Khamis, 20 Oktober 2011

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Bacul!! Zalim!! Penakut!!

Posted: 20 Oct 2011 06:07 AM PDT


UIA gantung tugas Aziz Bari

Bukan sahaja diberi surat tunjuk sebab, Universiti Islam Antarabangsa (UIA) juga menggantung tugas pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari sebagai pensyarah undang-undang universiti itu.

Malaysiakini difahamkan, perkara itu turut terkandung dalam notis yang dikeluarkan padanya daripada unit undang-undang UIA.

Pensyarah paling kanan di fakulti undang-undang itu digantung bergaji sehingga notis selanjutnya dikeluarkan.

Selain itu, difahamkan Aziz juga tidak dibenarkan memasuki pejabatnya di kampus Gombak ekoran kad aksesnya harus dipulangkan kepada pentadbiran universiti.

Difahamkan penggantungannya itu akan menjejaskan lebih 100 pelajarnya daripada daripada peringkat sarjana muda hingga ke doktor falsafah (PhD).

Aziz berkhidmat dengan UIA sejak 22 tahun lalu.

Sementara itu, dalam surat tunjuk sebab yang diserahkan tangan kepada Aziz, beliau dituduh "memberikan kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan universiti".

Aziz diberi masa sehingga 25 Oktober depan untuk menjawabnya.

Usaha Malaysiakini mendapat reaksi daripada bahagian pentadbiran dan pengurusan UIA setakat ini masih belum berhasil.

Bagaimanapun, Berita Harian hari ini melaporkan sumber dari pejabat rektor UIA, Datuk Prof Zaleha Kamaruddin mengesahkan surat itu dikeluarkan pihaknya semalam.

Aziz dalam masa yang sama disiasat polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berhubung reaksinya kepada titah Sultan Selangor berhubung pemeriksaan sebuah gereja di Petaling Jaya.

Dalam kenyataannya yang disiarkan Malaysiakini, beliau berkata baginda sebagai ketua agama negeri mempunyai hak campurtangan tetapi ia perlu selaras dengan ajaran Islam.

Selepas dikritik pelbagai pihak, Aziz kemudian menjelaskan Akta Hasutan 1948 memperuntukan tidak menjadi kesalahan mengkritik Raja-Raja Melayu selagi tidak menuntut pemansuhan institusi itu.

Sebelum ini, SKMM dan pihak polis juga telah menyoal beberapa kakitangan Malaysiakini, termasuk wartawan dan editornya berhubung isu yang sama.-Mkini

Inilah tindakan lembu bercucuk di hidung yang paling tak professional dan bangang. Malu ya amat kita dengan dunia luar terhadap tindakan yang diambil oleh UIAM terhadap Prof Dr Aziz Bari.

Hancuuuss..... Hancuuuss....!! Hancus integriti dan kredibiliti institusi menara gading kita. Hmmm.... patutler ranking universiti di Malaysia corot, sebab orang-orang yang mengurusnya macam lembu-lembu dungu. Tak tahu menilai dan membuat pertimbangan yang rasional. Bertindak bangang semata-mata tunduk kepada desakan orang politik. Weh.... hinanya mereka apabila hanya pandai menjadi pembodek dan penjilat kepada puak-puak gila kuasa ini.

Kepada Prof Aziz Bari.... Bravo!! Kamu salut keberanian dan ketegasan anda. Kamulah wira rakyat, yang kini menjadi satu daripada koleksi musuh kepada UMNO laknatullah.

Allahuakbar!! Lawan Tetap Lawan!!

Muka Tak Laku Cari Publisiti

Posted: 19 Oct 2011 07:44 PM PDT

Muka tak laku cuba cari publisiti untuk promosi diri menjelang PRU 13 yang bakal menjelang tak lama lagi.

Namun demikian, sebagai seorang yang tidak mempunyai aura dan karisma maupun popuplariti maka dia terpaksa menjadi pemimpin copy-cat. Copy-cat orang punya idea dan copy-cat perwatakan pemimpin lain yang menjadi idola rakyat terbanyak dengan harapan dia jadi popular dan diterima.

Uisy.... sejak dua menjak ni gambar dia yang mirip perlakuan orang lain kerap dipertontonkan untuktatapan rakyat. Keluar gambar dia sembahyang ler.... keluar gambar dia mengambil wuduk ler.... persis macam Tok Guru Nik Aziz. Terkini... gambar dia makan macam rakyat terbanyak pulak terpampang but malangnya, he looks so 'plastik'. Tak nampak pun jiwa rakyat marhaen dalam dirinya. Tidak seperti Tok Guru Nik Aziz.... keikhlasan terserlah di raut wajahnya. Itulah dia pemimpin rakyat yang sebenar-benarnya.





Najib hanya mahu tunjuk-tunjuk saja, terutama di waktu pilihan raya menjelang tiba. Tak sapa lagilah yang berjiwa rakyat. Tak sapa lagilah yang prihatin akan keperitan hidup rakyat. Lagi banyak gambar dia keluar dengan lagak sebagai pemimpin rakyat marhaen.... semakin rakyat getik dan semakin tak popular dia jadinya.

Why...??

Sebab.... gaya hidup dia laki-bini dan anak-beranak yang sebenar-benarnya, satu dunia sudah sedia maklum, so tak payahlah bersusah-payah menjadi cameleon. If you're not a cameleon, don't try to be one. Itu hipokrit namanya. Dan, rakyat tahu Najib seorang maha hipokrit yang maha oportunis. That's why he's so unpopular among the marhaen. Meluat tahap gaban orang tengok gelagat hipokrasinya.

But now, it seems dalam kalangan orang UMNO pun dah mula menolak dia. He's a huge libialiti but degil tak mau pergi. Dia tahu budaya UMNO.... kalau dia jatuh ler, habis kena henyak-henyak punyer. Hahahahha.... Sudah dihenyak.... dilanyak pulak. Yes. Itulah budaya UMNO. Masa di atas, disanjung dan dijilat tetapi apabila jatuh ke bawah.... mampoooss!!

Tambah pulak si Najib ni, banyak sangat skeleton dalam almarinya. Scary-mary punyer skeleton wa cakap lu. Sebab tu, dia tak berani nak lepaskan kuasa. Dia terpaksa bergayut pada kuasa untuk menyelamatkan dirinya.

No power..... Najib Razak is DOOMED!

Tiada ulasan: