Jumaat, 28 Oktober 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Ketirisan amat parah di Kementerian Pertahanan...

Posted: 28 Oct 2011 06:55 AM PDT



Apakah perasaan anda yang membayar cukai jika anda tahu bahawa Kementerian Pertahanan Malaysia telah membayar sebanyak RM7.55 bilion untuk membeli kereta perisai yang harga pada awal perjanjian dimeterai ialah RM1.7 Billion?


Apakah perasaan anda yang membayar cukai jika anda tahu bahawa Kementerian Pertahanan Malaysia telah membeli enam buah kapal peronda luar pantaidari Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd pada harga sebuah RM1 bilion (jumlah RM6 bilion) jauh lebih mahal dari mana-mana kapal yang serupa diseluruh dunia?

Apakah pula perasaan anda yang membayar cukai jika anda tahu bahawa Kementerian Pertahanan Malaysia telah membeli helikopter jenis Eurocopter EC725 pada harga RM190 juta setiap sebuah (RM2.3 bilion untuk 12 buah) manakala Brazil membeli helikopter jenis yang sama pada harga hanya RM82 juta sebuah.

Kesalahan bukannya terletak pada Kementerian Pertahanan tapi Menteri yang meluluskan peruntukan itu..

Aku tanya perasaan pembayar cukai kerana hanya 1.7 Juta rakyat Malaysia yang kena bayar cukai, lagi 12 Juta pekerja tidak memenuhi kriteria yang diperlukan untuk membayar cukai..

*********************

Ketirisan amat parah di Kementah

Bagaimana anda rasa sebagai pembayar cukai jika seseorang memberitahu anda bahawa Kementerian Pertahanan (Kementah) membayar sebanyak RM7.55 bilion untuk membeli kereta perisai yang harga sebenar hanya seperempat dari jumlah itu?

Jika anda benar-benar tahu berapa nilai RM7.55 bilion (atau RM7,550 juta) itu, anda mungkin terperanjat dan sukar untuk mempercayai dan memekik: "Adakah kerajaan kita begitu teruk? Adakah mereka begitu berani?"

Jawapannya ialah ia; dan tirai drama mula dibuka di parlimen kita, tidak seperti di setengah-setengah laman web yang membuat dakwaan yang tidak berasas.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua menyoal Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kenapa Kementah membayar harga yang sangat mahal, sebanyak RM7.8 bilion untuk 257 buah kereta perisai.

Zahid menjawab bahawa kementeriannya tidak tahu bahawa harganya RM7.8 bilion seperti mana yang didakwa oleh Pua dan harga kontrak muktamad ialah RM7.55 bilion.

Beliau juga menyatakan bahawa beliau tidak tahu menahu tentang urusniaga yang membolehkan pembekal mendapatkan kenderaan- kenderaan tersebut dari Turki pada harga seperempat dari harga yang dibayar oleh Kementah.

Namun penafian Zahid itu akhirnya terbongkar apabila Pua mendedahkan bahawa Zahid sendiri menyaksikan majlis menandatangani perjanjian urusniaga itu di Ankara, Turki pada bulan Februari lalu.

Perjanjian itu ditandatangani di antara syarikat pembekal Malaysia, Deftech dan pengeluar kenderaan pertahanan Turki FNSS, syarikat usahasama di antara BAE Systems Inc. dari United Kingdom dan Nurol Holding dari Turki.

Perjanjian ini dilaporkan dalam satu kenyataan akhbar bertarikh 3 Jun 2011 di laman web BAE System Inc. melibatkan kontrak bernilai USD559 juta yang diberi kepada FNSS untuk "merekabentuk, membangun dan mengeluarkan" sebanyak 257 DEFTECH AV-8 8X8 kereta perisai beroda dan Sokongan Logistik Berintergrasi untuk Angkatan Tentera Malaysia.

Kenderaan-kenderaan tentera yang diberi nama 'DEFTECH', sebenarnya direkabentuk oleh FNSS PARS 8X8, kenderaan serbaguna, pelbagai misi, kenderaan beroda lengkap dengan peralatan senjata.

Harga melambong

Ini bermakna Kerajaan Malaysia membayar Deftech sebanyak RM7.55 bilion (RM29.4 juta untuk sebuah), yang kemudian membayar FNSS sebanyak RM1.7 bilion untuk 257 buah kereta perisai itu (RM6.6 bilion sebuah).

Jika anda seorang pembayar cukai yang marah dengan 'rompakan di siang hari' melibatkan RM6 bilion dari dana awam, tunggu dulu sehingga anda mendengar harganya di pasaran, yang jauh lebih rendah dari yang ditawarkan oleh FNSS.

Pua dalam satu kenyataannya bertarikh 9 Mac 2011, dalam blognya melaporkan bahawa harga-harga berikut untuk kereta perisai yang setanding yang ditawar dan diurusniagakan dalam pasaran.

- Pasukan tentera Portugal membayar RM4.4 juta sebuah untuk kereta perisai Pandur II 8X8 (EUR364 juta untuk 353 buah)

- Model terbaru Pirahan III 8X8 kereta perisai beroda yang dikeluarkanoleh Swiss MOWAG GmBH bernilai RM3.9 juta (USD1.2 juta) untuk tiap-tiap sebuah.

Dengan harga-harga ini sebagai rujukan, adalah wajar untuk kita mengharapkan supaya Kementah membuat tawaran tender terbuka dan mencapai keputusan muktamad.

Kita boleh mengurangkan harga tidak melebihi RM4.5 juta dari RM30 juta untuk sebuah kenderaan pada ketika ini dan mengurangkan nilai kontrak kepada RM1.15 bilion dari RM7.55 bilion.

Ini bermakna kerajaan Barisan Nasional telah melambongkan harganya sebanyak enam hingga tujuh kali ganda mengikut dasar pembelian peralatan pertahanan yang sama sekali tidak bersifat telus dan bertanggungjawab.

Jumlah yang sebegitu tinggi amat memeranjatkan yang mungkin tidak pernah kita dengar walaupun dalam sebuah negara yang paling korup di dunia sekali pun.

Perbelanjaan yang menggila

Urusniaga ini adalah salah satu dari kes bagaimana Kementah membelanjakan wang berbilion ringgit untuk membeli bot peronda dan helikopter dengan harga yang begitu tinggi.

Sebagai contoh, Kementah membeli enam buah kapal peronda luar pantaidari Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd pada harga sebuah RM1 bilion (jumlah RM6 bilion).

Harga yang dibayar ini adalah lima kali ganda dari apa yang dibayar oleh Royal New Zealand Navy untuk pembelian OPV, diperolehi pada harga hanya RM210 juta sebuah (NZ$90 juta) dari syarikat kedua terbesar di dunia, BAE Systems.

Begitu juga dengan pembelian helikopter jenis Eurocopter EC725 pada harga RM190 juta setiap sebuah (RM2.3 bilion untuk 12 buah) manakala Brazil membeli helikopter jenis yang sama pada harga hanya RM82 juta sebuah.

Melihat kepada tiga kontrak ini sahaja – kereta perisai, kapal peronda dan helikopter – menyaksikan ketirisan sebanyak RM12 bilion ekoran transaksi Kementah ini.

Dengan wang sebanyak ini, kita boleh membina rumah kos rendah untuk 250,000 keluarga, menyediakan kemudahan perumahan kepada sejuta rakyat yang tidak mampu.

Dasar pembelian pihak pertahanan melibatkan rasuah yang begitu bermaharajalela sememangnya diketahui ramai di kalangan para pegawai dan eksekutif pertahanan antarabangsa seperti mana yang didedahkan oleh Wikileaks.

Wikileaks mendedahkan kabel dari Kedutaan Amerika Syarikat tentang rakaman perbualan di antara saudara mara dan rakan-rakan ahli-ahli politik ketika pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi selaku perdana menteri dan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai timbalannya pada sekitar tahun 2004 hingga 2009.

Di samping mendedahkan jenis rasuah secara spesifik, kabel Amerika itu juga mendedahkan bahawa rasuah menjadi sumber pendapatan utama sebagai dana politik bagi mengekalkan kuasa pihak pemerintah.

Melihat dari perspektif yang lebih besar, ketirisan akibat tiga kontrak ini merupakan sebahagian kecil sahaha dari ketirisan-ketirisan yang berlaku dalam sistem pembelian kerajaan Barisan Nasional, sebagaimana didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010.

Laporan-laporan tahunan seperti ini, yang mendedahkan amalan rasuah dan salah guna pengurusan (hingga ada yang sukar dipercayai) sering menjadi peringatan bahawa kita terperangkap dengan sistem tadbir urus yang buruk dan akibatnya akan terus menerus mengeringkan sumber dana negara.

Tetapi jika kita menyedari bahawa Laporan Ketua Audit itu adalah sebahagian kecil dari ketirisan yang berlaku setiap tahun, kerana ianya meliputi laporan sebahagian kecil sahaja dari jumlah ratusan jabatan-jabatan kerajaan yang ada maka tentu kita amat bimbang dengan keadaan ini.

Dan adakah perubahan terhadap institusi-institusi telah dan akan berlaku di bawah pimpinan politik sekarang?


Free Malaysia Today

Sejak bila KWSP dijadikan sebagai BANK?

Posted: 28 Oct 2011 04:23 AM PDT

Pengurus Besar, Perhubungan Awam, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Nik Affendi Jaafar menegaskan pada 1 November 2010, tujuan utama penubuhan KWSP adalah sebagai skim simpanan nasional untuk menyediakan jaminan kewangan kepada ahli semasa persaraan mereka.

Bagi mencapai objektif ini, KWSP sentiasa berusaha memastikan nilai simpanan ahli semakin meningkat bagi membolehkan mereka menjalani kehidupan persaraan dengan selesa.


Kenyataan beliau itu dibuat berikutan dari tersiarnya satu surat daripada 'Anita Za'aba', Klang, Selangor, yang disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia pada 30 Oktober 2010 berhubung dengan cadangan untuk membolehkan simpanan KWSP digunakan bagi mengerjakan ibadat haji.

Nampak tak??

Seorang penyimpan dalam KWSP mencadangkan agar simpanan KWSP digunakan bagi mengerjakan ibadat haji dan jawapan dari Pengurus Besar dari KWSP ialah cadangan Anita Za'aba itu tidak menepati tujuan ahli mencarum dengan KWSP dan juga bercanggah dengan objektif penubuhan KWSP.

Itu bila penyimpan sendiri memberikan cadangan untuk menggunakan simpanan KWSPnya.. tapi cuba lihat berapa Billionkah yang dipinjamkan KWSP kepada 13 peminjam yang kononnya layak tanpa sebarang jaminan dari Kerajaan..

Laporan yang membuatkan aku tertanya-tanya...

1. Sejak bila pula KWSP diiktirafkan atau diwartakan sebagai BANK ?
2. Sejak bila pula KWSP boleh memberi pinjaman kepada syarikat koprat ?
3. Berapa peratus kah faedah yang dikenakan oleh KWSP kepada peminjam tersebut?
4. Kenapa tidak diberikan kemudahan pinjaman tersebut kepada pencarum pencarum KWSP?
5. Boleh tak KWSP senaraikan peminjam peminjam yang telah diluluskan dan prestasi syarikat tersebut membayar balik pinjaman tersebut ?
6. Bolehkah KWSP senaraikan syarikat syarikat koprat yang gagal membayar balik pinjaman yang telah diluluskan dan berapa kah jumlah NPL tersebut?
7. Apakah cagaran atau jaminan dan siapa kah pihak yang memberi kuasa atau kelulusan pinjaman tersebut?
8. Apakah tindakan KWSP kepada syarikat syarikat yang gagal membayar ansuran bulanan yang ditetapkan ?
9. Apa kah jumlah minima dan jumlah maksimah sesuatu pinjaman tersebut?
10. Kenapa syarikat syarikat tersebut tidak membuat pinjaman terus kepada pihak bank yang berdaftar di Malaysia ?

*******************

KWSP lulus pinjaman RM55b tanpa jaminan k'jaan

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah meluluskan pinjaman bernilai RM55.1 bilion tanpa sokongan jaminan kerajaan.

Bagaimanapun, Laporan Ketua Audit Negara 2010 mendapati hanya satu daripada 13 peminjam yang layak mendapatkan pinjaman tanpa jaminan tersebut. Peminjam berkenaan diberi pinjaman RM21.3 bilion.

azlanDaripada 12 baki penghutang tersebut, dua daripadanya dikecualikan daripada jaminan kerajaan kerana mereka mempunyai penarafan kredit yang tinggi.

Pinjaman kepada kedua-dua pihak berkenaan berjumlah RM7.3 bilion.

(Penjelasan dalam laporan maklum balas Perbendaharaan terhadap isu utama dalam laporan Ketua Audit Negeri mengenai aktiviti badan berkanun bagi 2010 - menyebut kedua-duanya ialah Khazanah Nasional Berhad dan Tenaga Nasional Berhad).

Menurut Laporan Kedua Audit Negara itu lagi, KWSP juga telah meluluskan 15 pinjaman bernilai RM35.69 bilion sehingga 31 Disember 2010.

azlanDaripada 15 pinjaman yang diberikan - menurut laporan itu - dua diluluskan kepada syarikat bukan subsidiari kerajaan walaupun mempunyai jaminan kerajaan - masing-masing bernilai RM1.24 bilion dan RM5 bilion.

(Penjelasan dalam laporan maklum balas Perbendaharaan terhadap isu utama dalam laporan Ketua Audit Negeri mengenai aktiviti badan berkanun bagi 2010 - menyebut kedua-duanya ialah Assets Global Network [AGN] dan Valuecap Sdn Bhd.)

KWSP menjelaskan AGN dimiliki sepenuhnya Syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) dan oleh itu, merupakan syarikat subsidiari kerajaan.

Valuecap dimiliki oleh tiga syarikat induk, iaitu Khazanah, Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dengan masing-masing memegang peratus kepentingan yang sama.

Menurut penjelasan itu lagi, Valuecap adalah mirip kepada agensi kerajaan memandangkan dua daripada pemegang sahamnya adalah merupakan agensi kerajaan - Malaysiakini

*****************

KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA

Saya merujuk kepada surat daripada 'Anita Za'aba', Klang, Selangor, yang disiarkan
dalam akhbar Utusan Malaysia pada 30 Oktober 2010 berhubung dengan cadangan
untuk membolehkan simpanan KWSP digunakan bagi mengerjakan ibadat haji.

KWSP ingin menegaskan sekali lagi tujuan utama penubuhan KWSP sebagai skim
simpanan nasional adalah untuk menyediakan jaminan kewangan kepada ahli semasa
persaraan mereka. Bagi mencapai objektif ini, KWSP sentiasa berusaha memastikan nilai
simpanan ahli semakin meningkat bagi membolehkan mereka menjalani kehidupan
persaraan dengan selesa.

Kelonggaran KWSP membenarkan ahli membuat pengeluaran pra-persaraan seperti
perumahan, pendidikan, umur 50 tahun dan membiayai rawatan penyakit kritikal adalah
sebagai persediaan persaraan dan untuk meningkatkan kualiti hidup mereka.

Dalam hubungan ini, sebarang cadangan untuk mengeluarkan simpanan KWSP bagi
tujuan bukan persaraan akan menjejas dan mengurangkan jumlah simpanan ahli untuk
persaraan mereka.

Oleh yang demikian, cadangan Anita Za'aba tidak menepati tujuan ahli mencarum
dengan KWSP dan juga bercanggah dengan objektif penubuhan KWSP.


NIK AFFENDI JAAFAR
Pengurus Besar
Perhubungan Awam
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
Tarikh: 1 November 2010

Malaysia juga miliki Kereta Perisai termahal di dunia?

Posted: 28 Oct 2011 03:25 AM PDT



KUALA LUMPUR 28 Okt: Kerajaan digesa menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyiasat pembaziran Kementerian Pertahanan yang membeli kenderaan berperisai berjumlah RM7.55 bilion.


Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff berkata, ia penting kerana pembaziran itu berterusan sejak Datuk Seri Najib Razak memimpin kementerian itu.

Najib ialah menteri pertahanan sehingga 2009 sebelum kementerian itu diterajui Datuk Ahmad Zahid Hamidi.

"Jumlah pembaziran yang didedah itu cukup tinggi malah Ketua Audit Negara sebelum ini mendesak segala pembaziran yang berlaku itu segera diperbetulkan.

"Oleh itu, kita mendesak satu jawatankuasa khas bagi menyiasat pembaziran itu," katanya dihubungi Keadilandaily.com.

Pada perbahasan di Parlimen sebelum ini, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mempersoal tindakan kementerian Pertahanan membeli 257 kenderaan perisai berharga RM7.5 bilion, iaitu enam hingga tujuh kali lebih mahal berbanding harga pasaran.

Tony Pua dalam kenyataannya berkata, beberapa kenderaan berperisai yang hampir sama, memiliki harga yang lebih rendah di pasaran.

Antaranya, tentera Portugal yang membayar RM4.4 juta untuk setiap satu kenderaan berperisai model Pandur II 8×8.

Manakala versi terkini kenderaan berperisai model Pirahan III 8×8 yang dibangunkan Swiss MOWAG GmBH pula hanya berharga RM3.9 juta setiap satu.

Sebelum ini, kementerian pertahanan turut membazirkan wang rakyat dengan membeli enam kapal peronda pesisir pantai (OPV) dari Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd pada harga RM1 bilion dengan harga keseluruhan RM6 bilion.

Jumlah itu lima kali ganda lebih mahal berbanding apa yang dibayar Royal New Zealand Navy untuk tujuan sama.

Kementerian Pertahanan juga membeli helikopter Eurocopter EC275 pada harga RM190 juta setiap satu berbanding Brazil yang hanya membeli helikopter itu hanya RM82 juta setiap satu.

Ini bermakna kementerian itu membazirkan wang rakyat sebanyak RM108 juta.

Sekali imbas angka-angka tiga kontrak ini – kenderaan berperisai, kapal peronda dan helikopter – menandakan berlakunya ketirisan dan pemborosan wang rakyat sekitar RM12 bilion daripada urusniaga kementerian itu -keadilandaily.com


Asal perjanjian ditandatangani kontrak ini bernilai RM1.7 Billion sahaja sila lihat di SINI

Malaysia miliki Kapal Peronda termahal di dunia?

Posted: 28 Oct 2011 02:25 AM PDT



KUALA LUMPUR: Kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) membayar 870 peratus lebih mahal dari negara lain bagi pembelian kapal laut, kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Phua.


Beliau merujuk pengumuman Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini yang menyatakan kerajaan menyediakan peruntukan RM6 bilion untuk membeli enam kapal laut.

Katanya, pembelian kapal peronda pesisir pantai OPVs oleh Tentera Laut Diraja New Zealand tahun lalu hanya bernilai NZ$90 juta (RM210 juta) setiap satu, sedangkan Malaysia membayar RM1 bilion setiap satu.

"Israel pula membayar AS260 juta (RM791 juta) untuk OPVs, kurang RM219 juta daripada yang dibayar Kementerian Pertahanan," katanya dipetik dari Malaysiakini.

Phua juga menyenarai harga kapal laut negara lain iaitu kelas Roisin buatan Ireland bernilai AS34 juta (RM103 juta); Super Vita dari Greek AS$108 juta (RM329 juta); Type 130 dari Jerman AS188 juta (RM572 juta) dan Saar V dari Israel AS260 juta (RM791 juta)
setiap satu.

"Lockheed Martin dan General Dynamics, dua syarikat persenjataan terbaik dan terbesar di dunia, membina kapal perang Littoral (LCS) Amerika Syarikat dengan nilai kurang AS300 juta (RM913 milion) pada 2004," katanya.

Sebelum ini, syarikat milik kerajaan Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Penang Shipyard and Construction Industries Bhd (PSCI) diberi kontrak sama pada 1998 bagi membina dan membekal enam kapal peronda dengan harga RM5.4 Bilion.

Bagaimana, syarikat itu gagal menyiapkannya dan meminta kerajaan untuk mengeluarkan modal tambahan dipercayai akibat amalan korupsi dan membawa kepada krisis dalaman.

Berikutan itu, pengurusan PSCI dirombak dan digabung dengan Boustead Holding Bhd, menjadi Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd.


http://www.keadilandaily.com/?p=6341

Kerajaan UMNO Johor belanja RM1.8 Juta untuk website yang dah 4 tahun tak siap-siap..

Posted: 27 Oct 2011 10:23 PM PDT



June lalu Kerajaan Malaysia yang dikepalai oleh UMNO melalui Kementerian Pelancongan dilaporkan telah membelanjakan hampir RM1.8 juta iaitu RM1,758,432.00 bagi membina dan menyelanggara laman enam Pages Facebooknya.


Timbalan Menteri Pelancongan Datuk James Dawos Mamit berkata kontrak RM1.8 juta itu ditenderkan kepada syarikat, Impact Creations Sdn Bhd, untuk selama tiga tahun iaitu bermula 2011 hingga 2013.

Setiap pages menelan belanja RM293,072.00 ini termasuk dengan pages untuk Cuti-Cuti 1 Malaysia, Citrawarna 1Malaysia, Karnival Jualan Mega 1 Malaysia, Festival Pelancongan Seni Kontemporari 1 Malaysia, Kempen 1 Malaysia Bersih dan Fabulous Food 1 Malaysia.

Hari ini pula Laporan Ketua Audit Negara mendedahkan Kerajaan Negeri Johor yang ditadbir oleh UMNO membelanjakan jutaan ringgit bagi menubuhkan e-portal untuk menyemak status nikah, cerai dan rujuk individu Islam, di negeri itu tetapi portal berkenaan tidak pernah menjadi kenyataan selepas hampir empat tahun tarikh yang dijadualkan.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2010, portal 'e Nikah Cerai Rujuk' (e-NCR) - sepatutnya boleh dilayari pada Januari 2008, tetapi pemindahan atau migrasi data masih belum siap.

Hampir sama saja jumlahnya dengan Pages Facebook Kementerian Pelancongan.. lebih teruk lagi duit lesap kerja tak siap…

Pandainyaaa pemimpin UMNO menghabiskan duit negara…

*******************

Johor belanja RM1.78j bagi e-NCR yang belum boleh dilayari

Kerajaan Johor membelanjakan jutaan ringgit bagi menubuhkan e-portal untuk menyemak status nikah, cerai dan rujuk individu Islam, di negeri itu tetapi portal berkenaan tidak pernah menjadi kenyataan selepas hampir empat tahun tarikh yang dijadualkan.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2010, portal 'e Nikah Cerai Rujuk' (e-NCR) - sepatutnya boleh dilayari pada Januari 2008, tetapi pemindahan atau migrasi data masih belum siap.

Ini berlaku meskipun Unit Sains Teknologi dan ICT Johor (Ustict) telah membayar RM1.78 juta untuk tujuan tersebut.

"Tiada tarikh akhir yang diberikan untuk kontraktor untuk menyiapkan kerja," petik laporan itu.

Menurut laporan audit, hanya kira-kira 16,000 daripada 70,254 data yang berjaya dipindahkan, dan daripada jumlah itu hanya 3 peratus yang berjaya disahkan.

"Pada pendapat Audit, proses pengesahan data adalah tidak memuaskan kerana 3 peratus sahaja data yang telah disahkan dan sebanyak 725 data nikah yang telah disahkan didapati tidak lengkap.

"Pengesahan data yang tidak lengkap boleh menjejaskan integriti data nikah," petik laporan audit itu.

Laporan itu juga mendapati bahawa tidak terdapat data 'back up' untuk data-data berkenaan yang disimpan di bangunan lain, sekurang-kurangnya dalam tiga salinan.

Meskipun terdapat bayaran penalti bagi kelewatan projek iaitu sebanyak RM500 sehari ditetapkan dalam kontrak, namun dokumen itu juga mempunyai perkara yang bercanggahan dan jalan keluar bagi kelewatan.

Aplikasi e-NCR bertujuan meningkatkan mutu perkhidmatan pengurusan keluarga Islam dengan menyediakan sistem pendaftaran dan penyemakan pelbagai urusan nikah, cerai dan rujuk secara online.

Ia mempunyai enam modul utama iaitu Modul Profil, Pra Perkahwinan, Nikah Cerai Rujuk, Khidmat Nasihat (kaunseling), Kamus Jawi dan Laporan.

Kos pembangunan keseluruhan projek bernilai RM2.93 juta dan sepatutnya siap dalam tempoh sepuluh bulan iaitu bermula April 2007.

Malaysiakini

Marah harga tiket naik, Website FAM digodam dan logo ditukar..

Posted: 27 Oct 2011 09:15 PM PDT



KUALA LUMPUR, 28 Okt — Tidak sampai satu hari selepas Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di Kelana Jaya dilempar cat — dipercayai kerana marah dengan tindakan badan itu menaikkan harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia, laman webnya pula digodam.


Laman web itu dipercayai digodam tengah malam tadi dan mesej yang diletakkan jelas menunjukkan tindakan itu dilakukan kerana marah dengan kenaikan harga tiket perlawanan akhir yang akan diadakan esok.

Perlawanan akhir yang akan berlangsung di Stadium Shah Alam membabitkan pertemuan Terengganu dan Negeri Sembilan.

Lambang FAM diletakkan imej khinzir dengan simbol "$" manakala perkataan persatuan diconteng dengan tanda pangkah (gambar).

Ia turut diiringi mesej yang berbunyi "So hang ckp ni negara demokrasi eh? So kami tak puas kami godam ja.. Don`t blame us."

"Penyokong bebas buat apex2 je," kata mesej itu yang turut melabel FAM seolah-olah bertindak seperti "kapitalis" dengan menaikkan harga tiket.

Laman yang digodam itu turut membawa satu berita akhbar tempatan mengenai kenaikan harga tiket dengan kenyataan FAM bahawa pihaknya tidak akan berganjak daripada keputusan mengenakan RM50 meskipun diprotes dan dikecam banyak pihak.

Laporan semalam memetik polis berkata pihaknya menolak andaian kejadian melempar cat merah di Wisma FAM berpunca daripada isu kenaikan harga tiket perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia.

Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah bagaimanapun berkata polis akan menyiasat sama ada wujud unsur khianat atau hutang memandangkan ia boleh berlaku atas banyak sebab.

"Andaian bahawa ia adalah sebab harga tiket itu spekulasi orang, tetapi sebab sebenarnya kita akan siasat," katanya merujuk kepada kejadian kira-kira pukul 3.30 pagi semalam.

Dalam kejadian itu, lima bungkus plastik mengandungi cat merah dilempar oleh empat lelaki bermotosikal dari luar kawasan wisma itu sehingga mengotori lantai pintu depan wisma serta memercik dan bertompok pada dinding tingkat satu serta bumbung.

Sebahagian cat turut mengenai kereta seorang pengawal keselamatan yang bertugas yang diletakkan berdekatan pagar wisma, namun sebuah bas milik FAM tidak diapa-apakan.

FAM memutuskan untuk menaikkan harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia daripada RM30 kepada RM50 melibatkan Terengganu dan Negeri Sembilan.

Tindakan itu menimbulkan kemarahan peminat bola sepak yang merasakan kenaikan itu satu beban.

Dalam reaksinya semalam mengenai tindakan melempar cat, Presiden FAM Sultan Ahmad Shah menyifatkannya sebagai perbuatan bodoh.

"Biarkanlah, itu orang bodoh, kita tidak boleh ambil tindakan sendiri, kita ada undang-undang," titah baginda.

Menurut baginda, Setiausaha Agung FAM Datuk Azzuddin Ahmad telah pun menjelaskan bahawa kenaikan harga tiket itu adalah bagi tujuan menampung pelbagai perbelanjaan yang meningkat.

Sultan Ahmad Shah bertitah FAM tidak akan mengubah harga tiket yang telah dipersetujui bersama oleh kedua-dua persatuan bola sepak negeri berkenaan.

Bagi membantu penyokong masing-masing, kerajaan negeri Terengganu memberi subsidi RM25 untuk 30,000 tiket manakala Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan pula memberikan potongan RM20.


The Malaysian Insider

Tiada ulasan: