan dapat faedah.

Orang2 miskin macam ko dan aku jangan mimpi larh der. Kalau nak berangan2 kahwin dengan orang kaya takpe larh. Jangan risau, walaupun korang dah kahwin still boleh pasang angan2 neh. Rosmah mansur dulu pun dah kahwin gak time kenal najib dulu. Demi cinta pada isteri, 1malaysia kena gadai pun okey ma. Hahaha..

10. Isteri perdana menteri yang paling banyak gelaran berbanding sumbangan.

Mungkin dah tak terkira berapa banyak dah darjah kebesaran yang dia terima. Ada je orang hulur penghargaan dan gelaran2 buat dia sampaikan penghargaan tersebut melebihi sumbangan dan jasa dia terhadap negara walaupun umum tahu dia belum sekalipun berjasa terhadap negara, sekurang2nya terhadap perkara yang aku boleh rasa dan terima faedahnya.

Selain dari badan2 korporat, sultan, kolej2, pihak universiti yang bagi anugerah darjah kebesaran dan penghargaan yang berupa gelaran dan pengiktirafan, dia juga dapat gelaran2 yang unik dari rakyat malaysia.Antaranya bik mama, bik badak, puaka tebing dancing, jangan pandang belakang rosmah, tolong awek aku nama rosmah, duit ku duit rosmah jua, dan macam2 lagi. Mungkin rakyat sayang sangat kat rosmah mansur neh agaknya.

11. Isteri perdana menteri yang paling dasat.

Ya, di antara 10 kebaikan yang dia ada, neh larh kelebihan paling terbaik yang dia miliki. Dia dasat. Dia cukup dasat dalam semua segi. Kedasatan dia tiada tandingan. Bukan lawan orang biasa macam ko dan aku. So sila larh berhenti berangan2 kalau nak kalahkan dia pasal dia punya dasat.. ziana zain dan lee chong wei lebih tahu. Rakyat biasa macam aku dan ko neh hanya mengalami sebahagian kecik je dari kedasatan itu..tapi ziana zain dan lee chong wei alami banyak dah kot. Hahahaha.. kena peluk seribu tahun tak bernafas aku rasa..


Diciplak dari blog amenoworld

Tiada ulasan: