Anak Sungai Derhaka |
- Suara PERKASA tak laku, Ibrahim Ali nak jual Utusan pula..
- Asalkan bukan UMNO....
- Harga 11 beg tangan Rosmah antara RM638 Ribu hingga RM5 Juta ?
- Suruh saman sangat.. kan dah nak kena saman..
- Hudud : Hukum mencuri Mee Segera dan Cincin RM24 juta. (Video Inside)
- DAP dalang pencerobohan Hutan Simpan Kekal Chikus ?
- Ustaz Kazzim sebagai Ahli Panel?.. Hormatilah suara minoriti wahai PR Pulau Pinang...
Suara PERKASA tak laku, Ibrahim Ali nak jual Utusan pula.. Posted: 27 Oct 2011 08:01 AM PDT KUALA LUMPUR 26 Okt. - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menyeru orang ramai khususnya orang Melayu supaya memberi sokongan kepada Utusan Malaysia dengan membeli akhbar tersebut. Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, orang Melayu seharusnya berbangga dengan peranan Utusan Malaysia dalam memperjuangkan dan menjadi suara kepada kaum itu. Katanya, akhbar berkenaan telah melalui pelbagai tempoh sukar apabila sering kali dibidas kerana mempertahankan hak orang Melayu tetapi tidak pernah berputus asa dan teguh dengan pendirian mereka. "Perkasa tidak akan berjaya seperti hari ini kalau bukan kerana Utusan. Sejak daripada zaman Tan Sri Zam (Zainuddin Maidin) lagi sehinggalah sekarang, Utusan masih teguh dengan pendirian mereka mempertahankan hak Melayu dan tidak pernah berhenti melakukannya walaupun dibidas pihak tertentu. "Justeru, saya tegaskan di sini bahawa sebagai orang Melayu, kita harus mempertahankan akhbar yang telah banyak berjasa kepada kita ini. Ingin saya tegaskan juga di sini bahawa orang Melayu yang tidak membaca Utusan Malaysia bukanlah golongan yang mempunyai darah Melayu tulen," katanya ketika berucap pada Persidangan Perkasa Kedua di sini hari ini. Pada akhir ucapannya itu, beliau turut melaungkan hidup Utusan Malaysia sebanyak tiga kali sambil disambut oleh 7,000 ahli serta perwakilan yang hadir pada persidangan tersebut. |
Posted: 27 Oct 2011 04:51 AM PDT Perkasa dan Ibrahim Ali begitu kecewa dengan kehadziran yang begitu kecil semasa Himpunan Sejuta umat di Stadium Shah Alam beberapa hari yang lepas. Hanya 5000 orang sahaja yang datang untuk menghadiri perhimpunan itu. Pada awalnya adalah dijangkakan seramai ratusan ribu orang Melayu Islam akan hadzir tetapi jelas walaupun dengan publisiti yang begitu meluas hanya 5000 orang sahaja yang hadzir. Tetapi kawan rapat saya memberi komen sinis yang jika himpunan itu hendak bercakap kepada 1 juta umat maka pengelola perhimpunan itu terpaksa mengadakan 200 kali perhimpunan seperti itu untuk menyukupkan jumlah 1 juta itu. Satu hakikat yang sangat jelas ialah jika apa-apa perhimpunan itu di anjurkan oleh kumpulan yang ada kaitan dengan parti pemerintah begitulah keadaan sambutannya. Persepsi rakyat begitu rendah terhadap parti pemerintah dan kedatangan seramai 5000 orang dari seluruh negara itu sudah boleh di anggap berjaya jika di bandingkan dengan persepsi rendah orang ramai terhadap pemerintah. Ramai dari rakan-rakan yang saya temui beberapa hari sebelum perhimpunan itu diadakan meramalkan yang kedatangan dan sambutan terhadap perhimpunan itu adalah rendah. Masing-masing memberi sebab masing-masing dengan andaian masing-masing. Tetapi yang pasti himpunan 1 juta umat itu adalah perhimpunan yang dipengaruhi oleh politik dan di sabitkan pula dengan penglibatan parti-parti dalam BN walaupun penganjurnya adalah di atas nama NGO. PAS dan parti-parti lain memang tidak terlibat dengan perhimpunan itu. Yang mampu membawa keluar ramai umat ialah parti-parti dari PR dan tidak ada mana-mana perhimpunan anjuran BN atau kumpulan yang bersimpati dengan BN itu berjaya mengumpulkan umat yang ramai. Isu tuduhan BN terhadapa kristian yang berusaha memurtadkan orang Islam itu (jika benar pun) tidak mungkin boleh di selesaikan dengan perhimpunan seperti itu. Jika kita sayangkan agama kita orang Islam mesti di hormati dan untuk mendapatkan penghormatan itu hanyalah dengan menunjukan kita sebagai seorang Islam yang baik lebih-lebih lagi kepada pemimpin-pemimpin yang beragama Islam. Menjadi pemimpin bukannya satu kerja mudah. Pemimpin mesti menunjukan kewibawaan yang tinggi dan jika di pandang dari sudut keagamaan pemimpin-pemimpin kita harus menunjukan yang mereka betul-betul menghormati dan menjunjung agama kita dengan tahap yang sewajarnya. Kita terlalu obses bercakap pasal Islam tetapi rakyat nampak jelas pemimpin kerajaan sendiri melanggar Islam dengan tidak merasa malu dan silu. Melakukan rasuah adalah bertentangan dengan Islam dan Islam menyamakan perasuah itu sebagai orang yang memakan daging saudaranya sendiri. Bagaimana sebuah kerajaan yang menjadikan Islam sebagai modal politik sedangkan apa-apa yang dilakukan itu semuanya bertentangan dengan kehendak Islam. Dalam lapuran Ketua Audit negara yang baru dikeluarkan itu nampak jelas tidak ada Islamnya lagi. Barang yang berharga RM 400 dibeli oleh jabatan-jabatan yang terlibat dengan harga lebih dari seribu ringgit. Pembelian alat keperluan angkatan tentera yang Def Tech boleh bekalkan dengan harga RM450 juta dibekalkan dengan harga lebih dari RM5 billion. Dimana Islamnya dan dimana amanahnya sebagai pemimpin yang beragama Islam. Apa semuanya ini? Apabila rakyat yang terdesak pergi meminta bantuan dari pihak gereja walaupun tidak ada bukti mereka dimurtadkan maka semua mereka (kerajaan) mempolitikannya dan mengadakan perhimpunan sejuta umat pula. Rakyat ramai yang terdesak kehidupannya tetapi mereka mendengar pemimpin-pemimpin melakukan kerja yang menyakitkan hati mereka. Mereka mendengar isteri-isteri pemimpin melalui TV memakai emas berlian berkarat-karat beratnya. Tas tangan kepunyaan setengah isteri- isteri pemimpin kita berharga ratusan ribu ringgit bagi satu beg tangan itu. Kalau dikaji latar belakangnya bukannya datang dari keluarga yang kaya-raya pun. Mereka semuanya datang dari taraf sosial yang tidak jauh bezanya dengan kita semua ini. Sikap menunjuk-nunjuk ini selalunya dilakukan oleh mereka yang berlatar belakangkan mereka yang baru jumpa 'dunia'. Mereka tidak senang hidup jika orang ramai tidak tahu yang mereka sekarang adalah isteri pemimpin yang kaya raya. Orang tua-tua dahulu ada berkata, 'kalau orang berdarah raja itu jika menjadi tukang sapu sampah atau jadi tukang cat sekali pun, ia tetap raja, tetapi jika si sengkek diletakan mahkota di kepala mereka sekali pun, mereka tetap sengkek'. Rakyat yang terdesak kehidupan mereka tidak dapat menyelesaikan masalah mereka dengan 'one-off payment' sebanyak RM 500 yang diumumkan oleh PM baru-baru ini. Kalau pemimpin kita tidak cukup dengan gaji yang besar sehingga melakukan rasuah bagaimana rakyat hendak hidup dengan bantuan RM500 itu? RM500 itu sebenarnya tidak cukup pun untuk membiayai makanan kucing orang-orang kaya dalam kerajaan pada hari ini. Rungutan ini memang sudah lama tetapi keadaan masih tidak nampak akan berubah. Jika rakyat mengambil keputusan untuk mencari penyelesaian dengan mencuba memberikan mandate kepada parti-parti lain untuk mentadbir negara itu merupakan satu tindakan yang tidak boleh disalahkan. Ini negara demokrasi bukan? Lagi pun tidak ada dosa atau kesalahan untuk sesiapa memberikan sokongan kepada pihak lain jika mereka tidak berpuas hati dengan pimpinan yang telah diberikan mandat selama lebih dari 5 dekad ini. Kuasa itu adalah kuasa rakyat bukannya kuasa mereka yang sedang memerintah itu. Ibrahim Ali semasa ucapan penutup perwakilan Perkasa baru-baru ini telah bertanya, dimanakah perginya orang-orang Melayu dan Islam kerana tidak memberikan sambutan kepada himpunan 1 juta umat itu walaupun tujuannya ialah untuk perjuangan Islam dalam mempertahankan orang Islam dari dipengaruhi oleh kristian dengan tujuan memurtadkan orang-orang yang beragama Islam. Seterusnya sila sambung bacaan anda di SINI |
Harga 11 beg tangan Rosmah antara RM638 Ribu hingga RM5 Juta ? Posted: 27 Oct 2011 12:58 AM PDT Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor diminta menjelaskan dari mana beliau memperoleh wang bagi membeli sekurang-kurangnya 11 beg tangan mewah jenama Birkin. Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin berkata, sekiranya anggaran kasar, Rosmah membelanjakan minima RM638,000 hingga maksima RM5,192,000 untuk membeli beg tangan berkenaan. Bagi beg edisi terhad itu, harga sebuah beg tangan dikatakan mencecah RM28,000 (US$ 9,000) hingga RM472,000 (US$150,000) bagi setiap satu. "Dalam Belanjawan yang dibentangkan Datuk Seri Najib Razak, saya telah menyatakan Rosmah tidak memberikan contoh dan model yang baik sebagai suri rumah, akibat sikap borosnya berbelanja. "Ini kerana kita tahu, suri rumah tangga lazimnya menggunakan pendekatan belanja yang berhemah dan berjimat cermat dalam perbelanjaan mereka. Tapi Rosmah memberi contoh yang tidak baik kepada suri rumah dan golongan wanita," katanya. Minggu lalu, Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mempersoalkan kegagalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz menjawab soalan bertulis yang dikemukakan berhubung pemilikan beberapa beg tangan jenama Birkin oleh isteri perdana menteri. Dalam soalannya, Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching bertanya sama ada benar atau tidak Datin Seri Rosmah Mansor memiliki cincin berlian RM24 juta dan beberapa beg mahal berjenama Birkin. Bagaimanapun, Nazri langsung tidak menjelaskan tentang beg tangan berkenaan. Katan Teo, berdasarkan gambar di internet, bilangan beg tangan Birkin yang dibawa Rosmah ke majlis rasmi serta bercuti, bukan satu atau dua, tetapi sekurang-kurangnya 11 warna berlainan. "Jika Nazri memilih untuk tidak menjelaskan soalan berhubung beg tangan Birkin itu, adakah ini bermakna bahawa khabar angin berkenaan adalah benar?," soal Teo. http://www.keadilandaily.com/?p=22229 |
Suruh saman sangat.. kan dah nak kena saman.. Posted: 27 Oct 2011 12:10 AM PDT Menurut Yang diPertua Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) cawangan Barat Daya, Mohd Faiz Mohd Rafeek, "Daripada Guan Eng mengeluarkan kenyataan yang bakal menjerat leher sendiri, adalah lebih baik dia mengambil tindakan dengan menyaman pihak yang bertanggungjawab. Bukankah sebelum ini dia amat gemar menyaman mana-mana pihak yang tidak berpihak kepadanya. Jadi, mengapa bila isu ini timbul, dia mengambil pendekatan yang berbeza. Beberapa hari kemudian berkata pula Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Senator Datuk Musa Sheikh" sikap Guan Eng yang sebelum ini gemar mengambil tindakan saman dan membuat laporan polis terhadap sebarang isu yang dirasakannya tidak benar, kini mengambil langkah berbeza apabila membiarkan anak lelakinya terus dikaitkan dengan isu moral yang sudah pasti merosakkan moral remaja berkenaan." Kedua-dua kenyataan diatas telah disiarkan oleh UMNO Online.di SINI dan di SINI Oleh kerana korang nak sangat Guan Eng saman.. hari ini memberi tempoh 48 Jam kepada UMNO Online untuk memohon maaf atau berhadapan dengan tindakan undang-undang.. ******************* Guan Eng beri tempoh 48 jam kepada Umno Online Harakahdaily KUALA LUMPUR, 27 Okt: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng akan mengambil tindakan undang-undang terhadap web Umno Online jika gagal memohon maaf dalam masa 48 jam. Guan Eng berkata, ianya ekoran laporan web itu yang berterusan memanjangkan fitnah kononnya anaknya mencabul seorang remaja perempuan yang hangat diperkatakan sebelum ini. Dalam satu kenyataan hari ini, beliau mahu web itu membuat permohonan maaf dan menarik balik artikel fitnah berkaitan anaknya itu dalam masa dua hari bermula hari ini atau berdepan laporan polis dan tindakan undang-undang lain. "Selepas kami sekeluarga berbincang, kami dengan berat hati memutuskan terpaksa mengambil tindakan. "Kami memberi tempoh 48 jam kepada Umno Online untuk menarik balik dan memohon maaf di atas permainan politik dan tuduhan terhadap anak lelaki saya atau kami tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis dan tindakan lain sewajarnya," katanya. Menurutnya, web tersebut juga menyiarkan tuduhan yang kononnya memetik laporan akhbar Guang Ming Daily sebagai berkata, 'anaknya ditukar sekolah kerana masalah dadah'. Sedangkan laporan tersebut katanya telah dinafikan oleh Guang Ming selepas itu. Guan Eng juga turut kesal dengan tindakan pemimpin Umno dan MCA yang didakwa terus memainkan isu tersebut walaupun beberpa pihak yang berkaitan turut menafikan perkara tersebut. Ianya termasuk dari penafian 'mangsa', Anya Corke sendiri yang mendakwa tidak pernah dilakukan seperti difitnah tersebut malah tidak pernah bertemu anak ketua menteri Pulau Pinang itu. Penafian juga turut dibuat Pengarah Pelajaran Pulau Pinang, Encik Ahmad Tarmizi Kamaruddin seperti dilapor akhbar The Star pada 22.10.2011. "Malah Bernama melaporkan bahawa Timbalan Perdana Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menyertai kontroversi menyerang anak saya, dengan menyatakan bahawa penafian sahaja tidak cukup dan mencabar saya membuat laporan polis," katanya. Sabtu lepas, Muhyiddin mencabar Guan Eng supaya membuat laporan polis berhubung dakwaan beberapa pihak terhadap anaknya itu bagi membersihkan nama anaknya memandangkan penafian tidak mencukupi. Cabaran sama turut diulanginya semasa menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2012 berkaitan Kementerian Pelajaran pada persidangan Dewan Rakyat pada Isnin. |
Hudud : Hukum mencuri Mee Segera dan Cincin RM24 juta. (Video Inside) Posted: 26 Oct 2011 10:09 PM PDT Ramai orang termasuk orang Islam jahil tentang hukum hudud. Sehingga ada yang memandang hudud sebagai satu hukum yang zalim dan ganas. Ada orang Islam yang jahil menyatakan bahawa kalau hudud dilaksanakan maka ramai orang Islam akan kudung tangan dan sesiapa yang ingin makan sup tangan boleh pergi ke Kelantan. Ada juga yang berani menyatakan hukum hudud tidak sesuai dijalankan di negara kita. Tanpa mereka sedar pandangan dan kenyataan mereka itu adalah serius dan boleh menjejaskan akidah mereka sendiri. Semuanya dilakukan kerana memang jahil atau mereka mempunyai niat jahat terhadap hudud. Kita tidak hairan kalau kenyataan itu dikeluarkan oleh pemimpin atau orang bukan Islam tetapi malangnya ia keluar dari mulut umat Islam malah pemimpin umat Islam sendiri. Sebagaimana yang kita tahu bukan mudah untuk sesuatu hukum Islam itu dijatuhkan. Contoh bukan mudah untuk dijatuhkan hukuman potong tangan atas kesalahan mencuri. Seperti kata Ulama Islam tersohor, bahawa terdapat 20 syarat yang perlu dipenuhi jika hukuman potong tangan hendak dilaksanakan kepada si pesalah. Contohnya seperti kata Ustaz Nik Amar, kalau curi maggi (mee segera) sudah tentu ia tidak akan dipotong tangan. Tetapi jika curi cincin berharga RM24 juta maka ia layak dijatuhkan hukuman potong tangan. "Kalau si pencuri itu mencuri tetapi beliau ada anak 12 orang dan gajinya RM150 sebulan, orang ini tidak akan dipotong tangan, tetapi kalau gaji RM5000. RM6000 maka ia layak dijatuhkan hukuman setelah sabit kesalahan" ujar Nik Amar dalam debat mengenai hudud anjuran Sinar Harian 2 hari lepas. "Hudud ini sebenarnya tidak perlu ditakuti kerana hanya orang jahat sahaja yang takut kepada hudud, orang baik tidak takut" tambah Nik Amar. Turut menjadi ahli panel pada program tersebut ialah Pensyarah Universiti Pertahanan Nasioanl, Dr Ridhuan Tee Abdullah dan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Mohd Isa Ralit. Program tersebut dipengerusikan oleh Dr Maszlee Malik. |
DAP dalang pencerobohan Hutan Simpan Kekal Chikus ? Posted: 26 Oct 2011 08:51 PM PDT Patutlah ada akhbar Cina yang menyiarkan artikel 'Blogger Pro UMNO tak sekolah" (sila baca di SINI) sesuai sangatlah tu.. memutar belit cerita tak tentu hala sampai nampak sangat bodohnya… Semalam RTM melaporkan Penduduk Orang Asli suku kaum Semai, di Perkampungan Orang Asli Palawan, Sungai Manik di Teluk Intan, Perak yang kesal dengan tindakan pegawai Jabatan Perhutanan Negeri yang didakwa membawa senjata api dan gari ketika berunding dengan mereka mengenai status tanah di pinggir Hutan Simpan Kekal Chikus pada Isnin lalu. Yang menariknya dalam isu ini cepat saja seorang Blogger Pro UMNO meletakkan kesalahan kepada DAP Perak, kononnya DAP Perak adalah dalang disebalik kejadian kerana kononnya ketika DAP Perak berkuasa selama 11 bulan selepas PRU12 lalu DAP Perak telah memberikan hak milik ratusan ekar tanah kepada beberapa individu. Itu kononnya kisah yang telah berlaku hampir empat tahun yang lalu dan kini Perak telah dirampas oleh UMNO/BN malangnya kejadian yang baru berlaku beberapa minggu lalu masih dipersalahkan DAP/PR Perak.. tak ke bodoh namanya itu? Tanpa memegang kuasa pemerintahan negeri Perak adakah DAP/PR Perak mempunyai kuasa untuk memberikan arahan kepada pegawai Jabatan Perhutanan Negeri Perak? Siapa yang berkuasa di Perak sekarang ni kalau bukan UMNO/BN sendiri, jika dikatakan DAP Perak menjadi dalang disebalik kisah diatas, laporkanlah kepada SPRM atau Polis biar tindakan diambil. Lapor pada SPRM sebagaimana DAP Perak membuat laporan kepada SPRM tentang si Zambry yang dikatakan menjual 60,000 ekar tanah dengan harga RM375 sahaja.. (baca di SINI) ****************** Orang Asli diugut dengan senjata api, gari Penduduk Orang Asli suku kaum Semai, di Perkampungan Orang Asli Palawan, Sungai Manik di Teluk Intan kesal dengan tindakan pegawai Jabatan Perhutanan Negeri yang didakwa membawa senjata api dan gari ketika berunding dengan mereka mengenai status tanah berkenaan pada Isnin. Tok Batin, Apong a/l Bah El, 45, berkata perkara itu berlaku ketika kira-kira 10 anggota jabatan itu berunding dengan penduduk kampung yang meneroka tanah di pinggir Hutan Simpan Kekal Chikus untuk menanam sayur-sayuran dan sawit. "Mereka tidak membenarkan kami meneroka kawasan itu yang telah diluluskan untuk tanaman herba. Kami pula terpaksa meneroka (hutan ini) kerana tiada lagi kawasan untuk kami bercucuk tanam... kami masih memerlukan hutan rayau untuk mencari rezeki," katanya kepada pemberita di Teluk Intan, semalam. Beliau berkata anggota Jabatan Perhutanan Negeri melarang masyarakat Orang Asli bercucuk tanam di kawasan itu tetapi pada masa sama mereka "membutakan mata, memekakkan telinga" apabila ada pihak lain mengusahakan tanaman betik, limau, kelapa sawit berskala ladang serta penternakan itik di situ. Apong turut mempersoalkan tindakan pilih kasih itu. Halang Orang Asli Tinjauan Bernama di kawasan hutan seluas 4,000 hektar itu mendapati sebahagian besar hutan telah dibersihkan dan diusahakan dengan tanaman sawit. Sebahagian jalan di dalam kawasan hutan diletakkan dengan batang kayu, longgokan tanah dan lubang-lubang dipercayai bagi menghalang penduduk Orang Asli melalui kawasan ini. ADUN Sungai Manik Datuk Zainol Padzi Paharuddin berkata beliau dimaklumkan mengenai insiden berkenaan semalam. "Saya terkejut dengan tindakan kakitangan jabatan terbabit yang membawa senjata api dan gari ketika berunding sedangkan ia tidak perlu," katanya. Zainol Padzi, yang juga exco kerajaan negeri, berkata masalah penduduk Orang Asli itu telah dibawa kepada Yayasan Bina Upaya dan permohonan telah dikemukakan agar sebahagian hutan simpan itu dibenarkan bagi kegiatan pertanian penduduk Orang Asli di situ. Katanya walaupun permohonan tanah itu diluluskan semasa mesyuarat exco kerajaan negeri, Jabatan Perhutanan Negeri menghalang kelulusan itu dengan alasan Hutan Simpan Chikus akan dijadikan tapak kajian pelbagai jenis tumbuhan. "Tetapi apa yang kita lihat hari ini, ia dikuasai sesetengah pihak yang menanam pelbagai jenis tumbuhan untuk mengaut keuntungan," katanya. - Bernama |
Ustaz Kazzim sebagai Ahli Panel?.. Hormatilah suara minoriti wahai PR Pulau Pinang... Posted: 26 Oct 2011 11:09 AM PDT Dalam tiga program Majlis Ijtimak Al-Huffaz peringkat negeri Pulau Pinang yang dianjurkan seperti yang dapat dilihat di banner di atas, salah satu program iaitu program iaitu Forum " Generasi Al-Huffaz Pemangkin Ummah" seorang Ustaz yang kurang disenangi oleh penyokong PAS telah dijemput sebagai ahli Panel. Beliau adalah Al-Fazil Ustaz Mohd Kazim Elias Al-Hafiz, Ahli PAS Perak.. Salah satu dari dua usul yang telah diluluskan sebulat suara dalam Muktamar Dewan Ulamak PAS Negeri Perak yang telah berlangsung di Markas Tarbiyah Air Kuning, Perak pada 14 Mei 2011 ialah Usul agar Ustaz Kazim Alias dipecat keanggotaannya dari PAS. Ini kerana beliau telah bertindak sebagai duri dalam daging dengan menghentam PAS secara terang-terangan terutamanya dalam isu berkaitan penglibatan PAS dalam Pakatan Rakyat. Tindakan ini amat penting agar beliau tidak merosakkan fahaman Umat Islam termasuk sebahagian ahli PAS sendri yang terpengaruh dengan kepetahannya berpidato. Muktamar bersetuju bahawa beliau telah menggunakan hujah yang begitu dangkal dan tidak langsung mengambilkira dasar Tahalluf Siasi yang telah diluluskan oleh Majlis Syura Ulamak. Beliau juga sebelum ini pernah dikesan menghuraikan hukum dan mentafsir Al-Quran tidak berdasarkan tafsiran ulamak mufassirin. Adalah diharapkan agar semua Kawasan dan Cawangan PAS di seluruh Negeri Perak tidak lagi menggunakan khidmat beliau dalam semua program anjuran parti. Itu adalah usul dan sebabnya kenapa Ustaz Kazim Alias perlu dipecat dari PAS Perak. Dan antara sebab utama selain dari apa yang dicacatkan diatas, aku diberitahu Ustaz Kazim juga telah mengkritik Anwar Ibrahim Ketua Umum PKR dengan keras dalam satu ceramahnya.. Malangnya biarpun beliau telah diusulkan untuk di pecat keahliannya dari PAS Perak, beliau akan dijemput pula sebagai Ahli Panel untuk Forum yang dianjurkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang yang EXCOnya dari PKR sendiri.. Tidakkah EXCO dari PKR itu sedar akan tindakan menjemput Ustaz Kazim itu akan menyebabkan rasa kurang senang dari Ahli-Ahli PAS terutamanya PAS Perak dan juga Ahli PAS Pulau Pinang sendiri? Memang majlis tersebut bukanlah satu majlis berbentuk politik tetapi bolehkah pemimpin-pemimpin dan juga Ahli-ahli PKR pulau Pinang menerima kehadiran Zulkiflee Noordin dalam satu majlis yang dianjurkan oleh PAS? Pasti Pemimpin dan Ahli PKR akan berasa kurang senang dengan kehadirannya.. begitulah apa yang dirasa oleh Pimpinan dan Ahli PAS Pulau Pinang dengan kehadiran Ustaz Kazim dalam Majlis ini. Mungkin PKR lebih hebat dalam penguasaan kerusi DUN dinegeri Pulau Pinang ini, tapi dalam merasakan kita hebat kita juga perlu sedar kita menguasai kebanyakkan kerusi DUN itu adalah hasil kerjasama dengan PAS dan juga DAP dalam Pakatan Rakyat. Jadi bila kita sudah menang hasil dari kerjasama tersebut, sewajarnyalah kita juga belajar menghormati apa pandangan dan perasaan sahabat yang berjuang bersama kita dalam Pakatan Rakyat biarpun mereka hanya menguasai satu kerusi DUN. Apa susah sangatkah untuk belajar menghormati suara minoriti? Mungkin juga Ustaz Kazim dijemput bagi membuktikan bahawa EXCO Agama dari PKR itu adalah proffesional dalam menjalankan tugas.. beliau menjemput sesiapa sahaja biarpun jelas bahawa yang dijemput itu adalah musuh kepada Pakatan Rakyat sendiri.. Atau mungkin juga hanya Ustaz Kazzim seorang yang diketahuinya sebagai Al Hafiz yang layak menjadi ahli panel forum tersebut.. kerana beliau terlalu sibuk untuk mengambil tahu siapa itu Ustaz Kazzim… Buat EXCO tersebut.. menjemput itu adalah hak anda.. membatalkan jemputan juga adalah hak anda tapi perlu juga disedari jemputan itu menimbulkan keresahan dan untuk menghilangkan keresahan itu ianya juga ditangan anda.. Kalau tak tahu apa yang telah diucapkan oleh Ustaz Kazzim lihat video clip dibawah.. PAS for All?? Racist atau tidak?? |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan