Isnin, 24 Oktober 2011

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


SURAT WASIAT MUAMMAR GADDAFI

Posted: 24 Oct 2011 08:30 AM PDT

Laman resmi Moammar Khadafy, Seven Days News, menyatakan telah memublikasikan surat wasiat mantan pemimpin Libya itu.
Saya mengajak para pendukung untuk melanjutkan perlawanan dan melawan agresor asing terhadap Libya, hari ini, esok, dan selamanya.
-- Moammar Khadafy
Dokumen tersebut dilaporkan telah diserahkan kepada tiga kerabatnya. Satu di antara mereka tewas, yang kedua terbunuh, dan yang ketiga berhasil lolos saat pertempuran di Sirte.
Beginilah isi surat wasiat itu:
"Inilah surat wasiat saya. Saya, Moammar bin Mohammad bin Abdussalam bi Humayd bin Abu Manyar bin Humayd bin Nayil al Fuhsi Gaddafi, bersumpah bahwa tidak ada Tuhan selain Allah dan bahwa Muhammad adalah Rasul Allah. Saya bersumpah akan mati sebagai Muslim.
Jika saya terbunuh, saya ingin dikuburkan sesuai ritual Islam, dalam baju yang saya kenakan saat saya meninggal, tubuh saya tidak dimandikan, di pekuburan di Sirte, di samping keluarga dan kerabat saya.
Saya minta keluarga saya, terutama anak-anak dan perempuan, diperlakukan dengan baik setelah kematian saya. Rakyat Liba harus melindungi identitasnya, prestasinya, sejarah, serta citra terhormat leluhur dan pahlawannya.
Rakyat Libya tidak boleh mengabaikan pengorbanan orang-orang bebas dan terbaik. Saya mengajak para pendukung untuk melanjutkan perlawanan dan melawan agresor asing terhadap Libya, hari ini, esok, dan selamanya.
Biarkan warga bebas dunia mengetahui bahwa kita bisa saja melakukan tawar-menawar dan menjual perkara kita dengan imbalan kehidupan pribadi yang aman dan mapan.
Kita menerima banyak tawaran sampai saat ini, tapi kita memilih berdiri di garis depan pertempuran sebagai lambang kewajiban dan kehormatan.
Meskipun jika kita tidak serta-merta menang, kita akan memberi pelajaran pada generasi mendatang bahwa memilih melindung negara adalah kehormatan dan menjualnya merupakan pengkhianatan terbesar dalam sejarah yang akan dikenang selamanya, meskipun ada upaya dari yang untuk melakukan sebaliknya."
Sampai Minggu (23/10/2011) malam, jenazah Khadafy belum dimakamkan. Jasadnya, bersama jasad Mutassim putranya, serta mantan menteri pertahanannya, Abu Bakar Younis, masih dipamerkan di Misrata.
Sejauh ini pemerintah transisi di Tripoli belum memutuskan apa yang akan dilakukan pada jenazah ketiganya. Pemerintah beberapa kota menolak dijadikannya wilayah mereka sebagai tempat pemakaman Khadafy.

250 JUTA UNTUK ANAK MENTERI? INI SATU BUKTI UMNO SAHAJA MAMPU BELA RAKYAT

Posted: 24 Oct 2011 07:30 AM PDT

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan bagaimana wang RM250 juta yang diperuntukan untuk menolong peladang, petani dan nelayan telah disalurkan kepada anak seorang menteri.

NONEKatanya, anak lelaki menteri yang berusia 21 tahun itu langsung tidak mempunyai sebarang rekod ataupun pengalaman dalam bidang pertanian.

"Dasar pelaksanaannya RM250 juta diberi kepada anak seorang menteri, umurnya 21 tahun. Tidak adapa apa rekod apa-apa sekalipun. Patut diberikan keseluruhan (dana itu) kepada petani dan nelayan miskin. Sampai hari ini belum ada jawapan," katanya pada satu sessi dialog bersama graduan muda di Petaling Jaya, semalam.

Menurut Anwar, perkara itu telah dibawa oleh Pakatan Rakyat ke Dewan Rakyat tetapi hingga sekarang, masih tiada penjelasan daripada kerajaan BN.

NONEPada Bajet 2012, Najib telah mengumumkan peruntukan dana RM1.2 bilion bagi Tabung Pertanian yang bertujuan membantu peladang, petani dan nelayan di negara ini.

Anwar berkata pada dasarnya, perancangan kerajaan itu nampaknya murni tetapi ia sebenarnya diselubungi pelbagai penyelewengan bagi kepentingan politik BN, khususnya Umno.
Sudah salah

"Bolehkah kita terima ini. Secara moral ini sudah salah dan kalau ikut peraturannya sudah (jelas) ini amalan rasuah atau pecah amanah (CBT). Di Malaysia tidak ada jawapan (diberikan). Katalah banyak manapun, tidak akan dilaporkan di media arus perdana," kata Anwar.

china chinese farmer farming 061008 02Ketua umum PKR itu juga membidas tindakan kerajaan berhubung sebuah agensi yang sepatutnya menolong petani dan nelayan miskin akhirnya dijadikan alat untuk meraih keuntungan beberapa individu.

"Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) diswastakan (menjadi Bernas). Kaut untung besar, daripada siapa, penanam padi. Siapa penanam padi? 95 peratus orang Melayu miskin," katanya.

Menurut beliau, selepas keuntungan besar, syarikat itu kemudiannya dijual kepada seorang tokoh korporat yang rapat dengan Umno dengan beberapa individu tertentu meraihRM30 juta hingga RM40 juta setiap seorang daripada hasil penat lelah petani dan nelayan.

riceBernas diberi tempoh pengedaran beras selama 10 tahun hingga tahun 2021.

Menurut Anwar, berdepan dengan masalah dan juga kesilapan yang dilakukan oleh pimpinan Melayu Umno sendiri, pentadbiran Najib cuba meletakkan kesalahan di pihak lain.

"Sekarang ini oleh kerana dikatakan orang Cina ini banyak menyokong Pakatan Rakyat, India ini sekarang adalah berubah-ubah sikit, tumpuan adalah (masyarakat) Melayu.

"(Jadi kata mereka) kita perhimpunkan Melayu kerana ancaman Kristian. Kerana Umno sahaja akan menyelamat Melayu, kalau tidak (kerana) Umno habislah Melayu di negara ini, habislah biasisawa untuk anak-anak Melayu, habislah saham-saham Melayu, kata mereka," kata Anwar dalam nada menyindir.
Orang miskin

Beliau dipercayai merujuk Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) yang bertujuan mempertahankan akidah umat Islam yang berlangsung Sabtu lalu.

himpun rally hasan ali speaking 2Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga semalam memuji penganjur semalam yang dikatakan merupakan contoh penganjuran perhimpunan secara aman seperti yang dihasratkan kerajaan.

Katanya, perhimpunan anti murtad itu cukup berbeza dengan BERSIH 2.0 yang menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya di negara ini pada 9 Julai sehingga lebih seribu perserta ditangkap dan dikenakan pelbagai dakwaan.

Bagi Anwar, tindakan itu hanya bertujuan melalaikan orang Melayu daripada ancaman sebenar yang dihadapi negara hari ini.

"Tapi kita tengok dasar. Yang Melayu apa, baru laksana, suku bilion (diberikan) kepada anak menteri. Baki belum tentu dapat pada orang miskin," katanya lagi

Lawatan PM ke UIA esok bakal disambut demo

Posted: 24 Oct 2011 06:20 AM PDT

Kumpulan mahasiswa, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) akan mengambil peluang atas kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Universiti Islam Antarabangsa (UIA) esok untuk mengadakan demonstrasi.

Rancangan berkenaan bertujuan menggesa UIA menarik balik tindakan penggantungan ke atas pakar undang-undangnya, Professor Abdul Aziz Bari.

NONESMM juga akan menghantar satu memorandum kepada perdana menteri berhubung isu tersebut, esok, kata Pengerusi SMM Ahmad Syukri Ab Razab (kanan sekali, duduk) lagi.

"Kita akan minta perdana menteri campur tangan untuk lepaskan Aziz Bari dari tindakan gantung tugas.

"(Kita minta perdana menteri) beri maklum balas terhadap isu ini dan supaya perdana menteri gesa kementerian pengajian tinggi bertegas dalam isu kebebasan akademik.

Ahmad Syukri juga berkata gabungan kumpulan pelajar itu turut merancang untuk membuat satu lagi perhimpunan berhubung isu sama pada November.

azlanDemonstrasi berkenaan merupakan kemuncak kepada kempen "solidariti kebebasan akademik," katanya lagi.

"Kami bertegas dalam hal ini kerana tidak mustahil (penggantungan pensyarah) boleh berlaku di kampus lain," tambahnya dalam sidang media di bangunan parlimen hari ini.

500 dijangka hadir
Terdahulu beliau bersama berapa orang wakil pertubuhan pelajar menghantar satu memorandum kepada wakil menteri pengajian tinggi di bangunan sama.

Turut hadir ialah wakil pertubuhan yang menganggotai SMM -- Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya, Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional, Pro-Mahasiswa Nasional, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia dan juga Persatuan Pelajar Kebangsaan Islam Malaysia.

Pada 21 Oktober lalu, ratusan mahasiswa menyertai SMM berdemonstrasi di masjid UIA selepas solat Jumaat berhubung isu yang sama.

Sementara itu, Malaysiakini difahamkan kumpulan itu akan berkumpul di pintu masuk kampus berkenaan di Gombak pada jam 7 malam.

Najib dijangka tiba di universiti berkenaan pada 8 malam untuk merasmikan majlis penutupan sebuah pertandingan debat.

Seramai 500 mahasiswa dari kampus sekitar Lembah Klang, Universiti Pendidilan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Selangor (Unisel) dijangka hadir untuk 'menyambut' kedatangan Najib.

Mereka bercadang merentangkan kain rentang dan sepanduk membantah penggantungan Abdul Aziz.

Kuburkan hasrat BN mahu rampas Selangor

Posted: 24 Oct 2011 02:00 AM PDT

ewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengalu-alukan kenyatan Timbalan Pengerusi BN Selangor yang juga merupakan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar untuk merampas kembali negeri Selangor daripada Pakatan Rakyat.
Begitupun, ketuanya, Ustaz Hasbullah Mohd Ridzwan (gambar) menegaskan pihaknya mempastikan hajat Noh ingin mengembalikan semula negeri Selangor kepada pentadbiran yang korup dan rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa, keuntungan kekayaan negeri berlegar di sekeliling pemimpin Umno serta kerosakan-kerosakan yang lain akan 'dikuburkan' di dalam pilihan raya umum yang akan datang dengan sokongan dan dokongan padu rakyat negeri Selangor yang bersama-sama dengan Pakatan Rakyat.
"Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor merasakan impian Noh Omar hanyalah angan-angan kosong kerana Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor setakat ini walaupun baru sepenggal memerintah negeri Selangor telah menunjukkan pemerintahan yang mempunyai sistem urus tadbir yang jauh lebih baik, telus, bebas rasuah, cakna kebajikan rakyat serta telah meningkatkan hasil kerajaan dan simpanan negeri Selangor," ujarnya kepada Harakahdaily.
Katanya, rakyat negeri Selangor kini telah dapat banyak manfaat daripada agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.
"Oleh itu, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor bersama-sama kepimpinan pemuda PAS di semua peringkat dan kepimpinan Pemuda Pakatan Rakyat akan menjadikan impian Noh Omar sebagai 'mimpi ngeri' Barisan Nasional di negeri Selangor dengan izin Allah Taala, insya Allah," katanya.
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor juga, katanya melahirkan rasa kebimbangan di atas keyakinan Noh Omar menzahirkan hasrat BN merampas negeri Selangor daripada Pakatan Rakyat sudah pasti akan ada taktik dan teknik 'kotor dan jahat'.
Katanya, Umno BN Selangor yang akan mengguna pakai cara jahat bagi mencapai maksud tersebut selain kemungkinan daripada kerja kotor yang dibuat oleh pemimpin Umno BN di peringkat Pusat dengan memberikan kerakyatan mudah kepada pemastautin tetap serta mengeluarkan kad pengenalan palsu kepada pendatang tanpa izin seperti yang telah didedahkan oleh Dewan Pemuda PAS Malaysia, baru-baru ini.
Menurutnya, dengan pertambahan pengundi baru yang cukup luar biasa untuk negeri Selangor bagi tahun ini kemungkinan berlaku penipuan adalah sangat besar seperti mana yang dilakukan oleh Umno BN semasa merampas negeri Terengganu dahulu.
Oleh itu, katanya Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengharapkan semoga seluruh jentera Pemuda PAS di semua peringkat memperkasakan jentera pilihanraya di semua peringkat dengan memberikan khidmat terbaik dari segi penerangan terhadap kecemerlangan pengurusan dan pentadbiran serta kerja-kerja kebajikan kepada rakyat yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tanpa mengira fahaman politik, budaya dan agama.
Selain itu, katanya perlu meningkatkan kewaspadaan terhadap sebarang taktik kotor Umno BN yang sedang terdesak untuk merampas kembali negeri Selangor.
"Seluruh rakyat negeri Selangor juga dinasihatkan untuk melaporkan sebarang kecurigaan dan salah laku pemimpin Umno BN yang cuba untuk memberikan kad pengenalan palsu kepada pendatang tanpa izin, pemastatutin tetap ataupun kepada mereka yang tidak layak bagi menjadi pengundi di dalam pilihan raya yang akan datang," katanya.

REPUTASI UIA TERJEJAS TERUK KARENA ULAH AHLI POLITIK UMNO?

Posted: 24 Oct 2011 12:00 AM PDT

Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) mahu kemelut penggantungan pakar perlembagaan negara Profesor Abdul Aziz Bari tidak diselesaikan menerusi tindakan undang-undang atau seumpamanya tetapi sebaliknya persoalan akademik dilayan secara akademik juga.

NONEJusteru, kata presidennya, Amidi Abdul Manan (kiri), seharusnya medium perbincangan dibuka seluas-luasnya menerusi forum, perbahasan dan perbincangan ilmiah bagi menangani isu itu.

"Tampilkan pandangan lain yang boleh menjadi pencabar atau alternatif kepada pandangan yang menjadi tajuk perbincangan.

"Sekiranya perkara ini terjadi, Abim percaya kredibiliti kedua-dua belah pihak dapat dipelihara dan bakal menjadi teladan kepada orang ramai dalam usaha memasyarakatkan ilmu," katanya dalam satu kenyataan media.

Menurut Amidi, Abim juga khuatir jika ada campur tangan luar yang membayangi isu ini.

"Jika perkara ini berlaku ia akan merugikan kedua-dua pihak dan akhirnya akan menghilangkan kepercayaan masyarakat terhadap dunia akademia di Malaysia. Abim menuntut isu ini diselesaikan dengan segera secara matang dan bertanggungjawab oleh semua pihak," katanya.

azlanBeliau mengulas kenyataan Abdul Aziz yang mencetuskan kontroversi apabila pensyarah UIA  itu mengulas titah Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung pemeriksaaan sebuah gereja Methodist di Damansara Utama pada 3 Ogos lalu.

Abdul Aziz dipetik berkata, Sultan Selangor sebagai ketua agama negeri mempunyai hak campurtangan tetapi ia perlu selaras dengan ajaran Islam.
Jejas reputasi

Berikutan itu, beberapa pemimpin BN dan Umno serta media yang dikuasai mereka membidasnya sehingga pada Khamis lalu UIA bertindak mengantung tugasnya.

NONEAmidi berkata dengan liputan media dan kenyataan oleh pelbagai kelompok, polemik itu boleh menjejaskan reputasi kedua belah pihak.

"Universiti Islam Antarabangsa Malaysia mempunyai nama dan kredibiliti yang tinggi dalam masyarakat di Malaysia.

"UIA telah berjasa melahirkan graduan yang berkualiti dan mampu memberikan sumbangan yang besar kepada agama, bangsa dan negara. UIA juga mempunyai reputasi yang baik diperingkat antarabangsa," katanya.

NONEMenurutnya, begitu juga dengan Abdul Aziz yang merupakan seorang tokoh akademik dalam bidang perundangan yang begitu dihormati di negara ini.

"Beliau telah banyak menyumbangkan buah fikiran menerusi ceramah dan penulisan buku dan makalah dalam bidang kepakaran beliau iaitu perlembagaan," katanya.
Jumaat lalu, hampir seribu mahasiswa berhimpun selepas solat bagi mengadakan bantahan dan mengancam mengadakan perhimpunan lebih besar jika kemelut itu tidak diselesaikan

K'jaan kaji akta murtad

Posted: 23 Oct 2011 11:34 PM PDT

Kerajaan sedang mengenalpasti perkara berkaitan akta untuk membendung gejala murtad dan menghukum pihak yang bertanggungjawab, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Katanya, perkara diambil kira termasuk bidang kuasa kerajaan Pusat dan kerajaan negeri seperti termaktub dalam perlembagaan persekutuan, lapor Berita Harian.

NONE"Jika di peringkat Pusat ia akan membabitkan perlembagaan, manakala di peringkat negeri juga ada ketetapan tertentu yang perlu kita kaji," beliau dipetik sebagai berkata sewaktu merasmikan seminar kewangan Islam di Jitra semalam.

Jamil Khir (kanan) berkata, ia perlu mengikut kesesuaian bagi memastikan tidak timbul masalah atau percanggahan bila dilaksanakan.

Akta murtad dicadangkan Mufti Perak Tan Sri Harunussaini Zakaria untuk menghukum individu yang memurtadkan orang Islam kerana ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Harussani dilaporkan berkata, pada 2008 beliau pernah mendedahkan terdapat 260,000 orang Melayu dikristiankan di negara ini dan bilangan itu dikhuatiri bertambah saban tahun.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 15 Oktober lalu berkata, sekiranya kesepakatan dicapai, penelitian harus dibuat supaya akta itu tidak bercanggah dengan bidang kuasa kerajaan persekutuan sebelum ia diteliti oleh Peguam Negara.

Najib bermuka-muka

Posted: 23 Oct 2011 10:00 PM PDT

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia membidas kenyataan 'flip flop' Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak yang memuji program Perhimpunan Sejuta Umat (Himpun) berjalan dengan aman dan teratur berbanding himpunan Bersih 2.0 yang lalu.
"Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia merasakan kenyataan tersebut cukup hina, berniat jahat dan menunjukkan sikap sebenar seorang Perdana Menteri yang pandai 'bermuka-muka' sedangkan Sekretariat Bersih 2.0 telah mengikut prosedur yang ditetapkan untuk menjayakan program tersebut dengan mematuhi saranan Yang di-Pertuan Agong," kata pengarahnya, Mohd Sany Hamzan.
Tetapi , katanya amat malang sekali apabila pihak kerajaan dengan sewenang-wenangnya terus melabel Bersih 2.0 sebagai pertubuhan haram, menangkap penjual dan pemakai baju kuning Bersih 2.0, menggunakan pihak polis untuk memburu dan menangkap pimpinan Bersih 2.0 dan pimpinan Pakatan Rakyat, menidakkan permit himpunan walupun diarahkan untuk memohon permit, menghalang untuk menggunakan stadium walaupun Perdana Menteri berjanji untuk menyediakan kemudahan stadium kepada himpunan Bersih 2.0.
Kata beliau, sememangnya program Himpun tidak mengganggu dan mengacau mimpi pemimpin Umno dan Barisan Nasional kerana agenda aqidah umat Islam tidak menjadi agenda utama perjuangan Umno dan tidak mampu untuk menggugat kuasa pemerintahan mereka.
Ini, ujarnya berbanding agenda Bersih 2.0 yang membabitkan perjalanan pilihanraya yang telus, bersih dan adil boleh menyebabkan Umno BN akan kehilangan kuasa pemerintahan mereka selama ini yang diperolehi dengan cara yang cukup kotor, penipuan, penyalahgunaan kuasa, rasuah dan sehingga ke tahap 'menjual maruah negara'.
"Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia menyifatkan kenyataan Datuk Seri Najib hanyalah sebagai lakonan terbaru beliau apabila melihat kegagalan Bajet 2012 diterima oleh rakyat, penolakan sepina mahkamah untuk menjadi saksi utama kes liwat II Anwar Ibrahim, kes cincin Rosmah, tekanan tehadap perbincangan Undang-undang Hudud Negeri Kelantan dan Terengganu, penghinaan terhadap institusi beraja dan pelbagai lagi isu yang menggugat kepimpinan beliau sebagai Perdana Menteri dan Presiden Barisan Nasional," ujarnya

PAS KALAU DI PIMPIN KETUA PEMUDANYA BAKAL HANCUR BERKUBUR?

Posted: 23 Oct 2011 06:00 PM PDT

Pertama-tama sekali, terdapat banyak sekali petanda HIMPUN ditunggan UMNO. Misalnya:

1.0 Pemberian permit perhimpunan yang telah dibuat dgn kadar segera
2.0 Sokongan tegar dari blogger2 UMNO yang kita tahu semuanya kaki sebar dusta
3.0 Sokongan dari media-media milik UMNO secara terbuka i.e. TV3, Utusan Meloya, Berita Hairan dsbnya
4.0 Sokongan pemimpin2 UMNO terhadap perhimpunan tersebut


Objektif utama perhimpunan tersebut adalah supaya:

1.0 Memaksa PAS keluar dari PAkatan Rakyat atas alasan mempertahankan akidah umat Islam angkara kristianisasi
2.0 Memburukkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat dengan tuduhan Pakatan Rakyat melindungi aktiviti memurtadkan umat islam
3.0 Menghidupkan semula agenda perpaduang Melayu antara PAS dan UMNO atas alasan mempertahankan akidah umat Islam


Hasilnya adalah:

1.0 Ahli-ahli UMNO rata-rata tidak menghadiri HIMPUN. Malahan, tiada pengarahan dari UMNO kepada ahli2 mereka untuk menghadiri HIMPUN
2.0 Kehadiran HIMPUN amat mengecewakan dan sambutan juga sangat-sangat dingin
3.0 Perhimpunan gagal mencapai objektif memandangkan tiada apa-apa bukti berlakunya Kristianisasi di Selangor
4.0 PAS TIDAK MAKAN JERAT YANG DIPASANG UMNO
5.0 Apa-apa isu Islam mesti dipimpin oleh PAS sekiranya mahu kejayaan.
6.0 HIMPUN tidak mendapat kepercayaan umat Islam untuk memimpin mereka
7.0 HIMPUN mendedahkan identiti mereka yang bercampur antara ISlam dengan nasionalisma-sekularisma melayu. Dengan kata lain, pegangan HIMPUN tidak 100% Islam
8.0 Majoriti umat Islam di Malaysia tidak percaya propaganda kononnya berlaku kristianisasi besar-besaran di Malaysia


Syukur PAS tidak makan jerat UMNO. Cuma, Ketua Pemuda PAS Pusat masih menunjukkan sikap tidak matang beliau dan itu pun sebab beliau percaya Hasan Ali 100% tak kira apa Hasan Ali cakap.

Tulang Besi.http://www.malaysiawaves.com/2011/10/himpun-adalah-jerat-yang-dipasang.html

LIM GUAN ENG BOLEH DIPENJARAKAN?

Posted: 23 Oct 2011 09:28 AM PDT

Ahli parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh hari ini berkata Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng boleh dipenjarakan jika beliau ingkar terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan yang memutuskan bahawa penduduk Kampung Buah Pala perlu mengosongkan rumah masing-masing  pada tahun 2009.

NONEMahkamah Persekutuan pada Ogos, 2009, tetap dengan penghakimannya pada 24 Jun bahawa penduduk kampung berkenaan wajib meninggalkan rumah masing-masing dan menyerahkannya kepada pemaju yang telah diberi kelulusan membangunkan semula kawasan tersebut.

Berdasarkan penghakiman itu, Karpal mengakui bahawa Pakatan Rakyat tidak mampu menunaikan janji-janji yang dibuatnya kepada penduduk kampung itu, walaupun pemimpinnya, termasuk ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berikrar akan mempertahankan kampung berkenaan.

"Ramai yang bertanya, apa yang berlaku kepada janji-janji? Macam mana dengan janji Lim yang  berkata kami akan mempertahankan kampung itu? Betul, semua kita berkata begitu," kata peguam veteran itu.

Lim guan eng at Buah Pala house handover"(Tetapi) Apakah pilihan yang ada bagi ketua menteri, kecuali langgar perintah mahkamah? Sebagai wakil yang dipilih rakyat, kita perlu mematuhi keputusan mahkamah, sama ada kita suka atau tidak," kata pengerusi kebangsaan DAP itu.

"Jika kita hina mahkamah: kita bukan sahaja akan diheret ke penjara sehingga kita tarik balik penghinaan itu dan mohon maaf, tetapi kerajaan negeri juga boleh dilucutkan kuasa,"katanya semasa berucap pada satu majlis untuk menyerahkan kunci kepada penduduk bekas Kg Buah Pala di Pulau Pinang hari ini.

Kg Buah Pala housesKira-kira 100 menghadiri majlis anjuran Nusmetro Sdn Bhd, di mana Lim, Timbalan Ketua Menteri P Ramasamy dan ADUN Batu Maung Abdul Malik Abul Kassim juga  hadir.

Dua puluh empat keluarga yang diarahkan meninggalkan perkampungan mereka sebelum ini turut menerima kunci bagi rumah baru masing-masing.

Tiada ulasan: