Rabu, 19 Oktober 2011

Pulakdah!

Pulakdah!


Sekitar Majlis Resepsi Pasangan RAFIZI RAMLI & AFISZA

Posted: 19 Oct 2011 10:34 AM PDT

Rafizi Ramli dan pasangannya Afisza berpakaian sedondon warna merah jambu di majlis resepsi perkahwinan mereka.


DS Anwar Ibrahim bersama Rafizi Ramli turut meraikan tetamu dengan lagu semasa majlis resepsi perkahwinannya sebentar tadi.

Tahniah kepada Sdr Rafizi Ramli.

ANGRY BIRD Dalam Telefon Bimbit Nokia 3310

Posted: 19 Oct 2011 06:33 AM PDT


Siapa kata game Angry Bird hanya untuk telefon pintar saja?. Telefon lama sendal pintu Nokia 3310 pun boleh juga memainkan permainan ini...

Fitnah Umno TERBONGKAR, Kenali Gadis Yang Diraba Anak Lim Guan Eng

Posted: 18 Oct 2011 11:37 PM PDT

Anya Sun Corke

Walaupun Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin tegas mempertahankan tuduhan blogger-blogger Umno bahawa anak Lim Guan Eng yang berusia 16 tahun seorang yang gila seks, pemimpin-pemimpin DAP telah berjaya membuktikan bahawa Umno sememangnya sebuah organisasi yang bersandar kepada pembohongan.

Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata imej gadis yang ditonjolkan bersama Marcus Lim di dalam blog-blog yang dikendalikan oleh Papagomo dan Ketua Umno Bukit Gelugor, Novandri Hasan rupa-rupanya ialah seorang pemain catur Grandmaster, Anya Sun Corke berusia 21 tahun. Boleh baca siapakah Anya Coke di dalam wikipedia di sini.

Anya, yang mewakili England, kini merupakan seorang pelajar di Wellesley College di Amerika Syarikat. Beliau tidak ada langsung apa-apa perkaitan dengan Pulau Pinang.


Inilah gambar yang dijadikan fitnah terbaru oleh KJ dan blogger-blogger Umno

"Ia adalah gambar yang disunting. Ini membuktikan bahawa tanpa sebarang keraguan lagi segala tuduhan oleh cybertroopers Umno ini adalah tipu dan merupakan satu tindakan yang tidak bertamadun," Tony Pua berkata pada sidang akhbar hari Rabu.

Lelaki TESTIKEL GERGASI Perlu RM3.1 juta Untuk Pembedahan

Posted: 18 Oct 2011 09:24 PM PDT

Seorang lelaki di Las Vegas memerlukan bantuan kewangan sebanyak USD1 juta (RM3.1 juta) bagi menjalani pembedahan memulihkan testikelnya yang seberat 45kg.

Testikel lelaki malang berusia 47 tahun ini telah membesar sehingga ia tidak dapat memakai seluar seperti biasa. Dia sekarang sedang mengikuti diet antibiotik dan perubatan.

Keadaan testikelnya begitu besar sehingga dia mempunyai masalah untuk berjalan dan menggunakan bilik mandi menurutnya di dalam Las Vegas Review -Jurnal.

Wesley Warren Jr, telah tampil di hadapan masyarakat untuk memohon bantuan di atas masalah scrotal elephantiasis dan cuba untuk mendapatkan bantuan tunai bagi menjalani operas pembedahan.

"Ia sangat sukar untuk bergerak. Ia menjadikan saya lebih banyak duduk sepanjang masa."

Keadaan Warren Jr telah membuat dirinya tertekan.

"Saya ingin mempunyai rakan-rakan yang sebenar dan menjalinkan hubungan dengan seorang wanita," katanya lagi.

Upacara Ritual Supaya STEVE JOBS Dilahirkan Semula

Posted: 18 Oct 2011 07:24 PM PDT

Kira-kira 40 orang telah menyertai sebuah upacara ritual di pulau Jerejak, Pulau Pinang supaya bekas pengasas bersama Apple, Steve Jobs akan dilahirkan semula.

Upacara yang dianjurkan oleh sebuah organisasi dari Rawang pada hari Ahad lalu telah dikecam oleh Persatuan Pertubuhan Agama Tao Malaysia serta beberapa pertubuhan Buddha yang mengecam upacara itu sebagai 'tidak masuk akal dan karut'

Laporan akhbar Sin Chew Daily turut menyebutkan bahawa kebanyakan peserta tidak mengenali siapakah Steve Jobs dan hanya turut serta di dalam upacara itu untuk berhibur ketika melancong di Pulau Pinang sambil berdoa untuk masa depan yang lebih baik.

Para peserta diminta menggigit sebiji epal dan bertafakur selama tiga minit sebelum membaling buah epal tersebut ke dalam laut. Bagaimanapun ada beberapa peserta yang memakan buah epal itu sehingga separuh sebelum berbuat demikian kerana ia sangat manis.

Menurut laporan lebih awal, peserta perlu membayar di antara RM50 dan RM75 untuk mengambil bahagian di dalam majlis tersebut.

Tiada ulasan: