Isnin, 24 Oktober 2011

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Satu Hassan Ali pergi, kita tak rugi

Posted: 24 Oct 2011 07:09 AM PDT


PRU13 bakal menjelang tiba, maka ramailah YB yang masih mahu terus menjadi YB dan ramai pula yang baru.... bermimpi untuk menjadi YB.

Jangan dok syok nak jadi YB saja tapi tak berupaya nak pikul amanah dan tanggung jawab. Rakyat bukan bodoh. They want a true leader to represent them.... not a hypocrite or a self-centred leader.

Itulah harapan rakyat terhadap mereka yang bakal menjadi YB, tak kira daripada UMNO@BN dan lebih-lebih lagi calon-calon daripada Pakatan Rakyat. Mana-mana penyandang YB tetapi perangai macam........ atau yang terbukti tidak dapat memenuhi hasrat rakyat dan parti yang diwakili oleh mereka, keluarkan saja daripada list calon yang bakal bertanding. Sure ditolak punya. Mengabehkan boreh jer...

Salah seorang yang telah dikenal pasti berfahaman 'songsang' ialah anak Pak Ali daripada PAS. Dalam kalangan akar umbi serta para penyokong dan pendokong PAS dan juga Pakatan Rakyat... sudah muak dengan gelagat tak mengasi anak Pak Ali ini. Rasanya bukan setakat muak tetapi banyak yang marah dengan tindak tanduk mamat ini, yang dilihat merugikan parti. Belangnya sudah nampak jelas. He's not a team player. Malah.... 'roh'-nya bersama PAS dan Pakatan Rakyat dilihat sudah semakin pudar. Jasadnya masih bersama kita.... tetapi 'roh' dan semangatnya sudah beralih arah. Itulah persepsi rakyat.

Apakah dia juga seperti si munafik dari Kulim Bandar Baru?? Tidak mahu keluar tetapi minta dibuang keluar. Tapi pelik.... mengapa PAS masih mendiamkan diri dengan kelaku 'sumbang' anak Pak Ali ini. Kalau dia tak mahu keluar..... jangan dipecat tetapi peti sejuk-kan dia. Biar dia jadi kongkang dalam parti sendiri. Mintak-mintak..... apabila dia dah tak tahan kesejukan, dia akan blah dengan sendirinya. Itu jer cara menghajor anak Pak Ali yang buruk laku ini.

Kalau PAS masih mencalonkan dia dalam PRU13 nanti..... maka bersedialah untuk menerima kekalahan. Dia telah menjadi liabiliti yang pasti akan direject oleh para penyokong dan pendokong parti, baik dalam kalangan yang muslimnya, maupun non-muslimnya. Yes.... Hassan Ali will surely be rejected!! Rugi kita weh....

Let's say..... dia beralih arah dan join UMNO dan dicalonkan pulak sebagai calon UMNO@BN, dia juga akan kalah. Siapa suka oportunis macam dia ni?? Oportunis UMNO, pasti akan menentang jika dia dijadikan calon. Pasti mereka akan sabotaj dia. So.... either way, Hassan Ali akan KO!!

Dulu.... ya, aku respek Hassan Ali but sejak dia khianat dengan berkhalwat dalam gelap dengan UMNO, dia boleh blah!! Kerana terlalu ambitious.... dia telah hilang semangat setiakawan. Dia juga hilang pertimbangan hingga menjejaskan strategi Pakatan Rakyat untuk menghancur-lumatkan UMNO@BN di bumi Selangor.

Weh.... Satu Hassan Ali pergi, kita tak rugi. Ini kerana, banyak lagi pemimpin PAS di Selangor yang ada kualiti, yang mampu memacu Selangor ke arah masa depan yang lebih cemerlang dan gemilang, insyaAllah.

Oleh itu, Hassan Ali, boleh blah!!

[sumber]

Tiada ulasan: